wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN CUTI SEKOLAH TING 5 (DRILL)

Total questions: 30

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

Dalam sebuah bandar, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan beberapa pilihan dalam perancangan pembangunan. Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan ini?

a)

Memaksimumkan kebajikan masyarakat.

b)

Memaksimumkan kebajikan tenaga buruh.

c)

Mengatasi kekurangan sumber modal.

d)

Meningkatkan keupayaan pengeluaran.

2.

Pasangan yang manakah betul tentang sumber ekonomi?

a)

Tanah :

Penawaran yang bersifat tetap dari aspek lokasi dan geografi.

b)

Modal :

Pemilik menerima pulangan atas kesanggupan menanggung risiko.

c)

Buruh :

Menggabung sejumlah input untuk menghasilkan output.

d)

Usahawan : Membekalkan faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran.

3.

Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi barang R dan barang S. Pilih pasangan yang betul berkaitan rajah di atas.

a)

Titik X :

Memilih untuk mengeluarkan 15 unit barang R, maka 4 unit barang S terpaksa dilepaskan.

b)

Titik Y :

Kombinasi 10 unit barang R dan 4 unit barang S berlaku pembaziran sumber.

c)

X ke Z :

Pertambahan keluaran seunit barang S menyebabkan kos lepas 15 unit barang R.

d)

Y ke Z:

Akibat kekurangan buruh maka barang S bertambah sebanyak 1 unit dan barang R kekal 10 unit.

4.

Pasangan manakah yang betul tentang ciri sistem ekonomi tersebut?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

5.

Pernyataan yang manakah betul tentang ekonomi Islam?

a)

Persaingan adil antara firma dalam menghasilkan output.

b)

Keuntungan maksimum adalah motif pengeluaran barangan.

c)

Sumber kekayaan bebas dimiliki oleh setiap anggota masyarakat.

d)

Wujud keseimbangan antara kepentingan individu dengan awam.

6.

Pernyataan yang manakah betul berkaitan perubahan dalam kuantiti diminta?

a)

Berlakunya pertambahan atau pengurangan permintaan.

b)

Ditunjukkan oleh peralihan keluk ke kanan atau ke kiri.

c)

Berpunca daripada pemilikan pendapatan individu.

d)

Disebabkan oleh faktor penentu harga barang itu.

7.

Pilih keterangan yang betul berkaitan dengan peralihan keluk permintaan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

8.

Rajah 2 menunjukkan peralihan keluk penawaran suatu barang. Apakah faktor yang menyebabkan peralihan tersebut?

a)

Harga dijangka naik pada masa hadapan.

b)

Pertambahan belanja pemilikan input.

c)

Subsidi oleh kerajaan meningkat.

d)

Barang pengganti lebih mahal.

9.

Rajah 5 menunjukkan peratus perubahan harga dan kuantiti bagi barang X. Pernyataan yang manakah betul tentang barang tersebut?

a)

Merupakan produk makanan.

b)

Kegunaan yang pelbagai dalam ekonomi.

c)

Pengguna kurang responsif terhadap perubahan harga.

d)

Tindakan naikkan harga untuk tingkatkan jumlah hasil jualan.

10.

Emma sedang menjalankan perniagaan menjual dapur elektrik. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta terhadap dapur elektrik. Berapakah nilai keanjalan harga permintaan barang tersebut jika harga jatuh daripada RM400 kepada RM350?

a)

0.63

b)

0.75

c)

1.33

d)

1.60

11.

Penawaran kuih raya bertambah daripada 160 unit kepada 260 unit apabila harga kuih raya meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran untuk kuih raya tersebut?

a)

0.53

b)

0.87

c)

1.54

d)

1.88

12.

Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai?

a)

Encik Adam membayar RM5 000 sebagai deposit untuk kereta baharu.

b)

Encik Nabil membayar RM250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun.

c)

Encik Irfan mengunjungi lebih daripada 10 gerai komputer untuk membandingkan harga komputer sebelum membeli.

d)

Puan Balqis membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok oleh Intan Jewel Sdn.Bhd.

13.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan?

I - Mengurus pertukaran wang asing

II - Memberi pendahuluan sementara

III - Mengawal nisbah rizab berkanun

IV - Menjadi sumber pinjaman terakhir

a)

A : I dan II

b)

B : I dan IV

c)

C : II dan III

d)

D : III dan IV

14.

Maklumat berikut menunjukkan perkhidmatan deposit bank perdagangan.

  • - PENYATA AKAUN BANK DIHANTAR SETIAP BULAN

  • - DIKENAKAN CAJ PERKHIDMATAN BANK

Pernyataan yang manakah betul tentang perkhidmatan tersebut?

a)

Simpanan mempunyai tempoh matang tertentu.

b)

Faedah dibayar mengikut tempoh simpanan.

c)

Menikmati kemudahan pinjaman overdraf.

d)

Pelanggan diberikan buku akaun.

