wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TINGKATAN 1 KUIZ KATA ADJEKTIF

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif?

a)

Kata yang menggantikan nama.

b)

Kata yang menerangkan sifat atau ciri sesuatu.

c)

Kata yang menunjukkan tindakan.

d)

Kata yang menunjukkan tindakan.

2.

Antara yang berikut, yang manakah contoh kata adjektif perasaan?

a)

Besar

b)

Merah

c)

Panjang

d)

Rindu

3.

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat berikut.

Tilam rumah Aminah berbentuk __________ dan sangat selesa untuk tidur.

a)

Segi empat

b)

Segi lima

c)

Segi tiga

d)

Lonjong

4.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih kata adjektif yang paling sesuai.

Kebanyakan penonton berasa _____ kerana perlawanan bola sepak itu ditangguhkan akibat hujan sangat lebat.

a)

duka

b)

kecewa

c)

pilu

d)

hampa

5.

Situasi: Hani baru berpindah ke sekolah baharu dan tidak mengenali sesiapa.

Nilaikan dan gambarkan perasaan Hani dengan menggunakan kata adjektif perasaan yang paling sesuai mengikut konteks.

a)

Marah

b)

Gembira

c)

Takut

d)

Teruja

6.

Antara berikut, yang manakah menggunakan kata adjektif dengan betul?

a)

Saya berasa sedih apabila ayah menghadiahkan saya sebuah basikal.

b)

Pensel warna itu sangat cantik.

c)

Kami akan pulang malam ini supaya ibu berasa takut.

d)

Hubungan Shahida dengan adiknya agak tajam akibat berebut harta.

7.

Situasi: Anda melihat layang-layang berbentuk segi tiga dan berwarna kuning yang sedang terbang tinggi di langit.


Pilih dua kata adjektif yang paling sesuai untuk menggambarkan layang-layang tersebut.

a)

kuning dan tinggi

b)

segi tiga dan tinggi

c)

melihat dan terbang

d)

segi tiga dan kuning

8.

Situasi: Seorang murid tidak sengaja merosakkan hadiah pemberian rakannya.


Nilaikan perasaan murid tersebut dengan menggunakan kata adjektif yang paling sesuai.

a)

Sayang

b)

Rindu

c)

Kecewa

d)

Marah

9.

Pilih ayat yang menggunakan jenis kata adjektif yang betul, seperti yang dinyatakan dalam kurungan.

a)

Kami mengulang kaji pelajaran pada lewat malam.
(Kata adjektif waktu)

b)

Baju adik berwarna biru cerah seperti air laut.

(Kata adjektif perasaan)

c)

Dia menangis melihat keknya telah habis dimakan oleh kakak.

(Kata adjektif warna)

d)

Saya berasa gembira kerana mempunyai kawan baik seperti Aisyah.

(Kata adjektif bentuk)

10.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata adjektif dengan betul.

I Zulkarnain lewat ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.

II Rumah banglo milik usahawan terkenal itu dimasuki perompak lewat malam tadi.

III Saya bangun lewat pagi kerana tidur lambat malam tadi.

IV Ketika lewat halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, III dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja.