wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA BAHASA MELAYU SPM SET 3

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Elieza, tolong belikan ikan dan sayur di pasar nanti.

a)

AYAT PERMINTAAN

b)

AYAT SURUHAN

c)

AYAT SILAAN

d)

AYAT LARANGAN

2.

Usah dikenang peristiwa yang berlaku dalam hidup awak.

a)

AYAT SILAAN

b)

AYAT PERMINTAAN

c)

AYAT LARANGAN

d)

AYAT SURUHAN

3.

Jemput ke dewan sekolah kerana majlis akan bermula sebentar lagi.

a)

AYAT SURUHAN

b)

AYAT PERMINTAAN

c)

AYAT LARANGAN

d)

AYAT SILAAN

4.

Nanti minta hantar buku latihan ke bilik guru.

a)

AYAT SILAAN

b)

AYAT SURUHAN

c)

AYAT PERINTAH

d)

AYAT PERMINTAAN

5.

Harap jangan bising kerana peperiksaan SPM sedang berlangsung.

a)

AYAT PERINTAH

b)

AYAT SURUHAN

c)

AYAT LARANGAN

d)

AYAT PERMINTAAN

6.

Pujuk adik kamu supaya tidak ponteng sekolah lagi.

a)

AYAT SURUHAN

b)

AYAT SILAAN

c)

AYAT PERMINTAAN

d)

AYAT LARANGAN

7.

Pujuklah anak kecil yang menangis itu dengan penuh kasih sayang.

a)

AYAT PENYATA

b)

AYAT TANYA

c)

AYAT SERUAN

d)

AYAT PERINTAH

8.

Murid yang aktif bersukan juga perlulah mengutamakan pencapaian akademik.

a)

AYAT TANYA

b)

AYAT SERUAN

c)

AYAT PENYATA

d)

AYAT PERINTAH

9.

Ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka menyertai rombongan itu?

a)

AYAT SERUAN

b)

AYAT TANYA

c)

AYAT PENYATA

d)

AYAT PERINTAH

10.

Hebatnya perbarisan kontinjen negara kita dalam upacara Sukan Olimpik itu!

a)

AYAT TANYA

b)

AYAT PENYATA

c)

AYAT SERUAN

d)

AYAT PERINTAH

11.

Harap semua pihak mengambil iktibar daripada kisah perjuangan tokoh kemerdekaan negara.

a)

AYAT PERINTAH

b)

AYAT TANYA

c)

AYAT SERUAN

d)

AYAT PENYATA

12.

Pengisytiharan Rukun Negara disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970.

a)

AYAT TANYA

b)

AYAT PERINTAH

c)

AYAT PENYATA

d)

AYAT SERUAN

13.

Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah yang letaknya di tepi laut.

a)

AYAT TANYA

b)

AYAT PENYATA

c)

AYAT SILAAN

d)

AYAT PERMINTAAN

14.

Semua rakyat diingatkan supaya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan negara ini.

a)

AYAT PENYATA

b)

AYAT PERMINTAAN

c)

AYAT LARANGAN

d)

AYAT SERUAN

15.

Bangunan itu asrama untuk pelajar dari luar bandar?

a)

AYAT SERUAN

b)

AYAT TANYA

c)

AYAT PENYATA

d)

AYAT PERINTAH

16.

Nyatakan pola ayat :

Kenapakah baju kemeja kamu yang biru itu basah?

a)

FRASA NAMA + FRASA KERJA

b)

FRASA NAMA + FRASA NAMA

c)

FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF

d)

FARASA NAMA + FRASA SENDI

17.

i) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan olehku.

a)

aku lupakan

b)

lupakanku

c)

dilupaku

18.

Haslida mengambil novel itu lalu membacanya.

a)

AYAT TUNGGAL

b)

AYAT MAJMUK

19.

Budak itu pergi ke sekolah dengan mengayuh basikal.

a)

AYAT MAJMUK

b)

AYAT TUNGGAL

20.

Murid perlu berusaha bersungguh-sungguh.

a)

AYAT MAJMUK

b)

AYAT TUNGGAL

21.

