Font size
WorksheetsUjian Pertengahan Bahasa Melayu
Total questions: 10
Worksheet time: 1hrs 8mins
Jika ____________ rajin membaca, kita akan dapat banyak ilmu.
kita
saya
kita
mereka
Ibu melipat kain _____________ menonton televisyen
dan
atau
sambil
jika
Pilih ayat yang tepat.
Adik saya sedang membaca seketul buku di dalam bilik.
Dhia telah membeli sepasang kasut baru untuk ke sekolah.
Rina dan Ali pergi ke pasar untuk membeli setangkai sayur.
Sebuah burung terbang tinggi di langit biru.
Alia dan Keberanian Menolong
Alia adalah seorang murid yang sangat baik hati. Dia selalu bersedia untuk menolong guru dan kawan-kawannya. Semua orang di sekolah suka dengan sikap positif Alia. Sikapnya yang baik membuatkan ramai orang menghormatinya.
Pada suatu hari, Alia melihat sesuatu yang tidak baik berlaku di kelasnya. Dia ternampak Hamdan sedang membuli Azhar, rakan sekelasnya. Alia tahu bahawa membuli adalah perbuatan yang salah. Dia berasa bertanggungjawab untuk membantu Azhar. Alia cuba menasihati Hamdan supaya berhenti.
Apabila usahanya tidak berjaya, Alia membuat keputusan untuk memberitahu guru kelasnya. Guru kelasnya mendenda Hamdan kerana tindakannya yang salah. Guru berasa bangga dengan keberanian Alia. Dia memuji Alia di hadapan kelas.
Azhar sangat berterima kasih kepada Alia kerana menolongnya. Dia berasa lega kerana ada kawan yang sudi membantunya. Alia dan Azhar menjadi lebih rapat selepas kejadian itu.
Siapakah yang dibuli oleh Hamdan dalam kelas?
Azhar
Alia
Guru kelas
Rakan sekelas lain
Berikut ialah sikap Alia, kecuali...
pemarah
baik hati
suka menolong orang lain
prihatin
Bagaimana reaksi guru kelas terhadap tindakan Alia?
Berasa bangga dan memuji Alia
Mengabaikan cerita Alia
Memarahi Alia
Tidak mengambil tindakan
Kelebihan dan Kegunaan Pokok Pandan
Pandan adalah tumbuhan yang sangat berguna dalam masakan. Daun pandan sering digunakan untuk memberi aroma yang wangi kepada makanan. Ia boleh digunakan dalam nasi lemak, kuih-muih, dan minuman. Selain itu, daun pandan juga boleh digunakan untuk membungkus makanan. Ini menjadikan makanan lebih sedap dan menarik.
Daun pandan mempunyai banyak kegunaan lain selain dalam masakan. Ia boleh digunakan sebagai pewarna semulajadi. Daun pandan juga boleh dijadikan hiasan rumah kerana baunya yang harum. Selain itu, daun pandan boleh digunakan untuk menghalau serangga. Ini menjadikan rumah lebih bersih dan selesa.
Pandan juga digunakan dalam perubatan tradisional. Ia dipercayai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Daun pandan juga digunakan untuk merawat sakit kepala. Selain itu, ia boleh membantu dalam masalah pencernaan. Pandan adalah tumbuhan yang sangat berguna dan banyak manfaatnya.
Mengapakah daun pandan sering digunakan dalam masakan?
Memberi aroma wangi kepada makanan
Menghalau serangga
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Mencantikkan hiasan makanan
Bagaimana daun pandan boleh digunakan dalam rumah selain daripada masakan?
Sebagai pewarna semulajadi
Untuk membungkus makanan
Dalam perubatan tradisional
Untuk mengurangkan tekanan darah tinggi
Nyatakan kata ganda berentak yang terdapat dalam ayat dibawah.
Ia boleh digunakan dalam nasi lemak, kuih-muih, dan minuman.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Daun pandan juga digunakan untuk merawat sakit kepala.
Daun pandan boleh mengelakkan sakit kepala.
Daun pandan boleh mengubati sakit kapala
Tuliskan pendapat anda tentang cara menghabiskan waktu lapang.
Periksa bahan grafik di bawah. Kemudian tulis esei dalam bentuk esei berformat atau tidak berformat. Esei anda harus antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Baca dan fahami situasi dibawah. Kemudian berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.
Semasa Zainal pergi ke tandas, Zainal ternampak seorang murid menconteng dinding di dalam tandas sekolah. Murid tersebut mengajak kawannya turut menconteng dan menendang pintu di bilik air. Zainal tahu perbuatan itu salah.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Zainal?
Tuliskan pendapat kamu tentang cara menjaga kesihatan.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan.
Cara Menjaga Kesihatan
Makan makanan yang seimbang
bersukan
tidur yang cukup
Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kesihatan.
Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangn tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
1. Tulis karangan tentang gambar di atas.
ATAU
2.Tuliskan karangan tidak rasmi berdasarkan gambar di atas.
#nota untuk murid: gunakan 5S :Siapa& sekolah(tempat) & Sabtu(hari),Sebelum,
Semasa,
Selepas,
Seronok(perasaan)
