wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ideologi yang diasaskan oleh tokoh berikut?

- Karl Marx

  • - Friedrich Engels

a)

Sosialisme

b)

Kapitalisme

c)

Liberalisme

d)

Komunisme

2.

Karya manakah yang mengandungi ideologi komunisme?

a)

Republik

b)

The Prince

c)

Das Kapital

d)

The Historial

3.

Ideologi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui China.

Apakah pertubuhan yang membawa masuk ideologi tersebut ?

a)

Parti Kuomintang

b)

Parti Komunis Nanyang

c)

The Communist International

d)

Persatuan Orang Cina Peranakan

4.

The Communist International telah menubuhkan parti baharu di Tanah Melayu selepas kegagalan Parti Komunis Nanyang. Apakah parti baharu tersebut ?

a)

Bintang Tiga

b)

Parti Komunis Malaya

c)

Parti Bolshevik Nasional

d)

Barisan Rakyat

5.

Mengapakah pengaruh Partai Komunis Indonesia tidak mendapat sambutan orang Melayu di Tanah Melayu ?

a)

Perbezaan dari segi bahasa

b)

Sekatan dari segi perundangan

c)

Doktrin komunis yang sederhana

d)

Komunis menggunakan kekerasan

6.

Bagaimanakah Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu ?

a)

Mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu

b)

Menganjurkan persidangan kebangsaan

c)

Memperoleh kelulusan kerajaan British

d)

Melancarkan perjuangan bersenjata

7.

Apakah ancaman komunis terhadap negara kita ?

I. Menguasai pentadbiran

II. Melumpuhkan ekonomi

III. Menggugat keselamatan

IV. Mewujudkan perkauman

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Sasaran utama serangan komunis ialah lombong bijih timah dan ladang getah.

Mengapakah pihak komunis bertindak demikian ?

a)

Mewujudkan jurang ekonomi

b)

Melemahkan ekonomi British

c)

Mengganggu aktiviti penduduk

d)

Meningkatkan kadar kemiskinan

9.

Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis. Mengapakah PKM melakukan tindakan tersebut?

I. Menamatkan penjajahan Barat

II. Menuntut kemerdekaan negara

III. Mencetuskan keadaan huru-hara

IV. Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

PKM tetap mencetuskan huru-hara walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan.

Apakah tujuan PKM bertindak sedemikian ?

a)

Penduduk hilang keyakinan terhadap British

b)

Bertindak untuk menunjukkan kekuatan PKM

c)

Peroleh sokongan daripada pembesar Melayu

d)

Bergabung dengan pertubuhan politik tempatan

11.

Apakah hukuman yang dikenakan terhadap pesalah berikut semasa penguatkuasaan Undang-Undang Darurat?

- Membawa senjata api

- Membawa bahan letupan

a)

Hukuman buang negeri

b)

Hukuman penjara

c)

Hukuman denda

d)

Hukuman mati

12.

Antara berikut, yang manakah pasukan polis yang membanteras ancaman komunis ?

I. Senoi Praaq

II. Cawangan Khas

III. Home Guard

IV. Sarawak Rangers

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Mengapakah perintah berkurung dijalankan pada Zaman Darurat ?

  1. I. Memudahkan operasi memburu komunis

  2. II. Melakukan perang gerila terhadap Jepun

  3. IIi. Menangkap kumpulan anti-British di bandar

  4. IV. Mengatasi penduduk tidak memberi kerjasama

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Undang-Undang Darurat telah dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Mengapakah undang-undang tersebut dikuatkuasakan ?

a)

Melakukan penjajahan baharu

b)

Menghapuskan pengaruh Jepun

c)

Membanteras ancaman komunis

d)

Menangkap kumpulan anti-British

15.

Apakah pasukan tentera yang ditubuhkan untuk membanteras kegiatan komunis ?

a)

Home Guard

b)

Auxiliary Ploce

c)

Sarawak Rangers

d)

Special Constables

16.

Bagaimanakah pasukan Auxiliary Police menentang ancaman komunis ?

a)

Mempertahankan bandar dan kampung

b)

Menjaga kawasan lombong dan ladang

c)

Mengawal kawasan sempadan negara

d)

Melakukan serangan gerila di hutan

17.

Kerajaan British mengambil tindakan berikut pada 23 Julai 1948.

Sistem Pendaftaran Kebangsaan

Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan ?

a)

Mendaftar sebagai anggota parti yang sah

b)

Menubuhkan pasukan keselamatan tempatan

c)

Menguatkuasakan penggunaan kad pengenalan

d)

Memastikan penduduk melapor diri di balai polis

18.

Program Perang Saraf telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1952.

Bagaimanakah program tersebut dijalankan ?

a)

Memenangi hati dan fikiran rakyat

b)

Membawa masuk tentera Komanwel

c)

Menghidupkan semula persatuan Melayu

d)

Melaksanakan kawasan penempatan semula

19.

Apakah maksud Kawasan Putih ?

a)

Kawasan yang masih terancam

b)

Kawasan yang diisytiharkan bebas

c)

Kawasan larangan penduduk keluar

d)

Kawasan pusat pentadbiran British

20.

Mengapakah Chin Peng menolak tawaran pengampunan yang ditawarkan dalam Rundingan Baling ?

a)

Kerajaan tidak membayar ganti rugi

b)

Kerajaan meneruskan Perang Saraf

c)

Ketidaksamaan kaum dalam rundingan

d)

Keengganan kerajaan mengiktiraf PKM

21.

Pada tahun 1952, kerajaan telah melonggarkan syarat kewarganegaraan untuk membanteras ancaman komunis.

Apakah rumusan berkaitan dengan program tersebut ?

a)

Kerjasama masyarakat pelbagai kaum

b)

Perundingan antara kaum dilaksanakan

c)

Kesepakatan antara rakyat dan kerajaan

d)

Pengorbanan dan tolak ansur orang Melayu

22.

Apakah kesan pengisytiharan darurat terhadap Tanah Melayu ?

a)

Memulihkan sektor ekonomi

b)

Membina petempatan baharu

c)

Mempercepatkan kemerdekaan

d)

Membangunkan sistem pendidikan

23.

Parti Perikatan telah memenangi Pilihan Raya Umum 1955.

Apakah kepentingan kemenangan tersebut dalam usaha memerangi komunis ?

a)

Pemuafakatan antara pemimpin

b)

Pembentukan perpaduan kaum

c)

Pengukuhan sistem pertahanan

d)

Pengamalan Raja Berpelembagaan

24.

Komunis telah menyerang kawasan ladang dan lombong.

Apakah kesan serangan tersebut terhadap negara ?

I. Pengenalan tanaman bergilir

II. Menjejaskan ekonomi negara

III. Kekurangan bekalan makanan

IV. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Rancangan penempatan semula Kampun Baru telah berjaya dilaksanakan.

Apakah kesan rancangan tersebut terhadap Tanah Melayu ?

a)

Meningkatkan kos belanjawan

b)

Merenggangkan hubungan kaum

c)

Mengeratkan hubungan masyarakat

d)

Memujuk rakyat menyokong kerajaan