NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Tatabahasa)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pak Cik Baharuddin meminta cucunya membacakan surat berdaftar yang baru sahaja diterimanya itu kerana dia ________.
buta tuli
buta hati
buta huruf
buta warna
Ahmad Farid sekeluarga tinggal ________ apabila rumah mereka hangus dijilat api petang semalam.
nyawa ikan
putih tulang
bangkai bernyawa
sehelai sepinggang
________ mesti tunggu hingga saya sampai sebelum kita memulakan ekspedisi rimba ini,” kata Alif mengingatkan rakan-rakannya.
Anda
Kamu
Kalian
Mereka
Suzana dan Normah ialah rakan sekelas. ________ tinggal di taman perumahan yang sama, di bandar Taiping.
Kami
Kalian
Mereka
Kamu
“Tuan puteri sedang berdukacita. ________ mahu beristirahat buat sementara waktu,” sembah dayang.
Beta
Patik
Tuanku
Baginda
“Tentera Portugis ________ menyerang dan menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Ali kepada anak didiknya.
mahu
pernah
sedang
sudah
“Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana ________ tamat tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.
telah
pernah
belum
akan
Nur Hasni sangat gemar mengumpul ________ jenis setem dari dalam dan luar negara di dalam beberapa buah album.
setiap
segala
seluruh
pelbagai
Dalam perjalanan dari Kelang ke Cameron Highlands, ________ murid berasa pening dan ________ orang murid sudah muntah.
setiap ... seluruh
segala ... sebahagian
segelintir ... beberapa
sebilangan ... sebilangan
“Keadaan udara di Tanah Rata, Cameron Highlands itu nyaman ________,” kata Cikgu Asyiqeen kepada murid-muridnya.
agak
sekali
paling
terlalu
Persekitaran rumah yang tidak terurus dan kotor ________ itu akan menjatuhkan imej penghuni rumah tersebut.
agak
amat
paling
terlalu
Yusrizal terpaksa menuntun basikal itu kerana tayarnya ________ terkena benda tajam.
nipis
leper
kendur
kempis
Beberapa buah rumah papan di Desa Aman ________ dipukul ribut kencang semalam.
putus
ranap
pecah
hancur
Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk ________ keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.
memiliki
mendapati
memperoleh
mempunyai
Datuk Azhar menghadiri majlis ________ produk kosmetik dan kesihatan di Putrajaya.
kelancaran
pelancaran
melancarkan
dilancarkan
