wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2025 Kuiz Tatabahasa S2 (latest)

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Sila pilih ejaan yang tepat.

a)

korestrol

b)

kolestrol

c)

koresterol

d)

kolesterol

2.

Sila pilih ejaan yang tepat.

a)

selsema

b)

selesema

c)

selesemah

d)

selsemah

3.

Sila pilih ejaan yang tepat.

a)
diari
b)
dairi
4.

Sila pilih ejaan yang tepat.

a)
teknoloji
b)
teknologi
5.

Sila pilih ejaan yang tepat.

a)
martabak
b)
murtabak
6.

Sila pilih ejaan yang tepat.

a)
ambulan
b)
ambulans
7.

Sila pilih ejaan yang tepat.

a)
satay
b)
sate
8.

Virus COVID-19 boleh dicegah lebih _______dengan pemberian vaksin.

a)

pantas

b)

cepat

c)

awal

d)

segera

9.

Makanan kesihatan tambahan mengandungi bahan terlarang yang boleh mendatangkan mudarat yang ________kepada kesihatan.

a)

serius

b)

ringan

c)

teruk

d)

berat

10.

Langkah yang paling ________bagi mengelakkan terkena jangkitan penyakit kencing tikus ialah elakkan bermain lopak air selepas banjir.

a)

mudah

b)

ringkas

c)

senang

d)

rumit

11.

Remaja perlu ________memilih makanan yang masuk ke dalam perut.

a)

cerdik

b)

bijak

c)

handal

d)

pintar

12.

"______, Ming Hua! Jangan sentuh cairan getah pada pokok hiasan ini. Getah yang terkena pada mata boleh membawa kesan buruk kepada penglihatan kita,"kata Aida.

a)

Hai

b)

Eh

c)

Wahai

d)

Ah

13.

"________anak-anakku, patuhilah peraturan keselamatan semasa bermain di luar rumah!" pesan Puan Lina kepada anak-anaknya.

a)

Wahai

b)

Amboi

c)

Aduhai

d)

Wah

14.

"________kita perlu mematuhi peraturan pemakanan ubat?" tanya Azlina kepada ibunya.

a)

Apakah

b)

Mengapakah

c)

Bagaimanakah

d)

Kenapa

15.

"Kita tidak boleh berada di belakang kereta yang sedang diundur, ________?" tanya Jimmy kepada ibunya.

a)

mengapa

b)

mengapakah

c)

apa

d)

apakah

16.

Saya berdoa agar persahabatan yang dibina sejak lapan tahun yang lalu akan berkekalan _________

a)

seada-adanya

b)

selama-lamanya

c)

selewat-lewatnya

d)

sesungguh-sungguhnya

17.

Kepelbagaian budaya dan adat resam merupakan asas penting untuk memupuk _______dan sikap saling menghormati antara kaum.

a)

persefahaman

b)

kefahaman

c)

pemahaman

d)

fahaman

18.

Rakyat yang berlainan agama, budaya dan adat resam seharusnya menanam sikap saling menghormati dan membuang segala _______syak wasangka.

a)

perbuatan

b)

pertimbangan

c)

perasaan

d)

perhitungan

19.

Encik Tan dan isterinya mahu perkahwinan anaknya dibuat mengikut adat istiadat perkahwinan Baba dan Nyonya. Bagi mereka __________.

a)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

biar mati anak, jangan mati adat

d)

alang-alang mandi biar basah

20.

Sebagai _______, dia bertanggungjawab untuk mencatat setiap patah perkataan yang diucapkan oleh ketuanya dalam mesyuarat itu.

a)

juruacara

b)

jurutulis

c)

juruhebah

d)

jurubahasa

21.

Projek pembinaan kompleks sukan itu_________sehingga sekarang kerana kekurangan dana.

a)

terbantut

b)

terganggu

c)

tersekat

d)

terbelangkalai

22.

Ahli-ahli jawatankuasa sepakat _________mesyuarat ke suatu tempoh bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

a)

membatalkan

b)

menamatkan

c)

menangguhkan

d)

mengadakan

23.

Kempen mengibarkan Jalur Gemilang terus ________bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.

a)

dialu-alukan

b)

diwar-warkan

c)

diagih-agihkan

d)

diapi-apikan

24.

Haiwan yang ___________besar di darat ialah gajah.

a)

betul

b)

benar

c)

sekali

d)

paling

25.

Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________manis.

a)

nian

b)

agak

c)

betul

d)

benar

26.

Tulisan Sulaiman _________cantik dan kemas.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

benar

d)

nian

27.

Hari ini ialah hari jadi Ahmad.

a)

Betul

b)

Salah

28.

Surat yang sampai tadi __________ daripada peguam.

a)

ialah

b)

adalah

29.
Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
a)
baris
b)
buah
c)
bidang
d)
carik
30.
Karim sedang memanggang lima belas __________ sate untuk pelanggannya
a)
keping
b)
biji
c)
cucuk
d)
buah
31.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul. 
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
32.
kata kerja yang sesuai dengan gambar.
a)
menatang
b)
menjunjung
c)
menjulang
d)
menjinjing
33.
___________ jenis cenderamata dijual di ___________ gerai itu.
a)
Pelbagai.... setiap
b)
Berbagai .... semua
c)
Berberapa .... segala
d)
Pelbagai .... segala
34.

Pilih peribahasa di bawah.


Kerana nila setitik rosak susu ________.

a)

sebelanga

b)

sebaldi

c)

semuanya

d)

secawan

35.

Menteri Besar amat kagum melihat suasana perkampungan moden di Kampung Baru itu.


Antonim bagi perkataan moden ialah ...

a)

unik

b)

maju

c)

tradisional

d)

membangun

36.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.


Mengapakah murid-murid perlu mengambil sarapan pagi?

a)

Setiap pagi murid-murid perlu mengambil sarapan pagi.

b)

Murid-murid perlu minum segelas susu dan sekeping roti setiap pagi.

c)

Murid-murid perlu sarapan pagi seawal jam 7.00 pagi sebelum ke sekolah.

d)

Sarapan pagi dapat memberi tenaga kepada murid-murid untuk membantu mereka melakukan aktiviti.

37.

Semua pelajar sekolah harus tahu dan ikut __________________ ketika berada di jalanraya.

a)

tatacara

b)

tatatertib

c)

tatasusila

d)

tatarakyat

38.

Cikgu Zamir __________________ tegas sekali terhadap murid-murid yang melanggar disiplin sekolah.

a)

nian

b)

amat

c)

terlalu

d)

paling

39.

Sebelum Kapten Norashikin menjadi seorang .... , beliau telah mengikuti kelas penerbangan di Florida, Amerika Syarikat.

a)

Juruterbang

b)

Doktor

c)

Guru

d)

Akauntan

40.

Murid-murid .... dibenarkan melintasi balapan sewaktu kejohanan sukan berlangsung.

a)

bukan

b)

betul

c)

benar

d)

tidak

41.

Perangai Ahmad tidak tumpah seperti ayahnya kerana ....

a)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

b)

air dicincang tidak akan putus

c)

bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

d)

bagai aur dengan tebing

42.

Sherry tekun mengulangkaji pelajarannya ______________________ lewat malam.

a)

sementara

b)

sehingga

c)

jika

d)

apabila

43.

Zulhelmi menutup suis komputer __________________ keluar dari makmal komputer.

a)

dan

b)

lalu

c)

sambil

d)

serta

44.

______________ kah yang ada di dalam sampul surat itu ?

a)

Ada

b)

Apa

c)

Berapa

d)

Bila

45.

_______, enaknya rasa masakan yang terdapat di restoran kari kepala ikan ini!

a)

Wah

b)

Hai

c)

Nah

d)

Amboi

46.

"_____________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba!" titah Tuanku Muadzam dengan murka.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Baginda

47.

Abang sedang menulis.................surat kepada ibu menggunakan beberapa ........................kertas yang baru dibeli semalam.

a)

sepucuk..............helai

b)

sekeping.............helai

c)

sepucuk..................warkah

d)

sekeping...............kajang

48.

Anjing yang sedang................tulang itu telah dihambat dengan sebatang kayu oleh budak-budak di situ.

a)

menggigit

b)

mengunyah

c)

melumatkan

d)

menggonggong

49.

Vimala menggunakan ___________ yang terang dalam lukisannya.

a)

warna-warna

b)

bahan-bahan

c)

gambar-gambar

d)

ciri-ciri

50.

Adik suka makan ____________.

a)

gula-gula

b)

guli-guli

c)

agar-agar

d)

kura-kura