Novel itu dikarang oleh sasterawan itu.

a)

AYAT MAJMUK

b)

AYAT TUNGGAL

22.

Sayur-sayuran di kebun itu segar kerana disiram oleh pekebun itu pada setiap hari.

a)

AYAT MAJMUK

b)

AYAT TUNGGAL

23.

Pilih ayat aktif

a)

Kejadian rompakan itu saya laporkan kepada pihak polis.

b)

Saya melaporkan kejadian rompakan itu kepada pihak polis.

24.

Ibu membeli beg tangan hitam yang mahal itu.

a)

Beg tangan hitam yang mahal itu dibeli oleh ibu.

b)

Beg tangan hitam itu dibeli oleh ibu yang mahal.

c)

Beg tangan yang mahal dibeli ibu

25.

Pilih subjek bagi ayat di bawah :

Bagi menjamin kesihatan tubuh badan, pemakanan yang berkhasiat perlulah diamalkan.

a)

Pemakanan yang berkhasiat

b)

Pemakanan berkhasiat perlulah diamalkan

c)

Bagi menjamin tubuh badan yang sihat

26.

Pilih subjek bagi ayat di bawah :

Kemerosotan kualiti udara akibat pembakaran secara terbuka akan mengurangkan kadar pelancongan

a)

akan mengurangkan kadar pelancongan

b)

kemerosotan kualiti udara

c)

kemerosotan kualiti udara akibat pembakaran secara terbuka

d)

akibat pembakaran secara terbuka

27.

Pilih subjek dan predikat bagi ayat di bawah :

Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.

a)

Subjek - ibu bapa mereka

b)

Subjek- Banyak remaja

c)

Predikat - merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka

d)

Predikat - Banyak remaja merokok kerana meniru

28.

Pilih subjek dan predikat bagi ayat di bawah :

Keunikan dan kehalusan ukiran rumah tradsional itu telah menarik perhatian pelawat

a)

Subjek - keunikan dan kehalusan ukiran

b)

Subjek - keunikan dan kehalusan ukiran rumah tradisional itu

c)

Predikat - telah menarik perhatian

d)

Predikat - telah menarik perhatian pelawat

29.

Pilih subjek dan predikat bagi ayat di bawah :

Jumlah penduduk di negara yang menghadapi masalah obesiti semakin tinggi.

a)

Subjek - jumlah penduduk di negara kita

b)

Subjek - jumlah penduduk di negara kita yang menghadapi masalah obesiti

c)

Predikat - semakin tinggi

d)

Predikat - yang menghadapi masalah obesiti semakin meningkat

30.

Pilih subjek dan predikat bagi ayat di bawah :

Atlet muda itu telah mengharumkan nama negara Malaysia dalam Sukan Komanwel.

a)

Subjek - atlet muda itu telah

b)

Subjek - atlet muda itu

c)

Predikat - telah mengharumkan nama negara Malaysia dalam Sukan Komanwel

d)

Predikat - mengharumkan nama negara Malaysia dalam Sukan Komanwel

31.

Pilih subjek dan predikat bagi ayat di bawah :

Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikap ringan tulang.

a)

Subjek - sejak di bangku sekolah lagi

b)

Subjek - sejak di bangku sekolah lagi abang

c)

Predikat - abang terkenal dengan sikap ringan tulang

d)

Predikat - terkenal dengan sikap ringan tulang

32.

Gabungkan ayat-ayat di bawah :


Kedatangan pekerja asing tanpa izin ke negara kita telah meningkatkan kadar jenayah. Mereka menimbulkan masalah sosial. Masalah ini sangat sukar diatasi

a)

Kedatangan pekerja asing tanpa izin ke negara kita telah meningkatkan kadar jenayah malah menimbulkan masalah sosial dan sangat sukar diatasi.

b)

Kedatangan pekerja asing tanpa izin ke negara kita telah meningkatkan kadar jenayah tetapimenimbulkan masalah sosial serta sangat sukar diatasi.

c)

Kedatangan pekerja asing tanpa izin ke negara kita telah meningkatkan kadar jenayah dan menimbulkan masalah sosial yang sangat sukar diatasi.

d)

Kedatangan pekerja asing tanpa izin ke negara kita telah meningkatkan kadar jenayah yang menimbulkan masalah sosial dan sangat sukar diatasi.

