wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHAGIAN B: KEMAHIRAN PENGAKAP

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Dalam kedudukan barisan sebegini, anda ingin menghadapkan barisan ke belakang. Apakah arahan yang akan anda berikan?

a)

“Bergerak ke belakang, ke kiri... pusing!”

b)

“Menghadap ke belakang, ke kiri... pusing!”

c)

“Bergerak ke belakang, ke belakang... pusing!”

d)

“Menghadap ke belakang, ke belakang pusing!”

2.

Dalam kedudukan barisan sebegini, anda ingin barisan maju ke hadapan. Apakah arahan yang akan anda berikan?

a)

“Dari kiri, cepat jalan!”

b)

“Dari kanan, cepat jalan!”

c)

“Dari tengah, cepat jalan!”

d)

“Dari hadapan, cepat jalan!”

3.

Dalam Kawad Tongkat, kedudukan tangan kiri semasa arahan “Rehatkan Diri” adalah ...

a)

Di bahagian belakang badan

b)

Di bahagian pinggang

c)

Di bahagian sisi badan

d)

Di bahagian hadapan badan

4.

Apabila bendera-bendera dibawa dalam satu barisan melintang, bendera Malaysia perlu berada pada kedudukan ...

a)

Hadapan barisan

b)

Tengah-tengah barisan

c)

Paling kiri barisan

d)

Paling kanan barisan

5.

Setelah menebang batang pokok untuk kegunaan menghidupkan api, anda perlu membawa batang-batang kayu yang telah ditebang ke tapak perkhemahan. Apakah simpulan/ikatan yang akan anda gunakan?

a)

Lilit Balak (Timber Hitch)

b)

Simpul Separuh (Half Hitch)

c)

Simpul Abah-abah (Manharness Knot)

d)

Semua ikatan di sebelah

6.

Dalam satu pengembaraan, Patrol anda terserempak dengan sebatang sungai yang perlu anda harungi untuk sampai ke destinasi. Anda mempunyai seutas tali yang panjang dan mengambil keputusan untuk mengikat tali tersebut melintas sungai. Setelah semua ahli Patrol anda melepasi sungai tersebut, anda perlu dapatkan kembali tali panjang yang diikat pada pokok. Apakah simpulan/ikatan yang akan anda gunakan untuk tujuan ini?

a)

Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches)

b)

Takal Tali (Trucker’s Hitch)

c)

Belit Lucut (Highwayman’s Hitch)

d)

Lilit Taut-line (Taut-line Hitch)

7.

Apakah simpulan yang digunakan untuk mengikat tali pada takal bercangkuk?

a)

Sambat Mata

b)

Simpul Berkas Tingkat

c)

Simpul Tapak Kucing

d)

Lilit Dua Simpul

8.

Jenis pancang yang sesuai digunakan di kawasan berpasir adalah ...

a)

Pancang Sistem 3-2-1

b)

Pancang Log & Picket

c)

Pancang Deadman

d)

Pancang Pokok

9.

Berapakah daya yang diperlukan untuk mengangkat beban seberat 100N menggunakan sistem takal double tackle seperti di dalam gambarajah di sebelah?

a)

25N

b)

50N

c)

75N

d)

100N

10.

Apakah ikatan yang digunakan untuk mengikat bahagian yang dibulatkan dalam gambarajah di sebelah dalam pembinaan trestle?

a)

Ikatan Seraya

b)

Ikatan Serong

c)

Ikatan Silang Gunting

d)

Ikatan Filipina

11.

Dalam pembinaan Jambatan Monyet, apakah ikatan yang digunakan untuk silang pada penyokong jambatan seperti yang dibulatkan dalam gambarajah di sebelah?

a)

Ikatan Seraya

b)

Ikatan Serong

c)

Ikatan Silang Gunting

d)

Ikatan Filipina

12.

Kaedah yang digunakan untuk menentukan kedudukan anda seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah dinamakan ...

a)

Back-bearing

b)

Cross-bearing

c)

Multiple-bearing

d)

Orienteering

13.

