wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN SAINS

Total questions: 100

Worksheet time: 5hrs 7mins

Name
Class
Date
1.

Antara individu berikut, manakah yang mempunyai kadar nadi yang paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

2.

Antara tindakan berikut, yang manakah patut dilakukan oleh seorang guru jika muridnya memecahkan termometer merkuri di dalam makmal?

a)

Lap tumpahan merkuri dengan tisu

b)

Kutip termometer dan buang ke dalam tong sampah

c)

Bersihkan tumpahan merkuri dengan menggunakan air yang banyak

d)

Taburkan serbuk sulfur untuk menutup tumpahan daripada termometer

3.

Apakah posisi yang sesuai bagi mangsa jika seseorang mahu melakukan bantuan Heimlich Manoeuvre kepadanya?

a)

Berdiri tegak

b)

Berbaring di atas lantai

c)

Duduk di atas kerusi

d)

Bersandar pada dinding

4.

Apakah tujuan hembusan mulut ke mulut dilakukan semasa Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)?

a)

Mengelakkan mangsa tercekik

b)

Membolehkan jantung bergerak semula

c)

Menghasilkan peredaran darah secara buatan

d)

Membolehkan mangsa menerima udara beroksigen ke dalam peparu

5.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan bacaan tekanan darah normal bagi seorang lelaki dewasa?

a)

Sistolik (mmHg) = 80

Diastolik (mmHg) = 80

b)

Sistolik (mmHg) = 120

Diastolik (mmHg) = 80

c)

Sistolik (mmHg) = 120

Diastolik (mmHg) = 120

d)

Sistolik (mmHg) = 80

Diastolik (mmHg) = 120

6.

Merujuk kepada Sektor Pengurusan Sisa, apakah kaedah yang paling berkesan untuk mengawal pencemaran akibat daripada bahan buangan plastik?

a)

Kitar semula

b)

Tanam dalam tanah

c)

Bakar di tempat terbuka

d)

Buang sisa ke dasar laut

7.

Antara berikut, yang manakah langkah terbaik bagi menyokong Sektor Pengangkutan Hijau?

a)

Kereta

b)

Basikal

c)

Motosikal

d)

Bas

8.

Maklumat berikut menunjukkan pokok tinggi dikacukkan dengan pokok kerdil baka tulen.

INDUK : Aa X aa

Apakah jangkaan nisbah bilangan pokok tinggi kepada bilangan pokok kerdil bagi anak-anak pokok itu?

a)

1:1

b)

1:2

c)

2:1

d)

1:2:1

9.

Antara berikut, yang manakah contoh variasi yang boleh ditunjukkan dalam carta bar?

a)

Ketinggian

b)

Kepandaian

c)

Berat badan

d)

Warna anak mata

10.

Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada sistem rangka manusia.

a)

Y = Femur

Z= Tibia

b)

Y = Patela

Z= Fibula

c)

Y = Tibia

Z= Fibula

d)

Y = Fibula

Z= Femur

11.

Antara struktur berikut, yang manakah membantu menyokong pokok bunga orkid?

a)

Akar banir

b)

Akar sokong

c)

Akar cengkam

d)

Akar jangkang

12.

Antara dadah berikut, yang manakah boleh menyebabkan halusinasi?

a)

Alkohol

b)

Kafeina

c)

Ketamin

d)

Barbiturat

13.

Siti berasa sakit pada bahagian lehernya dan mendapati kelenjar tiroid membengkak. Kekurangan unsur yang manakah menyebabkan kelenjar tiroid Siti membengkak?

a)

Besi

b)

Iodin

c)

Kalsium

d)

Natrium

14.

Apakah perubahan suhu cecair yang dapat diperhatikan apabila air suling yang sedang mendidih terus dipanaskan?

a)

Suhu tetap

b)

Suhu menurun

c)

Suhu meningkat

d)

Suhu menurun dan meningkat

15.

Rajah 2 menunjukkan satu jadual berkala yang tidak lengkap.

Antara berikut, yang manakah benar tentang unsur P dan Q ?

a)

Q ialah unsur logam

b)

P mempunyai 5 elektron

c)

Nombor proton P ialah 5

d)

P ialah unsur separuh logam

16.

Rajah 3 menunjukkan pembentukan bahan X melalui proses Y.

Apakah proses Y?

a)

Pemvulkanan

b)

Pempolimeran

c)

Penggumpalan

d)

Penyahpolimeran

17.

