Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T5 B7 - MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Penyata Razak -----> X ------> Jawatankuasa Kabinet 1979


Rajah diatas merujuk kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apakah X?

a)

Akta pendidikan

b)

Laporan Fenn-Wu

c)

Laporan Rahman Talib

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan dalam Laporan rahman talib


- Penggunaan bahasa yang seragam

- Mengadakan kurikulum yang sama


Apakah kepentingan syor tersebut?

a)

Memupuk perpaduan rakyat

b)

Melahirkan tenaga kerja mahir

c)

Memupuk semangat setia kawan

d)

Mengurangkan sekolah vernakular

3.

Senarai berikut berkaitan dengan cadangan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan


- Penekanan kepada mata pelajaran sejarah

Mewajibkan matapelajaran Tatarakyat


Apakah jawatankuasa yang membuat cadangan tersebut?

a)

Jawatankuasa Razak

b)

Jawatankuasa Kabinet

c)

Jawatankuasa Fenn-Wu

d)

Jawatankuasa Rahman Talib

4.

Mengapakah Aminuddin Baki memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan pada tahun 1965?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Menjamin kecemerlangan negara

c)

Memperkasakan sekolah vokasional

d)

Memudahkan perkongsian kepakaran

5.

Apakah kesan pengenalan sistem persekolahan aneka jurusan terhadap pelajar?

a)

Peluang untuk membaiki mutu pembelajaran

b)

Pelajar gagal dapat meneruskan persekolahan

c)

Penyelesaian terhadap pelajar yang buta huruf

d)

Pelajar mendapat pendedahan teknologi

6.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 1989.

Apakah tujuan pelaksanaan KBSM tersebut?

a)

Melahirkan generasi yang berkemahiran

b)

Mengatasi masalah pelajar yang tercicir

c)

Membentuk masyarakat yang saintifik

d)

Memberi fokus kepada elemen KBAT

7.

Mengapakah Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPN) digubal pada tahun 1996?

a)

Menanam semangat patriotisme

b)

Membentuk generasi yang berilmu

c)

Membentuk pelajar yang seimbang

d)

Melahirkan belia yang berkemahiran

8.

" Menguasai tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar serta bidang perkembangan diri individu."


Apakah program pendidikan tersebut?

a)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN)

b)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

c)

Program Pendidikan Khas Integrasi

d)

Kurikulum Baru Sekolah Menengah

9.

Laporan Jawatankuasa 1979 memberi penegasan terhadap pendidikan kerohanian.

Bagaimanakah pendidikan kerohanian dapat dilaksanakan?

a)

Penglibatan semua pelajar dalam aktiviti kurikulum

b)

Pengenalan mata pelajaran Kewarganegaraan dan Sivik

c)

Didedahkan dengan pembelajaran berbentuk kemahiran

d)

Diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

10.

Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan melalui penggubalan Akta Pendidikan 1996.

Bagaimanakah matlamat tersebut dilaksanakan?

a)

Mewajibkan bahasa Melayu diajar di semua sekolah

b)

Menyeragamkan sukatan pelajaran di sekolah rendah

c)

Menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan

d)

Mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan

11.

Pilih prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan

a)

Beteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu

b)

Islam menjadi unsur penting

c)

Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting

d)

Unsur yang menunjukkan kepelbagaian kebudayaan menjadi teras dasar tersebut

12.

Antara yang berikut, pilih agensi kerajaan yang melaksanakan Dasar Kebudayaan kebangsaan

a)

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

b)

Istana Budaya

c)

Akademi Seni Budaya Warisan Kebangsaan (ASWARA)

d)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

13.

Mengapakah kerajaan menganjurkan Citrawarna Malaysia setiap tahun?

a)

Mengukuhkan ekonomi negara

b)

Memajukan industri pelancongan

c)

Menjamin kecemerlangan negara

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur

14.

Apakah aktiviti yang dianjurkan dalam Citrawarna Malaysia?

a)

Pertandingan sajak

b)

Menganjurkan seminar

c)

Perarakan ketenteraan

d)

Memperagakan kebudayaan

15.

- Samuel Dass

- Mathew Ngau Jau

Tokoh berikut merupakan penggiat budaya negara yang tersohor.

