wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - TATABAHASA

Total questions: 80

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang


Atirah merupakan pemilik banglo mewah di atas bukit itu.

a)

merupakan pemilik banglo mewah di atas bukit itu Atirah.

b)

Atirah di atas bukit itu merupakan pemilik banglo mewah.

2.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Bakul yang penuh dengan makanan itu ada di atas meja

a)

yang penuh dengan makanan itu bakul ada di atas meja.

b)

ada di atas meja bakul yang penuh dengan makanan itu.

3.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Angkatan kapal perang dari negara Amerika itu telah memasuki Laut Mediteranian.

a)

telah memasuki Laut Mediteranian angkatan kapal perang dari negara Amerika itu.

b)

Laut Mediteranian telah dimasuki angkatan kapal perang dari negara Amerika itu.

4.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Pelajar yang dapat menjawab soalan kuiz ini dengan baik akan diberikan hadiah oleh Cikgu Maisarah

a)

akan diberikan hadiah oleh Cikgu Maisarah Pelajar yang dapat menjawab soalan kuiz ini dengan baik.

b)

Cikgu Maisarah akan memberikan hadiah kepada pelajar yang dapat menjawab soalan kuiz ini dengan baik.

5.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Pak Ismail menabur beras di dalam reban bagi memudahkannya menangkap ayam-ayam itu.

a)

menabur beras di dalam reban bagi memudahkannya menangkap ayam-ayam itu Pak Ismail.

b)

Pak Ismail bagi memudahkannya menangkap ayam-ayam itu menabur beras di dalam reban.

6.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Hairi yang baru pulang dari Australia itu telah membeli satu set pinggan mangkuk untuk isterinya

a)

telah membeli satu set pinggan mangkuk untuk isterinya Hairi yang baru pulang dari Australia itu.

b)

satu set pinggan mangkuk untuk isterinya itu telah dibeli Hairi yang baru pulang dari Australia.

7.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Pelajar yang cacat penglihatan itu gigih belajar

a)

gigih belajar pelajar yang cacat penglihatan itu.

b)

gigih belajar pelajar itu yang cacar penglihatan.

8.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Kakak masih belum pulang dari pejabat walaupun sudah lewat petang.

a)

walaupun sudah lewat petang Kakak masih belum pulang dari pejabat.

b)

walaupun sudah lewat petang masih belum pulang kakak dari pejabat.

9.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah.

a)

di padang sekolah itu murid-murid kelas tadika berkejar-kejaran.

b)

berkejar-kejaran murid-murid kelas tadika itu di padang sekolah.

10.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Firda gigih menyiapkan cerpen bertajuk Inspirasi di bilik bacaan.

a)

gigih menyiapkan cerpen bertajuk Inspirasi di bilik bacaan Firda.

b)

cerpen bertajuk Inspirasi gigih Firda menyiapkan di bilik bacaan.

11.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Zahra rajin sungguh mengemas bilik tidurnya

a)

rajin sungguh mengemas bilik tidurnya Zahra.

b)

rajin sungguh mengemas Zahra bilik tidurnya.

12.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Peserta pidato dari Negeri Pulau Pinang itu sungguh petah berkata-kata.

a)

dari Negeri Pulau Pinang peserta pidato itu sungguh petah berkata-kata.

b)

sungguh petah berkata-kata peserta pidato dari Negeri Pulau Pinang itu.

13.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Labu sayong di Kuala Kangsar daya tarikan utama pelancong.

a)

di Kuala Kangsar daya tarikan utama pelancong labu sayong.

b)

Labu sayong daya tarikan utama pelancong di Kuala Kangsar.

14.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Cuaca pada hari ini sungguh sejuk kerana hujan turun sejak pagi tadi

a)

pada hari ini cuaca sungguh sejuk kerana hujan turun sejak pagi tadi.

b)

sungguh sejuk kerana hujan turun sejak pagi tadi cuaca pada hari ini.

15.

Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.


Rumah cikgu Amir musnah terbakar pagi tadi akibat litar pintas.

a)

Musnah terbakar rumah cikgu Amir pagi tadi akibat litar pintas.

b)

Rumah cikgu Amir akibat litar lintas musnah terbakar pagi tadi.

16.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Saya menyapu krim pada roti untuk sarapan.

a)

Krim disapu pada roti oleh saya untuk sarapan.

b)

Krim saya sapu pada roti untuk sarapan.

c)

Untuk sarapan, krim disapu pada roti oleh saya.

d)

Menyapu krim pada roti untuk sarapan saya.

