NEW
Font size
WorksheetsEntrance Quiz for Traffic & Highway Eng. Tech.
Total questions: 35
Worksheet time: 35mins
Apakah fungsi Jabatan ini?
Adalah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya yang bertanggungjawab dalam perancangan, pengawalan, penyelarasan, dan pengawasan lebuh raya bertol di Malaysia.
Bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang lalu lintas di jalan raya dan lebuh raya di seluruh Malaysia.
Bertanggungjawab untuk memastikan semua projek jalan raya mematuhi syarat Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), terutamanya bagi projek yang mungkin memberi impak besar terhadap alam sekitar.
Adalah agensi utama di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bertanggungjawab dalam perancangan, reka bentuk, pembinaan, dan penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan dan negeri.
Manakah antara berikut merupakan jalan raya terpanjang di dunia?
Lebuhraya 1 (Highway 1), Australia
Lebuhraya Trans-Kanada (Trans-Canada Highway), Kanada
Lebuhraya Trans-Siberia (Trans-Siberian Highway), Rusia
Lebuhraya Pan-Amerika (Pan-American Highway)
Manakah antara berikut merupakan jalan raya yang terpanjang di benua Asia?
Trans-Siberian Highway, Rusia
Asian Highway 6 (AH6)
Asian Highway 1 (AH1)
Asian Highway 2 (AH2)
Manakah antara berikut merupakan jalan raya binaan manusia yang tertua di dunia?
Lake Moeris Quarry Road (Mesir Purba)
Jalan Raya di Ur (Mesopotamia)
Jalan Kayu di Glastonbury (England)
The Ridgeway (England)
Manakah antara berikut merupakan jalan raya terpanjang di Malaysia?
Lebuhraya Pan Borneo
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Laluan Persekutuan 1 (FT1)
Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Manakah antara jalan berikut yang merekodkan jumlah kemalangan yang paling banyak dalam masa setahun?
Lebuhraya Karak (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak)
Lebuhraya Pan-Borneo
Jambatan Pulau Pinang
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Ciri-Ciri : Dibina dengan standard yang lebih tinggi untuk menyokong kapasiti trafik yang besar dan memenuhi keperluan kenderaan yang bergerak pada kelajuan tinggi.
Kenyataan ini merujuk kepada ciri bagi jalan raya jenis...........
Jalan Luar Bandar
Jalan Daerah
Jalan Persekutuan
Jalan Perhubungan Desa
Gambar di atas menunjukkan klasifikasi jalan jenis................
Jalan Negeri
Lebuhraya
Jalan Daerah
Jalan Perhubungan Desa
Gambar di atas menunjukkan klasifikasi jalan jenis................
Lebuhraya
Jalan Luar Bandar
Jalan Bandar
Jalan Negeri
Gambar di atas menunjukkan klasifikasi jalan jenis................
Jalan Bandar
Jalan Ladang
Jalan Persekutuan
Jalan Persendirian
Gambar di atas menunjukkan klasifikasi jalan jenis................
Lebuhraya
Jalan Persekutuan
Jalan Ladang
Jalan Daerah
Ciri-Ciri: Direka untuk keperluan asas, kebanyakan tidak berturap, dan boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja.
Kenyataan di atas menunjukkan klasifikasi jalan jenis ...............
Jalan Luar Bandar
Jalan Ladang
Jalan Daerah
Jalan Perhubungan Desa
X adalah agensi utama di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bertanggungjawab dalam perancangan, reka bentuk, pembinaan, dan penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan dan negeri.
X merujuk kepada
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Antara berikut, yang manakah bukan cabaran dalam pembangunan jalan raya di Malaysia?
Kos pembinaan dan penyelenggaraan
Kesan alam sekitar
Kepadatan penduduk
Keselamatan jalan raya
Apakah yang dimaksudkan dengan Topografi?
Garis panduan dan kod amalan tempatan seperti Arahan Teknik (Jalan) oleh JKR Malaysia perlu dipatuhi.
Jenis tanah, kestabilan tanah, dan risiko geoteknikal (seperti tanah runtuh) perlu dinilai bagi memastikan asas jalan kukuh.
Bentuk muka bumi seperti bukit, lembah, sungai dan lain-lain mempengaruhi pemilihan laluan, cerun, dan kos pembinaan.
Perlu mengambil kira laluan utiliti (paip air, kabel elektrik), serta gangguan terhadap kawasan perumahan, sekolah, atau kawasan sensitif.
Antara yang berikut, manakah merupakan maksud Lebuhraya yang paling tepat?
Lebuh raya ialah mana-mana jalan raya yang besar dan sibuk serta memiliki sistem tol sendiri samaada tol secara tunai mahupun tol secara pay wave dan touch and go.
Lebuh raya hanyalah jalan yang lurus tanpa selekoh serta boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan tanpa mengira berat, lebar dan panjang kenderaan tersebut.
Jalan raya awam yang direka bentuk khas untuk membenarkan pergerakan kenderaan pada kelajuan tinggi dengan kawalan akses penuh atau separa, serta mempunyai laluan yang berasingan untuk setiap arah perjalanan.
Mana-mana jalan dengan pembahagi tengah adalah lebuh raya
Lapisan paling bawah bagi jalan raya ialah ...............
surface
subgrade
base
subbase
Namakan jenis kerosakan jalan seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas.
