wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FONETIK

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Fonetik ialah Mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh ___________________ dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.

a)

alat-alat pertuturan manusia

b)

alat-alat pernafasan manusia

c)

alat-alat pendengaran manusia

d)

alat-alat penglihatan manusia

2.

Fonetik terbahagi kepada 3, kecuali

a)

Artikulasi

b)

Artitori

c)

Auditori

d)

Akustik

3.

Cara bunyi-bunyi dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.

a)

Artikolasi

b)

Auditori

c)

Artikulasi

d)

Akustik

4.

Pendengaran dan membuat deskripsi tentang bunyi-bunyi bahasa

a)

Audisi

b)

Audituri

c)

Audien

d)

Auditori

5.

Sifat-sifat fizikal bunyi yang dihasilkan dan meletakkannya dalam kategori

a)

Aukustik

b)

Aokustik

c)

Akustik

d)

Okustik

6.

Bunyi-bunyi yg dipenggalkan menjadi unit-unit terkecil dan turut dikenali sebagai bunyi penggalan.

a)

Abjad

b)

Fon

c)

Huruf

d)

Kon

7.

Simbol fon ialah:

a)

[ ]

b)

{ }

c)

( )

d)

< >

8.

#Lambang yg diberikan kepada fonem-fonem yg terdapat dalam sesuatu bahasa.

#Lambang-lambang ini menghasilkan bhs dlm btk tulisan. Ini merujuk kepada konsep?

a)

Alofon

b)

Fonem

c)

Fon

d)

Huruf

9.

Yang manakan benar tentang alat artikulasi.

a)

Bersifat statik kerana tidak boleh bergerak

b)

Bahagian yg disentuh oleh alat artikulasi

c)

Alat yg menyentuh daerah artikulasi

d)

lelangit keras, lelangit lembut.

10.

Yang manakah daerah artikulasi atau titik artikulasi, kecuali:

a)

lelangit keras

b)

gigi

c)

bibir

d)

lidah

11.

Alat pertuturan pasif ialah alat pertuturan yang boleh bergerak dan bersifat tidak statik manakala alat pertuturan aktif ialah alat pertuturan yang tidak boleh bergerak dan bersifat statik.

a)

Benar

b)

Salah

12.

Bunyi yg dihasilkan dengan udara keluar dari paru-paru ke ronga tekak dan terus ke rongga mulut tanpa berlakuknya sebarang sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi.

a)

Diftong

b)

Vokal

c)

Digraf

d)

Konsonan

13.

Ciri-ciri vokal, kecuali:

a)

Semua vokal merupakan bunyi bersuara kerana semasa penghasilannya, pita suara bergetar.

b)

Semua vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan.

c)

Penyukuan kata berasaskan kehadiran vokal.

d)

Bunyi vokal dalam bahasa Melayu ialah 5

14.

Penghasilan bunyi vokal ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, kecuali

a)

Keadaan bibir, sama ada dibundarkan atau dihamparkan

b)

Kedudukan lidah, sama ada dinaikkan atau diturunkan.

c)

Keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan atau diturunkan bagi menutup atau membuka ruang udara ke rongga hidung.

d)

Pita suara dalam keadaaan sedikit renggang yang tidak akan menghasilkan getaran.

15.

Depan lidah dinaikan paling tinggi ke arah lelangit keras, tetapi tidak menyentuhnya.

Hujung lidah didekatkn pada gusi.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Apakah vokal tersebut?

a)

Vokal Depan Tinggi

b)

Vokal Depan Separuh Tinggi

c)

Vokal Depan Separuh Rendah

d)

Vokal Depan Rendah

16.

Depan lidah dinaikan tinggi ke arah lelangit keras, tetapi tidak setinggi spt membunyikan /i/.

Hujung lidah didekatkn pada gusi, tetapi lebih rendah.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Apakah vokal tersebut?

a)

Vokal Depan Setengah Tinggi

b)

Vokal Depan Separuh Tinggi

c)

Vokal Depan Hampir Tinggi

d)

Vokal Depan Tinggi

17.

Depan lidah  berada pada kedudukan separuh rendah, tetapi tidak serendah spt membunyikan /a/

Hujung lidah didekatkn pada gusi, tetapi lebih rendah.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Apakah vokal tersebut?

a)

Vokal depan separuh tinggi

b)

Vokal depan setengah rendah

c)

Vokal depan separuh rendah

d)

Vokal Belakang Separuh rendah

18.

Depan lidah  berada pada kedudukan rendah.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Bibir berada dalam keadaan hampar dan mulut terbuka luas. Apakah vokal tersebut?

a)

Vokal Belakang Rendah

b)

Vokal Depan Terluas

c)

Vokal Depan Terendah

d)

Vokal Depan Rendah

19.