Berdasarkan gambarajah di sebelah, garisan kontur pada titik ‘X’ menunjukkan ...

a)

Cerun Curam

b)

Cerun Landai

c)

Tebing Tinggi

d)

Persisiran pantai

14.

Berikut adalah arah mata angin KECUALI

a)

Utara Timur Laut

b)

Barat Barat Daya

c)

Selatan Barat Laut

d)

Timur Tenggara

15.

Apa nama jerat yang ditunjukkan dalam gambarajah di sebelah?

a)

Jerat Paiute Deadfall

b)

Jerat Spring

c)

Jerat Batu

d)

Jerat Angka-4

16.

Jerat yang ditunjukkan dalam gambarajah di sebelah digunakan untuk menangkap jenis haiwan yang mana?

a)

Burung

b)

Arnab

c)

Tupai

d)

Monyet

17.

Berikut adalah tempat-tempat yang anda boleh bina jerat anda KECUALI

a)

Sarang haiwan terbiar

b)

Tengah-tengah sungai

c)

Tempat yang ada najis haiwan

d)

Tempat yang ada sisa tumbuhan dimakan

18.

Merujuk kepada gambarajah di atas, jenis burung yang meninggalkan tapak sebegini adalah

a)

Melompat-lompat (Hoppers) – cth: Burung pipit

b)

Berjalan-jalan (Walkers) – cth: Burung merak

c)

Pengharung air (Waders) – cth: Burung jenjang

d)

Perenang (Swimmers) – cth: Burung angsa

19.

Merujuk kepada gambar di atas, apakah jenis tapak kaki haiwan yang kelihatan?

a)

Lembu

b)

Kambing

c)

Kuda

d)

Kerbau

20.

Merujuk kepada gambarajah di sebelah, sekiranya jarak DE adalah 30 langkah, apakah lebar sungai?

a)

10 langkah

b)

30 langkah

c)

60 langkah

d)

90 langkah

21.

Apabila anda mula-mula sampai di tempat kemalangan, apakah yang harus anda lakukan untuk menentukan jenis kecederaan di tempat kemalangan?

a)

Cerita, sejarah, tanda dan alamat

b)

Jenis kemalangan, kenderaan dan mangsa

c)

Bilangan cedera dan kematian

d)

Jumlah orang ramai, jumlah kenderaan dan jumlah kematian

22.

Kadar pernafasan biasa untuk orang dewasa dalam satu minit ialah ...

a)

12 – 18 kali seminit

b)

15 – 21 kali seminit

c)

20 – 30 kali seminit

d)

60 – 80 kali seminit

23.

Terdapat berapa liter darah di dalam tubuh badan orang dewasa?

a)

4 – 5 liter

b)

8 – 10 liter

c)

10 – 12 liter

d)

12 – 14 liter

24.

Apakah akibat daripada kesalahan kaedah teknik CPR?

a)

Kecederaan pada paru-paru

b)

Laserasi hati

c)

Patah tulang rusuk dan sternum

d)

Semua sekali

25.

Dalam hembusan nafas CPR, yang mana satu boleh menghalang pemberian nafas yang cukup kepada mangsa?

a)

Banyak angin dalam perut

b)

Kurang dongakan kepala

c)

Kurang tekap mulut atas mulut

d)

Semua sekali

26.

Tanda-tanda renjatan adalah seperti berikut KECUALI

a)

Nadi perlahan

b)

Pucat

c)

Peluh sejuk

d)

Berasa dahaga

27.

Apabila anda berseorangan dengan mangsa yang tidak bernafas, tidak bernadi dan tidak boleh mendapatkan apa-apa bantuan, anda seterusnya...

a)

Mencari orang yang boleh membantu

b)

Memberi CPR

c)

Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan

d)

Jangan buat apa-apa

28.

Seorang dewasa berada dalam keadaan renjatan. Anda perlu …

a)

Mengerak-gerakkan mangsa untuk pengaliran darah

b)

Mengurut kaki dan tangannya

c)

Membaringkan mangsa dan tinggikan kakinya

d)

Mengerak-gerakkan mangsa untuk menentukan tahap kesedaran dan perhatikan pada pernafasan dan nadi

29.

