Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA TINGKATAN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Apakah jenis ayat berikut?
Pujuklah anak kecil yang menangis itu dengan penuh kasih sayang.
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Perintah
Apakah jenis ayat berikut?
Hebatnya perbarisan kontinjen negara kita dalam upacara perasmian Sukan Olimpik itu!
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Perintah
Apakah jenis ayat berikut?
Pengisytiharan Rukun Negara disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong pada 31 Ogos 1970.
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Perintah
Apakah jenis ayat berikut?
Harap semua pihak mengambil iktibar daripada kisah perjuangan tokoh kemerdekaan negara.
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Perintah
Apakah jenis ayat perintah tersebut?
"Jangan bermain di kawasan padang semasa hujan lebat" kata Pak Mail kepada kanak-kanak itu.
Ayat Silaan
Ayat Permintaan
Ayat Larangan
Ayat Suruhan
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.
Berdasarkan ayat tersebut, yang manakah merupakan kata kerja terbitan?
Setiausaha
Bahasa Melayu
Persatuan
menyediakan
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.
Berdasarkan ayat tersebut, yang manakah merupakan kata majmuk?
Setiausaha
Persatuan
menyediakan
sekolah
Ejaan manakah yang betul?
(Pilih dua jawapan)
antarabangsa
beri tahu
jawatankuasa
kraf tangan
Ejaan manakah yang betul?
(Pilih dua jawapan)
Tanda tangan
kereta api
Temubual
ulang kaji
Nyatakan pola ayat berikut?
Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena Hari Guru.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat berikut?
Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu sejak lima tahun yang lalu.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat berikut?
Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat berikut?
Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat berikut?
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Kenal pasti subjek bagi ayat berikut?
Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.
Atlet muda
Atlet muda itu
Atlet muda itu telah
Atlet muda itu telah mengharumkan
Kenal pasti subjek bagi ayat berikut?
Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang.
Sejak di bangku
Sejak di bangku sekolah
Sejak di bangku sekolah lagi
Sejak di bangku sekolah lagi abang
Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa di bawah.
Maksud : Menurut sahaja kehendak orang lain
di mana ada gula, di situ ada semut
Seperti telur di hujung tanduk
seperti lembu dicucuk hidung
besar tapak tangan, nyiru ditadahkan
Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Gagak pulang ke benua.
(Dua jawapan)
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Sirih pulang ke gagang
Ssetinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua
Biar mati anak, jangan mati adat
Berdasarkan ayat berikut, yang manakah merupakan kata akronim?
Aimi memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan menulis cerpen sempena Bulan Kemerdekaan.
ke-3
Bulan Kemerdekaan
cerpen
sempena
Pilih ayat pasif yang betul.
Peraturan sekolah selalu kamu langgar.
Buku itu telah dipulangkan oleh saya dua hari yang lalu
Peluang tersebut mesti aku rebut sebelum terlambat
Emak dihadiahkan oleh ayah seutas rantai emas
