wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULUM HADIS T4

Total questions: 56

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah antara syarat hadis mutawatir kecuali ...

a)

Hadis tersebut mestilah diriwayatkan oleh perawi yang ramai.

b)

Jumlah perawi yang ramai mencapai satu tahap mustahil pada adat mereka berpakat untuk melakukan pendustaan terhadap rasulullah.

c)

Perkhabaran hendaklah diterima melalui pancaindera yang lima.

d)

Hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap peringkat.

2.

Pandangan ulama mengenai had bilangan minumum perawi hadis mutawatir kecuali

a)

4 orang

b)

2 orang

c)

5 orang

d)

40 orang

3.

Pembahagian hadis mutawatir ialah

a)

Mutawatir lafzi

b)

Mutawatir Lizatihi

c)

Mutawatir masyhur

d)

Mutawatir Hifzi

4.

Hadis mutawatir yang sama dari segi makna tetapi berbeza lafaznya merupakan ...

a)

Mutawatir lafzi

b)

Mutawatir maknawi

5.

Pembahagian hadis berdasarkan bilangan sanad dan perawi terbahagi kepada

a)

banyak dan sedikit

b)

diterima atau ditolak

c)

mutawatir dan ahad

d)

mutawatir lafzi dan mutawatir maknawi

6.

Hadis mutawatir thabit secara qhati' merupakan hukum beramal dengan hadis mutawatir

a)

Betul

b)

Salah

7.

Semua hadis mutawatir wajib diterima tanpa perlu disoal selidik terlebih dahulu tentang kedudukannya kerana ia lebih tinggi dari hadis ahad.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Hadis yang tidak memenuhi syarat hadis mutawatir merupakan ta'rif kepada

a)

Hadis Ahad

b)

Hadis Mutawatir

c)

Hadis Gharib

d)

Hadis Masyhur

9.

Hadis masyhur ialah...

a)

Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih pada setiap peringkat tetapi tidak sampai had hadis mutawatir.

b)

Hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap perigkat.

c)

Hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.

10.

Hukum beramal dengan hadis ahad ialah boleh beramal dan berhujah sekiranya hadis itu berstatus sahih atau hasan seterusnya dianggap kufur bagi sesiapa yang tidak mengamalkannya.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Apakah maksud hadith mutawatir?

a)

Diriwayatkan oleh perawi yang adil

b)

Mustahil pada adatnya mereka mendustakan hadis Rasulullah

c)

Diriwayatkan oleh tiga orang perawi

d)

Diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap tobaqat

12.

Apakah maksud mutawatir dari segi bahasa?

a)

Gantian

b)

Berturutan

c)

Periwayatan

13.

" Hendaklah diterima melalui panca indera yang lima "


Pernyataan di atas adalah berkenaan dengan...

a)

Maksud hadith mutawatir

b)

Pembahagian hadith mutawatir

c)

Syarat hadith mutawatir

14.

Berikut adalah syarat hadith mutawatir kecuali

a)

Diriwayatkan oleh perawi yang ramai

b)

Mereka berpakat mendustakan hadis Rasulullah

c)

Jumlah perawi mestilah seimbang

d)

Diterima melalui pancaindera

15.

Terdapat ..........pendapat ulama' tentang had bilangan minimum perawi hadith mutawatir.

a)

1 pendapat

b)

2 pendapat

c)

3 pendapat

d)

4 pendapat

16.

Berikut adalah antara pendapat ulama' tentang bilangan minima bagi perawi hadis mutawatir kecuali

a)

4 orang

b)

5 orang

c)

15 orang

d)

20 orang

17.

" Hadith mutawatir yang sama dari segi lafaz dan makna "


Pernyataan di atas ialah maksud bagi

a)

Hadis mutawatir

b)

Hadis lafzi

c)

Hadis mutawatir lafzi

d)

Hadis mutawatir maknawi

18.

قال رسول الله : من كذب علي متعمدا فليتبوء مقعده من النار

Hadis di atas ialah contoh bagi ....

a)

Hadis mutawatir maknawi

b)

Hadis mutawatir lafzi

c)

Hadis Ahad

d)

Hadis masyhur

19.