Alur Rod
(Rutting)
Kemelesetan Jalan (Depressions)
Retakan
(Cracking)
Lopak
(Potholes)
Apakah yang dimaksudkan dengan isipadu trafik?
Jumlah kenderaan per unit panjang jalan (contohnya, kenderaan per kilometer atau kenderaan per batu), memberikan gambaran tentang betapa sesaknya jalan tersebut
Jumlah kenderaan yang melalui satu titik atau seksyen jalan raya dalam satu jangka masa yang ditetapkan.
Jumlah maksimum kenderaan yang boleh dilayan oleh satu seksyen jalan raya dalam satu jangka masa di bawah keadaan tertentu.
Jumlah kenderaan yang berada di jalan raya pada satu-satu masa (kepadatan trafik).
Mengapakah had laju itu penting bagi sesebuah jalan raya atau lebuhraya?
Ia secara langsung mengurangkan risiko kemalangan maut dan kecederaan serius
Untuk memanjangkan masa perjalanan supaya pemandu boleh menikmati pemandangan dengan lebih lama
Supaya kerajaan boleh mengenakan lebih banyak denda dan mengumpul hasil cukai
Agar kenderaan lama tidak rosak dengan cepat akibat memandu terlalu laju
Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan diwartakan di bawah Perintah Had Laju Kebangsaan 1989, berapakah nilai had laju bagi lebuhraya di Malaysia?
120 km/j
110 km/j
100 km/j
90 km/j
Sistem KEJARA ialah sebuah sistem mata demerit yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan disiplin pemandu di negara ini. Apakah kepanjangan bagi KEJARA?
Sistem Kerja Raya Jalan
Sistem Keselamatan Dan Kestabilan Jalan Raya
Sistem Keselamatan Jalan Raya
Sistem Konsistensi Keselamatan Jalan Raya
Apakah maksud lampu merah pada lampu isyarat lalu lintas?
Berhenti apabila perlu
Jalan sekiranya tiada kenderaan
Bersedia untuk berhenti
Berhenti sebelum garisan berhenti
Apakah yang perlu dilakukan ketika melihat warna lampu isyarat seperti pada rajah di atas?
Memberi laluan kepada pejalan kaki
Bersedia untuk berhenti
Meningkatkan kelajuan kenderaan
Teruskan berjalan sekiranya tiada kenderaan
Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan garisan di atas?
Memberi Keutamaan Kepada Pejalan Kaki
Menguruskan Aliran Trafik
Menambahkan bilangan pejalan kaki
Meningkatkan Kebolehcapaian
Lampu isyarat seharusnya boleh dilihat dari jarak berapa meter?
10-50 meter
50-100 meter
100-200 meter
150-250 meter
Apakah maksud papan tanda di atas?
Bulatan dihadapan.
Persimpangan di hadapan.
Persimpangan 4 penjuru di hadapan.
Persimpangan tanpa lampu isyarat di hadapan.
Manakah antara berikut BUKAN faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya?
Tidak Mahir / Kurang Pengalaman
Reka Bentuk Jalan yang Tidak Sesuai
Memandu dengan menggunakan aplikasi Google Maps
Penyelenggaraan Kenderaan yang Lemah
Antara berikut, yang manakah merupakan kesalahan lalu lintas yang paling kerap dilakukan oleh pemandu di Malaysia?
Tidak Mematuhi Lampu Isyarat Merah
Memandu Melebihi Had Laju
Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu
Memotong Barisan / Menukar Lorong Secara Berbahaya
Berdasarkan laporan dan statistik kemalangan jalan raya di Malaysia, terutamanya yang dikeluarkan oleh PDRM dan industri insurans, kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan (sama ada menyebabkan atau terlibat sebagai mangsa) adalah .......
Motosikal
Kereta (Kenderaan Persendirian)
Lori / Kenderaan Komersial Berat
Van / Bas
Apakah ciri utama yang membezakan "lebuh raya" daripada jalan raya biasa?
Apakah ciri utama yang membezakan "lebuh raya" daripada jalan raya biasa?
Ia adalah jalan yang sangat lebar dan lurus.
Ia mempunyai kawalan akses penuh atau separa dan laluan berasingan untuk setiap arah.
Ia hanya digunakan oleh kenderaan berat.
Apakah nama jurang terkenal yang memisahkan Lebuhraya Pan-Amerika antara Panama dan Colombia, menjadikannya tidak bersambung sepenuhnya?
Jurang Bering
Jurang Andes
Darién Gap
Jurang Amazon
Apakah definisi yang paling tepat bagi "kepadatan trafik"?
Jumlah kenderaan per unit panjang jalan pada satu-satu masa.
Jumlah kenderaan yang melalui satu titik dalam jangka masa tertentu.
Purata kelajuan kenderaan di jalan raya.
Jumlah masa yang diambil untuk perjalanan dari satu titik ke titik lain.
Berapakah purata had laju bagi kenderaan berat (seperti lori dan bas) di lebuh raya Malaysia?
70 - 80 km/j
80 - 90 km/j
100 - 110 km/j
110 - 120 km/j
Apakah yang perlu dilakukan oleh pemandu ketika melihat papan tanda ini?
Memandu mengikut had laju Lebuhraya
Memandu dengan berhati-hati
Membunyikan hon
Berhenti serta merta
