Font size
WorksheetsPERNIAGAAN T4
Total questions: 100
Worksheet time: 48mins
1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?
A. Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
B. Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C. Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D. Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
A
B
C
D
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?
A. Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata
B. Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual
C. Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya
D. Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan pelanggan
A
B
C
D
Apakah itu milikan tunggal?
I. Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
II. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
III. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang
IV. Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
A
B
C
D
Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul.
A. Mendapat Borang D → membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama
B. Membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D
C. Mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D → membuat pembayaran
D. Mengisi Borang Carian Nama → mengisi Borang A → membuat pembayaran → mendapat Borang D
A
B
C
D
Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?
I. Dapat meningkatkan keuntungan
II. Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III. Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV. Mudah untuk mendapat pelbagai sumber
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
A
B
C
D
Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
A. Kilang pakaian
B. Kedai kek dan biskut
C. Loji penapisan minyak
D. Pengeluaran ubat-ubatan
A
B
C
D
Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan…..
A. Antara penduduk luar negara
B. Antara negara dengan negara
C. Antara penduduk dalam negara
D. Antara sempadan sesebuah negara
A
B
C
D
Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan.
SKALA PERNIAGAAN
i)X
ii)ANTARABANGSA
Apakah X?
A. Zon
B. Global
C. Negeri
D. Domestik
A
B
C
D
Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?
A. Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara
B. Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil
C. Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian
D. Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan tempatan
A
B
C
D
Apakah itu inflasi?
A. Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B. Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C. Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan
D. Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak
A
B
C
D
Apakah kesan daripada inflasi?
A. Kuasa beli wang meningkat
B. Taraf hidup rakyat meningkat
C. Kos sara hidup semakin meningkat
D. Pendapatan boleh guna meningkat
A
B
C
D
Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun. Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan sedemikian?
A. Pekerja kurang bermotivasi
B. Keadaan ekonomi semakin lembap
C. Strategi pemasaran yang kurang berkesan
D. Kos pengeluaran semakin meningkat
A
B
C
D
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.
Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan
Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja
Objektif mungkin tidak tercapai
Apakah gaya pengurusan berkenaan?
A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan
A
B
C
D
Gaya pengurusan yang manakah berkaitan dengan tindakan pengurus yang mengamalkan toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja?
A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan
A
B
C
D
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan guna tenaga penuh?
A. Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi
B. Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
C. Ekonomi negara bakal mengalami kemelesetan
D. Semua orang dewasa dalam sesebuah negara bekerja
A
B
C
D
Hubungan Malaysia dengan Indonesia melibatkan kerajaan menangani isu
Negara
Serantau
Dua hala
Tempatan
Apakah isu yang perlu diatasi oleh pihak kerajaan tempatan?
Wabak penyakit
Pekerja mengangur
Kejatuhan nilai mata wang
Kemudahan dan prasarana pendidikan
Pihak yang manakah terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu perniagaan antarabangsa
Kerajaan pusat dan kerajaan negeri
Kerajaan pusat dan persatuan pengeluar
Kerajaan negeri dan persatuan pengguna
Kerajaan negeri dan persatuan pengeluar
Bagaimana pelepasan cukai dapat membantu perkembangan perniagaan
Mengurangkan kos perniagaan
Menjana kreativiti dan inovatif
Memberi motivasi kepada peniaga
Dapat meningkatkan hasil perniagaan
Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis
Mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan
Perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam satu tempoh masa tertentu
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan
Yang manakah antara berikut bukan pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan
Taraf perintis
Elaun Cukai Pelaburan
Elaun Cukai Eksport
Elaun pelaburan semula
