wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains k1

Total questions: 30

Worksheet time: 47mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah peralatan perlindungan diri yang terdapat dalam makmal sains kecuali..

a)

pembilas mata

b)

penyiram kecemasan

c)

kebuk pengalir udara

d)

kabinet aliran laminar

2.

Mengapakah alat pemadam kebakaran jenis serbuk kering dipilih untuk diletakkan di dalam kawasan sekolah?

a)

paling murah

b)

paling mudah digunakan

c)

mempunyai tong yang mudah untuk diangkat

d)

paling sesuai untuk memadamkan pelbagai jenis kebakaran

3.

Antara berikut, yang manakah perlu dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik?

a)

Hemlich Manoeuvre

b)

Teknik tekanan dada

c)

Resusitasi kardiopulmonari

d)

Teknik hembusan ke dalam mulut

4.

Mengapakah tekanan dada perlu dilakukan apabila melakukan kaedah CPR?

a)

Membantu mangsa supaya sedarkan diri

b)

Membantu mangsa untuk mengeluarkan objek yang tersekat

c)

Membantu jantung mangsa untuk mengepam darah secara buatan

d)

Membantu mangsa untuk mendapatkan oksigen secara berterusan

5.

Nyatakan jenis termometer tersebut.

a)

Termometer klinik

b)

Termometer rektal

c)

Termometer makmal

d)

Termometer inframerah

6.

Antara berikut, bacan tekanan darah yang manakah berisiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi?

a)

118/76 mmHg

b)

122/84 mmHg

c)

138/87 mmHg

d)

160/95 mmHg

7.

Pembakaran hutan dalam aktiviti pertanian menyebabkan peningkatan gas rumah hijau dan seterusnya mengakibatkan pemanasan global.Apakah contoh gas rumah hijau yang menyumbang kepada situasi di atas?

a)

Oksigen

b)

Hidrogen

c)

Nitrogen dioksida

d)

Karbon dioksida

8.

Rajah menunjukkan longgokan sisa yang tidak diuruskan dengan betul dan menjadi tempat pembiakan vektor dan membawa penyakit kepada manusia.Apakah kaedah terbaik untuk pengurusan sisa di atas?

a)

Kitar semula

b)

Bakar sampah

c)

sebagai makanan ternakan

d)

Diproses dan dijadikan baja kompos

9.

kaji pernyataan berikut. Apakah alasan yang terbaik untuk menyokong pernyataan di atas?

a)

Hutan adalah habitat bagi banyak haiwan

b)

Hutan merupakan kawasan tadahan hujan

c)

Tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis

d)

Banyak sumber semulajadi yang boleh diperolehi daripada hutan

10.

rajah diatas menunjukkan salah satu peringkat mitosis.

Apakah peringkat yang ditunjukkan?

a)

Profasa

b)

Metafasa

c)

Anafasa

d)

Tekofasa

11.

Apakah nisbah genotip tinggi kepada rendah generasi fillial kedua (F²) jika generasi pertama (F¹) dikacuk sesama sendiri?

a)

1 : 3

b)

1 : 1

c)

2 : 1

d)

3 : 1

12.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang sendi dan otot dalam pergerakan?

a)

Otot terdiri daripada gabungan gentian

b)

Tendon menyambungkan otot dan kulit

c)

Cecair sinovial membekalkan nutrien kepada rawan

d)

Rawan menyambungkan ligamen dengan tulang rawan

13.

Apakah kesan pengambilan alkohol yang berlebihan kepada kesihatan?

a)

Sirosis hati

b)

Marasmus

c)

Kwasyiorkor

d)

Osteoporosis

14.

Rajah diatas menunjukkan sesuatu kelenjar endokrin yang merembeskan sejenis bahan X.

Antara berikut yang manakah benar tentang bahan X?

a)

Dirembeskan dalam kuantiti yang banyak

b)

Mempunyai gerak balas yang cepat

c)

Kesannya adalah sekejap

d)

Sejenis protein

15.

Rajah diatas menunjukkan satu unsur J.