15.

Contoh pekerjaan yang manakah tergolong dalam sektor kedua?

a)

Pemborong ubi keledek.

b)

Pengurus kilang kerepek.

c)

Pegawai pemasaran kerepek.

d)

Penyelia tapak ladang ubi keledek.

16.

Jadual 5 menunjukkan pendapatan dan pembayaran Encik Imran dalam setahun.

Berapakah pendapatan boleh guna Encik Imran pata tahun tersebut?

a)

RM31 570

b)

RM31 210

c)

RM30 370

d)

RM30 010

17.

Manakah merupakan fitur yang mempengaruhi pembelian secara kredit?

a)

Tingkat harga barang yang ditentukan oleh peniaga.

b)

Tempoh masa pembiayaan kewangan oleh bank.

c)

Baki jumlah bayaran yang perlu dijelaskan.

d)

Beban kewangan tanggungan pengguna.

18.

Berapakah kos marginal bagi keluaran ke-15?

a)

RM10.00

b)

RM12.00

c)

RM45.33

d)

RM52.40

19.

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan cukai ke atas pengeluar rokok untuk mengawal selia industri tersebut. Apakah kesan pelaksanaan cukai ini terhadap pengeluar rokok?

a)

Menggalakkan pengeluaran barang tertentu mengikut cadangan kerajaan

b)

Meningkatkan beban pengeluaran barang yang membahayakan kesihatan

c)

Menetapkan secara khusus kawasan perindustrian di lokasi tertentu

d)

Mencegah aktiviti pengeluaran yang mencemarkan alam sekitar

20.

Pernyataan yang manakah betul tentang inflasi tolakan kos?

a)

Institusi kewangan meningkatkan kadar faedas atas pinjaman

b)

Nilai Ringgit Malaysia rendah di pasaran antarabangsa

c)

Harga bahan mentah untuk pengeluaran semakin mahal

d)

Sumber input yang diimport mengalami kenaikan harga

21.

Berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kerajaan pada tahun tersebut?

a)

RM715 juta

b)

RM2 285 juta

c)

RM3 330 juta

d)

RM4 900 juta

22.

Apakah kos lepas yang di hadapi oleh kerajaan apabila mereka terpaksa memilih antara projek pembangunan infrastruktur dan program pendidikan?

a)

Barang kedua terbalk yang terpaksa dllepaskan

b)

Keluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan

c)

Pengeluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan

d)

Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan

23.

Michael menjalankan sebuah kedai kek dan menggunakan mesin pengadun untuk membuat adunan. Apakah ganjaran yang diperolehi oleh faktor di atas?

a)

Upah

b)

Sewa

c)

Faedah

d)

Untung

24.

Berapakah kos lepas bagi menambah pengeluaran barang Y daripada 4 unit

kepada 9 unit?

a)

4 unit barang Y

b)

5 unit barang Y

c)

5 unit barang X

d)

6 unit barang X

25.

Ciri utama sistem ekonomi pasaran bebas ialah

a)

pengeluaran diuruskan oleh kerajaan

b)

sumber dimiliki sepenuhnya oleh individu

c)

pemerintah mengawal semua aspek ekonomi

d)

harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran

26.

Apakah faktor yang menyebabkan perubahan permintaan motosikal?

a)

Peningkatan dalam teknologi pengeluaran

b)

Tambang bas turun dari RM3.00 kepada RM2.00

c)

Pendapatan pengguna bertambah sebanyak 10%

d)

Kerajaan mengurangkan subsidi kepada pengeluar

27.

Apakah yang menyebabkan perubahan keluk permintaan di atas?

a)

Harga barang itu berkurangan

b)

Citarasa terhadap barang itu meningkat

c)

Kerajaan mengenakan cukai barangan

d)

Jangkaan harga pada masa depan jatuh

28.

Hukum penawaran merujuk kepada hubungan antara harga dengan .........

a)

kuantiti ditawarkan

b)

kuantiti penawaran

c)

kepuasan pengguna

d)

keuntungan pengeluar

29.

Bagaimanakah penggunaan teknologi dalam proses pengeluaran dapat

mempengaruhi penawaran sesuatu barang?

a)

Meningkatkan penawaran

b)

Mengurangkan pengeluaran

c)

Mempengaruhi harga barang

d)

Mewujudkan peluang pekerjaan

30.

Pernyataan manakah yang betul tentang penentu keanjalan harga permintaan?

a)

Kopi permintaannya adalah anjal

b)

Barang mewah adalah lebih anjal

c)

Susu permintaannya adalah anjal

d)

Tepung atta membuat capati adalah anjal