Font size
WorksheetsSAINS TINGKATAN 3 BAB 1,2,3
Total questions: 60
Worksheet time: 33mins
Sistem saraf manusia terdiri daripada?
Sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi
Sistem saraf utama dan saraf spina
Sistem saraf pusat sahaja
Sistem saraf periferi sahaja
Manakah antara berikut merupakan tindakan luar kawal?
menari
menarik tangan dari objek panas
peristalsis di esofagus
berlari
Manakah antara berikut BUKAN tindakan luar kawal yang melibatkan saraf tunjang?
menarik tangan apabila terkena objek panas
menarik kaki apabila terpijak benda tajam
bersin apabila habuk masuk ke hidung
denyutan jantung
Manakah antara berikut BUKAN organ deria?
Mulut
Mata
Telinga
Hidung
Apakah bahagian mata yang merupakan lapisan hitam yang mencegah pantulan cahaya dalam mata?
Retina
Koroid
Gelemair
Kornea
Apakah jenis fotoreseptor yang peka kepada keamatan cahaya?
Sel rod
Sel kon
Sel ron
Sel kod
Apakah fungsi tiub Eustachio?
mengumpul dan menghantar getaran bunyi
mengimbangkan tekanan udara di dua belah gegendang telinga
menghantar impuls saraf dari koklea ke otak
menguatkan getaran bunyi
Apakah nama bintil kecil pada permukaan lidah?
Umami
Sel penyokong
Mukus
Papila
Rabun jauh boleh dibetulkan menggunakan apa?
Kanta cekung
Kanta cembung
Kanta silinder
Kanta pembesar
Apakah julat frekuensi deria pendengaran bagi manusia?
200 Hz hingga 80 000 Hz
2000 Hz hingga 110 000 Hz
67 Hz hingga 45 000 Hz
20 Hz hingga 20 000 Hz
Sel kon pada mata peka kepada warna apa?
Merah
Biru
Kuning
Hijau
Apakah organ deria paling besar dalam badan manusia?
Mata
Kulit
Telinga
Lidah
Apakah struktur pada telinga yang menerima dan mengumpulkan gelombang bunyi?
Cuping telinga
Salur telinga
Tulang osikel
Koklea
Apakah fungsi koklea pada telinga?
Menerima dan mengumpulkan gelombang bunyi
Menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang telinga
Memperkuatkan getaran bunyi
Menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf
Pilih semua jenis rasa yang boleh dikesan oleh lidah.
Manis
Masin
Masam
Pahit
Umami
Mana antara berikut BUKAN alat mengatasi had deria penglihatan manusia?
Apakah nama gerak balas yang ditunjukkan?
Hidrotropisme positif
Geotropisme negatif
Fototropisme positif
Gerak balas nastik
Apakah nama gerak balas yang ditunjukkan?
Gerak balas nastik
Tigmotropisme
Geotropisme positif
Hidrotropisme positif
Apakah jenis penglihatan haiwan dalam rajah?
Penglihatan stereoskopik
Penglihatan monokular
Manakah antara berikut mempunyai jenis penglihatan yang sama dengan haiwan dalam rajah?
Tandakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit terhadap ransangan.
Bilangan reseptor
Jantina
Ketebalan lapisan epidermis
Bahagian badan yang berlainan
Apakah fungsi retina pada mata manusia?
mengekalkan bentuk mata
membekalkan oksigen kepada mata
mengesan cahaya dan menghasilkan impuls saraf
memfokuskan cahaya
Berikut adalah fungsi sistem saraf manusia, KECUALI
mengesan rangsangan
menghantar maklumat dalam bentuk impuls
menyingkirkan bahan kumuh
mentafsir impuls
Mengapakah seseorang yang menghidapi selesema tidak dapat mengesan bau dengan baik?
Rongga hidung dilitupi dengan udara kotor
Arus udara tersekat dan menyebabkan impuls saraf tidak dapat dihantar ke otak
Terlalu banyak mukus dihasilkan dan menghalang bau kimia daripada merangsang reseptor bau
Reseptor bau tidak peka kepada bau semasa selesema
Tropisme ialah gerak balas pertumbuhan yang berarah tertentu dan terbahagi kepada 3 jenis iaitu fototropisme, geotropisme dan hidrotropisme. Fototropisme positif berlaku apabila
Akar tumbuh menjauhi cahaya
Pucuk tumbuh ke arah cahaya
Pucuk tumbuh ke arah graviti
Akar tumbuh ke arah air
Nyatakan struktur laluan udara mekanisme pernafasan selepas bronkiol?
Farinks
Larinks
Bronkus
Alveolus
Apakah yang berlaku kepada otot interkostal semasa menarik nafas?
mengendur
mengecut
mengembang
meletup
Apakah yang berlaku kepada diafragma semasa menarik nafas?
mengecut
bergerak ke bawah
mendatar
melengkung membentuk kubah
Apakah yang berlaku kepada otot interkostal semasa menghembus nafas?
mengendur
mengecut
mengembang
meletus
Apakah yang berlaku kepada sangkar rusuk semasa menghembus nafas?
Bergerak ke atas dan ke dalam
Bergerak ke atas dan ke luar
Bergerak ke bawah dan ke dalam
Bergerak ke bawah dan ke luar
Apabila sampai ke sel badan yang mempunyai kepekatan oksigen yang rendah, oksihemoglobin akan terurai kepada...
karbon dioksida
oksigen
globlin
hemoglobin
Gas apakah yang tinggi kepekatannya di alveolus berbanding kapilari darah?
karbon dioksida
oksigen
karbon monoksida
metana
Nyatakan hasil respirasi sel?