Apakah kegunaan bakteria dalam industri makanan?

a)

Untuk membuat kicap

b)

Untuk membuat dadih

c)

Untuk menghasilkan antibiotik

d)

Untuk mencerna selulosa dalam perut herbivor

18.

Antara aktiviti berikut, yang manakah mampu mewujudkan kesedaran dalam kalangan individu untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?

a)

Projek sungai angkat

b)

Mengamalkan pembakaran terbuka

c)

Menggalakkan penyedut minuman plastik

d)

Menggalakkan pembuangan sisa tidak terbiodegradasi di tempat terbuka

19.

Antara makanan berikut, yang manakah jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan pemendapan kolestrol pada saluran darah?

a)

Gandum

b)

Mentega

c)

Ubi kentang

d)

Minyak jagung

20.

Rajah menunjukkan satu alat untuk mengukur suhu badan.

Apakah nama alat tersebut?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer rektal

c)

Termometer makmal

d)

Termometer infra merah

21.

Antara tindakbalas berikut, yang manakah memerlukan cahaya?

a)

Elektrolisis

b)

Penyaduran

c)

Fotosintesis

d)

Penulenan logam

22.

Rajah 12 menunjukkan cara mengesan kebocoran paip air bawah tanah.

Antara isotop berikut, yang manakah digunakan untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah?

a)

Iodin-131

b)

Karbon-14

c)

Natrium-24

d)

Uranium-235

23.

Gabungan aktiviti yang manakah paling baik untuk mengimbangi kesihatan mental?

a)

P dan Q

b)

P dan R

c)

R dan Q

d)

R dan S

24.

Antara berikut yang manakah suhu badan normal bagi manusia?

a)

32.6 Celcius

b)

36.9 Celcius

c)

39.6 Celcius

d)

26.5 Celcius

25.

Satu kebakaran kecil telah berlaku dalam sebuah makmal semasa menjalankan satu eksperimen yang melibatkan logam seperti magnesium dan natrium.

Antara jenis pemadam kebakaran berikut, manakah sesuai untuk memadam api tersebut?

a)

Pemadam kebakaran jenis air

b)

Pemadam kebakaran jenis buih

c)

Pemadam kebakaran jenis serbuk kering

d)

Pemadam kebakaran jenis karbon dioksida

26.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan unsur alkali bumi dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

27.

Bahan manakah yang terdiri daripada ion?

a)

larutan gula

b)

larutan garam

c)

paku besi

d)

gas neon

28.

Diagram 7 shows pollution caused by a factory.

Rajah 7 menunjukkan pencemaran disebabkan oleh sebuah kilang.

a)

Rear fish in the water

Pelihara ikan dalam air

b)

Flow the effluent to open sea

Alirkan efluen ke laut

c)

Test the amount of pollutants in water regularly

Uji kuantiti bahan pencemar dalam air secara tetap

d)

Treat the effluent before released

Rawat efluen sebelum dilepaskan

29.

Raju wants to build a model of an aeroplane which is light and strong. Which of the following substances is the most suitable to be used?

Raju ingin membina model kapal terbang yang ringan dan kuat. Antara bahan berikut, yang manakah paling sesuai digunakan?

a)

Duralumin

Duralumin

b)

Steel

Keluli

c)

Copper

Kuprum

d)

Iron

Besi

30.

Rajah menunjukkan satu contoh peralatan kecemasan. Apakah alatan kecemasan ini?

a)

Penyiram kecemasan

b)

Pembilas mata

c)

Kabinet aliran laminar

d)

Kebuk wasap

31.

The diagram shows an aerofoil.

Rajah menunjukkan sebuah aerofoil.


Which region P, Q, R or S has the lowest air pressure?

Di antara P, Q, R dan S, kawasan manakah mempunyai tekanan udara yang paling rendah?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

32.

The following informations show the steps in the process of palm oil extraction.

Maklumat berikut menunjukkan langkah dalam proses pengekstrakan minyak kelapa sawit.



P : The palm oil is heated with actived carbon.

Minyak kelapa sawit dipanaskan dengan karbon yang diaktifkan.

Q : The oil palm fruit is crushed by mechanical digestion.

Buah kelapa sawit dihancurkan secara pencernaan mekanikal.

R : The oil palm fruit is sterilised using steam. Buah kelapa sawit disterilkan menggunakan stim.

