WorksheetsJUAL BELI YANG DIHARAMKAN TETAPI SAH AKAD JUALANNYA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Jualan Najsyi boleh menyebabkan pasaran menjadi:
Seimbang dan sihat
Tidak stabil dan manipulatif
Menguntungkan pembeli
Bebas cukai
2. Ahmad menawarkan baju yang berharga 5$ kepada Ali sedangkan Ali ingin membeli baju yang sama dari pada Abu sebanyak 10$, apakah tujuan Ahmad berbuat sedemikian?
Tidak mahu menyusahkan Abu
Mengambil pelanggan Abu
Menyindir Abu
Ahmad mahu berkongsi duit dengan Abu
Siti membawa hasil tani ke bandar dan meminta Ahmad yang tinggal di kota untuk menjualkannya. Ahmad menjual dengan harga yang terlalu mahal demi keuntungannya sendiri. Apakah hukum perbuatan Ahmad?
Harus kerana membantu
Sunat jika niat baik
Haram kerana termasuk dalam Bai'ul Haadiri Libaadin
Wajib membantu orang kampung
Salah satu daripada Hadith ini berdasarkan Talaqi Al-Rukban:
"Rasulullah S.A.W menegah menemui(menyusung) pedagang - pedagang dari luar kota dipertengahan jalan"
"Tiada harus menjual orang kota bagi pihak orang desa,biarkanlah setiap orang memperolehi reseki dari Allah sesama mereka"
"Tidak harus menawar(mengatasi) belian seorang muslim atas saudaranya"
"Janganlah seseorang daripada kamu menjual sesuatu atas jualan orang lain"
Apa arahan dalam Surah Al-jumaat ayat 9?
Tinggalkan semua urusan dunia bila azan berkumandang
Larang jual beli yang ganggu suasana masjid
Segera ke masjid dan hentikan jual beli selepas azan kedua
Jual beli dilarang sepanjang hari Jumaat
Mengikut pandangan islam,kenapa Al Ihtikar dianggap satu bentuk kezaliman ekonomi?
Ia memberi keuntungan terlalu tinggi kepada peniaga
Ia menghalang pembeli daripada membuat pilihan bijak
Ia menyebabkan masalah kekurangan bekalan dan permintaan serta menyusahkan orang ramai
Ia memaksa pembeli membeli barang import sahaja
Apakah pengajaran utama daripada hadis Rasulullah SAW tentang longgokan makanan yang basah?
Dilarang menjual makanan pada hari hujan
Penjual harus menyembunyikan kelemahan barang jualan
Penjual mesti jujur dan tidak menipu dalam urusan jual beli
Pembeli wajib memeriksa barang sebelum membeli
Mengapakah jualan berunsur penipuan dilarang dalam islam?
Ia menyebabkan harga barang menjadi mahal
Ia merugikan penjual dalam jangka masa panjang
Ia menyalahi prinsip keadilan dan kejujuran dalam perniagaan
Ia hanya berlaku dalam urus niaga antarabangsa
Irfan ingin membeli alat memancing daripada Wahid dengan harga $30 tetapi muazzam menaikkan harga barang tersebut kepada $40 untuk mendapatkannya:
Perbuatan muazzam dibolehkan
Harga yang paling tinggi menang
Haram tetapi sah
Terpulang kepada Wahid mahu menerima sesiapa sahaja
Ali menjual gula kepada syarikat yang membuat minuman keras.Dia tahu syarikat itu menghasilkan arak.Namun,gula bukan bahan utama.Adakah jualan itu masih haram?
Ya,kerana tetap membantu proses maksiat
Tidak,kerana bukan bahan utama seperti anggur
Tidak, kerana arak belum wujud ketika jual beli berlaku
Ya, kerana Ali mendapat keuntungan riba
