wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HVAC DUCT DESIGN

Total questions: 64

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah cara untuk menentukan kelas kipas penghembus (blower fan) dalam sebuah salur udara?

a)

Kira halaju salur udara.

b)

Tetapan tekanan salur udara.

c)

Ukur saiz keratan rentas salur udara.

d)

Kira jumlah bilangan peresap udara.

2.

Apakah fungsi perendam udara (damper) dalam sistem salur udara?

a)

Mengelakkan haba terbebas ke persekitaran.

b)

Mengagihkan udara dingin ke dalam ruang.

c)

Mengawal aliran udara dalam salur udara.

d)

Mengawal suhu ke ruang secara seimbang.

3.

Apakah yang akan berlaku jika aksesori terlalu banyak dipasang dalam salur udara?

a)

Penggunaan arus elektrik berkurangan.

b)

Kadar aliran udara dan halaju meningkat.

c)

Tekanan jatuh dan kadar geseran meningkat.

d)

Kos pembuatan dan pemasangan dapat dikurangkan.

4.

Mengapakah perlu membuat pertimbangan susun atur salur udara?

a)

Supaya tidak berlaku kebocoran salur udara.

b)

Supaya dapat mengekalkan beban penyejukan bilik.

c)

Bagi mengelakkan berlaku pengaratan bahan salur udara.

d)

Bagi mengekalkan daya tahan dan kecekapan salur udara.

5.

Bagaimanakah cara menentukan tekanan udara dalam salur udara utama?

a)

Tebuk salur udara dan ukur menggunakan manometer.

b)

Ambil bacaan suhu di peresap udara pertama dan tukar ke unit tekanan.

c)

Dapatkan halaju setiap peresap udara dengan menggunakan balometer.

d)

Ukur tekanan dalam air handling unit (AHU) menggunakan anemometer.

6.

Antara berikut, yang manakah fungsi sistem salur udara?

 

I.               Mengganti udara ke persekitaran.

II.             Mengagih udara ke ruang bilik.

III.            Mengawal suhu ke ruang secara seimbang.

IV.           Mengimbagi setiap ruang dengan suhu yang sesuai.

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

I, III, IV

d)

II, III, IV

7.

Penyamanan udara komersial bagi kegunaan seperti pusat membeli belah boleh menggunakan sistem salur udara dengan tekanan rendah atau sederhana. Berapakah standard julat tekanan statik yang sesuai bagi rekabentuk salur udara bertekanan sederhana seperti ini?

a)

Kurang dari 3 ¾ in.wg

b)

Antara 3 ¾ in.wg – 6 ¾ in.wg

c)

Antara 6 ¾ in.wg – 12 ¼ in.wg

d)

Lebih dari 12 ¼ in.wg

8.

Salur udara dengan kipas kelas 3 bertekanan tinggi mempunyai julat halaju udara 2500 hingga 3500 fpm. Apakah aplikasi sistem yang sesuai bagi situasi sepeti ini?

a)

Rekabentuk dengan faktor ruang salur udara yang terhad.

b)

Ruang yang memerlukan suasana persekitaran yang senyap.

c)

Kawasan ruang yang memerlukan kapasiti penyejukan yang tinggi

d)

Rekabentuk ruang yang mempunyai suhu dan tekanan yang tinggi.

9.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum membuat pengiraan kuantiti udara menggunakan kaedah check figure?

a)

Menentukan halaju udara bilik.

b)

Menentukan luas lantai bilik.

c)

Menentukan isipadu udara bilik.

d)

Menentukan kedudukan salur udara.

10.

Apakah perbezaan antara pekali Lo dan Hi pada jadual check figures dalam menentukan kuantiti udara?

a)

Pekali Lo menghasilkan kuantiti udara yang lebih.

b)

Pekali Lo menghasilkan kuantiti udara yang sederhana.

c)

Pekali Hi menghasilkan kuantiti udara yang sedikit.

d)

Pekali Hi menghasilkan kuantiti udara yang paling banyak.

11.

Berapakah pertimbangan nisbah (aspect ratio) sisi salur udara bagi rekabentuk salur udara segi empat?

a)

Kurang dari 4:1

b)

Kurang dari 6:1

c)

Lebih dari 4:1

d)

Lebih dari 6:1

12.

