Font size
WorksheetsUlangkaji penggal 1 2025
Total questions: 40
Worksheet time: 24mins
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan perniagaan?
I Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
II Memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga
III Merupakan komponen terpenting dalam proses
pengeluaran
IV Menyelaraskan permintaan dan penawaran suatu
barang di pasaran
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah untuk mengira keuntungan perniagaan?
Jumlah hasil tolak jumlah kos
Jumlah jualan tolak jumlah kos
Jumlah kos tambah jumlah hasil
Jumlah jualan tambah jumlah kos
Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dan pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan
Aktiviti yang melibatkan jual beli antara penjual dan pembeli
Tujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan
Merupakan satu proses menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memuaskan keperluan dan kehendak pengguna.
Manakah yang bukan kaedah perniagaan bagi organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?
Secara percuma
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga diskaun
Jualan pada harga di bawah kos
Manakah yang merupakan maksud jualan pada harga kos?
Penjual menjual barang pada harga diskaun
Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos
Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah jualan
Penjual menjual barang pada harga yang akan mencukupi untuk menanggung kos jualan
Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
Mengukur tahap prestasi sesebuah perniagaan
Membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat
Membolehkan perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial
Sebagai pertukaran nilai dalam menjalankan perniagaan
Mengapakah individu cenderung untuk menjalankan perniagaan secara milikan tunggal?
I Beban cukai yang rendah
II Memerlukan modal yang kecil
III Diuruskan secara berseorangan
IV Menanggung liabiliti tidak terhad
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.
MENANGGUNG LIABILITI TIDAK TERHAD DAN BERHAK MENGURUSKAN PERNIAGAAN.
Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi nominal
Manakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding milikan tunggal?
Liabiliti tidak terhad
Berkongsi kepakaran
Perniagaan berterusan
Mudah untuk membuat keputusan
Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding dengan syarikat awam berhad?
Beban cukai yang rendah
Menikmati ekonomi bidangan
Penawaran syer yang tidak terhad
Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
Pemilik syer menanggung liabiliti tidak terhad
Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
Pemilik syer dapat memindahkan milik syer dengan mudah
Pemilik syer boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.
- Ditubuhkan secara sukarela untuk sekumpulan individu
- Ditubuhkan dengan konsep "milik bersama' oleh semua anggota
- Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja
Apakah jenis perniagaan tersebut?
Bank Simpanan Nasional
Pasar Raya Sayang
Amanah Saham Nasional Berhad
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi perniagaan syarikat berhad?
Pemilik syarikat
Ketua eksekutif
Pemegang saham
Lembaga pengarah
Manakah yang benar mengenai rakan kongsi nominal?
Menanggung liabiliti terhad
Tidak perlu mengeluarkan modal
Dibayar gaji secara bulanan
Dibenarkan untuk memeriksa rekod perniagaan
Antara yang berikut, manakah yang merupakan peranan francaisor kepada francaisi?
I Menyediakan khidmat latihan
II Membiayai kos pengiklanan perniagaan
III Menyediakan modal awalan kepada francaisi
IV Memberikan hak untuk menggunakan imej dan jenama
syarikat
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kelebihan francais kepada francaisi?
I Jaringan perniagaan yang luas
II Tidak terikat dengan perjanjian
III Tiada risiko kegagalan perniagaan
IV Menjalankan satu perniagaan yang sistematik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, manakah faktor penentuan saiz perniagaan?
I Jumlah bebanan kerja
II Jumlah jualan tahunan
III Bilangan pekerja tetap
IV Jumlah kos pengeluaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah yang merupakan cabaran perniagaan bersaiz besar?