33.

Pilih ayat cakap ajuk ayat di bawah ini yang ditukar menjadi ayat cakap pindah:


“Kamu berhati-hatilah ketika membeli barangan secara atas talian,” pesan Puan Mariam kepada anak gadisnya.

a)

Puan Mariam berpesan kepada anak gadisnya agar berhati-hati ketika membeli barangan secara atas talian.

b)

Puan Mariam berpesan kepada anak gadisnya yang berhati-hati untuk membeli barangan secara atas talian.

c)

Puan Mariam menyuruh kepada anak gadisnya agar berhati-hati yang membeli barangan secara atas talian.

d)

Puan Mariam berpesan kepada anak gadisnya jangan berhati-hati ketika membeli barangan secara atas talian.

34.

Cerakinkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal:


Nadia bukanlah orang kaya tetapi dia suka membantu orang miskin.

a)

Nadia bukanlah sangat kaya.

Nadia sangat suka membantu orang miskin.

b)

Nadia bukanlah orang kaya.

Nadia suka membantu orang miskin.

c)

Nadia sukakan orang kaya.

Nadia tidak suka membantu orang miskin.bukanlah sangat kaya.

d)

Haikal tidak orang kaya.

Haikal suka membantu orang tidak miskin.

35.

Ayat di bawah mengandungi kesalahan kata @ istilah

Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.

a)

Betul

b)

Salah

36.

Ayat di bawah mengandungi kesalahan kata @ istilah


Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

a)

Salah

b)

Betul

37.

Ayat di bawah mengandungi kesalahan kata @ istilah :

Pihak polis berjaya menangkap lelaki itu yang telah meragut keselamatan orang awam sejak berbulan-bulan lamanya.

a)

Salah

b)

Betul

38.

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Pilih jawapan yang betul bagi perkataan yang digariskan.


Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.

a)

telapak - diserahkan mereka

b)

tepak - telah diserahkan oleh mereka

c)

tampak - telah mereka menyerahkan

39.

Rakyat Malaysia perlu mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak dijelajah lagi.

a)

semasa ke semasa - dijelajahi

b)

semasa ke masa - dijajahi

c)

masa ke masa - dijajah

40.

Bagi memastikan produktiviti syarikat bertambah, Encik Hadi berjanji memberikan bonus sebagai intensif dengan para pekerjanya.

a)

imbuhan - terhadap

b)

insentif - kepada

c)

inisiatif - pada

41.

Ibu rindu akan anaknya yang meningkatkan pelajaran di negara terbit matahari.

a)

menambahkan - negara matahari muncul

b)

meninggikan - negara matahari

c)

melanjutkan - negara matahari terbit

42.

Adik makan beberapa batang sate yang ayah beli di pasar malam petang tadi.

a)

bilah - ayah membeli

b)

cucuk - dibeli oleh ayah

c)

hiris - membeli ayah

43.

Peserta yang paling hebat sekali dalam persembahan itu telah dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan yang menyediakan peruntukan yang lumayan.

a)

hebat sekali - hadiah

b)

terhebat sekali - persembahan

c)

paling baik sekali - insentif

44.

Kempen menggalakkan orang ramai memberi darah perlu dipergiat kerana darah amat diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.

a)

menderma - untuk

b)

menyerah - bagi

c)

mendermakan - kerana

45.

Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.

a)

kerana - dilanggar

b)

apabila - digilis

c)

sebab - dirempuh

46.

Program yang dirancang oleh sebilangan besar penduduk-penduduk taman itu mendapat jemputan yang menggalakkan.

a)

sebahagian besar penduduk-penduduk - undangan

b)

separuh penduduk-penduduk - panggilan

c)

sebilangan besar penduduk - sambutan

47.