Bahagian tengah lidah berada pada kedudukan tengah rongga mulut.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Bibir berada dalam keadaan apa?

a)

Bundar

b)

Neutral

c)

Hampar

d)

Leper

20.

Bahagian belakang lidah dinaikan paling tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Hujung lidah diundur ke belakang gigi bawah.

Bibir berada dalam keadaan bundar. Apakah vokal tersebut?

a)

Vokal Belakang Tinggi Sekali

b)

Vokal Belakang Tertinggi

c)

Vokal Belakang Tinggi

d)

Vokal Belakang Separuh Tinggi

21.

Bahagian belakang lidah dinaikan  tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak spt menghasilkan /u/.

Lelangit lembut dinaikan unutk menutup rongga hidung.

Hujung lidah diundur ke belakang gigi bawah.

Yang manakah perkataan menepati pernyataan di atas?

a)

Bundar

b)

Bulu

c)

Bulat

d)

Bola

22.

Depan lidah dinaikan paling tinggi ke arah lelangit keras, tetapi tidak menyentuhnya.

Hujung lidah didekatkn pada gusi.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Bibir berada dalam keadaan hampar.

Yang manakah perkataan berdasarkan pernyataan di atas?

a)

Bilik

b)

Balak

c)

Burung

d)

Merah

23.

Depan lidah dinaikan tinggi ke arah lelangit keras, tetapi tidak setinggi spt membunyikan /i/.

Hujung lidah didekatkn pada gusi, tetapi lebih rendah.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Yang manakah perkataan menepati pernyataan di atas? Kecuali..

a)

Mewah

b)

Merah

c)

Merak

d)

Mereka

24.

Bahagian tengah lidah berada pada kedudukan tengah rongga mulut.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Yang manakah perkataan yang menepati pernyataan di atas?

a)

Tembak

b)

Tembok

c)

Tempoh

d)

Tempuh

25.

Bahagian belakang lidah dinaikan paling tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Hujung lidah diundur ke belakang gigi bawah

Apakah perkataan yang menepati pernyataan di atas?

a)

Boleh

b)

Bola

c)

Belon

d)

Buluh

26.

Konsonan yangterhasil apabila alat sebutan dirapatkan pada mana-mana daerah sebutan.

Arus udara dari paru-paru yg melalui rongga mulut akan tersekat dan kemudiannya dilepaskan serta-merta.

Apakah jenis konsonan tersebut?

a)

Konsonan Letusan

b)

Konsonan Letupan

c)

Konsonan Lenturan

d)

Konsonan Lepasan

27.

Kedua-dua bibir dirapatkan utk menyekat laluan udara.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung. Udara dilepaskan serta-merta.

Pita suara bergetar.

Perkataan yang manakah menepati pernyataan di atas?

a)

pulut

b)

balut

c)

mulut

d)

patut

28.

Kedua-dua bibir dirapatkan utk menyekat laluan udara.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung. Udara dilepaskan serta-merta.

Pita suara tidak bergetar.

Perkataan yang manakah menepati pernyataan di atas?

a)

putus

b)

barus

c)

mulus

d)

tutur

29.

Hujung lidah dinaikan pada gusi sebelah atas untuk menyekat laluan udara.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta. Pita suara bergetar.

Apakah perkataan menepati pernyataan di atas?

a)

Lalat

b)

Nasi

c)

Talam

d)

Dalam

30.

Hujung lidah dinaikan pada gusi sebelah atas untuk menyekat laluan udara.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta. Pita suara tidak bergetar.

Apakah perkataan menepati pernyataan di atas?

a)

Lalang

b)

Nahas

c)

Telur

d)

Demam

31.

Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menyekat laluan udara.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta. Pita suara tidak bergetar.

Yang manakah perkataan mengandungi konsonan yang terhasil dengan cara di atas?

a)

Cara

b)

Kota

c)

Pasu

d)

Garu

32.

Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menyekat laluan udara.

Lelangit lembut dinaikan utk menutup rongga hidung.

Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta. Pita suara bergetar.

Yang manakah perkataan mengandungi konsonan yang terhasil dengan cara di atas?

a)

Makam

b)

Ketam

c)

Peram

d)

Garam

33.

Yang berikut benar tentang cara penghasilan konsonan /c/, kecuali:

a)

Depan lidah dirapatkan pada lelangit keras untuk menyekat laluan udara.

b)

Lelangit lembut dinaikan untuk menutup rongga hidung.

c)

Sekatan udara dilepaskan dengan perlahan-lahan.

d)

Pita suara bergetar

34.

Yang manakan benar tentang cara penghasilan konsonan /s/, kecuali:

a)

Tengah lidah didekatkan pada lelangit keras untuk menyekat laluan udara.

b)

Hujung lidah didekatkan pada gusi untuk menyekat laluan udara.

c)

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

d)

Udara keluar melalui rongga mulut mengalami geseran disebabkan sempitan pada bahagian gusi.

