NEW
Font size
WorksheetsUjian pengesahan anion
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Apakah pemerhatian apabila larutan Argentum Nitrat ditambah kepada larutan yang mengandungi ion klorida?
Mendakan putih terbentuk
Tiada pemerhatian
larutan bertukar biru
cincin perang terbentuk
Apakah larutan yang digunakan untuk menguji kehadiran ion sulfat dalam larutan akueus?
Larutan natrium hidroksida
Larutan plumbum(II) nitrat
Larutan barium klorida
Larutan Argentum nitrat
Ion karbonat dapat dikesan apabila asid cair ditambah menghasilkan:
Gas hidrogen
Gas oksigen
Gas ammonia
Gas karbon dioksida
Apakah ujian pengesahan bagi gas karbon dioksida?
Menggunakan kayu uji bernyala
Menggunakan kertas litmus lembap
Menggunakan air kapur jernih
Menggunakan penunjuk fenolftalein
Reagen apakah yang digunakan untuk mengesan kehadiran ion klorida dalam larutan akueus?
Larutan Argentum nitrat
Larutan barium nitrat
Larutan plumbum(II) nitrat
Larutan natrium hidroksida
Ujian cincin perang digunakan untuk mengesan kehadiran ion:
Sulfat
Klorida
Nitrat
Iodida
Dalam ujian cincin perang, asid sulfurik pekat dituang dengan berhati-hati supaya:
Membentuk mendakan putih
Menghasilkan gas karbon dioksida
Membentuk lapisan antara asid dan larutan
Larutan bercampur sepenuhnya
Persamaan kimia bagi pembentukan mendakan putih apabila ion klorida diuji dengan larutan argentum nitrat ialah:
NaCl + AgNO₃ → AgCl + NaNO₃
NaCl + AgNO₃ → AgCl₂ + NaNO₃
NaCl + 2AgNO₃ → 2AgCl + NaNO₃
NaCl + AgNO₃ → Ag + NaClO₃
Ion Barium daripada barium klorida, bertindak balas dengan ion sulfat untuk membentuk mendakan putih iaitu barium sulfat.
Apakah persamaan ion bagi ujian pengesahan ion sulfat ini?
Ba²⁺(ak) + SO₃²⁻(ak) → BaSO₄(p)
Ba⁺(ak) + SO₄²⁻(ak) → BaSO₄(p)
Ba²⁺(ak) + SO₄²⁻(ak) → BaSO₄(p)
Ba²⁺(ak) + SO₄²⁻(ak) → BaSO₄(ak)
Asid bertindak balas dengan ion karbonat untuk membebaskan gas karbon dioksida.
Persamaan ion bagi tindak balas ion karbonat dengan asid ialah:
CO₃²⁻(ak) + 2H⁺(ak) → CO₂(g) + H₂O(ce)
CO₃²⁻(ak) + H⁺(ak) → CO₂(g) + H₂O(ce)
CO₃²⁻(ak) + 2H⁺(ak) → H₂(g) + CO₂(g)
CO₃²⁻(ak) + H⁺(ak) → H₂CO₃(ak)