Demi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan terjamin, Jawatankuasa Audit Kesihatan akan mengunjungi ke semua hospital seluruh negeri dalam jam terdekat.


Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang bergaris.

a)

mengunjungi - dikunjungi

jam - keadaan

b)

mengunjungi - kunjungi

jam - jarak

c)

mengunjungi - menziarah

jam - saat

d)

mengunjungi - berkunjung

jam - tempoh

48.

Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pelaksana dasar bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul

a)

dikaji = di kaji

memperbaiki = membaiki

b)

bahasa Inggeris = bahasa English

pelaksana = laksa

c)

matapelajaran = mata pelajaran

pelaksana = pelaksanaan

d)

matapelajaran = mata pelajaran

memperbaiki = memperbaik

49.

Jabatan Pengangkutan Jalan akan kuat kuasa undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan

a)

Jabatan Pengangkutan Jalan = jabatan pengangkutaan jalan

terutama = mengutamakan

b)

mendisplinkan = mendisiplinkan

kuat kuasa = menguatkuasakan

c)

mendisplinkan = mendisiplinkan

terutama = keutamaan

d)

pengguna = penguna

kuat kuasa = berkuat kuasa

50.

Kuih muih yang dihidangkan di atas meja itu untuk tetamu berhormat sahaja

a)

Kuih muih = kuih-kuih

dihidangkan = menghidangkan

b)

Kuih muih = kuih-muih

berhormat = kehormat

c)

di atas = diatas

berhormat = hormat

d)

kuih muih = kueh-mueh

berhormat = terhormat

51.

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.


“Jangan lupa angkat kain dan tutup pintu apabila hendak keluar rumah,” kata Mak Cik Senah kepada anak perempuannya.

a)

Mak Cik Senah berpesan kepada anak perempuannya jangan lupa angkat kain dan tutup pintu apabila hendak keluar rumah.

b)

Mak Cik Senah berpesan kepada anak perempuannya agar tidak lupa mengangkat kain dan menutup pintu rumah apabila hendak keluar rumah.

c)

Pesan Mak Cik Senah kepada anak perempuannya jangan lupa angkat kain dan tutup pintu apabila hendak keluar rumah.

d)

Mak Cik Senah berkata kepada anak perempuannya jangan lupa angkat kain dan tutup pintu apabila hendak keluar rumah.

52.

Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pelaksana dasar bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul

a)

dikaji = di kaji

memperbaiki = membaiki

b)

bahasa Inggeris = bahasa English

pelaksana = laksa

c)

matapelajaran = mata pelajaran

pelaksana = pelaksanaan

d)

matapelajaran = mata pelajaran

memperbaiki = memperbaik

53.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kita akan mengkaji cara penduduk di kawasan iklim yang berlainan mengamalkan cara hidup yang berbeza.

b)

Terangkan mengapa Angin Monsun Barat Daya kurang membawa hujan.

c)

Murid itu wajib menerangkan kenapa dia lewat datang ke sekolah.

d)

Pihak polis telah menjelaskan bagaimana kejadian tembak menembak itu boleh berlaku.

54.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kita akan mengkaji cara penduduk di kawasan iklim yang berlainan mengamalkan cara hidup yang berbeza.

b)

Terangkan mengapa Angin Monsun Barat Daya kurang membawa hujan.

c)

Murid itu wajib menerangkan kenapa dia lewat datang ke sekolah.

d)

Pihak polis telah menjelaskan bagaimana kejadian tembak menembak itu boleh berlaku.

55.

Manakah ayat yang betul menggunakan imbuhan dalam ayat aktif?

a)

Kita dapat lihat kebanyakan sungai di Semenjung Malaysia mengalir dari Banjaran Titiwangsa ke arah Laut China Selatan.

b)

Kita dapat mengaitkan eksperimen ini dengan pembentukan sistem gunung lipat.

c)

Ibu bapa telah bentuk sikap anak-anak dari mereka kecil lagi.

d)

Bayi itu terus genggam jari ibunya sebaik sahaja dilahirkan.

