wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

simulasi set 2.0

Total questions: 99

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Kamu diminta menegur rakan yang berpakaian tidak kemas ke sekolah. Kamu...

a)

Malu dan buat tak tahu

b)

Menegur dengan cara lembut

c)

Ketawakan dia bersama rakan lain

d)

Lapor kepada guru

2.

Kamu perasan kawan baik kamu sering menipu ibu bapanya. Kamu...

a)

Menegurnya secara terbuka

b)

Mendoakan dia berubah dan perlahan-lahan menasihatinya

c)

Ikut sama menipu sebab sudah biasa

d)

Jauhkan diri

3.

Rakan baik kamu terlibat dalam buli siber. Apa yang kamu lakukan?

a)

Menyokong dia sebab kawan baik

b)

Nasihat secara tertutup

c)

Lapor kepada pihak sekolah

d)

Tidak buat apa-apa

4.

Ketika aktiviti luar kelas, kamu lihat ada pelajar yang pengsan. Kamu...

a)

Menjerit ketakutan

b)

Cuba bantu dan panggil guru

c)

Menonton sahaja

d)

Tinggalkan tempat tersebut

5.

Rakan kamu gagal ujian dan kecewa. Reaksi kamu?

a)

Cakap “padan muka”

b)

Bantu beri semangat dan belajar sama-sama

c)

Buat tidak tahu

d)

Ketawa dalam hati

6.

Apabila kamu marah dengan rakan kamu, kamu...

a)

Menjerit di depan semua orang

b)

Diam dan simpan dalam hati

c)

Bertenang dan berbincang

d)

Tulis surat untuk menegur perbuatannya

7.

Guru melantik kamu mengetuai program sekolah. Kamu...

a)

Menolak kerana takut gagal

b)

Terima dan buat sebaik mungkin

c)

Terima tapi suruh orang lain buat

d)

Terus menyerahkan jawatan pada rakan

8.

Guru menuduh kamu meniru, tapi kamu yakin kamu tidak bersalah. Kamu...

a)

Minta penjelasan dengan tenang dan beri bukti

b)

Tegur guru dengan marah

c)

Menangis dan terima sahaja

d)

Biarkan sahaja sebab tak berani bersuara

9.

Ketika pertandingan sukan, kamu kalah. Kamu...

a)

Menangis dan merajuk

b)

Ucap tahniah kepada lawan

c)

Menuduh pengadil tidak adil

d)

Balik awal tanpa bercakap dengan sesiapa

10.

Dalam kelas, kamu ditegur secara umum oleh guru. Kamu...

a)

Rasa malu tapi faham teguran

b)

Tidak puas hati dan membantah

c)

Buat tidak tahu

d)

Mengadu pada ibu bapa

11.

Kamu gagal dalam pertandingan yang kamu usahakan bersungguh-sungguh. Kamu...

a)

Menyalahkan rakan sepasukan

b)

Merajuk dan tidak mahu sertai lagi

c)

Belajar dari kesilapan dan cuba lagi

d)

Menyalahkan juri

12.

Rakan kamu sering ponteng sekolah. Kamu...

a)

Tidak peduli

b)

Marahkannya setiap hari

c)

Nasihatkan dia dengan baik

d)

Lapor pada guru

13.

Dalam mesyuarat kelas, kamu tidak bersetuju dengan cadangan majoriti. Kamu...

a)

Marah dan keluar mesyuarat

b)

Dengar dan berikan pendapat berbeza

c)

Diam dan pendam

d)

Sindir rakan dalam WhatsApp

14.

Kamu ternampak rakan menulis perkara lucah di meja kelas. Kamu...

a)

Gelakkan dan ambil gambar

b)

Tegur dengan baik

c)

Biarkan sahaja

d)

Tambah tulisan lain

15.

Ketika latihan sukan, kamu cedera ringan. Apa kamu buat?

a)

Menangis dan mahu balik

b)

Teruskan jika mampu dan rehat bila perlu

c)

Marah jurulatih

d)

Suruh orang lain main

16.

Kamu dimalukan oleh rakan secara terbuka. Tindakan kamu?

a)

Membalas dendam

b)

Menahan marah dan berbincang kemudian

c)

Menangis

d)

Menulis status sindiran

17.

Apabila diminta bantu guru angkat barang berat, kamu...

a)

Buat-buat sibuk

b)

Tolong sepenuh hati

c)

Hanya tolong jika rakan lain tolong

d)

Minta upah

18.

Seorang rakan non-Muslim ingin sertai aktiviti gotong-royong surau sekolah. Kamu...

a)

Halang dia sebab berbeza agama

b)

Menyambut dan ajak dia sertai dengan terbuka

c)

Melaporkan pada guru bertugas

d)

Membenarkan dia melihat dari luar surau sahaja

19.