Seorang pekerja binaan terjatuh dari tingkat 5 bangunan yang sedang dibina. Beliau tidak sedar diri. Disyaki patah tulang belakang. Semasa pemeriksaan, didapati beliau tidak bernafas dan ada nadi. Anda seterusnya …

a)

Letakkan mangsa dalam posisi pemulihan

b)

Beri hembusan pernafasan cemas sahaja

c)

Memasang kolar leher

d)

Menguruskan pemindahan ke hospital

30.

Sebab-sebab renjatan ialah KECUALI

a)

Tumpahan darah yang banyak

b)

Kecederaan pada paru-paru

c)

Kesakitan yang amat sangat

d)

Muntah-muntah

31.

Bagi mengurangkan kesan panas kebakaran, apakah rawatan yang perlu anda berikan?

a)

Gunakan atau alirkan air sejuk yang banyak

b)

Gunakan atau sapukan ubat gigi yang berjenama

c)

Gunakan atau sapukan telur yang mentah (putih telur)

d)

Gunakan atau sapukan krim Burnol

32.

Tahap luka terbakar yang paling tidak menyakitkan adalah ...

a)

Tahap Pertama

b)

Tahap Kedua

c)

Tahap Ketiga

d)

Tahap Keempat

33.

Bagaimana cara anda merawat pendarahan di hidung?

a)

Tutup hidung dengan kain tisu

b)

Picitkan bahagian lembut hidung & galakkan bernafas melalui mulut

c)

Picitkan bahagian lembut hidung & donggakan kepala ke atas

d)

Picit hidungnya dan gunakan demahan panas

34.

Apakah yang anda harus lakukan pada anggota yang terputus?

a)

Letakkan ke dalam beg ais

b)

Ambil dan bungkus dalam kain yang bersih

c)

Ambil dan simpan dengan cermat

d)

Balut dan letakkan ke dalam beg plastik yang mengandungi ketulan ais

35.

Jika anda melihat seseorang yang terkena arus elektrik bervoltan rendah (rumah), apakah yang anda mesti lakukan?

a)

Memberi rawatan segera

b)

Pastikan mangsa sedar

c)

Memutuskan arus elektrik dari sentuhan mangsa

d)

Mematikan suis elektrik dengan segera

36.

Rawatan R.I.C.E. boleh digunakan untuk rawatan berikut KECUALI

a)

Terseliuh

b)

Lebam

c)

Pendarahan dalaman

d)

Kekejangan

37.

Seorang mangsa kemalangan jalan raya mengalami patah tulang tibia kiri. Apakah tindakan PERTAMA anda untuk merawat mangsa?

a)

Memasang tuap pada bahagian yang patah

b)

Tidak menggerakkan mangsa

c)

Suruh mangsa berehat dan tidak bergerak-gerak

d)

Meluruskan bahagian yang patah

38.

Dalam usaha memberi rawatan kepada mangsa kemalangan, anda perlu menjaga keselamatan diri sendiri daripada sebarang kecederaan atau jangkitan. Apakah yang perlu anda lakukan?

a)

Menyentuh luka pesakit dengan tangan

b)

Membasuh tangan dan memakai sarung tangan getah

c)

Membasuh luka pesakit sebelum menyentuhnya

d)

Menyapukan ubat antiseptik pada luka

39.

Selepas membuat pembebat kepada mangsa, apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan peredaran darah berjalan lancar?

a)

Memberi keyakinan kepada mangsa

b)

Mencubit pipinya

c)

Memicit jari mangsa

d)

Merasa nadi karotidnya

40.

Semasa membawa mangsa di atas pengusung / stretcher, ...

a)

Mangsa perlu dibalut dengan selimut dan diikatkan pada pengusung

b)

Kepala mangsa perlu mendahului pergerakan

c)

Pengusung diperiksa dahulu sebelum digunakan

d)

Semua sekali