wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

[SELANGOR] SKT4 : 2.1 : PANGKALAN DATA HUBUNGAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud integriti data dalam pangkalan data?

a)

Data mudah dipadam

b)

Data mempunyai hubungan antara jadual

c)

Data adalah tepat dan sah

d)

Data tidak dapat diubah suai

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelewahan data?

a)

Kekurangan data dalam jadual

b)

Pengulangan data yang tidak diperlukan

c)

Data yang disimpan dalam bentuk imej

d)

Data yang tidak boleh diakses

3.

Ketekalan data merujuk kepada:

a)

Data yang dikunci

b)

Data yang berubah setiap masa

c)

Data yang seragam dan tidak bercanggah

d)

Data yang disimpan dalam bentuk nombor sahaja

4.

Model pangkalan data yang menyusun data seperti struktur pokok ialah:

a)

Hubungan

b)

Hiraki

c)

Berorientasi objek

d)

Rangkaian

5.

Model pangkalan data yang membenarkan satu rekod mempunyai pelbagai hubungan dengan rekod lain ialah:

a)

Rangkaian

b)

Hiraki

c)

Hubungan

d)

Linear

6.

Antara berikut, manakah kelebihan model pangkalan data hubungan?

a)

Sukar diubah suai

b)

Bergantung kepada satu jenis data

c)

Mudah untuk dikembangkan dan diurus

d)

Hanya sesuai untuk data grafik

7.

Model berorientasi objek menyimpan data dalam bentuk:

a)

Baris dan lajur

b)

Objek dan kaedah

c)

Jadual dan entiti

d)

Hiperpautan

8.

Entiti dalam pangkalan data merujuk kepada:

a)

Lajur dalam jadual

b)

Hubungan antara dua jadual

c)

Objek sebenar yang disimpan dalam sistem

d)

Nilai tarikh dalam jadual

9.

Apakah maksud kekardinalan "satu ke banyak" (1:M)?

a)

Satu entiti dikaitkan dengan satu entiti lain sahaja

b)

Banyak entiti dikaitkan dengan satu entiti

c)

Satu entiti dikaitkan dengan lebih daripada satu entiti lain

d)

Tiada hubungan antara entiti

10.

Dalam model hubungan, atribut ialah:

a)

Nama jadual

b)

Nilai indeks

c)

Lajur yang menyimpan ciri-ciri entiti

d)

Kod utama pangkalan data

11.

Integriti data memastikan semua data dalam sistem adalah sah dan tepat.

a)

Benar

b)

Palsu

12.

Kelewahan data bermaksud data dikurangkan untuk menjimatkan ruang.

a)

Benar

b)

Palsu

13.

Model hiraki membenarkan satu rekod anak mempunyai lebih daripada satu rekod ibu.

a)

Benar

b)

Palsu

14.

Model rangkaian membenarkan hubungan banyak ke banyak (M:N).

a)

Benar

b)

Palsu

15.

Model hubungan menyimpan data dalam bentuk objek dan kaedah.

a)

Benar

b)

Palsu

16.

Entiti boleh mewakili pelajar, guru, atau subjek dalam pangkalan data sekolah.

a)

Benar

b)

Palsu

17.

Manakah antara berikut BUKAN kepentingan mengekalkan integriti data?

a)

Mengelakkan ralat semasa pemprosesan data

b)

Menyokong keputusan yang tepat

c)

Mengurangkan kos perkakasan

d)

Menjamin ketepatan data dalam sistem

18.

Apakah kesan kelewahan data dalam pangkalan data?

a)

Data menjadi lebih tepat

b)

Data dapat diproses lebih cepat

c)

Berlaku pembaziran ruang storan dan risiko data bercanggah

d)

Sistem menjadi lebih selamat

19.

Dalam model hubungan, jadual yang berlainan boleh dikaitkan menggunakan kunci asing.

a)

Benar

b)

Palsu

20.

Model hiraki dan model rangkaian mempunyai struktur data yang lebih kompleks berbanding model hubungan.

a)

Benar

b)

Palsu