S : The oil palm fruit is squeezed using hydraulic pressure.

Buah kelapa sawit diperah menggunakan penekan hidraulik.


Which is the correct sequence of the process?

Manakah urutan yang betul dalam proses itu?

a)

P, Q, S, R

b)

Q, R , P, S

c)

R, S, P, Q

d)

R, Q , S , P

33.

Which food if taken excessively can cause the deposition of cholesterol in blood vessels?

Makanan manakah jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan pemendapan kolesterol pada saluran darah?

a)

Rice /Nasi

b)

Olive oil /Minyak zaitun

c)

Butter /Mentega

d)

Vegetables /Sayur-sayuran

34.

Uncontrolled logging has reduced the natural forest in Peninsular of Malaysia.

What is the action to be taken to solve this problem?

Pembalakan tanpa kawalan telah mengurangkan hutan semula jadi di Semenanjung Malaysia.

Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini?

a)

Replanting

Penanaman semula

b)

Increasing wood export

Tingkatkan eksport kayu

c)

Opening new land for agriculture

Membuka tanah baru untuk pertanian

d)

Developing new housing project

Membangunkan projek perumahan baru

35.

What is the most effective method to control pollution caused by plastic waste materials?

Apakah kaedah paling berkesan untuk mengawal pencemaran akibat daripada bahan buangan plastik?

a)

Recycle /Kitar semula

b)

Bury in the soil /Tanam dalam tanah

c)

Throw into the sea /Buang ke dalam laut

d)

Burn in open area /Bakar di kawasan lapang

36.

Why are leguminous plants planted between oil palm trees?

Mengapakah tumbuhan kekacang ditanam di antara pokok-pokok kelapa sawit?

a)

To green the Earth

Untuk menghijaukan Bumi

b)

For biological control

Untuk kawalan biologi

c)

To obtain better breeds

Untuk mendapatkan baka yang baik

d)

There are nitrogen fixing bacteria living in the root nodules

Terdapat bakteria pengikat nitrogen pada nodul akar

37.

Apakah susunan elektron bagi atom X dengan nombor proton 9 dan nombor nukleon 19

a)

2.7

b)

2.8

c)

2.8.9

d)

2.8.8.1

38.

Atom kalsium mempunyai 20 elektron. Bagaimanakah atom kalsium membentuk ion?

a)

Menerima 6 elektron untuk menjadi ion negatif

b)

Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion negatif

c)

Menerima 6 elektron untuk menjadi ion positif

d)

Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion positif

39.

Natrium-23 dan natrium-24 ialah isotop. Bilangan neutron dalam natrium-24 ialah 13. Berapakah bilangan neutron dalam natrium-23?

a)

11

b)

12

c)

23

d)

24

40.

Isotop Q boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan mengawet makanan dan buah-buahan. Apakah isotop Q?

a)

Iodin-131

b)

Karbon-12

c)

Kobalt-60

d)

Natrium-24

41.

Impak negatif terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau ialah

a)

Jejak kasih karbon

b)

Jejak kaki karbon

c)

Tapak kaki karbon

d)

Tapak tangan karbon

42.

Mengurangkan sisa makanan, melakukan kitar semula dan berjalan kaki merupakan contoh

a)

Senaman

b)

Kelestarian

c)

Tapak tangan karbon

d)

Jejak tangan karbon

43.

Setiap produk mempunyai kitar hayat masing-masing. Kitar hayat yang menghasilkan sisa sampah dipanggil

a)

Sampah sarap

b)

Dibiarkan mereput

c)

Pengurusan sisa dan air sisa

44.

Kertas atau plastik yang telah digunakan akan dikitar semula menggunakan kaedah kitar tinggi.

Kitar hayat produk ini dipanggil

a)

Kitar tinggi

b)

Kitar semula

c)

Pengurusan sisa dan air sisa

45.

Eutrofikasi ialah pencemaran ........ yang disebabkan oleh ....................... yang berlebihan.

a)

Udara, jelaga

b)

Air, kehadiran organisma

c)

Air, pertumbuhan alga

d)

Terma, penipisan lapisan ozon

46.

Apakah fungsi kabinet tersebut?

a)

Mengelakkan dijangkiti mikroorganisma berbahaya

b)

Membilas mata yang terkena bahan kimia dengan segera

c)

Mengelakkan pencemaran semasa aktiviti mikrobiologi dijalankan

d)

Menjalankan eksperimen menggunakan bahan kimia yang mudah meruap

47.

