NEW
Font size
WorksheetsKENALI PPKI (VERSI PELAJAR MEN BAWAH)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Siapakah murid Pendidikan Khas?
Murid yang mendapat markah tinggi
Murid yang suka bising dalam kelas
Murid yang mempunyai keperluan pembelajaran berbeza
Murid yang selalu tidak hadir
Apakah sikap yang patut kita tunjukkan kepada rakan PPKI?
Ketawakan mereka jika buat silap
Tolong dan terima mereka seadanya
Biarkan mereka sendirian
Menyuruh mereka belajar di tempat lain
Antara berikut, yang manakah contoh masalah pembelajaran?
Tidak pandai bermain bola
Tidak pandai menulis dan membaca walaupun sudah belajar
Tidak suka berkawan
Tidak suka muzik
Apakah maksud disleksia?
Tidak suka belajar
Cepat letih
Masalah membaca dan menulis walaupun berusaha
Tidak minat kelas Pendidikan Jasmani
Apa patut kamu buat jika kawan PPKI perlukan bantuan naik tangga?
Tengok sahaja
Larikan diri
Tawarkan bantuan dengan sopan
Panggil cikgu sahaja setiap masa
Apa yang boleh kamu buat untuk berkawan dengan rakan istimewa?
Ajak main bersama
Biarkan dia duduk seorang
Kutuk dia bila orang tak nampak
Beri dia kerja rumah lebih banyak
Apakah sindrom Down?
Masalah rambut gugur
Keadaan genetik yang mempengaruhi pembelajaran dan fizikal
Suka tidur dalam kelas
Murid malas
Kenapa penting bantu rakan yang ada epilepsi?
Supaya mereka tidak jatuh atau cedera bila sawan berlaku
Supaya mereka malu
Supaya mereka tak datang sekolah
Supaya guru marah mereka
Apa yang berlaku jika kita selalu ejek rakan PPKI?
Mereka akan jadi lebih rajin
Mereka akan seronok
Mereka akan rasa sedih dan tidak bersemangat
Mereka akan ketawa sahaja
Apa nilai murni yang paling penting bila kita berkawan dengan murid PPKI?
Hasad dengki
Empati dan kasih sayang
Cemburu dan marah
Sikap sambil lewa
Apakah maksud disleksia?
Tidak boleh bercakap langsung
Tidak tahu berjalan
Masalah untuk membaca dan menulis
Masalah untuk makan
Apa yang dimaksudkan dengan disgrafia?
Sukar menyanyi
Sukar menulis dengan kemas dan betul
Sukar mengira
Tidak suka bercakap
Dyskalkulia ialah masalah dalam...
Mengira dan faham nombor
Menulis karangan
Bercakap dengan jelas
Menjawab soalan sejarah
Apa tanda biasa murid yang ada masalah pembelajaran?
Tidak boleh bermain bola
Suka tidur dalam kelas
Cepat lupa apa yang diajar dan sukar ikut arahan
Sentiasa bercakap dalam Bahasa Inggeris
Bagaimana cara terbaik bantu rakan yang ada masalah pembelajaran?
Marahkan mereka jika lambat faham
Abaikan dan biar guru sahaja ajar
Bantu mereka dengan sabar dan beri dorongan
Minta mereka duduk belakang kelas
Apa maksud menyantuni rakan PPKI?
Menegur dan menghukum mereka
Menolong dan melayan mereka dengan hormat
Membiarkan mereka buat sendiri
Menyuruh mereka duduk diam
Apa tindakan terbaik jika rakan PPKI perlukan bantuan membaca arahan?
Ketawakan dia
Pergi dari situ
Membaca perlahan-lahan dan bantu dia faham
Biarkan dia cuba sendiri walaupun tak faham
Bagaimana cara kamu boleh tunjukkan empati kepada rakan PPKI?
Pandang mereka dengan pelik
Ajak mereka sertai aktiviti kumpulan
Jangan bercakap dengan mereka langsung
Buat lawak tentang keadaan mereka
Jika seorang rakan PPKI lambat memahami pelajaran, kamu harus...
Memarahinya supaya lebih cepat
Beri sokongan dan ulang perlahan-lahan
Beritahu cikgu supaya tak perlu ajar dia lagi
Suruh dia duduk belakang sahaja
Apakah faedah berkawan dengan rakan PPKI?
Kita jadi lebih empati dan memahami orang lain
Dapat markah lebih dalam ujian
Boleh suruh mereka buat kerja kita
Tak perlu belajar sendiri
