Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam SPM ( Bidang Al-Quran, Tajwid dan Hadis)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rasuah ialah sebarang _____________ atau suapan yang bertujuan untuk memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan.

a)

pemberian

b)

cadangan

c)

gantian

d)

keperluan

2.

Antara yang berikut, manakah yang BUKAN kesan memahami Sunnatullah.

a)

Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan

b)


Mengkaji dan menyelidiki kejadian alam untuk pembangunan dan kemajuan umat Islam

c)

Membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi dalam berdepan dengan cabaran kehidupan

d)

Meragui setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah mengikut ketetapan dan kehendak Allah yang bijaksana

3.

Bilakah berlakunya Qalqalah Akbar?

a)


ب ج د ق ط mempunyai tanda sukun dan berada di tengah kalimah

b)


ب ج د ق ط berada di hujung kalimah dan ada tanda syaddah

c)

ب ج د ق ط berada di hujung kalimah dan ada tanda tanpa syaddah

4.

Apakah maksud dakwah?

a)

Mengajak melakukan kebaikan dan meninggalkan maksiat.

b)


Menasihati orang Islam melakukan kebaikan

c)


Mengajak dan menyeru manusia supaya takut kepada Allah SWT dengan pendekatan terbaik.

d)

Menyeru melakukan solat

5.

Apakah hukuman yang dikenakan kepada mereka yang melakukan Qazaf?

a)

40 sebatan

b)

60 sebatan

c)

80 sebatan

d)

100 sebatan

6.

Sabda Rasulullah s.a.w : "Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan menanggungnya di atas belakangnya (untuk dijual) pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya"

Hadis berikut tentang :

a)

Kemuliaan berdikari

b)

Meminta-minta

c)

Pengumpul kayu

d)

Bekerja sendiri

7.

Surah At-Taubah tidak dimulai dengan lafaz Basmallah kerana _________________

a)

diturunkan dalam gua yang gelap

b)

diturunkan dalam keadaan kemurkaan Allah

c)


diturunkan tanpa melalui Malaikat Jibril

d)

diturunkan pada bulan Ramadhan

8.

PILIH JAWAPAN YANG BETUL BAGI AYAT BERIKUT

لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا ٱلْقُرْءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُۥ خَٰشِعًا مُّتَصَدِّعًا__________ ۚ وَتِلْكَ ٱلْأَمْثَٰلُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

a)

مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ

b)


هُوَ ٱلْمَلِكُ ٱلْقُدُّوسُ ٱلسَّلَٰمُ

c)


عَٰلِمُ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ

d)


مِّنْ خَشْيَةِ ٱللَّهِ

9.

Tandakan 3 tujuan penurunan al Quran

a)


Khabar Gembira

b)

Sumber Hidayah

c)

Untuk tujuan perubatan manusia

d)

Membezakan yang Haq dan yang Batil

10.

Mad LAzim Kalimi Muthaqqal ialah huruf mad bertemu huruf bertanda ...................... yang bersyaddah dalam satu kalimah.

a)

fathah / atas

b)

kasrah / bawah

c)

dhommah / depan

d)

sukun / mati

11.

Qalqalah Akbar ialah huruf qalqalah berbaris syaddah pada hujung kalimah ketika bacaan secara waqaf (berhenti). Cara bacaan ialah...

a)


lantunan rendah.

b)

lantunan lebih kuat.

c)


lantunan halus.

d)

lantunan sederhana rendah.

12.

Apakah maksud menunaikan zakat ?

a)


jangan tunaikan kerana akan membazirkan duit

b)

mengeluarkan semua harta untuk disedekahkan kepada orang miskin

c)

mengeluarkan harta untuk memberi kepada siapa saja yang kita mahu

d)

mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat2 yang telah ditetapkan oleh syarak

13.

Sebab turunnya surah Al-Hujurat ayat 13:

Terdapat sahabat yang _________ kepada Saidina Bilal. Lalu Rasulullah SAW memanggil mereka dan _______ tentang tindakan mereka.

a)

menghina, bertengkar

b)

memandang rendah, bertanyakan

c)

mencaci, memarahi

d)

meludah, menengking

14.

Antara berikut yang manakah bukan tanggungjawab suami ?

a)

memberikan wang perlindungan

b)

memberikan nafkah kepada anggota keluarga

c)

melayan isteri dan anak-anak dengan baiknya

d)

memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anak

15.

Apakah maksud وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ?

a)

seseorang yang bersedekah secara sembunyi

b)


seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid

c)


seseorang secara bersendirian mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata

d)


2 orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu & berpisah kerana Allah SWT

16.

Berikan contoh pemimpin yang adil

a)

Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi

b)

Menunaikan solat fardhu secara berjemaah

c)

Menjauhi perbuatan kemungkaran

d)

Melaksanakan tuntutan solat 5 waktu & ibadah puasa dengan sempurnanya

17.

Manusia perlu menunaikan hak sesama manusia walaupun berbeza kaum dan budaya kerana perkara itu merupakan _________ yang _______ dilaksanakan.

a)

perintah raja, harus

b)

perintah Allah, wajib

c)


peraturan negara, wajib

d)


perintah guru, sunat

18.

Bagaimanakah cara untuk menjaga kehormatan diri ?

a)


mengelakkan diri daripada kemalangan

b)

menjaga diri daripada melihat aurat seseorang

c)

mengelakkan diri daripada melakukan amalan soleh

d)

menjaga dan mengelakkan diri daripada perkara yang diharamkan

19.

Berikut adalah cara mengatasi syirik kecuali:

a)

Menguatkuasakan undang-undang

b)

Menggalakkan membuka tempat-tempat pusat ajaran sesat

c)

Memberi kesedaran bahaya syirik kepada diri & masyarakat

d)

Mengembangkan syariat Islam dengan memberi kefahaman menyeluruh

20.

Apakah tawaran yang diberikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW apabila dakwah Baginda di tolak?

a)


Banjir

b)

Ribut taufan

c)

Gempa bumi

d)

Menghempap bukit kepada kaum tersebut