Apakah persamaan sumbangan tokoh tersebut?

a)

Kebudayaan

b)

Kesusasteraan

c)

Muzik tradisional

d)

Tarian tradisional

16.

Pada tahun 1971, Kongres Kebudayaan Kebangsaan telah memperkenalkan Dasar kebudayaan Kebangsaan. Apakah kepentingan dasar tersebut?

a)

Menanam taat setia

b)

Mengekalkan identiti negara

c)

Melahirkan semngata patriotik

d)

Menjaga hak peribumi

17.

Apakah matlamat utama pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

a)

meningkatkan taraf hidup masyarakat

b)

Mengukuhkan kerjasama antara kaum

c)

Memelihara keperibadian kebangsaan

d)

Mempelbagaikan aktiviti masyarakat

18.

- jabatan Budaya

-Jabatan Keseniaan Dan Kebudayaan Negara

-Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

Apakah persamaan peranan agensi pelaksana berikut?

a)

Meningkatkan sektor pelancongan negara

b)

Memelihara maruah negara yang berdaulat

c)

Memperkenalkan estetika kesenian negara

d)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

19.

Tahun : 1956

Perasmi : Tun Abdul Razak

Tempat : Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya

Apakah pihak yang menganjurkan Kongres Kebudayaan Melayu tersebut?

a)

Kementerian Sumber Manusia

b)

Kementerian Pendidikan Malaysia

c)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

d)

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

20.

Program Citrawarna Malaysia yang dianjurkan pada tahun 1999 adalah untuk tujuan promosi (a)  

21.

Apakah elemen yang menjadi asas kekuatan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum?

a)

perpaduan kaum

b)

Integrasi Nasional

c)

kemajuan teknologi

d)

penguasaan ekonomi

22.

Apakah maksud Integrasi Nasional?

a)

keadaan rakyat pelbagai kaum saling bekerjasama

b)

pengagihan kuasa yang adil antara kerajaan Malaysia

c)

Langkah meningkatkan pembangunan ekonomi negara

d)

Proses merapatkan hubungan masyarakat antara negeri

23.

“Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu”


Apakah maksud penyataan berikut?

a)

rakyat Merdeka

b)

sosial masyarakat

c)

penyatuan bangsa

d)

perpaduan kaum

24.

Apakah kesan pemisahan kaum yang dilakukan dalam pentadbiran British terhadap Tanah Melayu?

a)

kewujudan persaingan sihat

b)

kemajuan sistem perdagangan

c)

kerenggangan hubungan kaum

d)

kepelbagaian kegiatan ekonomi

25.

Pentadbiran British telah menyebabkan berlaku pemisahan kaum di negara kita. Apakah aspek pemisahan kaum yang dilakukan oleh British?

a)

ekonomi

b)

teknologi

c)

adat resam

d)

petempatan

26.

- sekolah vernakular Melayu

- sekolah vernakular Cina

- sekolah vernakular Tamil

- sekolah vernakular Inggeris


Apakah kesan daripada sistem pendidikan tersebut semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu?

a)

setia kepada negara

b)

sukatan pelajaran selaras

c)

pengasingan Kaum berlaku

d)

pengurusan yang sistematik

27.

Apakah masalah perhubungan fahaman politik berasaskan kaum sehingga kini?

a)

mengehadkan penyertaan dari kelas pertengahan

b)

ketidakselarasan dalam pengurusan dan organisasi

c)

Pemilihan ahli tidak Mematuhi perlembagaan negeri

d)

Memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing

28.

Laporan Rahman Talib

Laporan jawatankuasa kabinet

Falsafah pendidikan kebangsaan


Mengapakah kerajaan memperkenalkan dasar pendidikan tersebut?

a)

menyusun semula masyarakat

b)

melahirkan rakyat yang patriotik

c)

meningkatkan budaya cemerlang

d)

menerapkan semangat imperialisme

29.

Kerajaan berusaha melahirkan masyarakat yang mempunyai satu identiti bangsa yang sama.


Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?

a)

pembentukan dasar kebudayaan kebangsaan

b)

pengenalan dasar pembangunan Nasional

c)

penubuhan dasar pendidikan kebangsaan

d)

penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

30.

Bagaimanakah Kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?

a)

menggalakkan penglibatan sukan

b)

mengukuhkan sistem pendidikan

c)

memperkenalkan Rukun Negara

d)

mengamalkan kebudayaan kebangsaan

31.