56.

Cari ayat yang terdapat kesalahan struktur frasa kerja tak transitif.

a)

Semua murid yang lewat hadir ke sekolah diminta berkumpul dengan pengawas bertugas.

b)

Ayah pelajar itu sedang berbincang dengan pengetua tentang kecemerlangan anaknya di sekolah.

c)

Kepentingan Tasik Tonle Sap di Kampuchea berbanding dengan Tasik Kenyir di Malaysia.

d)

Penggunaan racun dan baja kimia berkait amalan pertanian mengancam kesihatan manusia.

57.

Yang manakah antara ayat di bawah ayat Tanya Songsang?

a)

Mengapakah hasil pertanian di kawasan itu lebih tinggi berbanding hasil pertanian di kawasan kami?

b)

Mereka berpindah tempat duduk mengapa?

c)

Bagaimanakah penduduk di daerah itu mendapat bekalan air?

d)

Kanak-kanak itu selalu menangis kenapa?

58.

Pilih ayat yang betul penggunaan penjodoh bilangan dalam frasa nama.

a)

Kedua-dua perompak itu mempunyai trait genetik yang berlainan.

b)

Semua kelima-lima orang pelajar universiti itu sudah balik ke kampung.

c)

Berbagai masalah menempuhi mereka setelah mereka hidup berumahtangga.

d)

Nelayan-nelayan yang terkandar di perairan Bintulu kesemua keenam-enam mereka telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

59.

Yang manakah ayat yang tepat menggunakan kata adjektif.

a)

Dialah wanita yang paling tercantik di kampung itu.

b)

Tali yang panjang sekali itu telah digunakan ayah untuk mengikat perahu.

c)

Antara murid yang paling terjujur sekali itu telah mendapat pujian guru besar mereka.

d)

Kura-kura binatang yang terakhir sekali sampai di garisan penamat dalam perlumbaan itu.

60.

Kenal pasti subjek dan predikat ayat di bawah.


Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.

a)

S: Demi membiayai kos pelajaran anak-anak

P: ibu bapa sanggup bergolok-bergadai

b)

S: Ibu bapa sanggup bergolok-bergadai

P: demi membiayai kos pelajaran anak-anak

c)

S: Ibu bapa

P: sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos pelajaran anak-anak

d)

S: Sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos pelajaran anak-anak

P: ibu bapa

61.

Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan olehku.

a)

aku lupakan

b)

lupakanku

c)

dilupaku

62.

Ayah mencuci keretanya pada tiap hujung minggu

a)

tiap

b)

setiap

c)

hari

63.

Kegiatan pemerdagangan manusia telah mendapat perhatian dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini

a)

kepada masa

b)

pada masa

c)

ke masa

64.

Masyarakat Minangkabau adalah masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih

a)

ialah

b)

merupakan

c)

seperti

65.

Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah catuan air dengan penduduk kampung pada hari Sabtu Nanti

a)

membincangkan kepada

b)

membincangkan

c)

membincangkan bahawa

66.

Murid yang terpandai sekali akan mendapat hadiah daripada guru kelas .

a)

pandai sekali

b)

paling pandai sekali

c)

sangat pandai sekali

67.

Semua murid-murid dikehendaki menjawab kuiz tatabahasa yang diberikan oleh cikgu Miji

a)

semua murid

b)

semua murid-murid

c)

semua orang murid

68.

Pilih ayat yang betul menggunakan Kata Pemeri ialah..

a)

Antaranya ialah meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.

b)

Antaranya ialah usaha meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.

c)

Antaranya adalah meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.

d)

Antaranya adalah ilmu ditingkatkan di kalangan murid.

