wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Maksud Pepatah Melayu

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Aiman hanya duduk di rumah dan malas bekerja. Dia hanya mengharapkan ehsan jiran dan bantuan kerajaan. Sikapnya ini bak pepatah menanti nasi tersaji ke lutut.

Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Orang yang malas hanya bergantung kepada orang lain tanpa usaha sendiri.

b)

Orang yang rajin akan mendapat bantuan.

c)

Orang yang miskin perlu dibantu.

d)

Rezeki akan datang jika kita bersabar.

2.

Rania suka menegur kesalahan kecil kawan-kawannya, sedangkan dia sendiri selalu buat silap besar. Sikapnya itu sesuai dengan pepatah kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak nampak.
Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Kita perlu menegur kesalahan orang lain dengan lembut.

b)

Jangan memandang rendah kepada orang lain.

c)

Kesalahan orang lain mudah dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

d)

Kita perlu belajar daripada kesilapan orang lain.

3.

Setiap kali ada jualan murah, ramai pelanggan datang ke kedai itu. Fenomena ini seperti pepatah ada gula ada semut. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Barang murah mesti berkualiti.

b)

Di mana ada rezeki, di situ ramai orang.

c)

Jika ada keuntungan, ramai yang akan datang.

d)

Kedai yang cantik akan menarik pelanggan.

4.

Rahim sering membantu orang kampung. Namun sejak dia dituduh mencuri wang syarikat, semua orang kampung tidak lagi mempercayainya. Keadaan ini bak pepatah panas setahun dihapus oleh hujan sehari. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Satu kebaikan boleh menutup kesalahan besar.

b)

Semua orang mudah memaafkan.

c)

Kesalahan kecil boleh menyebabkan semua kebaikan dilupakan.

d)

Kebaikan yang ikhlas akan kekal.

5.

Walaupun Arif tidak menonjol di dalam kelas, hasil tulisannya sangat hebat dan akhirnya cikgu memuji dia. Hal ini sesuai dengan pepatah sebutir intan jika terbenam dalam pelimpahan sekalipun tak akan hilang cahayanya.
Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Orang berbakat tidak perlu usaha.

b)

Semua orang mempunyai bakat yang sama.

c)

Kita tidak perlu menunjuk-nunjuk bakat.

d)

Orang yang hebat akan sentiasa dihargai walaupun disembunyikan.

6.

Keadaan Aida sekarang tidak seperti dahulu yang pernah hidup senang. Hidupnya bak pepatah air pun ada pasang surutnya. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Hidup seseorang akan terus susah.

b)

Kehidupan tidak tetap, ada masa senang dan ada masa susah.

c)

Orang miskin tidak akan kekal miskin.

d)

Kekayaan datang dengan usaha.

7.

Tina berasa malu kerana cuba menipu dalam pertandingan nyanyian. Sikapnya ini sesuai dengan pepatah ayam terlepas tangan berbau tahi. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Orang yang tamak akan kalah juga.

b)

Perbuatan salah akan memalukan diri sendiri akhirnya.

c)

Kejujuran lebih penting daripada kemenangan.

d)

Kita mesti berani mengaku salah.

8.

Walaupun tiada dalam adat, penduduk kampung bersetuju untuk mengadakan kenduri pada waktu malam. Ini sesuai dengan pepatah hilang adat tegal muafakat. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Adat yang baik mesti dikekalkan.

b)

Majlis malam tidak perlu izin.

c)

Adat lama perlu dihapuskan.

d)

Adat boleh diubah jika semua orang bersetuju.

9.

Dalam kes pergaduhan pelajar, cikgu hanya ambil tindakan selepas ada saksi dan bukti. Tindakan ini sesuai dengan pepatah hukum berdiri dengan saksi, adat berdiri dengan tanda. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Undang-undang agama perlu saksi (lisan), adat pula perlu tanda.

b)

Bukti hanya penting dalam kes jenayah.

c)

Hanya undang-undang rasmi yang perlu dibuktikan.

d)

Tindakan mesti berdasarkan perasaan.

10.

Nora hanya tolong cikgu susun kerusi untuk majlis. Tidak lama kemudian, dia dipilih sebagai ketua majlis. Hal ini sesuai dengan pepatah lalu penjahit lalu kelindan. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Buat kerja sedikit akan dapat pujian.

b)

Buat kerja kecil, akhirnya dapat sesuatu yang ;ebih besar.

c)

Semua orang perlu membantu.

d)

Kecil hati kalau tak dihargai.

11.

Zaki selalu terima bantuan orang lain, tetapi dia sendiri tidak pernah menolong orang. Sikap ini sesuai dengan pepatah menerima panjang tangan, menghulur jarang sekali.
Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Mengharap bantuan orang lain tetapi kedekut untuk bersedekah

b)

Orang miskin perlu dibantu.

c)

Jangan sombong jika diberi bantuan.

d)

Kita mesti tolong semua orang.

12.

 Syamil berusaha setiap hari untuk menang pertandingan bahas. Akhirnya dia menjadi johan. Sikapnya ini sesuai dengan pepatah jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Kemenangan datang dengan nasib.

b)

Kita perlu menunggu peluang datang.

c)

Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.

d)

Kita mesti minta bantuan orang lain.

13.

Penduduk hairan kenapa Jamil pendiam sejak semalam. Pepatah kalau tidak ada berada, masakan tempua bersarang rendah sesuai dengan situasi ini. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Orang pendiam biasanya bijak.

b)

Mesti ada sebab sesuatu berlaku.

c)

Semua orang ada masalah.

d)

Jangan menilai orang dari luar.

14.

Azri selalu beri alasan apabila diminta tolong. Selepas kerja tidak siap, barulah orang tahu dia malas. Ini sesuai dengan pepatah ditangkap buaya nampak riaknya, ditangkap malas tak bertanda. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Sifat malas baru nampak ketika membuat kerja.

b)

Orang malas suka beri alasan.

c)

Semua orang akan kantoi juga.

d)

Rajin itu tangga kejayaan.

15.

Walaupun zaman sudah moden, masyarakat kampung masih mengamalkan adat menyambut hari raya bersama keluarga. Ini sesuai dengan pepatah tak lekang dek hujan, tak lapuk dek panas. Apakah maksud pepatah tersebut?

a)

Adat lama tidak sesuai dalam zaman moden.

b)

Adat lama harus dipelihara dan diamalkan selamanya.

c)

Semua orang suka adat lama.

d)

Adat hanya untuk orang tua.