Berapakah bilangan neutron bagi unsur ini?

a)

42

b)

54

c)

96

d)

138

16.

Rajah 7 menunjukkan susunan elektron bagi sesuatu atom yang mempunyai bilangan elektron 16.

Berapak bilangan elektron pada petala ketiga?

a)

2

b)

4

c)

6

d)

8

17.

Apakah jenis kaca yang mempunyai ketahanan haba dan bahan kimia yang sangat tinggi?

a)

Kaca plumbum

b)

Kaca borosilikat

c)

Kaca soda kapur

d)

Kaca silikat terlakur

18.

Rajah diatas menunjukkan faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas dalam badan manusia.

Apakah P?

a)

Keradangan

b)

Asap rokok

c)

Sisa toksik

d)

Sinar ultra ungu

19.

Apakah fungsi perisai konkrit dalam stesen janakuasa tenaga nuklear?

a)

Memperlahankan neutron

b)

Menyerap haba hasil tindak balas nuklear

c)

Menyejuk dan mengkondensasikan stim menjadi air

d)

Mengelakkan kebocoran sinar radioaktif daripada reaktor

20.

Rajah diatas menunjukkan dua mikroorganisma berbeza.

Apakah kumpulan mikroorganisma yang diawakili rajah diatas?

a)

Protozoa

b)

Bakteria

c)

Kulat

d)

Virus

21.

jadual diatas menunjukkan nilai kalori bagi tiga jenis makanan.

Seorang murid telah mengambil sarapan pagi yang terdiri daripada 20 g telur 50 g mee gorengb, dan 120 g jus epal.

Berapakah nilai kalori yang telah di ambil oleh murid tersebut?

a)

24 kJ

b)

795 kJ

c)

1180 kJ

d)

2437.5 kJ

22.

Antara berikut, yang manakah kesan penggunaan baja kimia berlebihan terhadap alam sekitar?

a)

Eutrofikasi

b)

Hujan asid

c)

Banjir kilat

d)

Penipisan lapisan ozon

23.

Apakah bahan yang perlu dimasukkan ke dalam minyak kelapa sawit semasa membuat sabun?

a)

Etanol

b)

Garam biasa

c)

Asid hidroklorik

d)

Larutan natrium hidroksida

24.

Rajah diatas menunjukkan seorang remaja menghadapi masalah untuk menghilangkan pewarna kuku yang digunakan.

Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk membersihkan kuku remaja tersebut?

a)

Alkohol

b)

Butana

c)

Sabun

d)

Propena

25.

Pernyataan manakah benar tentang sel kimia ringkas?

a)

Tenaga elektrik ditukar kepada tenaga kimia

b)

Pergerakan elektron dari terminal positif ke terminal negatif melalui litar luar

c)

Proses penguraian sebatian kimia kepada juzuk yang lebih kecil apabila arus melaluinya

d)

Terdiri daripada dua logam berlainan yang dicelup ke dalam sesuatu elektrolit dan disambung dengan litar luar

26.

rajah diatas menunjukkan pembentukan imej oleh kanta cembung.

Cadangkan cara yang betul untuk mendapatkan imej yang sama saiz dengan objek.

a)

Gerakan objek kepad 2F

b)

Menggunakan kanta cekung

c)

Guna objek yang bersaiz lebih kecil

d)

Tukar kepada kanta cembung yang lebih tebal

27.

Bahagian manakah mempunyai tekanan udara yang paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

28.

Maklumat manakah benar tentang koordinat GPS bagi sesuatu kawasan di atas?

a)

Latitud pada hemisfera timur

b)

Latitud pada hemisfera utara

c)

Longitud ke barat Garisan Greenwich

d)

Longitud ke timur Garisan Greenwich

29.

Apakah kedudukan P?

a)

Orbit Rendah Bumi

b)

Orbit Sederhana Bumi

c)

Perigi

d)

Apogi

30.

Antara berikut, yang manakah bukan aplikasi Prinsip Pascal?

a)

Jek hidraulik

b)

Brek hidraulik

c)

Kerusi pesakit gigi

d)

Penunu Bunsen