Apakah pembiayaan yanh disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada peniagaa
I. Skim pembiayaan pengangkutan
II. Skim pembiayaan ikhtiar
III. Skim Jaminan Laluan terus
IV. Skim pembiayaan profesiona
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tujuan diadakan aktiviti pembangunan bagi pekerja
Kenaikan pangkat
Menguasai teknologi terkini
Meningkatkan daya pengeluaran
Meningkatkan kecekapan dalam operasi pengeluaran
Yang manakah antara berikut merupakan Agensi Kerajaan yang terlibat dengan Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Amanah Ikhtiar Malaysia
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Bank Pembangunan Infrastruktur Malaysia Berhad
Apakah peranan kerajaan negeri dalam menangani isu perniagaan
Memberi bantuan modal
Menggalakkan pelaburan
Bantuan kepada usahawan baru
Menyediakan tapak perniagaan
Kerajaan negeri menjalankan peranan
Membangun kawasan setempat
Membina jaringan pengangkutan yang baik
Mengumpul cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat
Melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan perniagaa
Antara berikut, yang manakah bukan akta yang digubal untuk melindungi pengguna
Akta Sewa Beli 1967
Akta Perlindungan Pengguna 1999
Akta Perkongsian 1961
Akta Timbang Sukat 1972
Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Menyediakan infrastruktur
Menyediakan bantuan pelaburan
Memajukan sistem pendidikan usahawan
Menaja pembangunan perniagaan setempat
Pihak berkuasa tempatan diberi kuasa menggubal undang - undang kecil
I. Pasar
II. Penjaja
III. Alam sekitar
IV. Cukai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah peranan bank pusat
I. Memberi pinjaman jangka panjang kepada perniagaa
II. Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
III. Mengawal selia sistem pembayaran negara
IV. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi negara
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Kementerian manakah yang berperanan membantu perniagaan domestik dan antarabangsa
Kementerian Pertahanan
Kementerian Kewangan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Apakah bidang kuasa Kerajaan Pusat dalam menangani isu ekonomi dan perniagaa
I. Kewangan
II. Kemudahan infrastruktur
III. Kadar pertukaran mata wang
IV. Perkembangan aktiviti perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut merupakan duah buah agensi kerajaan di Malaysia.
Agensi tersebut merupakan agensi
Perlindungan kerajaan
Perlindungan pengguna
Pungutan cukai persekutuan
Penggubalan undang-undang
Pilih kenyataan yang benar mengenai agensi yang terlibat dalam R&D berikut
SIRIM - memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan
MARDI - menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian
MPOB - melaksanakan dasar dan program pembangunan industri getah
TNB Reseach - menangani isu berkaitan dengan tenaga air dan elektrik negara
Peranan yang dijalankan oleh Pihak berkuasa tempatan ialah
Penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat
Pewujudan pusat pusat perniagaan atau perdagangan seperti pasar-pasar dan gerai-gerai
Mengutip cukai pendapatan individu
Mengadakan misi perdagangan ke luar negara
Pengawalan terhadal kesihatan awam dan keselamatan
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?
Mewujudkan nilai faedah kepada pengguna
Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
Menjual barangan dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
Menawarkan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Apakah kelebihan koperasi berbanding Syarikat Berhad?
Kewujudan perniagaan kekal
Tidak dikenakan cukai pendapatan
Modal bertambah melalui jualan saham
Liabiliti terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja
Perniagaan manakah diklasifikasikan sebagai bersaiz kecil?
Hospital kerajaan
Loji Penapis minyak
Kedai gunting rambut
Kilang pembuatan pakaian
Maklumat di bawah berkaitan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia
1. Sektor kedua menjadi penyumbang kepada ekonomi negara
2. Galakan eksport dan mengurangkan kebergantungan barang import
Pernyataan manakah merujuk kepada situasi di atas?
Era selepas merdeka
Era 1990-an
Menjelang abad ke-21
Pada masa kini
Manakah bukan kaedah perniagaan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)?
Secara percuma
Jualan pada harga kos
Belian pada harga di bawah kos
Jualan pada harga di bawah kos
Maklumat di bawah berkaitan sejenis rakan kongsi
# Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhak menguruskan perniagaan.
Apakah Jenis rakan kongsi di atas?
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi nominal
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi lelap
Pernyataan manakah merupakan tujuan penubuhan Kedai Runcit Sham?
Menyediakan perkhidmatan secara percuma
Memaksimumkan keuntungan
Menawarkan perkhidmatan pada harga kos
Menawarkan perkhidmatan di bawah harga kos
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis milikan perniagaan
* Modal diperoleh daripada simpanan
*pemilik sendiri Pemilik sendiri yang mengurus
perniagaan
Apakah jenis milikan perniagaan tersebut ?
Milikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat
Koperasi
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk perniagaan
· Perniagaan dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama
· Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak
Kontrak Pengeluaran
Usaha sama
Syarikat Sendirian berhad
Francais
Antara berikut, pilih kelebihan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan secara usaha sama.
I Dapat berkongsi kepakaran dan modal
II Semua aset akan diserapkan dalam perniagaan baru
III Risiko perniagan dapat dikongsi bersama
IV Dapat meningkatkan pengeluaran
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Dibawah menunjukkan Konsep Asas Perniagaan , kecuali __________.
Pertukaran nilai
Keuntungan perniagaan
Kontrak perniagaan
Jual beli
Barang merupakan ..............
sesuatu berbentuk fizikal
sesuatu berbentuk mental
sesuatu berbentuk konkrit
sesuatu berbentuk abstrak
Perkhidmatan merupakan ........
aktiviti yang berfaedah kepada pengguna dan peniaga
aktiviti yang berfaedah kepada semua orang
aktiviti yang berfaedah kepada pengguna
aktiviti yang berfaedah kepada penjual
Antara kepentingan keuntungan kepada perniagaan ialah ,
untuk menentukan saham
untuk melabur
mengukur tahap prestasi dan hala tuju
untuk pengetahuan sahaja
Pernyataan manakah benar tentang Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)?
Didaftarkan dengan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS)
Aktiviti mengeluarkan barangan dan perkhidmatan
Matlamat untuk memaksimumkan keuntungan
Sumber pembiayaan daripada pemilik dan pinjaman
Manakah benar tentang objektif Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?
Menjaga kebajikan ahli
Mengajak masyarakat melakukan kerja-kerja kebajikan
Memenuhi keperluan dan kehendak
Memberi perkhidmatan secara sukarela
Antara berikut, manakah perniagaan milikan tunggal?
Koperasi Melati Bersatu
Firma guaman Tan dan Gon
Kedai gunting rambut Yoyo
Syarikat Taulan Indah Berhad
Pernyataan manakah yang benar tentang sektor utama?
Aktiviti pemprosesan bahan mentah
Mengeksploitasi hasil sumber kekayaan bumi
Dikenali juga sebagai sektor sekunder
Perkhidmatan sukarela termasuk dalam sektor itu
Manakah yang merupakan cabaran perniagaan bersaiz kecil?
Masalah aliran tunai
Sukar menyediakan latihan
Peningkatan kemajuan teknologi
Undang-undnag dan peraturan kerajaan
Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja tetap adalah faktor penentuan saiz perniagaan
Tidak
Ya
Tidak Pasti
Meragukan
Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
Untuk memaksimumkan keuntungan
Untuk mengurangkan bilangan pekerja
Untuk meminimumkan kos pengeluaran
Anggota organisasi perniagaan mengetahui tugas masing-masing
Mengambil pekerja berdasarkan kelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan dalam organisasi.
Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam pernyataan di atas?
Jualan
Pembelian
Sumber Manusia
Khidmat Pelanggan
Rajah menunjukkan sesebuah carta organisasi.
Apakah aspek penting yang ditunjukkan dalam carta organisasi di atas.
I Jenis tugas
II Polisi organisasi
III Bilangan pekerja
IV Pembahagian kerja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah menunjukkan sesuatu peralatan yang digunakan dalam organisasi perniagaan.
Tujuan penggunaan peralatan di atas adalah untuk
menerima sebut harga
menyimpan data perniagaan
pembangunan produk baharu
menghasilkan barang dan perkhidmatan
Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian organisasi.
Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah menjalankan fungsi di atas?
Bahagian fungsian pembelian
Bahagian fungsian pemasaran
Bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi
Bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan
Maklumat berikut menunjukkan peranan bagi sebuah bahagian fungsian.
Bahagian fungsain yang mempunyai peranan seperti di atas ialah bahagian fungsian
pembelian
pemasaran
pentadbiran
penyelidikan dan pembangunan
Gambar menunjukkan suatu aktiviti yang dijalankan dalam perniagaan.