Antara langkah yang berikut, yang manakah paling tepat perlu dilakukan?

a)

Sekat tumpahan dengan pasir

b)

Buang sisa ke dalam tong sampah

c)

Tabur serbuk sulfur ke atas tumpahan

d)

Kumpul tumpahan ke dalam piring petri

48.

Apakah cara yang sesuai untuk mengawal masalah kesihatan yang dihadapi oleh murid Q?

a)

Makan snek yang padat kandungan nutrien

b)

Makan makanan mengandungi banyak gula

c)

Makan makanan berkhasiat lebih dari kebiasaan

d)

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan

49.

Jika anda terdampar di sebuah pulau kecil di tengah lautan dan tiada bekalan air tawar untuk diminum, apakah langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut?

a)

Tapis air laut

b)

Minum air laut

c)

Sulingkan air laut

d)

Memanaskan air laut

50.

Di antara pernyataan yang berikut, yang manakah adalah aplikasi teknologi hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor pertanian dan perhutanan?

a)

Sumber tenaga hidro

b)

Penanaman semula pokok

c)

Penggunaan bahan api bio

d)

Pengasingan dan kitar semula

51.

Apakah X?

a)

Mod pengangkutan hijau

b)

Penggunaan sistem robotik

c)

Penciptaan kenderaan elektrik

d)

Penggunaan bahan api bio sebagai pengganti petroleum

52.

Apakah kepentingan teknologi hijau?

a)

Mengatasi masalah populasi penduduk yang pesat bertambah

b)

Meningkatkan penggunaan sumber semula jadi negara

c)

Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar

d)

Meningkatkan pengeluaran karbon

53.

Antara yang berikut, yang manakah berfungsi mengawal ciri-ciri yang diwarisi dalam organisma?

a)

Gen

b)

Nukleus

c)

Kromosom

d)

Asid deoksiribonukleik (DNA)

54.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

55.

Antara kaedah yang berikut, yang manakah merujuk kepada rajah tersebut?

a)

Kaedah Kariotip

b)

Kaedah Terapi Gen

c)

Kaedah Sains Forensik

d)

Kaedah Amniosentesis

56.

Apakah fungsi rawan?

a)

Melindungi tulang

b)

Sebagai pelincir dalam sendi

c)

Menyambungkan otot dan tulang

d)

Mengurangkan daya geseran

57.

Kenapakan pokok tersebut dipilih untuk dibina pondok di atasnya?

a)

Berkayu, rimbun dan berbuah

b)

Saiz besar, berkayu dan akar banir

c)

Rendang, akar sokong dan daun lebat

d)

Aliran udara baik dan pemandangan yang cantik

58.

Haikal telah mengalami pertumbuhan yang tidak normal iaitu kerdil akibat kekurangan rembesan sejenis hormon.

Apakah hormon tersebut?

a)

Adrenalina

b)

Testosteron

c)

Hormon pertumbuhan (GH)

d)

Hormon antidiuresis (ADH)

59.

Mengapakah bahan ion boleh mengkonduksi elektrik dalam keadaan leburan sahaja?

a)

Bahan ion terdiri dari ion-ion yang sama jenis

b)

Dalam keadaan leburan ion-ion boleh bergerak bebas

c)

Dalam keadaan leburan tenaga kinetik bahan ion adalah rendah

d)

Bahan ion terdiri dari unsur logam yang boleh menkonduksi elektrik

60.

Bagaimanakah atom ini dapat mencapai susunan elektron oktet yang stabil?

a)

Menerima satu elektron

b)

Menderma satu elektron

c)

Menderma tujuh elektron

d)

Menerima sembilan elektron

61.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

62.

Apakah kemungkinan terjadi kepada badan pekerja tersebut?

a)

Radikal bebas meningkat

b)

Suhu badan meningkat

c)

Kekuatan otot meningkat

d)

Sistem keimunan meningkat

63.

Apakah jenis gerakan troli itu?

a)

Halaju seragam

b)

Halaju berkurang

c)

Halaju meningkat

d)

Halaju tidak seragam

64.

Apakah struktur dalam reaktor nuklear yang menghasilkan tenaga nuklear melalui proses pembelahan nukleus?

a)

Teras Grafit

b)

Konkrit tebal

c)

Rod Uranium

d)

Rod Pengawal Boron

65.