Apakah kaedah yang paling meluas digunakan dalam rekabentuk sistem salur udara bangunan awam?

a)

Equal friction method.

b)

Velocity reduction method.

c)

Static regain method.

d)

Friction reduction method.

13.

Antara berikut yang manakah cara betul menentukan saiz salur udara segi empat menggunakan duct calculator?

a)

Sentiasa pilih satu sisi yang lebih besar.

b)

Pastikan saiz satu sisi melebihi 5 kali ganda.

c)

Pastikan saiz sisi sama dengan diameter salur udara bulat.

d)

Tentukan saiz sisi salur udara sama atau hampir 1:1.

14.

Bagaimana cara menentukan kuantiti udara setiap peresap udara (diffuser) dalam ruang bilik yang sama semasa membuat rekabentuk?

a)

Lebihkan kuantiti udara peresap udara hadapan.

b)

Lebihkan kuantiti udara peresap udara paling jauh.

c)

Bahagikan kuantiti udara sama rata setiap peresap udara.

d)

Gunakan saiz peresap udara lebih kecil di hujung salur udara.

15.

Antara berikut yang manakah bukan unit bagi halaju udara?

a)

Meter per second, (m/s)

b)

Feet per second, (ft/s)

c)

Meter per minute, (m/min)

d)

Cubic feet per minutes, (ft3/min)

16.

Apakah formula yang digunakan bagi mengira kadar aliran udara di dalam salur udara?

a)

Q = AV

b)

Q = AF

c)

V = 4005 √Pv

d)

Pt = Ps + Pv

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah unit CFM?

a)

Isipadu kaki udara seminit

b)

Isipadu meter udara sejam

c)

Hajalu kaki udara seminit

d)

Halaju meter udara sesaat

18.

Antara berikut, yang manakah bukan bentuk salur udara?

a)

Bulat

b)

Segi empat sama

c)

Segi empat tepat

d)

Segi tiga

19.

Apakah peringkat hukum kipas seperti pada gambar?

a)

Hukum kipas I

b)

Hukum kipas II

c)

Hukum kipas III

d)

Hukum kipas IV

20.

Apakah formula (check figure/rule of thumb) yang digunakan bagi mengira kadar aliran udara sebuah ruang bilik?

a)

Q = AV

b)

Q = AF

c)

V = 4005 √Pv

d)

Pt = Ps + Pv

21.

Antara berikut, parameter yang manakah tidak terdapat pada duct calculator?

a)

Kadar kehilangan geseran

b)

Kadar aliran udara

c)

Tekanan halaju

d)

Saiz salur udara

22.

Apakah julat kadar kehilangan geseran (friction loss) bagi salur udara bekal dengan halaju rendah dan sederhana berdasarkan ASHRAE dan SMACNA?

a)

1.0 – 1.5 in.wg/100ft

b)

0.08 – 0.15 in.wg/100ft

c)

0.01 – 0.08 in.wg/100ft

d)

0.001 – 0.08 in.wg/100ft

23.

Apakah halaju udara maksima yang disarankan bagi salur udara utama untuk aplikasi sekolah/dewan/bangunan awam berdasarkan ASHRAE?

a)

1100 fpm

b)

1300 fpm

c)

1600 fpm

d)

2200 fpm

24.

Apakah nama alat uji yang boleh mengukur halaju udara dan kuantiti udara secara serentak pada peresap udara (diffuser) dengan tepat?

a)

Anemometer

b)

Manometer

c)

Balometer

d)

Tachometer

25.

Apakah yang dimaksudkan dengan Equal Friction Method dalam rekabentuk salur udara?

a)

Menetapkan kehilangan geseran tetap sama sepanjang salur udara.

b)

Pertimbangkan halaju pada setiap peresap udara bagi mengawal kebisingan.

c)

Kehilangan tekanan keseluruhan disebabkan geseran di dalam salur udara.

d)

Menukar tekanan hajalu kepada tekanan statik bagi mengimbangi kehilangan geseran.

26.

Berapakah jumlah peratusan haba salur udara bekal (supply air duct) daripada keseluruhan haba bagi sistem AHU ideal?

a)

30%

b)

50%

c)

70%

d)

100%

27.

Apakah yang akan berlaku jika roda duct calculator bergerak pusing arah jam semasa menentukan saiz salur udara?

a)

Halaju udara bertambah.

b)

Kadar aliran udara berkurangan.

c)

Saiz salur udara bulat membesar.

d)

Saiz salur udara segi empat mengecil.

