wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Objektif Akuaponik

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud akuaponik?

a)

Sistem ternakan ikan sahaja

b)

Teknologi gabungan akuakultur dan hidroponik

c)

Teknik penanaman menggunakan baja kimia

d)

Kaedah menanam sayuran di atas tanah

2.

Apakah dua aktiviti yang digabungkan dalam sistem akuaponik?

a)

Hidroponik dan aeroponik

b)

Pertanian organik dan ternakan ayam

c)

Akuakultur dan hidroponik

d)

Penternakan ikan hiasan dan florikultur

3.

Unsur penting dalam akuaponik ialah:

a)

Ikan, tanaman, bakteria

b)

Air, baja, tanah

c)

Cahaya, oksigen, karbon dioksida

d)

Ikan, tanah, baja kimia

4.

Apakah bentuk hubungan antara ikan, tanaman, dan bakteria dalam sistem akuaponik?

a)

Simbiosis komensalisme

b)

Simbiosis parasitisme

c)

Simbiosis mutualisme

d)

Simbiosis kompetisi

5.

Mengapakah bakteria penting dalam sistem akuaponik?

a)

Menghasilkan oksigen untuk ikan

b)

Mengubah ammonia kepada nitrat sebagai baja

c)

Menapis akar tanaman daripada busuk

d)

Menghasilkan makanan untuk ikan

6.

Tujuan utama akuaponik ialah:

a)

Mengurangkan penggunaan baja kimia

b)

Menghasilkan dua jenis makanan manusia secara serentak

c)

Memelihara air daripada tercemar

d)

Mengurangkan kos ternakan

7.

Apakah perbezaan sistem akuaponik secara kitaran dengan sistem takungan?

a)

Kitaran menggunakan dua tangki, takungan guna satu tangki

b)

Kitaran guna satu tangki, takungan guna dua tangki

c)

Kedua-duanya menggunakan satu tangki yang sama

d)

Kedua-duanya hanya untuk tanaman sahaja

8.

Antara berikut, manakah KELEBIHAN sistem akuaponik secara kitaran?

a)

Tidak memerlukan air sama sekali

b)

Mengurangkan risiko busuk akar

c)

Menghasilkan tanaman lebih cepat tanpa cahaya

d)

Tidak memerlukan bakteria untuk menyuburkan tanaman

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan reka bentuk sistem akuaponik?

a)

Sistem Raft, Sistem Ebb & Flow, Sistem NFT

b)

Sistem Aeroponik, Sistem Organik, Sistem Tradisional

c)

Sistem Ternakan, Sistem Tanaman, Sistem Air Bersih

d)

Sistem Hidroponik, Sistem Kolam, Sistem Simbiosis

10.

Bagaimanakah sistem Raft berfungsi?

a)

Tanaman diletakkan terus di atas air menggunakan span atau polisterin

b)

Air dipam ke akar tanaman menggunakan loceng sifon

c)

Akar tanaman digantung dalam udara tanpa air

d)

Air hanya digunakan semasa tanaman berbunga

11.

Apakah fungsi utama loceng sifon dalam sistem Ebb & Flow?

a)

Menambah oksigen dalam air

b)

Mengalirkan air keluar apabila penuh

c)

Menapis kotoran daripada ikan

d)

Mengepam air masuk ke tangki ikan

12.

Mengapakah sistem NFT memerlukan air sentiasa mengalir?

a)

Supaya akar tidak busuk akibat bertakung

b)

Untuk menjimatkan penggunaan air

c)

Agar ikan dapat membesar dengan cepat

d)

Supaya bakteria tidak membiak terlalu banyak

13.

Apakah kelemahan utama sistem Raft (Rakit)?

a)

Memerlukan pam kecil untuk mengalirkan air

b)

Terdedah kepada serangan bakteria pada akar tanaman

c)

Tidak boleh digunakan dalam projek komersial

d)

Menggunakan elektrik 24 jam

14.

Antara berikut, manakah kelebihan sistem Ebb & Flow?

a)

Tidak memerlukan sebarang media penanaman

b)

Biofilter berlaku dalam media penanaman dan mengurangkan kesukaran dalam mereka bentuk

c)

Produktiviti sistem sangat rendah berbanding sistem lain

d)

Air yang digunakan untuk tanaman sangat sedikit

15.

Apakah kelemahan utama sistem NFT (Nutrient Film Technique)?

a)

Tanaman tumbuh lebih cepat berbanding sistem lain

b)

Akar tanaman mudah reput akibat terendam dalam air

c)

Memerlukan penapis tambahan untuk menapis kekotoran

d)

Tidak boleh menggunakan pam air