NEW
Font size
WorksheetsORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PENDIDIKAN
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Apakah definisi pentadbiran pendidikan?
Sekumpulan manusia yang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama.
Proses mengelola ahli-ahli organisasi untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan yang telah ditentukan.
Satu corak tingkah laku yang didapati dalam semua organisasi manusia.
Apakah peringkat pentadbiran pendidikan di Malaysia?
Tertinggi, Negeri, Daerah dan Sekolah
Persekutuan, Negeri, Daerah dan Sekolah
Persekutuan, Badan Bukan Kerajaan, Daerah dan Sekolah
Pentadbiran, Negeri, Daerah dan Sekolah
Apakah peranan utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di peringkat pusat?
Meluluskan bajet sekolah
Merancang dasar pendidikan negara
Melantik pengetua sekolah
Menyediakan kantin sekolah
Siapakah yang mengurus hal ehwal pentadbiran, kokurikulum, dan akademik di sekolah?
Pegawai Pendidikan Daerah
Pengetua/Guru Besar
Ketua Kelas
Guru Disiplin
Apakah peranan Majlis Guru Besar (MGB) dalam organisasi pendidikan?
Merancang dasar pendidikan peringkat pusat
Membuat keputusan tentang gred peperiksaan nasional
Membincangkan isu-isu pengurusan sekolah rendah
Melaksanakan undang-undang pendidikan
Apakah peranan Jabatan Pendidikan Negeri?
Menentukan kurikulum sekolah swasta
Menyelaraskan program dan aktiviti pendidikan di negeri
Mendaftar pelajar ke peperiksaan SPM sahaja
Mengekalkan rekod penglibatan murid di pusat tuisyen
Siapakah yang berhak meluluskan pembukaan sekolah baharu di Malaysia?
Menteri Pendidikan
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Guru Besar/Pengetua
Ketua Jabatan Negeri
Semua jawapan berikut merupakan kepentingan pentadbiran pendidikan KECUALI:
Memacu Pelaksanaan Gelombang Ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Adaptasi Terhadap Isu dan Cabaran Semasa
Melancarkan Aliran Maklumat dan Membuat Keputusan Berasaskan Data
Menyeimbangkan beban kerja dan jadual guru.
Apakah cabaran yang dihadapi oleh organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia?
Sistem pendidikan telah mencapai kemuncak kemajuan teknologi
Semua guru telah mencapai tahap kemahiran yang optimum
Peruntukan sumber kewangan yang berlebihan
Jurang digital dan aksesibiliti dalam pendidikan
Dalam menghadapi cabaran pentadbiran pendidikan, apakah langkah yang membantu menyelesaikannya?
Menubuhkan sistem pengurusan perbelanjaan yang lebih berkesan
Mengurangkan peruntukan kewangan secara drastik
Memusatkan semua kuasa membuat keputusan di peringkat atasan tanpa libat urus
Mengabaikan pembangunan profesional berterusan untuk semua pihak