28.

Apakah yang akan berlaku jika menetapkan kehilangan gesaran (friction loss) pada duct calculator terlalu rendah?

a)

Halaju udara menjadi tinggi.

b)

Saiz salur udara terlalu besar.

c)

Kos pemasangan berkurangan.

d)

Saiz salur udara semakin mengecil.

29.

Antara berikut, yang manakah turutan yang betul bagi menentukan saiz salur udara menggunakan duct calculator?

I.               Temukan garisan kuantiti udara dan kehilangan geseran.

II.             Tetapkan kehilangan geseran.

III.            Tentukan jumlah kuantiti udara.

IV.           Temukan garisan kuantiti udara dan halaju udara.

a)

I, II, III, IV

b)

II, IV, III, I

c)

III, II, I IV

d)

IV, I, II, III

30.

Bagaimanakan cara untuk mengukur tekanan statik pada salur udara menggunakan manometer?

a)

Meletakkan tiub sensor di tengah salur udara menghala arah udara.

b)

Meletakkan tiub sensor di tengah salur udara berlawanan arah udara.

c)

Meletakkan tiub sensor di bahagian luar permukaan dinding salur udara.

d)

Meletakkan tiub sensor di bahagian dalam permukaan dinding salur udara.

31.

Bagaimanakan cara untuk mengukur jumlah tekanan pada salur udara menggunakan tiub pitot?

a)

Meletakkan tiub pitot di tengah salur udara menghala arah udara.

b)

Meletakkan tiub pitot di tengah salur udara berlawanan arah udara.

c)

Meletakkan tiub pitot di bahagian dalam permukaan dinding salur udara.

d)

Meletakkan tiub pitot di bahagian luar permukaan dinding salur udara.

32.

Antara berikut, yang manakah benar berkenaan rekabentuk salur udara menggunakan duct calculator?

a)

Duct calculator boleh menentukan tekanan statik dalam salur udara.

b)

Duct calculator boleh menentukan kuantiti udara tanpa kapasiti haba.

c)

Duct calculator boleh menentukan kecekapan kipas dalam salur udara.

d)

Duct calculator merupakan satu-satunya cara menentukan saiz salur udara.

33.

Antara berikut, yang manakah benar berkenaan kegunaan duct calculator?

I.               Menentukan saiz salur udara bulat.

II.             Menentukan saiz salur udara segi empat.

III.            Menentukan tekanan halaju salur udara.

IV.           Menentukan kadar aliran udara salur udara.

a)

I, II, III

b)

II, III, IV

c)

I, II, IV

d)

I, III, IV

34.

Sebuah salur udara bekal dengan kuantiti udara 34000 cfm mempunyai kehilangan geseran 0.1 in.wg/100ft. Dengan menggunakan duct calculator tentukan halaju udara bagi salur udara ini

a)

850 fpm

b)

950 fpm

c)

2200 fpm

d)

5400 fpm

35.

Sebuah salur udara balik dengan kuantiti udara 18000 cfm mempunyai kehilangan geseran (friction loss) 0.08 in.wg/100ft. Dengan menggunakan duct calculator tentukan saiz diameter bagi salur udara ini.

a)

35 inci

b)

38 inci

c)

42 inci

d)

44 inci

36.

Berapakah kadar aliran udara bagi salur udara?

a)

533 cfm

b)

1500 cfm

c)

4800 cfm

d)

6200 cfm

37.

Berapakah halaju udara bagi salur udara?

a)

438 fpm

b)

875 fpm

c)

3501 fpm

d)

69115 fpm

38.

Apakah kelebihan utama pemasangan perendam udara (damper) di setiap simpang salur udara?

a)

Mudah melaraskan udara

b)

Menjimatkan kos pemasangan

c)

Mengurangkan geseran udara

d)

Mengawal kejatuhan tekanan

39.

Apakah jenis litar salur udara seperti rajah?

a)

Persendirian

b)

Lilitan

c)

Trunk

d)

Bersambung

40.

Apakah keburukan rekabentuk salur udara yang mempunyai banyak aksessori seperti perendam udara (damper) dan siku (elbow) salur udara?

a)

Susah hendak dipasang

b)

Saiz salur udara menjadi besar

c)

Banyak kebocoran akan berlaku

d)

Tekanan udara menjadi tinggi

41.

