Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan utama raja dalam sesebuah kerajaan Alam Melayu?

a)

Menjadi ketua agama sahaja.

b)

Menjadi tonggak utama dan dibantu oleh para pembesar.

c)

Bertanggungjawab dalam hal perdagangan antarabangsa.

d)

Hanya sebagai simbol tanpa kuasa pentadbiran.

2.

Mengapakah rakyat dalam kerajaan Alam Melayu menunjukkan ketaatan yang tinggi kepada raja mereka?

a)

Kerana raja sering memberikan hadiah dan ganjaran.

b)

Kerana raja dianggap suci dan ditaati.

c)

Kerana raja memiliki tentera yang kuat.

d)

Kerana raja adalah pedagang terkaya.

3.

Apakah kepentingan undang-undang seperti Kutara Manawa dalam pentadbiran kerajaan Alam Melayu?

a)

Untuk mengawal aktiviti perdagangan sahaja.

b)

Untuk memastikan kesejahteraan dan menjadi panduan pentadbiran.

c)

Untuk menentukan sempadan wilayah pengaruh.

d)

Untuk mengutip cukai daripada rakyat.

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan "wilayah pengaruh" dalam konteks kerajaan Alam Melayu?

a)

Kawasan yang dikuasai oleh tentera asing.

b)

Kawasan rakyatnya menerima dan memperakui rajanya serta setia.

c)

Kawasan yang kaya dengan sumber alam.

d)

Kawasan yang menjadi pusat perdagangan utama.

5.

Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Pernyataan di bawah berkaitan dengan raja sebelum kedatangan Barat KECUALI

a)

Pentadbiran raja dibantu oleh pembesar

b)

Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya

c)

Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci

d)

Raja disembah sebagai wakil dewa

6.

Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya?

Pilih DUA jawapan yang betul.

a)

Upacara persetiaan

b)

Meminum air sumpah

c)

Menyerahkan emas dan beras

d)

Menjadi orang suruhan di istana

7.

Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi kawasan berikut KECUALI

a)

Sungai Mekong

b)

Teluk Cam Ranh

c)

Langkasuka

d)

Segenting Kra

8.

Srivijaya dalam bahasa Sanskrit membawa maksud

a)

cahaya kemenangan

b)

semenanjung emas

c)

lingkaran keagungan

d)

jaringan emas

9.

Berikut merupakan pembesar berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan Kesultanan Melayu Melaka KECUALI

a)

Syahbandar

b)

Bendahara

c)

Temenggung

d)

Laksamana

10.

Kerajaan Dinasti di China yang manakah telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka?

a)

Dinasti Shang

b)

Dinasti Chou

c)

Dinasti Han

d)

Dinasti Ming

11.

Antara berikut, pilih DUA lambang kebesaran yang menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah.

a)

Nobat

b)

Regalia

c)

Pedang

d)

Tepak Sirih

12.

Antara berikut, undang-undang manakah yang dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Undang-Undang Pahang

b)

Undang-undang 99 Perak

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Hukum Kanun Mahkota Alam

13.

Pilih padanan jawatan dan bidang tugas yang tepat.

a)

Penghulu Bendahari = mengutip cukai di kawasan pegangan

b)

Temenggung = panglima angkatan laut Melaka

c)

Syahbandar = menjaga keselamatan kota Melaka

d)

Bendahara = ketua turus angkatan tentera

14.

Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal.

Fasal 4 menyatakan perkara berkaitan

a)

Tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari

b)

Hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan

c)

Pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja

d)

Amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan

15.

Undang-undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka KECUALI

a)

Nakhoda Jenal

b)

Nakhoda Diri

c)

Nakhoda Sahak

d)

Nakhoda Yusof

16.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

17.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

18.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

19.

Apakah maksud waadat?

a)

Kecelakaan yang menimpa seseorang

b)

Perjanjian yang dimeterai

c)

Hubungan antara pemerintah dan rakyat

d)

Kesetiaan rakyat kepada raja

20.

Dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja KECUALI

a)

titah

b)

murka

c)

kurnia

d)

sahaya

21.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat. Beliau pernah berkhidmat untuk sultan-sultan berikut KECUALI

a)

Sultan Muzzaffar Shah

b)

Sultan Mansur Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah

d)

Sultan Ahmad Shah

22.

Antara berikut, yang manakah wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Lingga

b)

Inderagiri

c)

Rokan

d)

Kampar

23.

Dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah, air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu, ditadah dan diminum. Dalam kerajaan manakah upacara ini diamalkan?

a)

Kerajaan Majapahit

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Funan

d)

Kerajaan Champa

24.

Kerajaan manakah yang mewarisi ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kesultanan Johor-Riau

c)

Kerajaan Funan

d)

Kesultanan Sulu