Bahagian fungsian yang bertanggungjawab ke atas tugas di atas ialah bahagian fungsian
kewangan
pembelian
pemasaran
pengagihan
Maklumat berkaitan dengan suatu peranan bahagian fungsian.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
jualan
pembelian
pengeluaran
sumber manusia
Bahagian fungsian organisasi yang menguruskan pertanyaan pelanggan ialah bahagian fungsian...
pembelian
pemasaran
khidmat pelanggan
penyelidikan dan pembangunan
Gambar menunjukkan suatu aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan.
Aplikasi teknologi maklumat di atas adalah berkaitan dengan...
e-dagang
e-banking
e-pemasaran
e-government
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kebaikan penggunaan laman sosial kepada perniagaan?
Memudahkan pengeluaran
Membangunkan produk baharu
Mengagihkan produk kepada pelanggan
Mengiklankan barang atau perkhidmatan
Peranan bahagian fungsian kewangan adalah
I mengeluarkan produk
II mengagihkan sumber kewangan
III membuat perancangan kewangan
IV melengkapkan dokumen penghantaran barang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tujuan sesebuah organisasi berinteraksi dengan organisasi luar adalah untuk...
membahagikan kerja
merekrut sumber manusia
menyimpan rekod pelanggan
mewujudkan jaringan perniagaan
Bahagian fungsian jualan perniagaan kecil berinteraksi dengan bahagian fungsian jualan perniagaan besar bertujuan untuk...
meluaskan pasaran
mengeluarkan produk baharu
mempelajari sistem pentadbiran terbaik
menyediakan bantuan khidmat pelanggan
Rajah menunjukkan sejenis saluran agihan.
Apakah barang yang sesuai diagihkan dengan menggunakan saluran agihan di atas?
I Pakaian
II Barang elektrik
III Tempahan kek
IV Perkhidmatan doktor
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan maksud visi?
ia merupakan sebab perniagaan ditubuhkan
matlamat organisasi untuk jangka masa pendek
apa yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang
dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang
Maklumat yang berikut merupakan pernyataan visi sebuah organisasi perniagaan.
'visi : menjadi syarikat pengeluar produk A yang terunggul di Malaysia
Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar tentang visi di atas
kerajaan memerlukan visi untuk tujuan pengutipan hasil cukai
pekerja-pekerja memerlukan visi untuk menyokong usaha mereka
pengurus menjadikan visi sebagai panduan untuk membuat keputusan
pemilik memerlukan visi untuk memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang objektif?
menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi
menjadi garis panduan dalam pengurusan perniagaan
matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi
tujuan atau matlamat utama perniagaan itu dibentuk oleh peniaga
Antara yang berikut, pernyataan manakah benar tentang organisasi sektor awam?
bermotifkan untung
dikawal oleh pemilik sendiri
sumber pembiayaan adalah melalui kutipan cukai
individu yang berkumpulan untuk tujuan perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?
Kedai Runcit Rahman
Syarikat Pertama Berhad
Majlis Perubatan Malaysia
Koperasi Pengangkutan Pahang Berhad
Di manakah sebuah organisasi bermotifkan untung perlu didaftarkan?
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. apakah maksud spesifik?
jangka masa sesuatu objektif perlu dinyatakan secara tepat
objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem
setiap objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik
objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh yang diberikan
pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif.
jika kita hendak membentuk objektif, maka objektif yang dibentuk itu mestilah bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.
apakah ciri yang dimaksudkan?
spesifik
realisitik
boleh diukur
boleh dicapai
antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?
dibuat secara umum
boleh diterjemahkan
mempunyai satu tarikh tertentu
mempunyai sasaran yang boleh dicapai
Maklumat yang berikut berkaitan dengan pernyataan objektif sebuah organisasi perniagaan.
meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga bulan yang akan datang.
apakah ciri yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?
fleksibel
jangka masa
boleh diukur
mudah difahami
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan visi yang tepat?
sekolah dapat mengekalkan kelulusan 100% setiap tahun
menjadi sekolah terbaik di daerah Gombak menjelang 2020
melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah
melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik
Encik Jasmi telah menubuhkan perniagaan kraftangan di Merlimau, Melaka pada 1 Julai 2016. Apakah visi yang sesuai bagi perniagaan Encik Jasmi?
jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan
melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan
menghasilkan pengeluaran sebanyak 200 unit sebulan
untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi
antaea yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan objektif kepada perniagaan?
