Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

visi, misi dan objektif perniagaan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud visi perniagaan?

a)

Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

2.

Pernyataan manakah yang benar tentang objektif perniagaan?

a)

Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja.

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi

d)

Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan objektif utama organisasi bukan bermotifkan untung(OBBU)?

a)

Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli dalam organisasi

b)

Menjual barang keperluan kepada orang kurang berkemampuan

c)

Mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk membiayai perbelanjaan operasi harian

d)

Berusaha untuk mendapatkan derma, hadiah, atau sumbangan demi menambah dana organisasi

4.

Pernytaan manakah yang merupakan kepentingan penetapan objektif?

a)

membantu perniagaan membuat perancangan

b)

menjelaskan tujuan penubuhan organisasi perniagaan

c)

Menjadi sasaran yang membantu pencapaian tujuan organisasi

d)

Memastikan hala tuju perniagaan berada dilandasan yang tepat

5.

Butiran manakah yang diklafisifikasikan sebagai kos tetap?

a)

Insurans kilang

b)

Belanja alat-alat kecil

c)

Upah pekerja produktif

d)

Kos belian bahan mentah

6.

Pernyataan manakah yang merupakan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif?

a)

Gagal dalam persaingan

b)

Kualiti produk terjejas

c)

Produktiviti pekerja menurun

d)

Pengeluaran produk berkurang

7.

Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi,misi, dan objektif perniagaan?

a)

Demografi

b)

Kewangan

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

8.

Antara yang berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menilai pencapaian visi, misi, dan objektif perniagaan?

I Syer pasaran

II Daya ketahanan

III Khidmat pelanggan

IV Penyediaan perkhidmatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Antara yang berikut,yang manakah merupakan strategi promosi jualan yang biasa digunakan oleh sesebuah organisasi perniagaan?

I Sampel percuma

II mengadakan peraduan

III Beli satu, percuma satu

IV Jualan pada harga yang lebih tinggi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud analisis SWOT?

a)

Menilai peluang dan ancaman sesebuah perniagaan

b)

Menilai kekuatan dan kelemahan sesebuah perniagaan

c)

Menilai faktor dalaman dan faktor luaran yang akan dihadapi oleh sesebuah peniagaan

d)

Mengenalpasti faktor dalaman dan faktor luaran yang akan dihadapi oleh sesebuah perniagaan

11.

Manakah yang boleh dijadikan pernyataan visi Syarikat Daisy Sdn. Bhd?

a)

Menerbitkan buku ilmiah dan buku bukan ilmiah

b)

Memenuhi permintaan semua lapisan masyarakat

c)

Membentuk masyarakat Malaysia yang berpengetahuan luas

d)

Berusha berterusan untuk menjadi penerbit buku terulung dalam negara

12.

Dengan badan manakah Syarikat Daisy Sdn. Bhd didaftarkan

a)

Jabatan Pendaftaran Koperasi

b)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

c)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Belia

d)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

13.

Pernyataan manakah yang BENAR tentang Organisasi Bermotigkan Untung (0BU)

a)

OBU terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela

b)

OBU menyediakan barang dan perkhidmatan percuma

c)

OBU bermatlamat memaksimumkan keuntungan pemegang saham

d)

OBU didaftarkan dengan Jabatan Pedaftaran Pertubuhan Malaysia

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan objektif utama organisasi bukan bermotifkan untung(OBBU)?

a)

Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli dalam organisasi

b)

Menjual barang keperluan kepada orang kurang berkemampuan

c)

Mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk membiayai perbelanjaan operasi harian

d)

Berusaha untuk mendapatkan derma, hadiah, atau sumbangan demi menambah dana organisasi

15.

Manakah yang merupakan organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

Persatuan Badminton Malaysia

b)

Koperasi Nelayan Kg Beserah

c)

Persatuan Kadet Polis SMK Mentakab

d)

Kelab Rekreasi Belia Taman Teruntum

16.

Syarikat NeMotor Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dengan modal berbayar syarikat sebanyak 60 juta. Syarikat mempunyai sebuah kilang dengan bilangan pekerja sebanyak 60 orang dan ingin berkecimpung dalam pengeluaran motor berkuasa tinggi. Dalam satu mesyuarat, Ketua Pegawai Eksekutif Encik Tan memberitahu para pemegang saham bahawa syarikat beraspirasi untuk menjadi pengeluar moto dan motosikal berkuasa tinggi nombor satu di Asia dalam tempoh tiga tahun dan syarikat akan mengeluarkan sebanyak 15 000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan. Apakah ciri objektif yang baik yang gagal dipenuhi oleh Syarikat Ne Motor?

(a)  

17.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang penggunaan teknologi dalam perniagaan? (Pilih dua jawapan)

a)

Mempermudahkan urus niaga jual beli

b)

Kos pengeluaran seunit keluaran meningkat

c)

Membantu meluaskan pasaran bagi hasil keluaran

d)

Perniagaan menanggung kos pelaburan yang rendah

18.

Apakah matlamat utama penjual barangan elektrik menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan barang di rumah pelanggan?

a)

Memenuhi keperluan undang-undang

b)

Untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan

c)

Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Menarik minat pengguna melanggan di kedainya

19.

Apakah langkah yang boleh diambil oleh perniagaan untuk menghadapi persaingan dalam jangka panjang?

a)

Menjalankan promosi jualan

b)

Menjual barang secara kredit

c)

Menjual barang pada harga kos

d)

Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan

20.

Bagaimanakah seseorang pengurus pengeluaran dapat menjimatkan kos berubah?

a)

dengan meningkatkan kuantiti keluaran

b)

mengurangkan pembayaran bonus kepada pekerja

c)

membina kilang baharu menggantikan kilang yang disewa

d)

dengan menjimatkan penggunaan elektrik dan air di kilang

21.

Kegagalan mendapatkan untung boleh menyebabkan imej perniagaan terjejas. Apakah kesannya kepada perniagaan?

a)

sukar untuk mendapatkan pembiayaan bank

b)

Terpaksa membayar pembekal secara tunai

c)

Pengguna tidak akan membeli produk syarikat

d)

sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah

22.

Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?

a)

motivasi pekerja akan terjejas

b)

imej produk terjejas di mata pengguna

c)

tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan

d)

terpaksa mengurangkan harga jualan barangan

23.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kos tetap pengeluaran? (Pilih dua jawapan)

a)

Kos bahan mentah

b)

Kos air dan elektrik

c)

Sewa kilang

d)

Gaji pekerja

24.

Manakah rumus yang digunakan untuk mengira Titik Pulang Modal(TPM)?

a)

Jumlah hasil=Jumlah kos

b)

Kos tetap=Kos berubah

c)

Jumlah hasil melebihi jumlah kos

d)

Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos

25.

Pernyataan manakah yang merupakan bukti bahawa sesuatu perniagaan sedang mengalami pertumbuhan ?

a)

Pemilik mengubah lokasi perniagaan

b)

Pemilik meningkatkan bilangan pekerja

c)

Hasil meningkat dari semasa ke semasa

d)

Pemilik membawa masuk modal tambahan