wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BULI TAHAP 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Ali selalu diejek oleh rakan sekelasnya kerana memakai cermin mata. Setiap hari dia rasa sedih. Apakah jenis buli yang dialami oleh Ali?

a)

Buli fizikal

b)

Buli lisan

c)

Buli siber

d)

Buli sosial

2.

Sekiranya kamu melihat seorang kawan dirampas barangnya secara paksa oleh murid lain di sekolah, apakah tindakan yang paling tepat yang perlu kamu lakukan?

a)

Gelakkan mangsa

b)

Menyokong kawan dan laporkan kepada guru

c)

Ikut sama ambil barang itu

d)

Membiarkan sahaja

3.

Seorang murid menerima mesej ejekan dan hinaan melalui telefon bimbit daripada rakan sekelasnya. Situasi ini merupakan contoh…

a)

Buli fizikal

b)

Buli siber

c)

Buli lisan

d)

Buli emosi

4.

Siti sering menolak kawannya dengan kasar ketika beratur di kantin sekolah. Perbuatan Siti ini boleh dikategorikan sebagai…

a)

Main gurau biasa

b)

Buli siber

c)

Buli fizikal

d)

Perbuatan yang baik

5.

Ahmad sering tidak mahu datang ke sekolah kerana takut dibuli. Apakah kesan buli kepada mangsa?

a)

Mangsa menjadi lebih rajin

b)

Mangsa hilang keyakinan diri

c)

Mangsa berasa gembira

d)

Mangsa semakin bersemangat

6.

Buli boleh berlaku di mana-mana termasuk di sekolah. Sebagai murid, apakah cara paling sesuai yang boleh dilakukan untuk menghentikan buli di sekolah?

a)

Menyokong pembuli

b)

Membalas dengan cara kasar

c)

Melaporkan kepada guru atau kaunselor

d)

Berdiam diri sahaja

7.

Buli sosial berlaku apabila seseorang diasingkan atau dipulaukan daripada kumpulan. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh perbuatan buli sosial?

a)

Mengejek rupa kawan

b)

Menolak kawan hingga jatuh

c)

Tidak membenarkan kawan masuk dalam kumpulan

d)

Menghantar mesej kasar di WhatsApp

8.

Jika kamu tersilap menolak kawan dan dia marah, apa patut kamu buat?

a)

Menyalahkan orang lain

b)

Ketawakan dia

c)

Meminta maaf dengan ikhlas

d)

Biarkan sahaja

9.

Sebagai murid di sekolah, kita perlu saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain. Pada pendapat kamu, bagaimana cara untuk menjadi seorang rakan yang baik?

a)

Menolong dan menyokong kawan

b)

Mengejek dan mengata kawan

c)

Membuli supaya orang hormat

d)

Menyebarkan cerita buruk tentang kawan

10.

Jika seorang murid selalu dibuli, apa kesan jangka panjang kepada dirinya?

a)

Rasa dihargai

b)

Lebih yakin diri

c)

Trauma dan takut bergaul

d)

Gembira dan ceria

11.

Peribahasa ‘Buli tidak akan berhenti jika semua orang berdiam diri’ membawa maksud tertentu. Apakah maksud sebenar ayat ini?

a)

Semua orang suka buli

b)

Kita mesti berani menegur atau lapor

c)

Buli bukan perkara serius

d)

Buli perkara biasa

12.

Jika kamu membuli orang lain sama ada dengan kata-kata, tindakan atau melalui media sosial, apakah kesan yang mungkin berlaku kepada diri kamu?

a)

Semua orang kagum

b)

Kamu jadi lebih dihormati

c)

Guru dan rakan akan hilang kepercayaan

d)

Ramai kawan suka

13.

Apabila kita melihat rakan dibuli sama ada di dalam atau luar kelas, apakah tanggungjawab kita sebagai murid terhadap mangsa buli tersebut?

a)

Menyokong dan membantu

b)

Mengabaikan sahaja

c)

Menyalahkan mangsa

d)

Menyokong pembuli

14.

Seorang murid memuat naik dan menyebarkan gambar buruk kawannya di media sosial dengan tujuan mempermalukan kawannya. Perbuatan ini dikenali sebagai…

a)

Buli sosial

b)

Buli siber

c)

Buli lisan

d)

Buli fizikal

15.

Kempen ‘Anti-Buli’ dijalankan di sekolah untuk memberi kesedaran kepada murid. Apakah mesej utama yang ingin disampaikan melalui kempen ini?

a)

Buli menjadikan kita kuat

b)

Buli itu menyeronokkan

c)

Buli boleh merosakkan kehidupan mangsa

d)

Buli hanya gurauan biasa