Mengena lpasti tujuan penubuhan
mengenal pasti sasaran yang ingin dicapai
membantu perniagaan membuat perancangan
memudahkan perniagaan menilai prestasi perniagaan
Syarikat Super menanggung kos tetap sebanyak RM 250 000 dalam pengeluaran basikal. Harga sebuah basikal dijual ialah RM200 manakala kos berubah bagi sebuah basikal ialah RM150. Hitungkan titik pulang modal Syarikat Super.
625 buah basikal
800 buah basikal
2500 buah basikal
5000 buah basikal
Perniagaan yang gagal mencapai matlamat dan objektif harus mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah tersebut. Antara yang berikut, tindakan yang manakah wajar diambil oleh perniagaan?
menaikkan harga produk
menyemak semula objektif
pengeluaran perlu dihentikan
mendapatkan khidmat nasihat
Gambar menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.
Apakah peranan agensi tersebut.
mengutip cukai
menjaga keamanan negara
memberi pinjaman perniagaan
menguatkuasakan undang-undang
Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.
* Menurunkan kadar cukai
* Menurunkan kadar faedah
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk nmengatasi masalah
inflasi
deflasi
subsidi
peningkatan cukai
Antara yang berikut, manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang-undang?
I. Pembangunan dalam teknologi digital
II. Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan
III. Perlindungan daripada gejala penipuan
dalam perniagaan
IV. Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan
oleh kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut merupakan faktor yang menyebabkan persekitaran perniagaan berubah.
i. Pekerja kurang bermotivasi
ii. Keadaan ekonomi semakin lembab
Apakah kesan terhadap trend perniagaan?.
trend perniagaan malar
trend perniagaan meningkat
trend perniagaan mendatar
trend perniagaan menurun
Yang manakah pasaran dalam trend persekitaran perniagaan?
Pasaran untuk semua
Pasaran semasa
Pasaran tempatan
Pasaran Kualitatif
Berikan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.
Memotivasikan pekerja
Meningkatkan taraf hidup pekerja
Menjana pendapatan pekerja
Menawarkan perkhidmatan pekerja
Berikan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.
Memotivasikan pekerja
Meningkatkan taraf hidup pekerja
Menjana pendapatan pekerja
Menawarkan perkhidmatan pekerja
Apakah gaya pengurusan dalam faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan?
Demokrasi
Autokratik
Laissez-fairness
GST
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.
Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas
Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan autokratik
Gaya Pengurusan demokratik
Gaya pengurusan laissez-faire
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat
dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan
- Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.
- Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi
Apakah agensi berkenaan?
MEDEC
MARDI
SIRIM
FELDA
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan.
"Objektif syarikat untuk meningkatkan penguasaan pasaran dari 3% (2019) kepada 5% (2020)"
Apakah ciri-ciri SMART tersebut?
Spesific
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Apakah yang dimaksudkan dengan syer pasaran?
Bilangan produk yang sama dalam pasaran
Jumlah pengguna yang menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan dalam pasaran
Bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan dalam pasaran berbanding pesaing
Apakah kelebihan menguasai syer pasaran yang terbesar bagi sesebuah perniagaan dalam alaf baharu ini?
Aktiviti pengeluaran dapat menjimatkan kos
Meningkatkan kualiti barangan yang dihasilkan
Memperolehi pendapatan yang tinggi hasil dari jualan
Memaksimumkan keuntungan yang maksimum
Apakah kelebihan perniagaan bersaiz besar
Kos overhed yang rendah
Menikmati ekonomi bidangan
Semangat berpasukan yang tinggi
Senang mendapat pekerja berpengalaman
Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar
Memotivasikan pekerja
Ketidakpastian pasaran
Masalah aliran tunai
Meningkat hasil
