wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Sejarah Tingkatan 5

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Dalam sistem politik Melayu tradisional, kuasa & pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah ditentukan berdasarkan.

a)

Kepercayaan agama

b)

Taat setia rakyat

c)

Raja dianggap suci

d)

Kedaulatan Raja

2.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka mendapat sumber pendapatan & kewangannya?

a)

Kegiatan perdagangan

b)

Pembayaran ufti

c)

Aktiviti pertanian

d)

Sistem serah

3.

Pahang

Rokan

Kuala Linggi

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kerajaan tersebut?

a)

Pertuanan

b)

Peperangan

c)

Perkahwinan

d)

Persahabatan

4.

Mengapakah Revolusi Keagungan berlaku di England pada tahun 1688?

a)

Menghapuskan pemerintahan beraja

b)

Menamatkan kuasa bangsawan

c)

Menegakkan kedaulatan parlimen

d)

Mengukuhkan perpaduan rakyat

5.

Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?

a)

Fahaman komunis berkembang

b)

Rakyat dibebani cukai yang tinggi

c)

Membenci golongan Mandarin

d)

Gagal menghalang kemasukan kuasa Barat

6.

Apakah peranan tokoh berikut dalam menggerakkan nasionalisme di Filipina?

a)

Menggerakkan revolusi

b)

Menuntut keadilan untuk rakyat

c)

Mempelopori gerakan propaganda

d)

Mengadakan permuafakatan politik

7.

Karya tersebut menyentuh tentang…

a)

Kepesatan kegiatan ekonomi

b)

Penindasan terhadap rakyat

c)

Ancaman oleh kaum imigran

d)

Kelemahan sistem pentadbiran

8.

Bagaimanakah pemerintah tersebut mencapai hasratnya mengekalkan kemerdekaan Thailand?

a)

Kekuatan pembesar tempatan

b)

Bantuan daripada negara luar

c)

Diplomasi dan permodenan

d)

Aspek ketenteraan mantap

9.

Britain

Russia

X

Berikut adalah negara yang terlibat dalam Pakatan Ketenteraan ketika Perang Dunia Pertama. Apakah X?

a)

Jerman

b)

Austria

c)

Hungry

d)

Perancis

10.

Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun?

a)

Membentuk pertubuhan serantau

b)

Mengadakan sekatan ekonomi

c)

Membebaskan tanah jajahan

d)

Melakukan serangan bom atom

11.

Mengapakah tentera Jepun menggunakan poster tersebut?

a)

Menjamin kemerdekaan

b)

Menamatkan sekatan ekonomi

c)

Memenangi hati penduduk tempatan

d)

Menonjolkan imej sebagai penyelamat

12.

Jepun telah mengambil tindakan berikut bagi menangani kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu.

a)

Jawatankuasa Penyelidikan Bahan

b)

Rancangan Pengeluaran 5 Tahun

c)

Mengadakan Sistem Ekonomi Kawalan

d)

Rancangan Kemakmuran Bersama Asia Timur

13.

Bagaimanakah Raja-raja Melayu menentang Malayan Union?

a)

Menghantar surat bantahan

b)

Membawa kes ke mahkamah

c)

Menubuhkan persatuan Melayu

d)

Menggunakan akhbar tempatan

14.

Apakah jasa tokoh berikut terhadap Sarawak?

a)

Menghalang perkembangan pengaruh komunis

b)

Memajukan pendidikan anak tempatan

c)

Mempertahankan pemerintahan beraja

d)

menentang perluasan kuasa asing

15.

Antara berikut manakah ciri-ciri pentadbiran Malayan Union?

a)

Diketuai oleh Gabenor British

b)

Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja

c)

Syarat kerakyatan diperketatkan

d)

Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran

16.

Raja-Raja Melayu telah memberi sokongan kepada rakyat yang menentang Malayan Union.

Apakah bukti sokongan tersebut?

a)

Memberi bantuan kewangan

b)

Meluluskan penubuhan kongres

c)

Mendapatkan bantuan luar

d)

Mengutuk tindakan Mac Micheal

17.

Charles Vyner Brooke Menghantar Gerard T MacBryan mendapatkan tandatangan ketua pemimpin tempatan

Bagaimanakah cara MacBryan mendapatkan tandatangan tersebut?

a)

tipu muslihat

b)

rasuah

c)

ganjaran

d)

perjanjian sulit

18.

Senarai berikut berkaitan dengan peranan pentadbiran British Military Administration yang diperkenalkan oleh British setelah Tentera Jepun menyerah kalah.

a)

Memulihkan kepercayaan rakyat

b)

Menyatukan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Memulihkan ekonomi

d)

Mengembalikan kestabilan dan keamanan

19.

Apakah perkara yang menjadi asas kepada kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara menurut tokoh di atas?

a)

Semangat nasionalisme

b)

Sifat kemanusiaan

c)

Semangat kekitaan

d)

Kehidupan harmoni

20.

Bagaimanakah Rukun Negara dapat mengukuhkan kedaulatan negara kita?

a)

Memupuk jati diri kaum

b)

Mengukuhkan ekonomi negara

c)

Mengekalkan warisan bangsa

d)

Membentuk perpaduan kaum

21.

Kedaulatan tradisional merujuk kepada raja berkuasa mutlak yang mempunyai kuasa tertinggi. Bagaimanakah kedaulatan raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka diperkukuh?

a)

Kesahan Dewan Negara

b)

Penghayatan Rukun Negara

c)

Taat setia golongan diperintah

d)

Perkahwinan dengan rakyat jelata

22.

