wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kumpulan Bahagian Fungsian Bab 4 Tingkatan 4 Perniagaan KSSM

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bahagian fungsian?

a)

Maklumat tentang bahagian fungsian dengan tepat.

b)

Satu perancangan jangka pendek dan jangka panjang

c)

Hala tuju organisasi dalam pembuatan sesuatu keputusan

d)

Rantaian organisasi yang mengandungi tanggungjawab dan fungsi khusus.

2.

Apakah maksud struktur organisasi?

a)

Struktur jawatan pihak atasan

b)

Struktur pengagihan tugasan pekerja

c)

Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi

d)

Susun atur dan interaksi yang wujud antara setiap bahagian fungsian

3.

Yang manakah tujuan umum bahagian fungsian?

a)

Meningkatkan jumlah pelanggan

b)

Meminimumkan kos pengeluaran

c)

Mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi

d)

Memastikan aktiviti perniagaan berjalan dengan lancar

4.

Yang manakah peranan bahagian fungsian?

a)

Menyediakan dokumen syarikat

b)

Mempromosikan produk keluaran syarikat

c)

Memastikan sumber pengeluaran mencukupi

d)

Memastikan sistem pengeluaran berjalan lancar

5.

Komunikasi dalaman antara staf dan pekerja dalam sesebuah organisasi juga dikenali sebagai ...

a)

Internet

b)

Intranet

c)

Ekstranet

d)

Online

6.

Pengurus dalam bahagian pengeluaran bertanggungjawab ke atas beberapa kawalan ketika proses pengeluaran dijalankan. Antara tugas mereka ialah memastikan semua bahan input berada dalam keadaan baik.


Hal ini merujuk ...

a)

kawalan keselamatan

b)

kawalan awalan

c)

kawalan semasa

d)

kawalan selepas

7.

Syarikat Fly High adalah sebuah syarikat yang memasang dan membuat pelbagai jenis helikopter. Helikopter yang dibuat oleh syarikat ini adalah berdasarkan tempahan dan mengikut cita rasa pelanggan. Saluran agihan yang mana sesuai digunakan oleh syarikat ini?

a)

Pengeluar > Pengguna

b)

Pengeluar > Peruncit > Pengguna

c)

Pengeluar > Ejen > Pengguna

d)

Pengeluar > Pemborong > Peruncit > Pengguna

8.

Pengeluar > Peruncit > Pengguna


Perniagaan yang manakah yang menggunakan saluran agihan di atas?

a)

Kedai Tayar Abbas

b)

Kedai Runcit Azzam

c)

Kedai Jahit Nana

d)

Kedai Buku Adiba

9.

Mengapakah kawalan selepas pengeluaran perlu dilakukan oleh unit staf bahagian fungsian pengeluaran?

a)

Mengawal penggunaan sumber secara efektif

b)

Memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik

c)

Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam pengeluaran dengan segera.

d)

Memastikan produk yang dihasilkan mengikut standard yang betul

10.

Strategi pemasaran terbahagi kepada dua iaitu Y dan campuran pemasaran.


Apakah Y?

a)

Lokasi

b)

Harga

c)

Promosi

d)

Sasaran pasaran

11.

Yang manakah aktiviti pengurusan kewangan ?

a)

merancang, menyusun, mengarah, dan mengawal segala aspek pendapatan dan perbelanjaan dalam perniagaan.

b)

merancang, menyusun, mengarah, dan mengawal segala aspek pembiayaan dan perbelanjaan dalam perniagaan.

c)

merancang, menyusun, mengarah, dan mengawal segala aspek pembiayaan dan keuntungan dalam perniagaan.

d)

merancang, menyusun, mengarah, dan mengawal segala aspek pendapatan dan pelaburan dalam perniagaan.

12.

Mengapakah Fungsian Pengurusan Kewangan perlu mengawal kewangan setiap bahagian?

Pilih 2 sebab.

a)

mengelak berlakunya penipuan dan penyelewengan

b)

mengelakkan masalah salah urus perbelanjaan berlaku

c)

Memastikan perbelanjaan setiap bahagian berdasarkan kehendak pengurus.

d)

memastikan bahagian pemasaran mendapat perbelanjaan yang lebih besar.

13.

Pilih 3 tujuan bahagian ICT diwujudkan.

a)

memudahkan urusan perniagaan dilakukan dengan lebih efektif

b)

memudahkan staf dalam organisasi berkomunikasi

c)

memudahkan data perniagaan diakses oleh semua pihak dengan kadar segera.

d)

Menyimpan maklumat dan data perniagaan

14.