17.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Ayah mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta.

a)

Mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta ayah.

b)

Untuk membasuh kereta, ayah mengambil masa selama satu jam

c)

Masa selama satu jam ayah ambil untuk membasuh kereta.

d)

Masa selama satu jam diambil oleh ayah untuk membasuh kereta.

18.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak sekolah akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid.

a)

Akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid pihak sekolah.

b)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan perkenalkan untuk semua murid.

c)

Satu peraturan baharu akan diperkenalkan oleh pihak sekolah untuk semua murid.

d)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan memperkenalkan untuk semua murid.

19.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Puan Aisyah telah menggubah bunga yang cantik itu.

a)

Bunga yang cantik itu telah digubah oleh Puan Aisyah.

b)

Telah menggubah bunga yang cantik itu Puan Aisyah.

c)

Bunga yang cantik itu telah Puan Aisyah gubah.

d)

Puan Aisyah yang cantik itu telah menggubah bunga.

20.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Hanif menelan ubat yang disediakan oleh Hasif dengan terpaksa.

a)

Ubat yang disediakan oleh Hasif Hanif menelan dengan terpaksa.

b)

Ubat yang disediakan oleh Hanif ditelan oleh Hasif dengan terpaksa.

c)

Ubat yang disediakan oleh Hasif ditelan oleh Hanif dengan terpaksa.

d)

Ubat yang disediakan oleh Hasif Hanif telan dengan terpaksa.

21.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Mak Suri menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya.

a)

Bungkusan kain itu digalas oleh Mak Suri di atas bahunya.

b)

Bungkusan kain itu Mak Suri galas di atas bahunya.

c)

Menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya Mak Suri.

d)

Di atas bahunya Mak Suri menggalas bungkusan kain itu.

22.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak pemaju telah memberikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

a)

Telah memberikan penjelasan pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

b)

Penjelasan telah pihak pemaju berikan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

c)

Pihak pemaju telah berikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

d)

Penjelasan telah diberikan oleh pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

23.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Seorang ibu mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.

a)

Mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak seorang ibu.

b)

Kejayaan anak-anak mestilah sentiasa didoakan oleh seorang ibu.

c)

Kejayaan anak-anak mestilah sentiasa seorang ibu doakan.

d)

Kejayaan anak-anak sentiasa seorang ibu mestilah doakan.

24.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Kami membawa kemajuan di kampung dengan cara tersendiri.

a)

Kemajuan di kampung kami bawa dengan cara tersendiri.

b)

Membawa kemajuan di kampung dengan cara tersendiri kami.

c)

Kemajuan di kampung dibawa oleh kami dengan cara tersendiri.

d)

Kemajuan di kampung kami membawa dengan cara tersendiri.

25.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Produk itu dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia.

a)

Kesan yang positif dapat produk itu berikan terhadap kesihatan manusia.

b)

Dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia produk itu.

c)

Kesan yang positif dapat diberikan oleh produk itu terhadap kesihatan manusia.

d)

Terhadap kesihatan manusia produk itu dapat memberikan kesan yang positif.

26.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Kita mestilah memupuk perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

a)

Mestilah memupuk perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama kita.

b)

Perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama mestilah dipupuk oleh kita.

c)

Perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama kita mestilah memupuk.

d)

Perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama mestilah kita pupuk.

27.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pemandu-pemandu melakukan

kesalahan jalan raya dengan sewenang-wenangnya.

a)

Kesalahan jalan raya pemandu-pemandu lakukan dengan sewenang-wenangnya.

b)

Kesalahan jalan raya dilakukan oleh pemandu-pemandu

dengan sewenang-wenangnya.

c)

Melakukan kesalahan jalan raya dengan sewenang-wenangnya pemandu-pemandu.

d)

Melakukan kesalahan jalan raya pemandu-pemandu.dengan sewenang-wenangnya

28.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Murid-murid lelaki itu sedang membaca buku di perpustakaan.

a)

Buku sedang murid-murid lelaki itu baca di perpustakaan.

b)

Sedang membaca buku murid-murid lelaki itu di perpustakaan.

c)

Sedang membaca buku di perpustakaan murid-murid lelaki itu.

d)

Buku sedang dibaca oleh murid-murid lelaki itu di perpustakaan.

29.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunganya.

a)

Telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunganya Puan Azizah.

b)

Telah memarahi Puan Azizah Azmi kerana memecahkan pasu bunganya

c)

Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunganya.

d)

Azmi telah Puan Azizah marahi kerana memecahkan pasu bunganya.

