WorksheetsKuiz Topik 5 & 6
Total questions: 40
Worksheet time: 3600secs
Zarah dalam gas tersusun berjauhan dan bergerak bebas, yang menyebabkan gas tidak mempunyai bentuk tetap. Antara berikut yang manakah keadaan jirim bagi gas?
Apakah itu JIRIM?
Sesuatu yang tidak mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang
Semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
Bahan yang hanya boleh wujud dalam bentuk pepejal
Zarah yang bergerak bebas dalam semua keadaan
Apakah yang dimaksudkan dengan sifat fizik jirim?
Kualiti yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan lima deria manusia atau alat pengukur
Kualiti yang hanya dapat dikenal pasti melalui eksperimen kimia
Kualiti yang hanya bergantung kepada suhu dan tekanan
Kualiti yang tidak boleh diukur atau diperhatikan
Antara berikut, yang manakah CONTOH sifat fizik jirim?
Keupayaan bahan untuk menghasilkan gas semasa pembakaran
Perubahan warna semasa tindak balas kimia
Kereaktifan kimia dan kebolehkaratan
Takat lebur, takat didih, dan kekonduksian haba
Mengapakah pengaratan besi dianggap sebagai sifat kimia?
Kerana pengaratan menghasilkan bahan baharu dengan komposisi kimia yang berbeza
Kerana pengaratan berlaku tanpa perubahan bahan asal
Kerana pengaratan melibatkan perubahan warna sahaja
Kerana pengaratan hanya berlaku apabila besi dipanaskan
Yang manakah antara situasi-situasi di bawah merupakan sifat KIMIA jirim?
Air mendidih pada suhu 100°C
Aiskrim melebur
Ubat melarut di dalam air
Kunci besi berkarat
Apakah itu KETUMPATAN?
Jisim per unit isi padu bahan tersebut
Nisbah antara isi padu dan berat bahan
Jumlah bahan dalam sesuatu ruang kosong
Tahap kekonduksian bahan terhadap haba
Takat lebur ialah suhu apabila keadaan pepejal bertukar menjadi cecair. Antara bahan berikut, yang manakah mempunyai takat lebur paling RENDAH?
Oksigen (-218°C)
Air (0°C)
Alkohol (-117°C)
Kuprum (1085°C)
Apakah susunan zarah dalam pepejal?
Tersusun berjauhan
Tersusun secara rawak
Tersusun rapat
Tersusun sangat rapat
Bagaimana zarah dalam cecair bergerak?
Tidak bergerak
Bergetar pada kedudukannya sahaja
Bergerak menggelongsor antara satu sama lain
3 keadaan jirim ialah pepejal, cecair dan gas. Antara berikut yg manakah dalam keadaan CECAIR?
Nyatakan keadaan jirim bagi gegelang peniup sabun.
Pepejal
Cecair
Gas
Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR mengenai pepejal, gas, cecair?
Pepejal berbentuk tetap dan boleh dimampatkan
Bentuk cecair adalah mengikut bentuk bekas yang diisi. Cecair juga sukar dimampatkan
Bentuk cecair adalah mengikut bentuk bekas yang diisi dan tidak boleh dimampatkan
Dalam keadaan manakah KADAR RESAPAN berlaku paling perlahan?
Pepejal
Cecair
Gas
Apakah proses perubahan dari GAS ke PEPEJAL? (a)
Apabila suhu mencapai takat beku, zarah-zarah akan bergetar pada kedudukan yang tetap. CECAIR berubah menjadi PEPEJAL. Pernyataan di atas merujuk kepada proses _________.
Pembekuan
Peleburan
Apakah yang berlaku semasa proses KONDENDSASI?
Haba dibebaskan, zarah kehilangan tenaga, dan gas bertukar menjadi cecair
Haba diserap, zarah bergerak lebih pantas, dan gas bertukar menjadi pepejal
Haba diserap, zarah kehilangan tenaga, dan gas bertukar menjadi cecair
Haba dibebaskan, zarah bergerak lebih pantas, dan gas bertukar menjadi pepejal
Proses PENDIDIHAN berlaku apabila suhu cecair mencapai takat didih. Cecair ________ haba apabila dipanaskan.
menyerap
membebeaskan
Apakah yang berlaku semasa proses PELEBURAN?
