Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN SENI REKA GRAFIK (ILUSTRASI)

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Ilustrasi?

a)

Tulisan hiasan untuk komunikasi

b)

Penghasilan imej bagi tujuan dekorasi, interpretasi dan komunikasi visual kepada teks

c)

Proses menghasilkan seni bina moden

d)

Warna yang digunakan dalam reka bentuk

2.

Apakah fungsi utama Ilustrasi Dekoratif?

a)

Menunjukkan maklumat saintifik secara tepat

b)

Menghiasi objek dengan reka bentuk yang disederhanakan atau dilebihkan gaya tertentu

c)

Menghasilkan lakaran untuk tujuan perubatan

d)

Menyampaikan mesej iklan kepada masyarakat

3.

Seorang pelajar menghasilkan ilustrasi menggunakan pensel warna dan cat air, manakala seorang lagi menggunakan aplikasi Procreate di iPad. Berdasarkan contoh tersebut, apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang teknik penghasilan ilustrasi?

a)

Kedua-duanya menggunakan teknik moden

b)

Pelajar pertama menggunakan teknik moden, manakala pelajar kedua menggunakan teknik tradisional

c)

Kedua-duanya menggunakan teknik tradisional

d)

Pelajar pertama menggunakan teknik tradisional, manakala pelajar kedua menggunakan teknik moden

4.

Seorang pelajar diminta menghasilkan ilustrasi yang menonjolkan kesan tekstur dan tona warna menggunakan cat air dengan sapuan berus basah. Apakah teknik tradisional lain yang boleh dipilih jika pelajar tersebut ingin menghasilkan kesan ulang corak pada permukaan?

a)

Potongan kayu dan garisan besi – cetakan

b)

Garisan selari – pen marker

c)

Air brush

d)

Tampal dan kolaj kertas

5.

Antara berikut, yang manakah ciri utama ilustrasi industri dan teknikal?

a)

Mengutamakan ekspresi perasaan pelukis

b)

Berasaskan imaginasi tanpa rujukan sebenar

c)

Menekankan garisan, geometri, skala dan nisbah tepat

d)

Mengutamakan corak hiasan yang berulang

6.

Apakah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh seorang ilustrator untuk menghasilkan karya yang berkesan?

a)

Menghasilkan karya berdasarkan imaginasi semata-mata

b)

Membuat lukisan tanpa rujukan mesej

c)

Kebolehan menghafal definisi ilustrasi

d)

Menguasai medium dan teknik ilustrasi

7.

Antara medium di bawah, yang manakah bukan tergolong dalam kategori medium basah dalam penghasilan ilustrasi?

a)

Gouache

b)

Cat air

c)

Pensil warna

d)

Akrilik

8.

Mengapakah ilustrasi sains dan perubatan sering dihasilkan dalam bentuk realistik dan terperinci?

a)

Untuk membantu kefahaman dan pendidikan berkaitan struktur tubuh manusia

b)

Bagi menggantikan teknologi perubatan moden seperti imbasan MRI dan X-ray

c)

Supaya ilustrasi kelihatan lebih menarik dari segi estetik

d)

Untuk menonjolkan kreativiti ilustrator dalam menggubah bentuk organ

9.

Dalam proses penjanaan idea bergambar, lakaran manakah yang digunakan untuk menunjukkan rupa dan bentuk dengan lebih jelas selepas peringkat thumbnail?

a)

Comprehensive

b)

Final draft

c)

Rough

d)

Rendering

10.

Mengapakah ilustrasi fesyen dianggap penting dalam bidang reka bentuk pakaian?

a)

Kerana ia boleh dijadikan hiasan semata-mata dalam majalah fesyen

b)

Sebagai rujukan untuk mengenal pasti trend pakaian popular sejak tahun 1920-an

c)

Untuk memberi gambaran awal kepada pereka fesyen sebelum menghasilkan rekaan sebenar

d)

Supaya pereka dapat menyalin terus ilustrasi tersebut tanpa perlu mereka bentuk pakaian baharu

11.

Apakah ciri utama yang membezakan ilustrasi komik dan animasi berbanding ilustrasi lain?

a)

Menggunakan panel berturutan untuk menyampaikan penceritaan

b)

Menggunakan teknik lakaran digital sepenuhnya

c)

Menggunakan warna yang terang dan menarik

d)

Menggambarkan watak manusia sahaja

12.

Antara pernyataan berikut, yang manakah paling tepat merumuskan peranan ilustrasi dalam pelbagai bidang?

a)

Ilustrasi hanya digunakan untuk hiasan semata-mata tanpa nilai lain

b)

Ilustrasi berfungsi sebagai alat komunikasi visual, pendidikan, perancangan reka bentuk dan hiburan

c)

Ilustrasi hanya penting dalam bidang seni halus dan tidak digunakan dalam bidang lain

d)

Ilustrasi dihasilkan sekadar memenuhi kreativiti ilustrator tanpa tujuan tertentu