Apakah kepentingan pengiktirafan terhadap tokoh UKM seperti Muhammad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara ?

a)

Membuktikan UKM menjadi tumpuan para penyelidik, sasterawan, karyawan dan budayawan daripada pelbagai kaum dari dalam dan luar negara

b)

Membuktikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

c)

Membuktikan keistimewaan bahasa Melayu dalam bidang sastera

d)

Membuktikan kejayaan UKM sebagai pusat keilmuan bahasa Melayu

32.

Pilih sekolah berikut yang dibuka bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

a)

Sekolah Alam Shah

b)

Sekolah Seri Puteri

c)

Kolej Sultan Abdul Halim

d)

Victoria Institution

33.

IPTA berikut merupakan yang PERTAMA berjaya memperkenalkan pelbagai pengajian dalam bahasa Melayu.

IPTA berikut ialah _____________

a)

UKM

b)

USM

c)

UM

d)

UUM

34.

*Memberi fokus kepada para penyelidik, sasterawan, karyawan dan budayawan daripada pelbagai kaum dari dalam dan luar negara.

Tugas tersebut adalah di bawah ________

a)

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

b)

Dewab Bahasa dan Pustaka (DBP)

c)

UKM

35.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 jun 1956 bagi memartabatkan bahasa Melayu.

Apakah nama asal DBP?

a)

Balai Pustaka

b)

Dewan Ilmu Pustaka

c)

DBP

d)

DBKL

36.

Tokoh berikut merupakan Ketua Pengarah PERTAMA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) .

Siapakah beliau?

a)

Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

b)

Tun Mahadhir Mohamed

c)

Muhammad Haji Salleh

d)

Siti Zainon Ismail

37.

Slogan "____________" dilancarkan oleh DBP pada tahun 1960 bagi mengukuhkan pembinaan masyarakat bersatu padu melalui bahasa.

a)

Bahasa Jiwa bangsa

b)

Cintai Sungai Kita

c)

Dadah Musuh Negara

d)

1Malaysia

38.

Bagaimanakah usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu?

a)

Memberi bantuan biasiswa

b)

Menerbit buku dan majalah

c)

Membuka sekolah swasta

d)

Menaja pelajar ke luar negara

39.

Bagaimanakah kedudukan bahasa Melayu selepas kemerdekaan negara?

a)

Bahasa rasmi

b)

Bahasa pentadbiran

c)

Bahasa lingua franca

d)

Bahasa Ilmu

40.

Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai alat komunikasi rasmi dalam semua urusan kerajaan.

Apakah bukti pengiktirafan tersebut?

a)

Penerbitan semua bahan bercetak

b)

Penggunaan dalam urusan mahkamah

c)

Penulisan di semua papan pengiklanan

d)

Penetapan terhadap semua sektor

41.

Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Memperkukuh perpaduan negara

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

42.

Gagasan berikut ditubuhkan di Malaysia selepas kemerdekaan.

" Gagasan pembentukan Rukun Negara"

Apakah peristiwa yang membawa kepada pembentukan gagasan tersebut?

a)

Rusuhan kaum

b)

Ancaman Komunis

c)

Kemelesetan ekonomi

d)

Konfrontasi Indonesia

43.

Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?

a)

Memupuk sikap berwibawa

b)

Meningkatkan semangat berjuang

c)

Membina masyarakat demokratik

d)

Mencipta masyarakat yang adil

44.

Apakah prinsip Rukun Negara yang ketiga?

a)

Keluhuran perlembagaan

b)

Kerjasama asas perpaduan

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Kesetiaan kepada raja dan negara

45.

Prinsip kelima yang terkandung dalam Rukun Negara ialah Kesopanan dan Kesusilaan.

Apakah kepentingan prinsip tersebut?

a)

Memberi hak kebebasan

b)

Membentuk akhlak mulia

c)

Mengikut perubahan masa

d)

Menjamin keadilan ekonomi

46.

Bagaimanakah masyarakat progresif dapat dibentuk melalui Rukun Negara?

a)

Mengikut kemajuan sains dan teknologi

b)

Mewujudkan persaingan secara positif

c)

Menjamin kebebasan dalam berpolitik

d)

Mengamalkan budaya masing-masing

47.