Apakah yang mendorong negara-negara di dunia menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear?

a)

Menghapuskan kajian berkaitan pembinaan senjata nuklear

b)

Menambah peluang pemindahan teknologi nuklear

c)

Mengelakkan penyebaran radiasi ke alam sekitar

d)

Menambah persaingan teknologi nuklear

66.

Apakah peranan bakteria pendenitritan dalam bidang pertanian?

a)

Menukarkan nitrit kepada nitrat

b)

Menukarkan nitrat kepada gas nitrogen

c)

Menukarkan gas nitrogen kepada nitrit

d)

Menukarkan sebatian ammonium kepada gas nitrogen

67.

Sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, apakah yang perlu anda lakukan?

a)

Menggunakan disenfektan

b)

Menelefon ambulan

c)

Menyuntik vaksin

d)

Menyapu akriflavin

68.

Apakah kepentingan kitar nitrogen?

a)

Mengekalkan kesuburan tanah

b)

Mengelakkan berlakunya eutrofikasi

c)

Menambahkan kandungan protein dalam tanah

d)

Meningkatkan kandungan gas nitrogen di atmostera

69.

Apakah kaedah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan pencemaran bahan tersebut?

a)

Menanam dalam tanah

b)

Menghasilkan bahan upcycle

c)

Membuang ke dalam tong sampah

d)

Membiarkan mereput secara semua jadi

70.

Sampel air yang manakah paling tercemar?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

71.

Antara perubahan berikut, yang manakah adalah tindak balas cepat?

a)

Pereputan

b)

Pengaratan

c)

Fotosintesis

d)

Pembakaran

72.

Berapakah kadar tindak balas purata dalam 60s pertama?

a)

0.25 cm3s10.25\ cm^3s^{-1}  

b)

0.53 cm3s10.53\ cm^3s^{-1}  

c)

23 cm3s123\ cm^3s^{-1}  

d)

32 cm3s132\ cm^3s^{-1}  

73.

Apakah nama hidrokarbon tersebut?

a)

Etena

b)

Propena

c)

Etana

d)

Metena

74.

Apakah ciri bahagian P?

a)

Larut dalam air

b)

Bercas positif

c)

Bercas negatif

d)

Larut dalam gris

75.

Antara berikut, yang manakah benar?

a)

Kuprum bertindak sebagai katod

b)

Aluminium menderma elektron membentuk ion kuprum

c)

Logam kuprum lebih elektropositif berbanding aluminium

d)

Perubahan tenaga berlaku dari tenaga elektrik kepada tenaga kimia

76.

Apakah kegunaan mikroskop?

a)

Memerhati objek yang jauh

b)

Memerhati objek yang seni

c)

Memerhati objek yang bergerak

d)

Memerhati objek yang terlindung

77.

Antara alat berikut, yang manakah menggunakan prinsip pemindahan tekanan dalam bendalir?

a)

Dron

b)

Helikopter

c)

Brek hidraulik

d)

Penunu bunsen

78.

Apakah satelit semula jadi bagi bumi?

a)

Bulan

b)

Meteor

c)

Bintang

d)

Matahari

79.

Satu kebakaran kecil telah berlaku dalam sebuah makmal semasa menjalankan satu eksperimen yang melibatkan logam seperti magnesium dan natrium.

Antara jenis pemadam kebakaran berikut, manakah sesuai untuk memadam api tersebut?

a)

Pemadam kebakaran jenis air

b)

Pemadam kebakaran jenis buih

c)

Pemadam kebakaran jenis serbuk kering

d)

Pemadam kebakaran jenis karbon dioksida

80.

Atom manakah adalah isotop?

a)

P dan Q

b)

P dan S

c)

Q dan R

d)

R dan S

81.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku pada wanita tersebut?

a)

Aras glukosa darah meningkat

b)

Kadar metabolisme lebih tinggi

c)

Pertumbuhan terbantut

d)

Kitar haid terganggu

82.

Apakah X?

a)

Kelenjar pankreas

b)

Kelenjar adrenal

c)

Kelenjar tiroid

d)

Kalenjar pituitari

83.

Jika P mewakili gen dominan bagi bunga ungu dan p mewakili gen resesif bagi bunga

kuning, apakah genotip kedua-dua induk tersebut?

a)

pp x PP

b)

PP x pp

c)

Pp x pp

d)

Pp x Pp

84.