Apakah peranan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan?

Pilih 2 jawapan.

a)

membangunkan produk baharu

b)

menambahbaik produk sedia ada

c)

meningkatkan kos pengeluaran

d)

meningkatkan pemasaran

15.

Fungsian apakah yang terlibat?


Pasukan penyelidik dari Pusat Kejuruteraan Tisu, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berjaya menghasilkan kulit gantian ‘MyDerm’ sebagai kaedah terbaharu dalam teknologi perubatan dunia.

a)

Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan

b)

Fungsian ICT

c)

Fungsian Pengeluaran

d)

Fungsian Kewangan

16.

Pernyataan manakah yang merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

b)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

c)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

d)

Merancang , mengorganisasi , memimpin, dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi

17.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"perlaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan ke arah mencapai sesuatu visi, misi dan objektif dalam perniagaan"

a)

Bahagian Fungsian Pentadbiran

b)

Bahagian Fungsian Sumber manusia

c)

Bahagian Fungsian kewangan

d)

Bahagian Fungsian teknologi dan maklumat

18.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"aktiviti perancangan berkaitan dengan pengurusan pengambilan pekerja, pemilihan (temuduga), penilaian prestasi dan kebajikan pekerja"

a)

Bahagian Fungsian Pentadbiran

b)

Bahagian Fungsian Sumber manusia

c)

Bahagian Fungsian kewangan

d)

Bahagian Fungsian teknologi dan maklumat

19.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"perancangan dan mengawal organisasi dari aspek pembiayaan dan perbelanjaan dalam perniagaan"

a)

Bahagian Fungsian Pentadbiran

b)

Bahagian Fungsian Sumber manusia

c)

Bahagian Fungsian kewangan

d)

Bahagian Fungsian teknologi dan maklumat

20.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"mengurus dna menyelenggara perkakasan dalam sistem aplikasi dan perisian"

a)

Bahagian Fungsian Pentadbiran

b)

Bahagian Fungsian Sumber manusia

c)

Bahagian Fungsian kewangan

d)

Bahagian Fungsian teknologi dan maklumat

21.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"aktiviti menghasilkan produk baharu dan meningkatkan kualiti produk yang sedia ada"

a)

Bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan (RND)

b)

Bahagian Fungsian Pembelian

c)

Bahagian Fungsian Pengeluaran

d)

Bahagian Fungsian Pemasaran

22.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"menentukan kuantiti pembelian bahan mentah dan pemilihan pembekal yang bersesuaian berdasarkan harga dan kualiti"

a)

Bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan (RND)

b)

Bahagian Fungsian Pembelian

c)

Bahagian Fungsian Pengeluaran

d)

Bahagian Fungsian Pemasaran

23.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"mengawal setiap proses penghasilan barang dan perkhidmatan agar dapat mengurangkan kos dengan mencapai kualiti yang ditetapkan"

a)

Bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan (RND)

b)

Bahagian Fungsian Pembelian

c)

Bahagian Fungsian Pengeluaran

d)

Bahagian Fungsian Pemasaran

24.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"mencipta permintaan bagi sesuatu barang dan perkhidmatan serta mampu meningkatkan keuntungan perniagaan"

a)

Bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan (RND)

b)

Bahagian Fungsian Pembelian

c)

Bahagian Fungsian Pengeluaran

d)

Bahagian Fungsian Pemasaran

25.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"memastikan setiap barang diterima oleh pengguna mengikut tempat dan masa yang betul dengan menggunakan jenis pengangkutan yang bersesuaian"

a)

Bahagian Fungsian Pengagihan

b)

Bahagian Fungsian Jualan

c)

Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan

d)

Bahagian Fungsian Pembelian

26.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"memastikan jumlah sasaran jualan yang telah ditetapkan dalam objektif perniagaan tercapai dengan mematuhi undang-undang yang melindungi pengguna"

a)

Bahagian Fungsian Pengagihan

b)

Bahagian Fungsian Jualan

c)

Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan

d)

Bahagian Fungsian Pembelian

27.

Nyatakan tujuan bahagian fungsian yang berkaitan dengan kenyataan ini.

"menjawab segala pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan oleh perniagaan"

a)

Bahagian Fungsian Pengagihan

b)

Bahagian Fungsian Jualan

c)

Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan

d)

Bahagian Fungsian Pembelian