Apakah keburukan rekabentuk salur udara yang mempunyai saiz yang sempit dan bahan yang nipis tetapi kuantiti udara yang besar?

a)

Berbunyi bising

b)

Kebocoran udara

c)

Berlaku penyejatan

d)

Tekanan udara rendah

42.

Antara berikut, yang manakah adalah kriteria menentukan rekabentuk laluan salur udara?

 

I.               Halaju udara yang tinggi.

II.             Laluan selurus yang mungkin.

III.            Bahan dengan permukaan licin.

IV.           Perendam udara di setiap branch.

a)

I, II, III

b)

II, III, IV

c)

I, II, IV

d)

I, III, IV

43.

Antara berikut, yang manakah adalah jenis-jenis litar salur udara?

 

I.               Trunk

II.             Lilitan

III.            Persendirian

IV.           Bersambung

a)

I, II, III

b)

II, III, IV

c)

I, II, IV

d)

I, III, IV

44.

Antara berikut, yang manakah langkah-langkah pencegahan kebakaran sistem salur udara?

I. Memasang perendam udara automatik pada salur udara segar.

II. Memasang penggera yang berhubung dengan sistem cegah kebakaran.

III. Sistem penyamanan udara dimatikan secara automatik ketika kebakaran.

IV. Salur udara memercikkan air bagi memadam api semasa kebakaran.

a)

I, II, III

b)

II, III, IV

c)

I, II, IV

d)

I, III, IV

45.

Antara berikut, yang manakah amalan kerja yang baik dalam rekabentuk laluan salur udara utama?

 

I.               Menetapkan kehilangan geseran (friction loss) utama.

II.             Memasang perendam udara (damper) setiap 15 kaki panjang.

III.            Memastikan halaju udara sesuai dengan kegunaan bangunan.

IV.           Menjarakkan kedudukan peresap udara (diffuser) secara seragam dalam satu kawasan.

a)

I, II, III

b)

II, III, IV

c)

I, II, IV

d)

I, III, IV

46.

Apakah tujuan pengiraan tekanan SMACNA bagi sistem salur udara?

a)

Mengawal kebisingan.

b)

Menentukan saiz salur udara.

c)

Menentukan saiz kipas penghembus.

d)

Memastikan kehilangan geseran tidak berlebihan.

47.

Antara berikut yang manakah akan menghasilkan tekanan statik dalaman?

a)

Kekisi udara (Air grill).

b)

Siku salur udara (elbow).

c)

Perendam udara (damper).

d)

Gegelung penyejat (cooling coil).

48.

Bagaimanakah cara menentukan tekanan statik SMACNA bagi rekabentuk salur udara?

a)

Menguji dengan alat ukur.

b)

Menggunakan duct calculator.

c)

Menggunakan graf kehilangan geseran.

d)

Menggunakan jadual friction coefficient.

49.

Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan statik di dalam salur udara?

a)

Tekanan yang disebabkan halaju udara.

b)

Jumlah tekanan yang berada di dalam salur udara.

c)

Tekanan yang tidak bergerak dan kekal dalam salur udara.

d)

Tekanan yang menolak dinding di setiap penjuru.

50.

Apakah yang menghasilkan jumlah tekanan statik luaran di dalam salur udara?

a)

Seluruh salur udara.

b)

Gegelung penyejat (cooling coil).

c)

Kipas penghembus (blower fan).

d)

Unit kendalian udara (AHU).

51.

Apakah formula asas pengiraan kehilangan tekanan SMACNA?

a)

Pt = C x Pv

b)

Q = AF

c)

V = 4005 √Pv

d)

Pt = Ps + Pv

52.

Apakah perkara yang harus dielakkan semasa rekabentuk sistem salur udara?

a)

Memilih nisbah sisi salur udara kurang dari 4:1.

b)

Menambah faktor keselamatan rekabentuk 10-30%.

c)

Menambah aksesori salur udara lebih dari cukup.

d)

Memilih salur udara yang sepadan dengan kuantiti udara.

53.

Apakah nama parameter di dalam fan curve yang tidak boleh diubah selepas sistem lengkap dipasang?

a)

Tekanan statik

b)

Halaju udara

c)

Kuantiti udara

d)

Putaran motor

54.