Apakah struktur L?

a)

Nukleus

b)

Sitoplasma

c)

Kromosom

d)

Membran sel

85.

Penyakit baka yang manakah berkaitan dengan mutasi kromosom?

a)

Hemofilia

b)

Buta warna

c)

Albinisme

d)

Sindrom Down

86.

Apakah fungsi bahagian Q?

a)

Supaya termometer lebih tahan haba.

b)

Agar merkuri tidak berkembang dengan sangat cepat.

c)

Supaya saiz termometer kecil dan tunjukkan bacaan 35oC ke atas sahaja.

d)

Supaya bacaan dapat diambil dengan tepat walaupun dikeluarkan daripada bahagian

yang diukur.

87.

Pernyataan yang manakah adalah benar mengenai radikal bebas?

a)

Radikal bebas merupakan molekul yang kompleks

b)

Radikal bebas kekurangan satu elektron

c)

Radikal bebas tidak reaktif

d)

Radikal bebas cenderung untuk menerima elektron

88.

Yang manakah di bawah dianggap sebagai salah satu daripada faktor dalaman yang menyebabkan pembentukan radikal bebas?

a)

Tekanan

b)

Pencemaran Udara

c)

Sisa toksik

d)

Sinaran mengion

89.

Apakah tindakan bahan aktioksidan ke atas radikal bebas?

a)

Hentikan tindak balas berantai yang merosakkan molekul

b)

Menelan radikal bebas

c)

Bergabung dengan radikal bebas

d)

Menyingkirkan radikal bebas dari badan

90.

Apakah maksud bahan aktif dalam produk kesihatan?

a)

Komponen aktif dalam produk

b)

Komponen yang terbanyak dalam produk

c)

Komponen yang semula jadi

d)

Komponen yang memberi kesan kepada kesihatan

91.

Mengapakah kebanyakan mikroorganisma tumbuh dan membiak dengan cepat di dalam tubuh badan kita?

a)

Keamatan cahaya yang tinggi

b)

Kelembapan yang rendah

c)

Suhu yang optimum

d)

Medium berasid

92.

Berikut ialah senarai bahan yang digunakan dalam rawatan penyakit yang disebabkan oleh patogen iaitu Penisilin, Tetrasiklin dan Streptomisin. Bahan-bahan ini merupakan contoh…

a)

Vaksin

b)

Antiserum

c)

Antiseptik

d)

Antibiotik

93.

Apakah fungsi makanan tersebut.

a)

Bertindak sebagai pelawas

b)

Sebagai sumber tenaga

c)

Membina sel baharu

d)

Mencegah goiter

94.

Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya


“Jangan memandu dalam keadaan mabuk”


Apakah kaitan antara pernyataan itu dengan koordinasi badan?

a)

Kebanyakan neuron dimusnahkan

b)

Kadar denyutan jantung menurun

c)

Aktiviti otak menjadi cepat

d)

Penghantaran impuls menjadi lambat

95.

Pernyataan manakah yang betul mengenai proses mitosis?

a)

Berlaku pada sel soma

b)

Nukleus membahagi dua kali

c)

Setiap sel induk menghasilkan empat sel anak

d)

Bilangan kromosom sel anak menjadi separuh daripada bilangan sel kromosom sel induk

96.

Rajah di bawah menunjukkan sejenis variasi yang boleh ditunjukkan dalam carta bar

a)

Ketinggian

b)

Berat badan

c)

Cap jari

d)

Warna kulit

97.

Apakah punca yang menyebabkan eutrofikasi?

a)

Sisa radioaktif

b)

Sisa pertanian

c)

Pembakaran bahan api fosil

d)

Sisa toksik industri

98.

Kaedah pemuliharaan hutan yang terbaik adalah

a)

Menanam semula pokok

b)

Melakukan pembalakan terpilih

c)

Penebang pokok secara menyeluruh

d)

Mewartakan hutan simpan

99.

Rajah ini menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit.

Apakah B?

a)

Isirung

b)

Sabut

c)

Kulit

d)

Tempurung

100.

Nomi diberikan minyak kelapa sawit dan diminta untuk menghasilkan sabun pepejal. Apakah proses yang perlu dilakukan oleh beliau?

a)

Penapaian

b)

Saponifikasi

c)

Pembakaran

d)

Penyulingan