Hadith berkenaan Rasulullah mengangkat tangan ketika berdoa ialah contoh bagi hadis...

a)

Mutawatir lafzi

b)

Mutawatir maknawi

c)

Ahad

d)

Hasan

20.

Hukum beramal dengan hadith mutawatir ialah

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

21.

Pengertian hadis sohih ialah:

a)

hadis yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tidak ada syaz dan tidak ada illah

b)

hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tidak ada syaz dan tidak ada illah

c)

hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tidak ada syaz dan tidak ada illah

d)

hadis yang diriwayatkan oleh orang yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tidak ada syaz dan tidak ada illah

22.

yang manakah penyataan yang salah berkaitan dengan pembahagian hadis sohih:

a)

hadis sohih li zatihi: hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tidak ada syaz, dan tidak ada illah

b)

hadis sohih li ghairihi: hadis dhoif yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat

c)

hadis sohih li zatihi: hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi hadis yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tidak ada syaz, dan tidak ada illah

d)

hadis sohih li ghairihi: hadis hasan lizatihi tetapi telah diangkat ke martabat sahih kerana faktor luaran

23.

Manakah penyataan berikut yang tidak benar:

a)

syarat hadis sohih ialah perawinya adil dan dhabit, bersambung snad, tiada illah dan tiada syaz

b)

dhabit ialah suatu ketetapan pada seorang perawi iaitu tiada perubahan ingatan jika diriwayatkan secara lisan dan tiada perubahan tulisan jika melalui penulisan

c)

bersambung sanad ialah setiap perawi mestilah menerima hadis dari orang sebelumnya secara langsung daripada awal sanad hingga akhirnya

d)

tiada illah ialah: tidak ada percanggahan antara perawi thiqah dengan perawi yang lebih thiqah

24.

Hukum beramal dengan hadis sohih ialah:

a)

wajib beramal dengan hadis sohih secara ijma'

b)

wajib beramal dengan hadis sohih secara berjamaah

c)

boleh beramal dengannya

d)

boleh beramal dalam perkara fadail al-a'mal

25.

Pengertian hadis hasan ialah:

a)

hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil dan dhabit, bersambung sanad, tidak ada syaz dan tidak ada illah

b)

hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil dan dhabit, tidak ada syaz dan tidak ada illah

c)

hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil, bersambung sanad, tidak ada syaz dan tidak ada illah tetapi kurang sempurna dari segi dhabit

d)

hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang dhabit, bersambung sanad, tidak ada syaz dan tidak ada illah tetapi kurang sempurna dari segi adil

26.

Berikut merupakan penyataan yang benar tentang hadis hasan kecuali:

a)

hadis hasan li ghairihi: hadis dhaif tetepi ia diriwayatkan melalui jalan periwayatan yang banyak, yang seumpamanya atau disokong oleh riwayat yang lebih kuat daripadanya

b)

perawi hadis hasan dihukum kurang dhabit yang mengurangkan nilai dan martabat sesuatu hadis

c)

hadis hasan adalah seperti hadis sohih dari aspek penghujahannya sekalipun darjatnya lebih rendah daripada hadis sohih

d)

hadis hasan mesti diriwayatkan oleh perawi yang dhabit

27.

Berikut merupakan pembahagian hadis dhoif pada matan kecuali:

a)

hadis maqlub

b)

hadis mudraj

c)

hadis mua'allal

d)

hadis mu'dal

28.

Berikut merupakan pembahagian hadis dhoif pada sanad kecuali:

a)

hadis muallaq

b)

hadis mursal

c)

hadis mudtarib

d)

hadis munqati'

29.

Syarat untuk beramal dengan hadis dhoif kecuali:

a)

faktor kedhaifan bersifat sederhana

b)

bersesuaian dengan dasar dan prinsip yang telah dipegang

c)

diamalkan tanpa menyakini bahawa ia sebuah hadis yang disandarkan kepada Rasulullah saw

d)

faktor kedhaifan bersifat berat

30.

Syarat-syarat hadis sahih ialah

a)

perawi yang ramai

b)

thiqah

c)

Bersambung sanad

d)

tidak dhobit

31.

