wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MARI BELAJAR SEJARAH

Total questions: 18

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan sumber kedua kecuali...

a)

Artifak

b)

Buku

c)

Majalah

d)

Surat Khabar

2.

Apakah pengertian sejarah?

a)

Peristiwa yang akan berlaku.

b)

Berkaitan asal usul seseorang.

c)

Hasil-hasil kajian sejarawan yang lepas.

d)

Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu.

3.

Keluarga asas terdiri daripada___________

a)

Ibu, bapa dan anak-anak

b)

Nenek, Ibu, bapa dan anak-anak

c)

Datuk, nenek dan Ibu bapa

d)

Anak-anak dan datuk nenek

4.

Keluarga yang terdiri daripada nenek, datuk, ibu, bapa dan anak-anak dipanggil..

a)

Keluarga asas

b)

Keluarga besar

c)

Keluarga kembangan

d)

Keluarga berkembang

5.

__________ dan _________ merupakan identiti sesebuah sekolah.

a)

Lencana dan bendera

b)

Bendera dan guru

c)

Guru dan visi sekolah

d)

Bangunan dan lencana

6.

Ketua organisasi sesebuah sekolah ialah .............................

a)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

b)

Guru Besar

c)

Guru Penolong Kanan Kurikulum

d)

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

7.

Apakah maklumat yang perlu ada dalam alamat rumah?

a)

nombor telefon

b)

nama ibu

c)

poskod

d)

warna rumah

8.

Buku, __________ dan akhbar merupakan sumber kedua

a)

fosil

b)

lukisan

c)

majalah

d)

manuskrip

9.

Mengapakah setiap orang perlu mempunyai keluarga sendiri?

a)

Dapat mengembangkan keturunan keluarga.

b)

Mengikut adat dan budaya masyarakat tempatan.

c)

Mewujudkan suasana meriah ketika sambutan perayaan.

d)

Mewujudkan rasa bangga kerana mempunyai keluarga besar.

10.

Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal ?

a)

Mengharapkan pujian daripada orang lain.

b)

Menjamin kesihatan dan keselesaan hidup.

c)

Memenangi pertandingan yang dianjurkan.

d)

Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut.

11.

Apakah peranan anda sebagai seorang anak?

a)

Menonton TV dan bermain

b)

Membantu ibu bapa mengemas rumah

c)

Bekerja untuk menyara keluarga

d)

Bergaduh dengan adik beradik

12.

Berikut merupakan tokoh-tokoh sejarawan kecuali

a)

Herodotus

b)

Professor Dr. Khoo Kay Kim

c)

Doktor Muhammad Yusuf Ibrahim

d)

Professor Amira Ahmad

13.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan biodata diri ?

a)

nama nenek

b)

tempat lahir

c)

nombor telefon

d)

nama sekolah

14.

Bagaimanakah cara kita boleh menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarga ?

a)

Memuji walaupun mereka membuat kesalahan.

b)

Memberi gelaran dan panggilan yang lucu

c)

Memasak makanan kegemaran mereka.

d)

Memberi pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja

15.

Pilih dua cara untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

a)

Menggunakan bahasa yang sopan apabila bercakap

b)

Meluangkan masa bersama-sama.

c)

Menghormati ibu bapa sahaja.

d)

Menghubungi keluarga sebulan sekali.

16.

Apakah contoh sumber primer ?

a)

majalah

b)

fosil

c)

buku

d)

akhbar

17.

Pilih semua sumber sekunder daripada senarai di bawah.

a)

akhbar

b)

risalah

c)

majalah

d)

artifak

18.

Sejarah merupakan satu proses interaksi antara masa kini dan masa lampau.

Siapakah sejarawan yang mengeluarkan pernyataan di atas ?

a)

E.H. Carr

b)

Ibnu Khaldun

c)

Herodatus

d)

Dr Khoo Kay Kim