WorksheetsTesting 01
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah tujuan utama lukisan kejuruteraan?
Mencantikkan produk kejuruteraan
Memberikan gambaran terperinci sesuatu objek
Menggambarkan idea secara bebas
Menggantikan model sebenar dengan sepenuhnya
Lukisan kerja dalam kejuruteraan bertujuan untuk:
Menunjukkan susunan komponen
Menghias pelan kejuruteraan
Menjelaskan cara komponen dihasilkan
Mempersembahkan produk kepada pelanggan
Antara berikut, yang manakah bukan peralatan asas lukisan kejuruteraan?
Sesiku T
Jangka lukis
Tang pemotong
Skala
Apakah fungsi utama pembahagi dalam lukisan kejuruteraan?
Menggariskan sudut
Membahagi jarak kepada beberapa bahagian
Mengukur tekanan bahan
Memadam garisan
Pensel jenis mekanikal lebih sesuai digunakan dalam lukisan kejuruteraan kerana:
Harganya lebih murah
Tidak perlu diasah dan menghasilkan garisan kemas
Mempunyai banyak warna
Lebih ringan dan senang dibuang
Apakah maksud skala 1:5 dalam lukisan kejuruteraan?
Objek dilukis lima kali lebih besar
Objek dilukis dalam saiz sebenar
Objek dilukis lima kali lebih kecil
Objek dilukis secara rawak
Garisan yang digunakan untuk menunjukkan bahagian objek yang tidak kelihatan ialah:
Garisan objek
Garisan tengah
Garisan terlindung
Garisan binaan
Lengkung Perancis digunakan untuk:
Mengukur panjang garisan
Melukis lengkung bebas yang sukar dengan jangka lukis
Membuat bulatan sempurna
Menyambungkan dua garisan lurus
Apakah tujuan utama petak tajuk pada kertas lukisan?
Menambah seni pada lukisan
Mengisi maklumat seperti tajuk, tarikh dan nama pelukis
Untuk panduan pengukuran
Menunjukkan hasil akhir lukisan
Spesifikasi pelanggan membantu memastikan:
Harga produk dikurangkan
Produk kelihatan lebih cantik
Produk menepati keperluan dan bebas kecacatan
Lukisan tidak perlu diperiksa