Adil bermaksud seorang perawi hendaklah memenuhi 5 aspek iaitu islam, baligh, berakal, tidak fasik dan ...

a)

Tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah dan menjejaskan akhlaknya

b)

Tidak melakukan dosa besar

c)

Tidak melakukan dosa kecil

d)

Tidak mampu membuat keputusan

32.

Suatu ketetapan pada seorang perawi iaitu tiada perubahan ingatan jika diriwayatkan melalui lisan dan tiada perubahan tulisan jika melalui penulisan.


kenyataan di atas merujuk kepada ...

a)

Dhabit

b)

Tiada ilah

c)

Tiada syaz

d)

Bersambung sanad

33.

Sesiapa yang ingkar hadis sahih tidak dianggap berdosa kerana ia menepati kesemua ciri-ciri utama dan syarat sah penerimaaan sesebuah hadis.

a)

Betul

b)

Salah

34.

Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil, bersambung sanad, tiada ilah dan tiada syaz tetapi kurang sempurna dari segi dhabit merupakan ...

a)

Hadis sahih

b)

Hadis hasan

c)

Hadis dhaif

35.

Hadis dhaif ialah hadis yang idak memenuhi satu atau lebih daripada syarat hadis maqbul (hadis sahih dan hasan)

a)

Betul

b)

Salah

36.

Pembahagian hadis dhaif ialah ...

a)

Dhaif pada matan

b)

Dhaif kitabi

c)

Dhaif lighairihi

d)

Dhaif lizatihi

37.

Dhaif pada matan ialah ...

a)

Disebabkan wujudnya ilah yang menyebabkan terjejasnya sesuatu hadis

b)

Terputus sanad samaada sedikit atau banyak, sengaja atau tidak pada awal sanad, pertengahan atau akhir sanad.

38.

Al- Mudraj ialah

a)

Ada pertambahan unsur luar pada sanad dan matan

b)

Ada pertukaran pada perkataan, sanad atau matan.

c)

Berlaku pertambahan nama perawi di pertengahan sanad yang sememangnya bersambung.

39.

Sanad terputus diperingkat permulaan disebabkan gugurnya seorang perawi atau lebih.

a)

Mu'alak

b)

Mursal

c)

Mu'dhal

d)

Mudhalas

40.

Ilmu hadis riwayat juga dikenali sebagai ...

a)

Al-Hadis

b)

Al-Akhbar

c)

Al-Usul

d)

Al-Athar

41.

Pilih pernyataan yang benar mengenai hadis riwayat.

a)

Dikenali juga dengan ulum al-hadis

b)

Disandarkan kepada Allah swt

c)

Mengkaji tentang sanad dan matan hadis

d)

Bermaksud memindahkan sesuatu berita, hikayat atau kisah

42.

Ilmu hadis dirayah ialah ilmu yang mengkaji tentang...

a)

periwayatan perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW

b)

kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan sesebuah hadis Rasullah SAW sama ada diterima atau ditolak.

c)

keperibadian Rasulullah SAW

d)

ketokohan Rasulullah SAW sebagai pemimpin

43.

Pilih 1 sebab para sahabat dilarang menulis hadis.

a)

Dibimbangi al-Quran dan al-Hadis akan bercampur aduk

b)

Larangan ini khusus kepada sahabat yang mudah lupa

c)

kebanyakan sahabat buta huruf

d)

Penulisan hadis dilakukan ketika al-Quran tidak turun

44.

Pilin pernyatan yang benar yang berlaku pada zaman tabiin.

a)

Hadis tidak dibukukan secara formal, tetapi menggunakan kaedah dan dasar tertentu

b)

Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab antara penulis hadis

c)

Penulisan hadis belum lagi dilaksanakan

d)

Kekurangan penghafaz hadis kerana syahid dan berpindah

45.

Kitab hadis "AL-MUWATTA' disusun oleh

a)

Imam Al-Bukhari

b)

Imam Malik bin Anas

c)

Imam Ahmad bin Hanbal

d)

Imam Ibnu Majah

46.

Pilih karya Imam Al-Shafie berkaitan dengan hadis.

a)

Kitab Ghorib al-hadis

b)

Al-Usul

c)

Al-Muwatta'

d)

Al-Umm

47.