30.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.

a)

Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.

b)

Eksperimen itu telah dijalankan oleh awak dengan baik.

c)

Eksperimen itu awak telah jalankan dengan baik.

d)

Telah menjalankan eksperimen itu dengan baik awak.

31.

Fadhilah baru pulang _____________ Pulau Langkawi.

a)

di

b)

dari

c)

ke

d)

daripada

32.

Ada bintik merah __________ pipi kamu.

a)

pada

b)

di

c)

ke

d)

untuk

33.

Majlis perhimpunan itu akan berlangsung ___________ pukul 08:00 pagi.

a)

di

b)

pada

c)

daripada

d)

ke

34.

Mak Jah menunggu kepulangan anaknya _____________ pagi hingga ke malam.

a)

pada

b)

bagi

c)

dari

d)

tentang

35.

Ramlah menerima sebentuk cincin __________ suaminya.

a)

dengan

b)

daripada

c)

dari

d)

oleh

36.

Dia menerima sepucuk surat ___________ abangnya.

a)

dari

b)

daripada

c)

ke

d)

pada

37.

Mak Cik Jayah menghantar kuih raya ___________ anaknya di Kuala Lumpur.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

38.

"Tolong berikan surat ini _________ Hanisah," kata Maimunah kepada Rosli.

a)

ke

b)

kepada

c)

pada

d)

untuk

39.
Saya tinggal ______ PPR Cochrane Perkasa.
a)
di
b)
daripada
c)
dari
d)
kepada
40.

Adakah ayat ini betul?

Saya tinggal daripada Taman Permata.

a)

salah

b)

betul

41.
Antara berikut, manakah kata sendi nama?
a)
cantik
b)
indah
c)
gemuk
d)
di
42.
"Letakkan buku ini ________ atas meja saya" kata CIkgu Farhan kepada Iman Darwish.
a)
kepada
b)
di 
c)
daripada
d)
dari
43.
"Serahkan buku ini _________ Haqimi" Kata CIkgu Farhan kepada Faiz Danial.
a)
kepada
b)
pada
c)
daripada
d)
di
44.
" Saya selalu bersarapan _______ waktu pagi " Kata Syamiera.
a)
kepada
b)
pada
c)
di
d)
dari
45.
Kasut Taufiq diperbuat __________ kulit buaya.
a)
dari
b)
daripada
46.

"Saya berasal __________ Perak" Kata Cikgu Farhan kepada murid 3 Prestij.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

d)

di

47.

Saya _________ Kuala Lumpur dengan menaiki MRT.

a)

kepada

b)

di

c)

ke

d)

daripada

48.
Hazim duduk ________ sebelah Afiq.
a)
dari
b)
di
c)
daripada
d)
ke
49.
Faridah mengambil buku di atas rak itu lalu diberikan.................adiknya.
a)
ke
b)
pada
c)
kepada
d)
di
50.

”Kami akan pergi ke rumahnya __________ pukul 4.00 petang,” kata Fattah kepada Amin.

a)

kepada

b)

hingga

c)

pada

d)

di

51.

Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

a)

Subjek - Petani itu

b)

Subjek - Petani

c)

Predikat - membajak sawahnya setiap hari.

d)

Predikat - itu membajak sawahnya setiap hari.

52.

Pokok ciku itu ditanam di belakang rumah.

a)

Subjek - belakang rumah

b)

Subjek - Pokok ciku itu

c)

Predikat - ciku itu di belakang rumah

d)

Predikat - di belakang rumah

53.

Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.

a)

Subjek - ibu bapa mereka

b)

Subjek- Banyak remaja

c)

Predikat - merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka

d)

Predikat - Banyak remaja merokok kerana meniru

54.

Harimau yang garang itu telah membaham lembu Ariff yang ditambat di tepi hutan itu.

a)

Subjek - Harimau yang garang itu

b)

Subjek - Shafiee

c)

Predikat - telah membaham lembu Shafiee yang ditambat di tepi hutan itu.

d)

Predikat - Harimau yang garang itu

55.

Iffah sungguh gembira apabila dapat berjumpa dengan sahabat lamanya.

a)

Subjek - Haikal

b)

Subjek - sahabat lamanya

c)

Predikat - sungguh gembira apabila dapat berjumpa dengan sahabat lamanya

d)

Predikat - Haikal sungguh gembira apabila dapat berjumpa

56.