69.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Pemandu lori pasir itu ditahan oleh polis kerana memandu melebihi had laju.

a)

Polis menahan pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju.

b)

Kerana memandu melebihi had laju, pemandu lori pasir itu ditahan oleh polis.

c)

Polis ditahan oleh pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju

70.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Pertandingan melukis potret pemimpin negara telah disertai oleh ramai murid.

a)

Telah disertai oleh ramai murid pertandingan melukis potret pemimpin negara.

b)

Ramai murid telah menyertai pertandingan melukis potret pemimpin negara.

c)

Polis ditahan oleh pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju

71.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Sayur-sayuran yang segar ini saya beli di pasar tani pada pagi tadi.

a)

Saya membeli sayur-sayuran yang segar ini di pasar tani pada pagi tadi.

b)

Di pasar tani pada pagi tadi, saya membeli sayur-sayuran yang segar ini.

72.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Buku cerita ini mesti kamu pulangkan kepada Siti minggu depan.

a)

Kamu mesti pulangkan buku cerita ini kepada Siti minggu depan.

b)

Kamu mesti memulangkan buku cerita ini kepada Siti minggu depan.

73.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Novel ini belum habis saya baca kerana terlalu tebal.

a)

Kerana terlalu tebal, saya belum habis baca novel ini.

b)

Saya belum habis membaca novel ini kerana terlalu tebal.

c)

Saya belum habis baca novel ini kerana terlalu tebal.

74.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Buku tersebut telah dikarang oleh Pengarah Kesihatan Malaysia.

a)

Telah dikarang buku tersebut oleh Pengarah Kesihatan Malaysia.

b)

Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengarang buku tersebut.

c)

Saya belum habis baca novel ini kerana terlalu tebal.

75.

Tukar ayat majmuk di bawah menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Sila pilih dua jawapan.


Air merupakan bahan paling banyak di bumi malah merupakan keperluan utama kehidupan.

a)

Air merupakan bahan paling banyak.

b)

Air merupakan bahan paling banyak di bumi.

c)

Air merupakan keperluan utama kehidupan.

76.

Tukar ayat majmuk di bawah menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Sila pilih empat jawapan.


Tanpa air segala hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan mungkin tidak wujud.

a)

Tanpa air segala hidupan mungkin tidak wujud.

b)

Tanpa air manusia tidak wujud.

c)

Tanpa air haiwan tidak wujud.

d)

Tanpa air tumbuhan tidak wujud.

e)

Tanpa air segala hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan mungkin tidak wujud.

77.

Tukar cakap ajuk (ayat dialog) di bawah kepada cakap pindah (ayat penyata)


Azri : Ramai betul orang bertanding memancing ikan di tasik itu.

Hadi: Banyak ke ikan yang ditangkap?

a)

"Ramai betul orang bertanding memancing ikan di tasik itu," beritahu Azri kepada Hadi.

b)

Azri memberitahu rakannya, Hadi bahawa ramai orang yang menyertai pertandingan memancing di tasik.

78.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.


Pasukan sepak takraw wanita kita telah memenangi perlawanan separuh akhir.

a)

AYAT PENYATA

b)

AYAT TUNGGAL

c)

AYAT MAJMUK

d)

AYAT SERUAN

79.

Semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

80.

Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal bagi memenuhi aspirasi rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan serta dahagakan kemajuan.

Digubal bagi memenuhi aspirasi rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan dan dahagakan kemajuan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan songsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

81.

Peraturan-peraturan peperiksaan SPM tidak wajar diketepikan oleh calon SPM kerana boleh menjejaskan keputusan mereka.

Calon SPM tidak wajar mengetepikan peraturan-peraturan peperiksaan SPM kerana boleh menjejaskan keputusan mereka.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan songsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

82.

Rancangan Selamat Pagi Malaysia disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia pada setiap hari bermula jam 7.30pagi.

Radio Televisyen Malaysia menyiarkan Rancangan Selamat Pagi Malaysia pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan songsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

83.

Wakil rakyat yang dipilih harus melaksanakan tugas dengan baik dan penuh integriti demi kesejahteraan komuniti.

Tugas harus dilaksanakan dengan baik dan penuh integriti oleh wakil rakyat yang dipilih demi kesejahteraan komuniti.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan sonsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

84.

Set perabot yang agak mewah dan elegan itu kami beli untuk diletakkan di rumah baru agar sesuai dengan luas dan reka bentuknya.