Pilih bidang ilmu hadis dirayat dari segi sanad dan matan.

a)

Ghorib Al-Hadis

b)

Asbab Wurud al-Hadis

c)

Takhrij al-Hadis

d)

Tabaqat al-Ruwat

48.

Ilmu Tarikh al-Ruwat adalah ilmu yang mengkaji tentang ...

a)

para perawi hadis dari aspek keadilan dan kekuatan hafazan

b)

sekumpulan perawi yang menerima, memelihara dan menyampaikan hadis

c)

tarikh kelahiran dan kematian perawi dan punca pengambilan hadis

d)

perawi hadis dari pelbagai aspek bertujuan untuk mendedahkan latar belakangnya

49.

Ilmu Tabaqat al-Ruwat adalah ilmu yang mengkaji tentang ...

a)

para perawi hadis dari aspek keadilan dan kekuatan hafazan

b)

sekumpulan perawi yang menerima, memelihara dan menyampaikan hadis yang hidup dalam satu masa

c)

tarikh kelahiran dan kematian perawi dan punca pengambilan hadis

d)

perawi hadis dari pelbagai aspek bertujuan untuk mendedahkan latar belakangnya

50.

Hadis Dirayah juga dikenali dengan nama-nama berikut KECUALI

a)

Ulum al-Hadis

b)

Usul al-Hadis

c)

Mustalah al-Hadis

d)

Mukhtalif al-Hadis

51.

Meskipun terdapat larangan khusus dari menulis hadis Nabi SAW, tetapi dalam keadaan tertentu, Nabi SAW ada memberikan kebenaran agar hadis Nabi SAW ditulis.


Berikut adalah syarat-syarat penulisan hadis Nabi SAW KECUALI

a)

Kebenaran diberikan kepada Sahabah yang kurang baik ingatannya

b)

Penulis mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai dhabit

c)

Hadis mestilah ditulis dalam lembaran yang berasingan supaya dapat dibezakan dengan ayat al-Quran

d)

Penulisan hadis ditulis ketika mana al-Quran tidak diturunkan

52.

Pembukuan hadis secara rasmi bermula pada zaman Khalifah ___________ yang mana beliau telah mengarahkan Abu Bakar bin Muhammad bin Hazm (w117) untuk mengumpul dan mencatat hadis-hadis Nabi SAW daripada kalangan Huffaz al-Hadis.


Siapakah Khalifah yang dimaksudkan?

a)

Abu Ja'far al-Mansur

b)

Umar bin Abd al-'Aziz

c)

Malik bin Marwan

d)

Yazid bin Abd al-Malik

53.

Diantara kitab hadis yang pertama dibukukan adalah hasil tulisan al-Imam Malik bin Anas Rahimahullah yang berjudul?

a)

Al-Sunnah

b)

Al-Kifayah

c)

Al-Waraqat

d)

Al-Muwatta'

54.

Al-Imam al-Syafie Rahimahullah adalah pengarang pertama yang telah menulis sebahagian ilmu Usul al-Hadis di dalam kitabnya pada kurun ke-3.


Apakah nama kitab tersebut?

a)

Al-Majmu'

b)

Al-Risalah

c)

Al-Hawi al-Kabir

d)

Al-Taqrib

55.

Antara berikut yang manakah BENAR bagi menggambarkan ilmu Rijal al-Hadis?

a)

Ilmu yang mengkaji para perawi hadis dari aspek keadilan dan kekuatan hafazan mereka

b)

Ilmu yang mengkaji sekumpulan perawi yang menerima, memelihara dan menyampaikan hadis yang hidup dalam satu masa

c)

Ilmu yang mengkaji tarikh kelahiran dan kematian para perawi dan punca pengambilan hadis

d)

Ilmu yang mengkaji tentang perawi hadis dari pelbagai aspek bertujuan untuk mendedahkan latar belakang samada diterima atau ditolak

56.

Berikut adalah bidang ilmu hadis dirayah dari segi matan KECUALI

a)

Gharib al-Hadis

b)

Mukhtalif al-Hadis

c)

Al-Jarh wa al-Ta'dil

d)

Asbab Wurud al-Hadis