Glukosa
KArbon dioksida
Air
Tenaga
Manakah merupakan adaptasi stuktur alveolus?
Dinding alveolus yang sangat tebal
Luas permukaan yang kecil
Jaringan kapilari darah yang banyak
Dinding alveolus yang lembap
Manakah antara berikut merupakan bahan berbahaya yang terdapat di dalam cat?
Kadmium
Stearik
Aseton
Ammonia
Manakah antara berikut merupakan bahan berbahaya yang terdapat dalam lilin?
Kadmium
Stearik
Toluena
Ammonia
Apakah yang dimaksudkan dengan IPU?
Impak Pencemaran Udara
Indeks Pembebasan Udara
Ikatan Pencemaran Umum
Indeks Pencemaran Udara
Bahan kimia penyebab kanser dikenali sebagai
Karsinogen
Kalsium
Karat
Koronari
Selain peparu,di manakah pertukaran gas respirasi berlaku pada haiwan yang ditunjukkan dalam rajah?
Insang
Kulit luar lembap
Trakea
Lamela
Unjuran nipis dan pipih yang terdapat pada filamen ikan dikenali sebagai apa?
Lamela
Trakea
Kulit luar lembap
Peparu
Udara masuk atau keluar daripada haiwan ini melalui liang pernafasan yang dikenali sebagai apa?
Kulit luar lembap
Trakea
Injap
Spirakel
Nyatakan 2 keadaan di mana liang stoma akan tertutup?
Keadaan gelap
Keadaan bercahaya
Hari yang panas terik
Hari hujan
Apakah yang dimaksudkan dengan osmosis?
Proses pergerakan molekul ion dari kawasan berkepekatan air tinggi ke kawasan berkepekatan ion rendah
Proses tumbuhan kehilangan molekul air
Proses pergerakan molekul air dari kawasan berkepekatan air yang tinggi ke kawasan berkepekatan air yang rendah
Proses pergerakan molekul air dari kawasan berkepekatan air yang rendah ke kawasan berkepekatan air yang tinggi
Apakah yang berlaku jika kepekatan glukosa meningkat dalam sel pengawal?
Fotosintesis berkurang
Air meresap masuk ke dalam sel pengawal secara osmosis
Air meresap keluar daripada sel pengawal secara osmosis
Daun menjadi layu
Apakah kesan ke atas tumbuhan jika keadaan persekitaran menjadi jerebu dan berdebu?
Kurang cahaya matahari sampai ke tumbuhan
Tumbuhan menjadi segar dan sihat
Lebih cahaya sampai ke tumbuhan
Tumbuhan menghasilkan buah yang banyak
Pilih 2 jenis gas bahan pencemar udara yang melarut dalam air hujan dan menghasilkan hujan asid?
Karbon dioksida
Karbon monoksida
Sulfur dioksida
Nitrogen dioksida
Ikan belacak tergolong dalam kelas yang mana?
Ikan
Amfibia
Mamalia
Reptilia
Apakah struktur respiratori bagi haiwan di rajah?ea
Sistem trakea
Peparu
Kulit luar lembap
Liang stoma
Dalam model yang ditunjukkan, plastik di bahagian bawah model tersebut mewakili struktur apa?
Peparu
Trakea
Diafragma
Bronkus
Apakah yang mewakili peparu dalam rajah?
Belon merah
Penutup botol
Tiub Y
Botol air
Nyatakan keperluan sistem pengangkutan dalam organisma
bawa karbon dioksida dan bahan kumuh
bawa darah
bawa oksigen dan nutrien
bawa karbon dioksida, bahan kumuh, oksigen dan nutrien
Kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma adalah
menghasilkan tenaga untuk proses hidup dalam badan
mengekalkan suhu badan organisma
menyegarkan kulit organisma
menyediakan persekitaran udara yang lebih baik
Nyatakan sistem pengangkutan dalam manusia
jantung
jantung, salur darah
peparu,saraf
vena cava, atrium kanan
Nyatakan sistem pengangkutan dalam tumbuhan
floem, stoma
trakeol, spirakel
spirakel, epidermis atas
xilem, floem
Gambarkan implikasi sekiranya kegagalan dalam sistem pengangkutan organisma
bahan kumuh bertoksik akan membunuh organisma
sistem metabolisma organisma menjadi perlahan
bahan kumuh bertoksik akan merosakkan organ
daun pada tumbuhan akan menjadi simptom klorosis
Organisma ringkas mempunyai sistem pengangkutan yang KHUSUS
Betul
Salah
Terangkan cara sistem pengangkutan organisma ringkas
pergerakan bahan yang dibantu oleh jantung
pengangkutan bahan melalui resapan yang dibantu oleh organ
pergerakan bahan melalui sel menbran melalui resapan
pengangkutan bahan melalui salur darah kepada sel
Berikut adalah kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma KECUALI...
mengangkut bahan keperluan sel untuk hasilkan tenaga
menghantar maklumat dalam bentuk impuls
menyingkirkan bahan kumuh bertoksik keluar dari sel
mengangkut bahan keperluan sel untuk menjalankan proses hidup
Berapakah salur pengangkutan dalam tumbuhan?
1
2
3
4
Manakah BUKAN komponen utama dalam sistem peredaran darah
salur darah
organ/jantung
medium/darah
hati
