Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

YR5 UNIT 7 : PENGARATAN

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Objek berkarat diperbuat daripada ................

a)

aluminium

b)

timah

c)

besi

d)

emas

2.

Faktor yang menyebabkan pengaratan ialah .......

a)

Kehadiran air dan minyak

b)

Kehadiran air dan udara

c)

Kehadiran air dan karbon dioksida

d)

Kehadiran Oksigen dan hidrogen

3.

"Lapisan berwarna perang kemerah-merahan yang

terbentuk pada permukaan besi".


Pernyataan di atas merujuk kepada ......

a)

penyaduran

b)

pengaratan

c)

pereputan

d)

penyalutan

4.

Antara objek berikut, yang manakah boleh berkarat?

a)
b)
c)
d)
5.

Manakah antara objek berikut tidak boleh berkarat?

a)

Duit syiling

b)

Pagar besi

c)

Gelang emas

d)

Rantai nikel

6.

Mengapa besi ini ada selaput perang kemerah-merahan /kuning padanya?

a)

Warna berubah

b)

Kesan pengaratan

7.

Apakah ciri-ciri objek berkarat?

a)

Licin dan bersih

b)

Lama dan kotor

c)

Rapuh dan kasar

d)

Tiada ciri-ciri

8.

Rajah menunjukkan sebilah kapak. Mengapakah kapak berkarat jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama?

a)

Kehadiran air dan udara

b)

Kehadiran air

c)

Kehadiran udara

d)

Kehadiran kotoran

9.

Mengapakah kita tidak sepatutnya membeli makanan dalam tin yang kemek?

a)

Harganya mungkin lebih murah.

b)

Bahagian pada tin yang kemik itu mungkin berkarat.

c)

Makanan masih selamat untuk dimakan.

d)

Makanan menjadi kurang sedap.

10.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan tentang pengaratan. Selepas 2 minggu paku manakah tidak berkarat?

a)

P dan Q

b)

P, Q dan R

c)

P, Q dan S

d)

Q dan S

11.

Rajah menunjukkan kaki terpijak paku karat. Mengapa mangsa perlu mendapat rawatan di klinik?

a)

Boleh menyebabkan kancing gigi

b)

Mengurangkan kesakitan

c)

Supaya cepat sembuh

d)

Mengelakkan kencing manis

12.

Rajah menunjukkan nenas dalam tin. Antara kaedah berikut, yang manakah diaplikasikan pada tin untuk mencegah pengaratan?

a)

Menyalut

b)

Mengecat

c)

Menyadur

d)

Menyapu lapisan lilin

13.

Berikut merupakan cara-cara mencegah pengaratan

kecuali .........

a)

Mengecat

b)

Menyadur

c)

Menyalut

d)

Menyembur air

14.

Untuk mengelakkan gergaji di bengkel RBT berkarat, kita mestilah

a)

Menyimpannya di dalam almari

b)

Mengecatnya

c)

Menggosoknya dengan berus

d)

Menyapunya dengan minyak

15.
Rusdan ingin pergi melancong ke britain selama 3 bulan.apakah cara yang paling sesuai untuk memastikan pisau tidak berkarat selepas beliau pulang?
a)
mengecat
b)
sapu gris
c)
lumurkan dengan minyak masak
d)
rendam dalam coco cola
16.
Bagaimanakah cara mencegah tin makanan daripada berkarat?
a)
mengecat
b)
menyapu minyak atau gris
c)
menyadur
d)
menyalut
17.

Menyadur bermaksud........

a)

Proses melapisi permukaan besi dengan logam lain yang bukan besi.

b)

Proses menyapu gris pada permukaan besi.

c)

Proses membalut permukaan besi dengan kertas minyak.

d)

proses menyalut permukaan besi dengan plastik.

18.

Puan Ramlah mendapati sudu di dapur rumahnya telah berkarat. Apakah jenis bahan yang digunakan untuk membuat sudu itu?

a)

Kayu

b)

Besi

c)

Plastik

d)

Getah

19.

Lapisan minyak menghalang pengaratan kerana

a)

udara terhalang masuk ke dalam air

b)

wap air diserap

c)

terdapat udara sahaja

d)

terdapat air dan udara

20.

Rajah menunjukkan kesan pengaratan, iaitu ........

a)

melicinkan tangga

b)

menyebabkan tangga rapuh

c)

memburukkan rupa tangga

d)

menghilangkan tangga

21.

Berdasarkan rajah yang ditunjukkan, apakah kaedah yang digunakan untuk mencegah pagar dawai daripada berkarat?

a)

Menyapu pagar dawai dengan minyak atau gris.

b)

Menyalut pagar dawai dengan lapisan bahan tahan karat.

c)

Menyadur pagar dawai dengan lapisan logam tahan karat.

d)

Mengecat pagar dawai.

22.

Rajah menunjukkan engsel pintu yang berkarat dan menyebabkan pintu sukar dibuka atau ditutup. Apakah cara terbaik mengatasi masalah ini?

a)

Sapu cat

b)

Menyalut dengan plastik

c)

Sapu minyak pelincir

d)

Gosok dengan kertas pasir

23.

Bagaimanakah cara yang digunakan untuk mencegah klip kertas yang ditunjukkan dalam rajah daripada berkarat?

a)

Mengecat dengan warna terang

b)

Menyapu minyak atau gris

c)

Menyadur dengan timah

d)

Menyalut dengan plastik

24.

Rajah menunjukkan objek berkarat. Berikut adalah keburukan pengaratan KECUALI...

a)

Menjimatkan kos baik pulih

b)

Menyebabkan kerosakan

c)

Mencacatkan pemandangan

d)

Membahayakan kesihatan

25.

Rajah menunjukkan aktiviti mengecat pintu pagar besi. Mengapakah pintu pagar besi perlu dicat secara kerap?

a)

Supaya pintu pagar menjadi lebih tebal.

b)

Lapisan cat dapat menghalang pagar daripada berkarat.

c)

Supaya pintu pagar kelihatan seperti baharu.

d)

Meningkatkan kos penjagaan pintu pagar.