35.

Pita suara dalam keadaan terbuka. Udara keluar dari paru-paru dgn bebas melalui glotis yg terbuka. 

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

Berlaku geseran pada udara yg keluar melalui pita suara.

Pita suara tidak bergetar.

Konsonan apakah yang dimaksudkan?

a)

[s]

b)

[h]

c)

[k]

d)

[r]

36.

•Hujung lidah dirapatkan pada gusi utk menyekat laluan udara.

•Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gusi.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

Pita suara bergetar.

Konsonan di atas terdapat dalam perkataan:

a)

talam

b)

nanas

c)

keras

d)

dalam

37.

•Hujung lidah dinaikan pada gusi untuk menyekat laluan udara.

•Udara yang keluar melalui kedua-dua sisi/tepi lidah.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

Pita suara bergetar.

Konsonan tersebut terkandung dalam perkataan:

a)

Talam

b)

Nasi

c)

Getar

d)

Mandi

38.

•Kedua-dua bibir dirapatkan bagi menyekat udara.

•Lelangit lembut diturunkan untuk membuka ruang udara ke rongga hidung.

•Pita suara bergetar.

Konsonan tersebut ialah:

a)

[m]

b)

[p]

c)

[b]

d)

[f]

39.

•Hujung lidah dirapatkan pada gusi bagi menyekat udara.

•Lelangit lembut diturunkan untuk membuka ruang udara ke rongga hidung.

•Pita suara bergetar

Konsonan berikut ialah:

a)

[l]

b)

[d]

c)

[t]

d)

[n]

40.

•Depan lidah dirapatkan pada lelangit keras bagi menyekat laluan udara.

•Lelangit lembut diturunkan untuk membuka ruang udara ke rongga hidung.

•Pita suara bergetar

Konsonan tersebut terdapat dalam perkataan:

a)

nangis

b)

nyonya

c)

malam

d)

nilam

41.

Percantuman dua bunyi vokal yg dihasilkan dengan satu hembusan nafas.

Konsep tersebut merujuk kepada:

a)

konsonan rangkap

b)

vokal rangkap

c)

diftong

d)

digraf

42.

Diftong ialah satu suku kata dan mempunyai satu puncak ______________ kerana berlaku _________________ dari satu vokal yg mendahului ke vokal yg mengikutinya.

a)

geluncuran, pertukaran

b)

kelantangan, geluncuran

c)

kepanjangan, gelongsoran

d)

gelongsoran, perubahan

43.

Berikut merupakan diftong kecuali:

a)

[aw]

b)

[oj]

c)

[aj]

d)

[io]

44.

Depan lidah pada pada mulanya diletakkan pada keadaan semasa menghasilkan vokal depan rendah. Kemudian kedudukan lidah digeluncurkan ke arah penghasilan vokal depan tinggi tetapi tidak setinggi menghasilkan vokal depan tinggi.

Perkataan manakah mengandungi diftong tersebut?

a)

haiwan

b)

halau

c)

amoi

d)

air

45.

Depan lidah pada pada mulanya diletakkan pada keadaan semasa menghasilkan vokal depan rendah. Kemudian kedudukan lidah digeluncurkan ke arah penghasilan vokal belakang tinggi tetapi tidak setinggi menghasilkan vokal belakang tinggi.

a)

kaloi

b)

aurat

c)

pandai

d)

aur

46.

Vokal rangkap ialah urutan _______________ yang mempunyai dua puncak kelantangan serta terpisah dalam dua suku kata berbeza.

a)

tiga vokal penuh

b)

satu vokal penuh

c)

dua vokal penuh

d)

dua diftong

47.

Nasalisasi terhasil apabila udara yg keluar bukan sahaja melalui rongga mulut, tetapi juga melalui rongga hidung. Yang manakan perkataan yang mengandungi artikulasi sertaan nasalisasi?

a)

ambil

b)

angkat

c)

nangka

d)

anda

48.

Palatalisasi terhasil apabila depan lidah dinaikkan hingga menghampiri lelangit keras semasa penghasilan sesuatu vokal. Yang manakah perkataan yang mengandungi artikulasi sertaan patalalisasi?

a)

biawak

b)

baik

c)

manfaat

d)

kuat

49.

Labialisasi ialah berlaku disebabkan wujudnya pembundaran bibir sewaktu penghasilan bunyi vokal yang berturutan. Yang manakah perkataan mengalami labialisasi?

a)

laut

b)

buih

c)

kaut

d)

taut

50.

Pengglotisan bermakna adanya bunyi hentian glotis [Ɂ] mendampingi vokal sama ada sebelum atau selepas vokal. Yang manakah perkataan mengandungi pengglotisan?

a)

Bank

b)

faedah

c)

ketahuan

d)

siang