Apakah yang dimaksudkan dengan subjek?

a)

Subjek ialah bahagian yang menerangkan subjek.

b)

Subjek ialah bahagian yang diterangkan

c)

Subjek ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

57.

Budak lelaki itu sedang menari di atas pentas.


Yang manakah Subjek bagi ayat di atas?

a)

sedang menari

b)

Budak lelaki itu

c)

sedang menari di atas pentas

d)

Budak lelaki

58.

Budak lelaki itu suka bermain bola sepak.


Yang manakah subjek bagi ayat di atas?

a)

Budak lelaki itu

b)

bermain bola sepak

c)

bola sepak

d)

suka bermain bola sepak

59.

Angin sedang bertiup dengan kencang.


Yang manakah predikat bagi ayat di atas?

a)

sedang bertiup

b)

sedang bertiup dengan kencang

c)

dengan kencang

d)

angin

60.

Sungguh cantik perempuan itu.


Yang manakah subjek bagi ayat tersebut?

a)

Sungguh cantik

b)

perempuan itu

c)

cantik perempuan itu

d)

sungguh

61.

Kenalpasti subjek dan predikat bagi ayat di bawah:


Rumah itu sangat besar.

a)

Subjek : Rumah

Predikat : itu sangat besar.

b)

Subjek : Rumah itu

Predikat : sangat besar.

c)

Subjek : sangat besar.

Predikat : Rumah itu

62.

Bangunan itu ialah bangunan Kedutaan Perancis di Malaysia.

a)

Subjek: Bangunan itu

Predikat: ialah bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia

b)

Subjek : ialah bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia

Predikat : bangunan itu

c)

Subjek: Bangunan

Predikat: itu ialah bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia

63.

Bagi soalan 13-15 Kenal pasti subjek atau predikat yang betul


Cikgu Syahirah ialah guru Matematik di kelas kami

a)

subjek - guru Matematik di kelas kami

b)

subjek - Cikgu Syahirah

c)

predikat - guru Matematik di kelas kami

d)

predikat - Cikgu Syahirah ialah guru Matematik

64.

Cahaya dari rumah papan itu hanya nampak melalui lampu minyak tanah

a)

subjek - Cahaya dari rumah papan itu

b)

subjek - Cahaya dari rumah papan

c)

predikat - hanya nampak melalui lampu minyak tanah

d)

predikat - melalui lampu minyak tanah

65.

Ibu memotong kuih talamnya dengan pisau plastik.

a)

subjek - Ibu

b)

subjek - Ibu memotong kuih talamnya

c)

predikat - dengan pisau plastik

d)

predikat - kuih talamnya dengan pisau plastik

66.

"Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Azri?" tanya guru disiplin itu.

a)

Guru disiplin bertanya mengapa Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.

b)

Guru disiplin bertanya sebab Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.

c)

Guru disiplin bertanya mengapa Azri datang lewat ke sekolah hari itu.

67.

“ Marilah bersarapan bersama-sama dengan kami, Anis,” kata Amira dan Anum.

a)

Amira dan Anum mempelawa Anis bersarapan bersama-sama mereka.

b)

Amira dan Anum memujuk Anis bersarapan bersama-sama mereka.

c)

Amira dan Anum memaksa Anis bersarapan bersama-sama mereka.

d)

Amira dan Anum mengarah Anis bersarapan bersama-sama mereka.

68.

“Di manakah Stesen Komuter Serdang?” tanya pelancong dari Jepun.

a)

Pelancong dari Jepun ingin menaiki Komuter Serdang.

b)

Pelancong dari Jepun memberitahu tentang Stesen Komuter Serdang.

c)

Pelancong itu hendak menaiki komuter ke Stesen Komuter Serdang.

d)

Pelancong itu ingin tahu kedudukan Stesen Komuter Serdang.

69.

"Saya berharap kalian belajar dengan bersungguh-sungguh," kata Cikgu Young kepada murid-murid.

a)

Cikgu Young berkata kepada Ali bahawa dia berharap mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

b)

Murid-murid berkata kepada Cikgu Young bahawa mereka berharap dia belajar dengan bersungguh-sungguh.

c)

Cikgu Young berkata kepada murid-murid bahawa dia berharap mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

d)

Cikgu Young bertanya kepada murid-murid bahawa dia berharap mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

70.