Bagaimanakah cara mengukur tekanan statik dalaman bagi sistem salur udara dengan unit kendalian udara?

a)

Ambil perbezaan nilai tekanan masuk dan keluar AHU guna manometer.

b)

Ambil bacaan kadar aliran udara pada salur udara utama dan cawangan.

c)

Ambil perbezaan nilai tekanan pangkal dan hujung salur udara guna manometer.

d)

Ambil bacaan halaju udara di setiap kekisi udara (air grill) menggunakan anemometer.

55.

Bagaimanakah cara mendapatkan kuantiti udara rekabentuk bagi sistem yang baru dipasang sekiranya kuantiti udara berkurangan berdasarkan fan curve?

a)

Rekabentuk semula dengan sistem salur udara baru.

b)

Ubah tekanan statik supaya mendapat kuantiti udara baru.

c)

Ubah posisi kuantiti udara pada kedudukan yang diperlukan.

d)

Laras halaju motor hingga mendapat kuantiti udara yang dikehendaki.

56.

Antara berikut, yang manakah kegunaan fan curve dalam sistem salur udara?

I.               Mendapatkan kadar penyejukan sistem yang maksimum.

II.             Menentukan kelajuan kipas berdasarkan airan udara.

III.            Melaraskan kelajuan kipas berdasarkan tekanan statik dan kuantiti udara.

IV.           Mendapatkan aliran udara sebenar dengan melaraskan kelajuan kipas.

a)

I, II, III

b)

II, III, IV

c)

I, II, IV

d)

I, III, IV

57.

Antara berikut yang manakah bukan tekanan yang terhasil dari sistem salur udara?

a)

Tekanan halaju.

b)

Tekanan statik.

c)

Tekanan pecutan.

d)

Tekanan jumlah.

58.

Sebuah salur udara utama mempunyai halaju udara 750 fpm. Berapakah tekanan halaju, Pv bagi salur udara ini?

a)

0.0188 in.wg.

b)

0.0216 in.wg.

c)

0.0351 in.wg.

d)

0.0432 in.wg.

59.

Sebuah siku (elbow) bersudut 90° salur udara bulat berdiameter 10 inci dengan R/D 0.75 mempunyai kuantiti udara 500 cfm dan halaju udara 925 fpm. Berapakah jumlah tekanan, Pt bagi siku salur udara ini?

a)

0.0176 in.wg.

b)

0.0117 in.wg.

c)

0.0080 in.wg.

d)

0.0069 in.wg.

60.

Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki sebuah unit kendalian udara (AHU) jika didapati semakin tidak mencapai kuantiti udara yang diperlukan?

I.               Senggara motor kipas yang berkurang kecekapan.

II.             Bersihkan salur udara dan kekisi udara (air grill) dari habuk.

III.            Bersihkan unit kendalian udara (AHU) dari kotoran dan habuk.

IV.           Pastikan ruang disejukan tidak menambah beban haba baru.

a)

I, II, III

b)

II, III, IV

c)

I, II, IV

d)

I, III, IV

61.

Sebuah branch take-off bulat salur udara segi empat mempunyai kuantiti udara sebelum (Qc) 1000 cfm dan kuantiti udara branch (Qb) 500 cfm. Halaju udara sebelum (Vc) 1250 fpm, halaju udara branch (Vb) 1500 fpm, dan halaju udara selepas (Vs) 650 fpm. Berapakah jumlah tekanan, Pt bagi branch take-off salur udara ini?

a)

0.0332 in.wg.

b)

0.0366 in.wg.

c)

0.0411 in.wg.

d)

0.0448 in.wg.

62.

Bagaimanakah cara untuk mendapat lukisan perincian ruang dalam bentuk soft copy bagi membuat rekabentuk salur udara?

a)

Carian atas talian.

b)

Pembelian di kedai.

c)

Dapatkan dari pembekal .

d)

Mohon pada pegawai penguasa.

63.

Apakah butiran yang diperlukan untuk rekabentuk salur udara?

a)

Perincian ruang.

b)

Kos salur udara.

c)

Katalog pengilang.

d)

Lukisan 3D bangunan.

64.

Berapakah faktor keselamatan rekabentuk salur udara yang munasabah?

a)

Kurang 5%

b)

5% hingga 30%

c)

30% hingga 80%

d)

100%