Prinsip kedua dalam Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Bagaimanakah rakyat Malaysia menghayati prinsip tersebut?

a)

Mengamalkan sikap berakhlak mulia

b)

Penciptaan pelbagai inovasi dan produk

c)

Menghormati simbol kedaulatan negara

d)

Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan

48.

Prinsip kelima yang terkandung dalam Rukun Negara ialah Kesopanan dan Kesusilaan.

Apakah kepentingan prinsip tersebut?

a)

Memberi hak kebebasan

b)

Membentuk akhlak mulia

c)

Mengikut perubahan masa

d)

Menjamin keadilan ekonomi

e)

49.

Apakah kebaikan pengamalan prinsip Rukun Negara terhadap kehidupan?

a)

Memupuk keharmonian negara

b)

Memperkasa semangat kenegerian

c)

Mengukuhkan hubungan diplomatik

d)

Meningkatkan kesejahteraan rakyat

50.

" Ideologi negara dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan "

Apakah ideologi negara kita?

a)

Rukun Negara

b)

Wawasan 2020

c)

Lagu Negaraku

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

51.

Apakah usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan murid pelbagai kaum bagi melibatkan diri dalam sukan yang digemari

a)

Menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) secara dwitahunan

b)

Melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan

c)

Melaksanakan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)

d)

Menubhkan persatuan sukan peringkat kebangsaan dan negeri

52.

Pilih agensi kerajaan yang bertanggungjawab meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan sukan negara pada peringkat antarabangsa.

a)

Kementerian Belia dan Sukan

b)

Majlis Sukan Negara

c)

Majlis Sukan Universiti Malaysia

d)

Majlis Olimpik Malaysia

53.

Slogan "Malaysia Boleh" asalnya untuk kempen Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan _____________ pada tahun 1992 serta penyertaan Malaysia di kejohanan ________ yang diadakan di Sepanyol (1992) serta kejohanan ___________ di Singapura 1993

a)

Piala Thomas dan Uber, Sukan Komanwel, Sukan Olimpiik

b)

Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Uber, Sukan Olimpik

c)

Piala Thomas dan Uber, Sukan Olimpik, Sukan SEA

d)

Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Uber, Sukan Olimpik

54.

Laugan " (a)   " menunjukkan patriotisme rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya ketika menyokong pasukan Malaysia yang bertanding dalam kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa

55.

Pilih 3 sukan antarabangsa yang berjaya dianjurkan oleh Malaysia

a)

Sukan Komanwel

b)

Sukan Olimpik

c)

Sukan Permotoran Formula 1

d)

Piala Thomas

56.

Mengapakah Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUK) dianjurkan secara bergilir-gilir?

a)

Mengelakkan krisis antara pasukan

b)

Menggalakkan integrasi antara negeri

c)

Meningkatkan kecekapan pengurusan

d)

Memudahkan penajaan syarikat swasta

57.

Malaysia telah menganjurkan pelbagai jenis sukan pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Apaakh faktor kejayaan tersebut?

a)

Pengiktirafan oleh agensi PBB

b)

Kesungguhan para sukarelawan

c)

Komitmen baik antara pemimpin

d)

Kemudahan asas yang mencukupi

58.

Apakah keunikan perkembangan sukan di negara kita?

a)

Mendapat pengiktirafan peringkat dunia

b)

Menjadapat tajaan daripada pihak korporat

c)

Melibatkan kerabat diraja sebagai penaung

d)

Memeproleh sokongan rakyat semua kaum

59.

- Sukan SEA

- Hoki Piala Dunia

- Pesta Bola Merdeka

- Sukan komanwel

Apakah rumusan daripada penganjuran pelbagai sukan peringkat antarabangsa tersebut?

a)

Sukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat

b)

Sukan dapat membentuk masyarakat yang berani

c)

Sukan dapat menjana sumber pendapatan negara

d)

Sukan dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum

60.

Pilih pernyataan yang benar tentang Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

a)

Ditibuhkan bertujuan mengadakan pertandingan sukan dalam kalangan penuntut dan staf universiti tempatan

b)

Ditubuhkan untuk menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional

c)

Medan untuk atlet menunjukkan kebolehan dalam sukan

d)

Diadakan secara dwitahunan