wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PK PELARASAN BELANJA DAN HASIL 2025

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Di bahagian manakah gaji belum bayar direkodkan dalam penyata kewangan?

a)

A Liabiliti Semasa

b)

B. Aset Semasa

c)

C. Hasil

d)

D. Belanja

2.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Noor bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.

Insurans setahun RM1 800

Tarikh insurans bermula 1 April 2024

a)

Insurans prabayar RM450

b)

Insurans belum bayar RM450

c)

Insurans belum bayar RM1 350

d)

Insurans prabayar

RM1 350

3.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Nabilah pada 31 Disember 2024.

Sewa belum bayar 1 Januari 2024 RM1 200

Bayaran sewa RM7 600

Sewa tahunan RM7 200

Berapakah sewa belum bayar bagi tahun tersebut?

a)

RM400

b)

RM800

c)

RM1 200

d)

RM1 600

4.

Pemilik perniagaan Johari Johan Enterprise telah membeli insurans untuk kedainya pada 1 Jun 2024 dengan premium berjumlah RM840 setahun. Tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember 2024.

Pelarasan manakah yang menerangkan pernyataan di atas?

a)

Insurans belum bayar RM420

b)

Insurans belum bayar RM350

c)

Insurans prabayar RM420

d)

Insurans prabayar RM350

5.

Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaan Mutiara Lini Sendirian Berhad pada tahun 2024

Januari . 6 Membeli alat tulis pejabat secara tunai RM 500

Julai 15 Membeli alat tulis secara kredit daripada Ahmad Stationary RM 600

Dis. 31 Inventori bekalan alat tulis yang belum digunakan RM 200

Berapakah jumlah alat tulis yang dicatat dalam Akaun Untung Rugi?

a)

RM 200

b)

RM 900

c)

RM 1 100

d)

RM 1 300

6.

Pilih padanan yang betul:

a)

Kadar bayaran belum bayar, sewa belum terima

=

Aset Semasa

b)

Kadar bayaran prabayar, sewa belum terima

=

Liabiliti Semasa

c)

Insurans prabayar, komisen belum terima

=

Aset Semasa

d)

Insurans prabayar, komisen belum terperoleh

=

Liabiliti Semasa

7.

Bengkel Membaiki Kereta Jayos telah membayar premium insurans berjumlah RM3 600 pada 1 Mei 2011 untuk tempoh setahun sehingga 30 April 2012.

Tahun kewangan perniagaan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Berapakah insurans prabayar pada 31 Disember 2011?

a)

RM 300

b)

RM 900

c)

RM 1 200

d)

RM 2 400

8.

Butir manakah yang dicatat di bahagian debit Akaun Untung Rugi?

I Susut nilai

II Hutang lapuk

III Hutang lapuk terpulih

IV Diskaun diterima

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Pasangan manakah yang betul bagi pengelasan aset dan liabiliti?

a)

Aset -Hasil Belum Terima

Liabiliti - Hasil Belum Terperoleh

b)

Aset - Belanja Belum Bayar

Liabiliti - Belanja Pra Bayar

c)

Aset - Hasil Belum Terperoleh

Liabiliti - Belanja Pra Bayar

d)

Aset - Belanja Belum Bayar

Liabiliti - Hasil Belum Terima

10.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Merah Jambu.

Akaun Belum Terima RM5 000

Akaun Belum Bayar RM3 200

Insurans prabayar RM1 250

Sewa belum terima RM800

Gaji belum bayar RM900

Berapakah jumlah modal kerja?

a)

RM1 350

b)

RM2 250

c)

RM2 950

d)

RM3 150