Pepejal menyerap haba, zarah-zarah kehilangan tenaga, dan pepejal bertukar menjadi gas
Pepejal membebaskan haba, zarah-zarah bergerak lebih perlahan, dan pepejal bertukar menjadi cecair
Pepejal membebaskan haba, zarah-zarah memperoleh tenaga, dan pepejal bertukar menjadi gas
Pepejal menyerap haba, zarah-zarah memperoleh tenaga, dan pepejal bertukar menjadi cecair
Apakah yang berlaku kepada zarah-zarah dalam CECAIR apabila ia DISEJUKKAN sehingga menjadi PEPEJAL?
Zarah-zarah menyerap haba, tenaga kinetik bertambah, dan bergerak lebih pantas
Zarah-zarah membebaskan haba, tenaga kinetik berkurang, dan bergerak lebih perlahan
Zarah-zarah menyerap haba, tenaga kinetik berkurang, dan bergerak lebih perlahan
Zarah-zarah membebaskan haba, tenaga kinetik bertambah, dan bergerak lebih pantas
ATOM terdiri daripada?
Elektron
Proton
Neutron
Semua di atas
Nuklues mengandungi proton dan neutron. Mengapakah nukleus mempunyai cas keseluruhan POSITIF?
Kerana ia mengandungi proton yang bercas positif
Kerana ia mengandungi neutron yang tidak bercas
Kerana ia mengandungi elektron yang bercas negatif
Apakah zarah subatom yang TIDAK BERCAS dalam nukleus?
PROTON
ELEKTRON
NEUTRON
UNSUR ialah bahan yang paling _______ dan tidak boleh diuraikan secara kimia kepada bahan yang lebih ringkas lagi.
ringkas
kompleks
Apakah contoh unsur?
Aluminium oksida, zink sulfida, besi klorida
Besi, oksigen, hidrogen, aluminium, karbon, kuprum
CAMPURAN terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bercampur secara _______.
fizikal
kimia
Terdapat berapakah TEKNIK PENGASINGAN campuran kepada komponen-komponennya?
3
4
5
6
Apakah kaedah pengasingan yang sesuai untuk memisahkan campuran pasir dan air?
Penurasan
Penyulingan
Pengenapan
Pengapungan
Kaedah pengapungan boleh digunakan untuk mengasingkan bahan yang tidak larut dan terapung di atas permukaan air seperti minyak dan air. Apakah alat yang digunakan untuk mengasingkan minyak dan air?
Kertas turas
Corong pemisah
Magnet
Piring petri
Apakah kaedah pengasingan yang digunakan untuk memisahkan campuran berdasarkan perbezaan TAKAT DIDIH?
Penurasan
Penyulingan
Pengenapan
Pengapungan
Apakah kaedah pengasingan yang digunakan untuk mengasingkan jumlah campuran yang SEDIKIT?
Pengenapan
Pengapungan
Kromatografi
Penapisan
SEBATIAN terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bergabung secara _____ dan terhasil daripada tindak balas _____.
fizik
kimia
Apakah contoh sebatian?
Besi, oksigen, hidrogen, aluminium
Aluminium oksida, zink sulfida, besi klorida, gula, air, garam
Bagaimanakah unsur-unsur dalam sebatian dapat DIPISAHKAN?
Secara fizikal menggunakan penurasan
Secara kimia menggunakan tenaga elektrik (elektrolisis)
Secara mekanikal menggunakan magnet
Apakah unsur yang terdapat dalam Jadual Berkala?
Logam, bukan logam, separuh logam
Sebatian, campuran, unsur
Atom, molekul, ion
Proton, elektron, neutron
Apakah unsur yang dikelaskan sebagai BUKAN LOGAM?
Oksigen
Besi
Aluminium
Tembaga
Apakah sifat utama LOGAM?
Permukaan berkilau, kemuluran, boleh ditempa
Tidak berkilau, tidak boleh ditempa, tidak konduktif
Berwarna gelap, rapuh, tidak konduktif
Tidak berkilau, tidak kemuluran, tidak boleh ditempa
Emas (Au) dalam Jadual Berkala termasuk dalam kumpulan berapa?
Kumpulan 10
Kumpulan 11
Kumpulan 12
Kumpulan 13
Apakah unsur yang mempunyai TAKAT DIDIH yang TINGGI?
Logam
Bukan logam
Separuh logam
Gas nadir
Antara penyataan di bawah, yang manakah SALAH mengenai perubahan fizik dan kimia?
Perubahan fizik tidak menghasilkan bahan baharu
Perubahan kimia membentuk bahan baharu yang berbeza daripada bahan-bahan asalnya
Perubahan fizik berlaku kepada jirim
Perubahan kimia tidak berlaku kepada jirim
