WorksheetsKuiz Bulan Kemerdekaan
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
1) Bilakah tarikh Hari Kebangsaan?
A. 31 Jun
B. 31 Julai
C. 31 Ogos
D. 31 September
2) Apakah maksud patriotisme?
A. perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air
B. Aktiviti melancong ke negara lain untuk pengalaman baharu
C. Menyertai pertandingan sukan sahaja di peringkat antarabangsa
3) Bagaimanakah cara mempamerkan semangat patriotik?
i. Berbangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia
ii. Menghormati lagu "Negaraku"
iii. Belajar dengan bersungguh-sungguh dan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum
iv. Sentiasa bergaul mesra dengan rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa
A. I & II
B. I, II & III
C. II & IV
D. I, II, III & Iv
4) Mengapakah semangat patriotik mesti diamalkan?
A. Mewujudkan semangat juang yang tinggi
B. Mengurangkan jumlah kenalan
C. Melemahkan semangat cinta akan negara
D. Tidak membentuk jati diri yang utuh
5) Apakah langkah menyemai semangat patriotik dalam diri murid?
i. Memberikan seberapa banyak pendedahan tentang sejarah negara.
ii. Memperkenalkan tokoh pejuang tanah air melalui kisah perjuangan mereka
iii. Menganjurkan pertandingan melukis poster, pertandingan menulis esei, pertandingan pidato, pertandingan mendeklamasikan sajak mahupun kuiz bertemakan Hari Kebangsaan.
A. I
B. I & II
C. I, II & III
6) Siapakah pereka bentuk bendera Malaysia?
A. Tunku Abdul Rahman
B. Mohamad Hamzah
C. Tun Dr. Mahathir Mohamad
D. Abdul Rahman Putra Al-Haj
7) Apakah maksud nama "Jalur Gemilang"?
A. Garisan warna-warna ceria
B. Jalur merah putih yang membawa maksud kegemilangan negara
C. Bendera yang berkibar dengan megah
D. Gabungan warna bendera negeri-negeri di Malaysia
8) Apakah maksud bulan sabit pada "Jalur Gemilang'?
A. Simbol kemakmuran dan keamanan
B. Melambangkan kebebasan rakyat
C. Lambang Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
D. Menunjukkan perjalanan waktu dan perubahan
9) Apakah maksud warna putih pada "Jalur Gemilang"?
A. Kesucian, keikhlasan dan kesungguhan
B. Keberanian dan semangat juang
C. Kesejahteraan dan kekayaan
D. Kekuatan dan perpaduan
10) Dari manakah asal lagu "Negaraku"?
A. Lagu rakyat dari negeri Kelantan
B. Lagu rasmi negeri Perak
C. Lagu ciptaan komposer luar negara