Masalah aliran tunai
Sukar menyediakan latihan
Mengekalkan pelanggan lama
Perundangan dan peraturan kerajaan
Pihak yang manakah terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu perniagaan antarabangsa
Kerajaan pusat dan kerajaan negeri
Kerajaan pusat dan persatuan pengeluar
Kerajaan negeri dan persatuan pengguna
Kerajaan negeri dan persatuan pengeluar
Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis
Mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan
Perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam satu tempoh masa tertentu
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan
Yang manakah antara berikut merupakan Agensi Kerajaan yang terlibat dengan Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Amanah Ikhtiar Malaysia
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Bank Pembangunan Infrastruktur Malaysia Berhad
Antara berikut, yang manakah bukan akta yang digubal untuk melindungi pengguna
Akta Sewa Beli 1967
Akta Perlindungan Pengguna 1999
Akta Perkongsian 1961
Akta Timbang Sukat 1972
Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Menyediakan infrastruktur
Menyediakan bantuan pelaburan
Memajukan sistem pendidikan usahawan
Menaja pembangunan perniagaan setempat
APAKAH DEFINISI KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN ?
A.kepakaran yang dimiliki oleh pekerja.
B.kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.
C.kemahiran yang dimiliki oleh pekerja.
D.kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.
MANAKAH JENIS STRUKTUR ORGANISASI ?
A.fungsi dan produk sahaja
B.fungsi,produk,geografi/wilayah,pelanggan dan matriks
C.pelanggan dan matriks sahaja
D.produk dan geografi/wilayah sahaja
Pernyataan manakah yang merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi?
Pembahagian kuasa
Pengasingan kuasa
Pembahagian kerja
Pengkhususan kerja
Pernyataan manakah yang merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
Merancang kewangan organisasi perniagaan
Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi
Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
Merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan?
Mengawal kewangan setiap bahagian
Menyimpan data atau maklumat tentang kewangan organisasi
Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan
Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Pernyataan berikut merupakan objektif bagi sebuah syarikat pengeluaran biskut coklat.
“Syarikat Biskut Coklat Yammi akan mengeluarkan sebanyak 60 000 bungkus biskut coklat pada tahun hadapan”
Apakah ciri objektif yang dapat dipenuhi oleh syarikat tersebut?
Boleh diukur
Munasabah
Jangka masa
Boleh dicapai
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan.
· Aktiviti menyewa aset dengan tujuan untuk membeli aset tersebut
· Hak milik akan berindah kepada usahawan selepas semua ansuran dijelaskan.
Apakah jenis pembiayaan tersebut?
Pemfaktoran
Syer
Pajakan
Sewa beli
Apakah jenis sumber pembiayaan yang membolehkan perniagaan mencagar barang yang berharga untuk mendapatkan pinjaman?
Sewa beli
Pajakan
Overdraf
Ar-Rahnu
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelemahan sumber pembiayaan bank berbanding dengan agensi kerajaan?
I Perniagaan yang sengit
II Memerlukan penjamin
III Memerlukan cagaran
IV Jumlah pinjaman yang terhad
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah peranan syarikat pemfaktoran?
Mengutip hutang bagi pihak peniaga daripada pelanggan mereka.
Menyewa aset tetap daripada institusi kewangan atau bank.
Memberikan pinjaman kewangan daripada syarikat awam.
Memberikan kemudahan overdraf kepada pelanggan.
Mengapakah sesebuah organisasi memerlukan perlindungan insuran dan keselamatan?
Dapat menjayakan risiko kerugian dalam perniagaan.
Dapat memberikan risiko kerugian dalam perniagaan.
Dapat menguruskan risiko kerugian dalam perniagaan.
Dapat menawarkan risiko kerugian dalam perniagaan.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan prosedur mengurus sumber teknologi?
I. Paten
II. Hak cipta terpelihara
III. Perlindungan insurans dan keselamatan
IV. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan Iv
Siapakah pihak yang berkepentingan yang dapat menilai keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang sebelum memberi kemudahan kredit?
Pelabur
Pemegang saham
Pihak pengurusan
Pembekal/ vendor
Apakah maksud penyata pendapatan?
Penyata yang menentukan untung kasar atau rugi kasar perniagaan
Penyata yang menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan
Penyata yang menentukan hasil, perbelanjaan serta untung atau rugi perniagaan
Penyata yang menentukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan
" Encik Henry telah meluluskan tender yang dimohon oleh rakannya dengan syarat dia diberi sedikit bayaran"
Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Encik Henry?
Tidak beretika
Pecah amanah
Salah guna aset syarikat
Rasuah