Kami membeli set perabot yang agak mewah dan elegan itu untuk diletakkan di rumah baru agar sesuai dengan luas dan reka bentuknya.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan songsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

85.

"Anda telah menyebarkan berita palsu berkenaan serangan Virus Corona di negara ini," jelas Yang Arif Hakim Ahmad kepada pesalah itu.

"Berita palsu berkenaan serangan Virus Corona di negara ini telah anda sebarkan," jelas Yang Arif Hakim Ahmad kepada pesalah itu.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

86.

Para pelajar wajar mencontohi Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang berjaya menjadi Angkasawan Negara pertama.

Datuk Dr. Muszaphar Shukor yang berjaya menjadi Angkasawan Negara pertama wajar dicontohi oleh para pelajarnya.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

87.

Kami meneruskan pendakian ke puncak gunung walaupun hujan mula membasahi bumi.

Pendakian ke puncak gunung kami teruskan walaupun hujan mula membasahi bumi.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

88.

Sungai Klang telah dinaik taraf oleh kerajaan demi memastikan landskap dan imej Bandaraya Kuala Lumpur terpelihara.

Kerajaan telah menaik taraf Sungai Klang demi memastikan landskap dan imej Bandaraya Kuala Lumpur terpelihara.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

89.

Kita perlu menjaga kesihatan diri sepanjang masa kerana kesihatan merupakan aset yang paling utama dalam kehidupan.

Kesihatan diri perlu kita jaga sepanjang masa kerana kesihatan merupakan aset yang paling utama dalam kehidupan.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

90.

"Jika mahu berjaya, matlamat perlu jelas dan perancangan rapi perlu kita atur untuk merealisasikannya," kata guru kaunseling itu.

"Jika mahu berjaya, matlamat perlu jelas dan kita perlu mengatur perancangan rapi untuk merealisasikannya," kata guru kaunseling itu.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

91.

Akan menoreh getah dia pada awal pagi sebelum terbit fajar.

Dia akan menoreh getah pada awal pagi sebelum terbit fajar.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

92.

Perlu bekerja gigih setiap ibu bapa demi memastikan ahli keluarga dapat hidup lebih selesa dan segala keperluan mencukupi.

Setiap ibu bapa perlu bekerja gigih demi memastikan ahli keluarga dapat hidup lebih selesa dan segala keperluan mencukupi.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

93.

Program derma darah di Hospital Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat serta antarabangsa.

Mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat serta antarabangsa program derma darah di Hospital Kuala Lumpur.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

94.

Sedang melakukan operasi sekatan jalan raya pihak polis bagi mengesan pemandu yang cuai dan pernah memiliki saman lampau.

Pihak polis sedang melakukan operasi sekatan jalan raya bagi mengesan pemandu yang cuai dan pernah memiliki saman lampau.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

95.

Berjaya menewaskan pemain handalan dari China pemain badminton terbaik negara, Datuk Lee Chong Wei dalam Kejohanan Dunia itu.

Pemain badminton terbaik negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain handalan dari China dalam Kejohanan Dunia itu.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

96.

Menjadi pilihan ramai pekerja profesional aplikasi Telegram kerana kemudahan menghantar dokumen rasmi selain daripada komunikasi personal.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

97.

Syarikat Bestari Teknologi yang berpangkalan di Kuala Lumpur berhasrat memasarkan komputer peribadi buatan Malaysia yang pertama di semua sektor awam .

a)

Ayat susunan songsang

b)

Ayat susunan biasa

c)

Ayat pasif

d)

Ayat aktif

98.

Perdana Menteri sentiasa menggalakkan penyuburan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam.

Penyuburan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam sentiasa digalakkan oleh Perdana Menteri .

a)

ayat susunan songsang.

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

99.

Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.


Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

a)

Di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin pada awal pagi keadaan suhu.

b)

Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.

100.

Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.


Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.

a)

Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak Ahmad.

b)

Telah menjual sawah oleh Pak Ahmad di hujung kampung itu