British telah memperkenalkan Charter of Justice yang diambil dari England pada tahun 1807. Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan di Negeri-negeri Selat?

a)

Melindungi penduduk asal

b)

Menjamin kekuasaan pembesar

c)

Menjaga kepentingan pedagang

d)

Memperkukuh pasukan keselamatan

23.

Sebelum kedatangan Barat, negara kita telah mempunyai undang-undang dan adat. Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Menjadi panduan pemerintahan negara

b)

Mengehadkan kebebasan rakyat

c)

Melindungi kepentingan pembesar

d)

Menjaga kepentingan raja

24.

Apakah kepentingan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877?

a)

Pengenalan Raja Berperlembagaan

b)

Pengamalan Demokrasi Berparlimen

c)

Pemantapan kedudukan Raja-Raja Melayu

d)

Pembentukan undang-undang negara

25.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 mengambil kira terma rujukan utama bagi menjadi asas perlembagaan negara kita pada hari ini. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan terma tersebut?

a)

Kerajaan Negeri yang kukuh

b)

Ahli parlimen berkuasa penuh

c)

Majlis Undangan Negeri

d)

Kewarganegaraan yang sama

26.

Apakah badan yang berkuasa penuh membentuk undang-undang negara?

a)

Badan Pelaksana

b)

Badan Perundangan

c)

Badan Eksekutif

d)

Badan Kehakiman

27.

Apakah DUA bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

menentukan kesahan undang-undang

b)

membuat pelantikan bagi jawatan utama

c)

mengampun dan menangguhkan hukuman

d)

menggubal undang-undang persekutuan

28.

Antara yang berikut, manakah menunjukkan kedudukan Yang Dipertuan Agong dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan?

a)

Ketua Utama Negara

b)

Melantik jawatan penting

c)

Mengampun Dan menangguhkan hukuman

d)

Tidak boleh dikenakan prosiding mahkamah

29.

Struktur Mahkamah Atasan

Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

X

Rajah berikut berkaitan pindaan Perlembagaan 1963. Apakah X ?

a)

Penggunaan bahasa Melayu

b)

Pengenalan jawatan Yang di-Pertua Negeri

c)

Pemansuhan kuasa imigresen

d)

Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen

30.

Apakah kepentingan cap Mohor Besar Raja-Raja?

a)

Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen

b)

Mengiktiraf kerajaan pilihan rakya

c)

Melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu

d)

Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

31.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen setelah mencapai kemerdekaan. Bagaimanakah penglibatan rakyat dalam sistem Demokrasi Berparlimen?

a)

Memilih Yang di-Pertuan Agong

b)

Membentuk kerajaan

c)

Menentukan Perdana Menteri

d)

Mengubah dasar negara

32.

Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang lebih banyak berbanding peringkat lain?

a)

Mengelak permasalahan dalam negeri

b)

Mengawal kuasa Ahli Dewan Undangan Negeri

c)

Memastikan undang-undang terpelihara

d)

Mewujudkan kerajaan yang kuat

33.

Bagaimanakah Sistem Persekutuan dapat memberikan kestabilan kepada negara?

a)

Pemantapan parti politik

b)

Pembahagian kuasa

c)

Pemupukan budaya

d)

Pengurusan tenaga kerja

34.

Aspek berikut menjadi keutamaan kepada Sir Gerald Templer untuk menyegerakan penggabungan wilayah antara Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

a)

Ekonomi

b)

Perpaduan

c)

Keselamatan

d)

Dekolonisasi

35.

Mengapakah penyatuan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963 penting?

a)

Mengelakkan pencerobohan sempadan

b)

Mengatasi kejatuhan ekonomi

c)

Menyatukan pelbagai kaum

d)

Menyelesaikan masalah komunis

36.

Pernyataan manakah yang menjadi sebab pemimpin dan rakyat Sabah berasa curiga dan bimbang dengan idea pembentukan Malaysia pada peringkat awal

a)

Kedudukan Kuala Lumpur yang jauh

b)

Keyakinan terhadap pemerintahan British

c)

Kekuasaan dan pengaruh Indonesia

d)

Ketidakseimbangan komposisi kaum

37.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei pada Julai 1961?

a)

Mendapatkan pandangan rakyat

b)

Meninjau kemajuan di kawasan tersebut

c)

Menerangkan rancangan pembentukan Malaysia

d)

Merangka perlembagaan baru

38.

Apakah tujuan Jawatankuasa Antara Kerajaan ditubuhkan dalam usaha menubuhkan Gagasan Malaysia?

a)

Meninjau reaksi rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura

b)

Menerangkan tentang Gagasan Malaysia

c)

Menyediakan rangka perlembagaan

d)

Melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak

39.

Peristiwa berikut berlaku pada tahun 1963. Mengapakah Indonesia mengambil tindakan tersebut?

a)

Berusaha membentuk Melayu Raya

b)

Malaysia menceroboh perairan Indonesia

c)

Melaksanakan Dasar Konfrontasi dengan Malaysia

d)

Pembentukan Malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme

40.

Gambar di atas merupakan peristiwa menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966. Apakah kesan kepada hubungan Indonesia dan Malaysia?

a)

Terputus hubungan diplomatik

b)

Tamat Dasar Konfrontasi

c)

Perang saudara tercetus

d)

Peralihan kuasa kedua-dua negara