Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tingkatan 2 - Jun 2025

Total questions: 40

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Apakah reaksi Dodo apabila mendengar kisah mengenai Raksasa Qadqad?

a)

dianggap bahan lucu

b)

membuat laporan polis

c)

dianggap kisah khayalan semata-mata

d)

menghebohkan kepada seluruh penduduk Kampung Bukit Ungu

2.

Raksasa Qadqad merupakan...

a)

Seekor katak

b)

Seekor ular gergasi

c)

Seekor beruang ganas

d)

Manusia yang di sumpah

3.

Persoalan yang tidak ditekankan dalam cerpen?

a)

Sikap tamak segelintir manusia

b)

Kasih sayang sesama makhluk

c)

Kepentingan alam semula jadi

d)

Anak-anak yang tidak bertanggungjawab

4.

Di manakah Talia dan keluarganya tinggal?

a)

Kawasan Bukit Ungu

b)

Taman Perumahan Ara

c)

Kampung Semangka Sulong

d)

Kawasan Perlombongan Bijih Timah

5.

Mengapakah Raksasa Qadqad dan pengikutnya menyerang Binjah?

a)

Kerana Binjah telah menculik anak kepada Raksasa Qadqad

b)

Kerana habitat mereka telah musnah disebabkan tindakan Binjah dan pengikutnya

c)

Kerana ingin membalas dendam ekoran tindakan mandur kem balak mencederakan mereka

d)

Kerana ingin memberi peringatan kepada Binjah tentang janji yang telah beliau mungkiri

6.

Antara yang berikut, yang manakah tema bagi "Pantun Alam Remaja"?

a)

Kebimbangan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah

b)

Pesanan ibu dan bapa kepada anak-anaknya supaya dapat menjaga diri.

c)

Aktiviti nyanyian bersama-sama keluarga dapat mengisi masa terluang

d)

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa ke rumah.

7.

Pantun ini terdiri daripada ______________ rangkap.

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

8.

Apakah persoalan dalam pantun ini ?

a)

tanggungjawab ibu bapa memberikan kasih sayang dan kebahagiaan

b)

tanggungjawab ibu bapa memberi hadiah kepada anak-anak

c)

tanggungjawab anak-anak menyambut kepulangan ibu bapa balik dari bekerja

9.

Pantun Alam Remaja merupakan karya...

a)

Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh

b)

Rejab F.I

c)

Abu Hassan Sham

d)

Aaron Aziz

10.

Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap pertama Pantun Alam Remaja?

a)

anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu di rumah.

b)

ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak masih kecil.

c)

adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama

d)

pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

11.

Pilih dua nilai yang terdapat dalam pantun ini

a)

Kasih sayang

b)

Penyayang

c)

Pemurah

d)

Bertanggungjawab

12.

Apakah gaya bahasa bagi perkataan berikut ;

kumbang jati, itik, rumput

a)

repetisi

b)

anafora

c)

unsur alam

13.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah

kerana dia .

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

14.

Siti ___________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

15.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ____________semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

16.
  1. Walaupun berasal dari keluarga miskin, Hani bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang doktor. Dia seorang yang mempunyai __________.

4 lines
17.

Pak Cik Rashid banyak pengalaman dalam bidang pertanian kerana telah bertahun-tahun mengusahakan ladang. Dia sudah lama __________.

4 lines
18.

Walaupun kecil dan bertubuh genit, Farah berani menyertai pertandingan silat. Dia memang __________!

4 lines
19.

Semua ahli jawatankuasa bersetuju untuk melantik Encik Faizal sebagai ketua. Keputusan itu dibuat secara __________.

4 lines
20.

Anis hanya bekerja sebagai kerani di syarikat itu buat sementara waktu kerana dia mahu menggunakan jawatan tersebut sebagai __________ untuk mendapatkan kerja yang lebih baik.

4 lines
21.

Aduh, sakit kakiku ini!

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

22.

Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

23.

Harap hadirin bersabar seketika.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

24.

Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

25.

Leonardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

26.

TENTUKAN MAKSUD BAGI AKRONIM DI BAWAH.


kugiran

a)

kumpulan gitar rancak

b)

kumpulan giliran keremajaan

27.

TENTUKAN MAKSUD BAGI AKRONIM DI BAWAH


Perhilitan

a)

Pertempatan Hidupan Liar dan Taman Negara

b)

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

28.

TENTUKAN MAKSUD AKRONIM INI :


pawagam

a)

panggung wayang gambar

b)

panggung wayang

c)

wayang gambar

d)

pawang gambar

29.

TEKA MAKSUD AKRONIM


Debunga

a)

Dedap bunga

b)

Debu bunga

c)

Derap bunga

d)

Depoh bunga

30.

TENTUKAN MAKSUD BAGI AKRONIM DI BAWAH.


Petronas

a)

Petroleum Nasional

b)

Petron Nasional

31.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
 
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan  kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah
 ini.
a)
banyak-banyak...mengumumkan
b)
berbanyak-banyak...merasmikan
32.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Bahasa Melayu dapat dijadikan teras penumbuhan kebudayaan  nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
a)
pertumbuhan...di 
b)
penubuhan...dalam
33.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperoleh  hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi  Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
a)
sepuluh tahun setengah... anugerah
b)
setengah puluh tahun...anugerah
34.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.
a)
permohonan...faxs
b)
Permohonan...faks
35.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik  dan perfileman tanahair.
a)
melupuhkan...yang utama...tanah air
b)
melumpuhkan...terutamanya...tanah air
36.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan  tatabahasa berikut.

Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya.
a)
Gua Musang...marbahaya
b)
Gua Musang...berbahaya
37.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.
a)
Hajjah...dinobat
b)
Hajah...dinobatkan
38.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada.
a)
mengikuti...institut
b)
mengikut...institusi
39.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan.
a)
memberi...definisi
b)
diberikan ... definisi
40.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kakitangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh.
a)
Yang Dipertua...berpesan
b)
Yang diPertua...berpesan