"Ayah harap kamu dapat jaga adik kamu baik-baik," kata Encik Tan kepada anak sulungnya.

a)

Encik Tan meminta anak sulungnya menjaga ayahnya dengan baik.

b)

Encik Tan menasihati anak sulungnya menjaga anaknya dengan baik.

c)

Encik Tan meminta anak sulungnya menjaga adiknya dengan baik.

d)

Encik Tan dan anak sulungnya diminta menjaga adik dengan baik.

71.

"Wah, pakaian kamu amat menarik !" kata Mandy kepada Abigail.

a)

Mandy memuji pakaian Abigail yang sangat menarik.

b)

Mandy menyanjungi pakaian Abigail yang sangat cantik.

c)

Abigail memuji pakaian Mandy yang sangat menarik.

d)

Mandy berkata kepada Abigail bahawa bajunya yang sangat menarik.

72.

"Kamu mesti giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu," kata Cikgu Ho kepada Kai Ye.

a)

Cikgu Ho mengharapkan Kai Ye giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu.

b)

Cikgu Ho dinasihati oleh Kai Ye agar giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu.

c)

Cikgu Ho menasihati Kai Ye agar giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu.

d)

Cikgu Ho mengajar Kai Yeagar giat menjalani latihan untuk memenangi perlawanan itu.

73.

"Cikgu, bagaimanakah caranya manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam?" tanya Muthu.

a)

Guru menyoal Muthu bagaimana cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.

b)

Muthu bertanya kepada gurunya tentang cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.

c)

Muthu bertanya gurunya bagaimana dia tahu cara-cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.

d)

Guru menyoal orang pada zaman dahulu bagaimana mereka bercucuk tanam.

74.

"Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.

a)

Kata guru itu dunia hari ini semakin panas.

b)

Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

c)

Murid memberitahu guru tersebut bahawa hari semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

d)

Guru itu menerangkan bahawa kelmarin berlakunya penipisan ozon.

75.

Normah menasihati Sarah supaya tidak makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.

a)

Kata Normah kepada Sarah, ”makanlah makanan yang banyak lemak nanti awak tidak mendapat sakit.”

b)

Kata Sarah kepada Normah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.”

c)

Kata Normah kepada Sarah, ”jangan makan makanan yang banyak lemak untuk mengelakkan penyakit”

d)

Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.”

76.

Hakeem Rusli mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya kerana jalan raya ditengelami air.

a)

“Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Hakeem Rusli.

b)

“Awak tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air,“ kata Hakeem Rusli.

c)

“Dia tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Hakeem Rusli.

d)

“Hakeem Rusli tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Hakeem Rusli.

77.

Nabil memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Zizan telah tumbang dan menimpa rumahnya.

a)

Kata Nabil, “Pokok kelapa di belakang rumah Zizan tumbang dan menimpa rumah saya.”

b)

Kata Zizan, “Pokok kelapa di belakang rumah Nabil tumbang dan menimpa rumah dia.”

c)

Kata Nabil, “Pokok kelapa di belakang rumah Zizan tumbang dan menimpa rumahnya.”

d)

Kata Zizan, “Pokok kelapa di belakang rumah Zizan tumbang dan menimpa rumahnya.”

78.

Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.

a)

“Ular! Ular! Ada ular dekat pasu bunga besar itu,” jerit Mak Minah.

b)

“Ular! Ular! Sambil melihat ada ular dekat pasu bunga besar ini,” jerit Mak Minah.

c)

“Ular! Ular! terdapat ular berhampiran pasu

bunga yang besar itu.” beritahu Mak Minah.

d)

“Ular! Ular! Ada ular dekat pasu bunga besar ini,” jerit Mak Minah.

79.

Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.

a)

“Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang membuatnya,” sambungnya lagi.

b)

“Jangan melakukan perkara yang tidak diketahui,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang membuatnya,” sambungnya lagi.

c)

“Kalau tak tahu jangan melakukan,” kata Cikgu Siti. “Biar awak yang tahu saja yang membuatnya,” sambungnya lagi.

d)

“Jangan melakukan perkara yang tidak diketahui,” kata Cikgu Siti. “Biar kami saja yang membuatnya,” sambungnya lagi.

80.

Emak Suffiyan mengingatkan Suffiyan supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.

a)

“Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti, saya hendak buat karipap,” pesan emak.

b)

“Jangan lupa membeli tepung apabila kami ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi.

c)

“Jangan lupa membeli tepung apabila kamu ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Kami hendak buat karipap,” sambungnya lagi.

d)

“Jangan lupa membeli tepung apabila dia ke kedai nanti, emak hendak buat karipap,” pesan emak.