Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

vector borne

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Parasit utama yang menyebabkan malaria teruk (severe malaria) adalah

 

a)

Plasmodium vivax

b)

Plasmodium ovale

c)

Plasmodium malariae

d)

Plasmodium falciparum

 

2.

Perbezaan utama antara Denggi Biasa dan Denggi Berdarah adalah denggi

a)

biasa tidak menyebabkan demam

b)

berdarah hanya berlaku dalam kanak-kanak

c)

biasa lebih bahaya daripada denggi berdarah

d)

berdarah dicirikan oleh pendarahan dan kebocoran plasma

3.

Seorang pelancong baru pulang dari Amerika Selatan dengan simptom demam, sakit belakang dan jaundis. Ujian awal paling sesuai untuk mengesahkan jangkitan yang dihadapi adalah

 

a)

ujian mantoux

b)

 

ujian denggi ns1

 

c)

kultur bakteria darah

d)

RT-PCR untuk yellow fever

 

4.

Seorang pesakit mengalami bengkak kronik pada kaki dan skrotum. Mekanisme utama yang menyebabkan keadaan ini dalam jangkitan Filariasis adalah berlakunya

 

a)

pengumpulan toksin dalam darah

b)

pendarahan meluas dalam kapilari

c)

kerosakan pada sistem saraf pusat

d)

halangan saluran limfa oleh mikrofilaria

5.

Strategi kawalan paling berkesan untuk mencegah penyebaran kedua-dua penyakit Chikungunya dan Japanese Encephalitis adalah

 

a)

rawatan simptomatik sahaja

 

b)

memberi antibiotik profilaksis

c)

menutup sekolah dan tempat kerja semasa wabak

d)

kawalan nyamuk dan vaksinasi kawasan endemik

6.

Vektor utama bagi virus Denggi adalah

 

a)

Culex

b)

Mansonia

c)

Anopheles

 

d)

Aedes aegypti

7.

Ciri utama yang membezakan Chikungunya daripada Denggi ialah

 

a)

jaundis

b)

Gangguan pernafasan

c)

Demam tinggi dan muntah

d)

Sakit sendi yang teruk dan berpanjangan

8.

Seorang pesakit mempunyai platelet count yang rendah akibat denggi. Tindakan kejururawatan yang sesuai adalah

 

a)

berikan ubat diuretik

b)

galakkan senaman harian

c)

 

memberi aspirin untuk mengurangkan sakit

d)

elakkan prosedur invasif dan pantau tanda pendarahan

9.

Seorang pelawat boleh mencegah jangkitan malaria apabila melawat kawasan endemic dengan langkah berikut iaitu

a)

makan makanan pedas

 

b)

mengelakkan pengambilan ubat-ubatan

c)

mengambil kemoprofilaksis seperti mefloquine atau doxycycline

d)

tidak perlu perlindungan kerana malaria tidak merebak ke pelancong

10.

Langkah terbaik untuk mencegah penyebaran Japanese Encephalitis di ladang babi adalah

 

a)

menghapuskan semua babi

b)

suntikan insulin kepada babi

c)

memberi vaksin hepatitis kepada pekerja

d)

mengasingkan kawasan ternakan daripada kawasan perumahan

11.

Seorang pesakit mengalami demam, sakit otot belakang, dan jaundis selepas perjalanan ke Afrika. Berdasarkan maklumat ini, diagnosis yang paling sesuai adalah

 

a)

Denggi

b)

Malaria

c)

Filariasis

d)

Yellow Fever

12.

Seorang pelatih kesihatan komuniti ditugaskan memilih kawasan untuk menjalankan semburan fogging bagi kawalan demam denggi. Antara lokasi yang sesuai Adalah kawasan

a)

perumahan yang baru dicuci

b)

gunung yang tiada penduduk

c)

lapang tanpa pembiakan nyamuk

d)

banyak bekas air bertakung dan aduan kes demam denggi

 

13.

seorang pesakit menunjukkan tanda-tanda seperti demam tinggi secara tiba-tiba, ruam, dan kiraan platelet yang sangat rendah. Doktor mencadangkan penggunaan NSAIDs untuk meredakan demam. Tindakan paling wajar sebagai jururawat Adalah

 

a)

gantikan dengan ubat antibiotik

 

b)

teruskan pemberian nsaids mengikut preskripsi

c)

galakkan pesakit untuk minum air lebih banyak dahulu

 

d)

rujuk kepada doktor kerana nsaids meningkatkan risiko pendarahan

 

14.

Pesakit berumur 10 tahun dimasukkan ke hospital dengan demam tinggi, kejang, dan kekeliruan mental. MRI menunjukkan tanda ensefalitis. keputusan terbaik bagi jururawat dalam pengurusan kes ini adalah

 

a)

mulakan terapi antibiotik segera

 

b)

buat pemeriksaan najis untuk jangkitan parasit

c)

fokus kepada hidrasi dan pantau kehadiran ruam

d)

rujuk kepada pengesanan japanese encephalitis dan beri rawatan sokongan intensif

15.

Dalam pemilihan rawatan antimalaria untuk pesakit yang dijangkiti Plasmodium vivax, yang juga mempunyai kekurangan enzim G6PD, tindakan yang paling tepat sebagai jururawat adalah

 

a)

tukar kepada artemisinin tanpa memaklumkan doktor

b)

berikan primaquine seperti biasa kerana ia paling berkesan

c)

galakkan pesakit mengambil herba tradisional sebagai gantian

d)

elakkan primaquine dan maklumkan kepada doktor kerana risiko hemolisis