Rakan kelas dihina kerana penampilan fizikalnya. Kamu...

a)

Sertai rakan lain mengejek

b)

Bela dan beri sokongan

c)

Biarkan sahaja

d)

Rakam dan sebarkan

20.

Kamu diberi tugasan dalam masa singkat. Kamu...

a)

Buat sambil lewa

b)

Susun masa dan siapkan

c)

Salin dari rakan

d)

Mengeluh dan tidak buat

21.

Rakan kamu mencuri makanan di kantin kerana lapar. Kamu...

a)

Membantu dia dapatkan bantuan guru

b)

Menyebarkan kepada semua orang

c)

Ketawakan sahaja

d)

Rakam untuk bukti

22.

Jika kamu mendapat gred rendah, kamu...

a)

Salahkan cikgu

b)

Usaha lebih baik selepas ini

c)

Abaikan

d)

Berhenti peduli

23.

Dalam kumpulan, kamu kurang diberi peranan. Kamu...

a)

Merajuk

b)

Berbincang untuk bantu lebih

c)

Biarkan sahaja

d)

Lawan ketua kumpulan

24.

Kawan kamu pinjam alat tulis dan tidak pulang. Kamu...

a)

Balas dendam dengan tidak meminjamkannya apa-apa

b)

Tegur dengan sopan

c)

Mengungkit di depan orang lain

d)

Diam sahaja

25.

Kamu lihat murid lain membuli pelajar istimewa. Kamu...

a)

Tengok dan ketawa

b)

Halang dan lapor

c)

Rakam video untuk dijadikan bukti

d)

Ikut serta buli

26.

Jika kamu rasa rendah diri berbanding rakan, kamu...

a)

Pendam dan murung

b)

Cuba baiki diri perlahan-lahan

c)

Menjauhkan diri dari semua

d)

Menyindir rakan itu

27.

Kawan kamu sangat pendiam dan tiada kawan. Kamu...

a)

Biarkan sahaja

b)

Cuba berkawan dan borak

c)

Minta guru tukarkan dia kelas lain

d)

Ejek kerana pelik

28.

Guru menolak permintaan kamu untuk jadi pengawas. Kamu...

a)

Benci guru

b)

Terima dengan redha dan terus berusaha

c)

Kutuk guru di media sosial

d)

Hasut rakan lain

29.

Kamu lihat sampah bertaburan di kelas selepas waktu rehat. Kamu...

a)

Biarkan sahaja

b)

Kutip tanpa disuruh

c)

Suruh rakan yang bertugas untuk kutip

d)

Tuduh orang lain

30.

Apabila sekolah anjur program luar negara, kamu...

a)

Takut dan menolak

b)

Sertai dengan semangat

c)

Mencadangkan orang lain untuk pergi

d)

Minta dikecualikan

31.

5, 10, 13, 26, 29, 58, ___

a)

60

b)

62

c)

61

d)

64

32.

Semua guru pandai mengajar. Sebahagian yang pandai mengajar ialah penulis buku. Maka...

a)

Semua guru ialah penulis buku

b)

Semua penulis buku ialah guru

c)

Sebahagian guru mungkin penulis buku

d)

Semua yang pandai mengajar, pandai menulis buku

33.

Cari yang tidak sepadan:

a)

Kipas

b)

Dehumidifier

c)

Pendingin hawa

d)

Penyedut hampagas

34.

Jika jam menunjukkan pukul 3:30, sudut antara jarum jam dan minit ialah...

a)

75°

b)

90°

c)

105°

d)

135°

35.

Daripada hurry berikut E, S, L, I, C, A, T, I setiap huruf mesti digunakan tepat sekali. Perkataan mana yang boleh dibina?

a)

ELASTIC

b)

SILICATE

c)

SOCIALITE

d)

LACTISE

36.

⅗ + ¼ = ?

a)

7/20

b)

11/20

c)

17/20

d)

9/10

37.

Harga sebuah buku ialah RM12. Jika dibeli 5 buah dan diskaun 20%, berapakah jumlah bayaran?

a)

RM48

b)

RM50

c)

RM52

d)

RM60

38.

0.2 × 0.5 = ?

a)

0.01

b)

0.10

c)

0.15

d)

0.20

39.

Dalam sebuah segi empat tepat berukuran 12 cm X 8 cm, sebuah segitiga dilukis seperti berikut :

- Tapak segi tiga terletak pada sisi bawah segi empat tepat

- Hujung kiri tapak berada 2 cm dari bucu kiri, dan hujung kanan tapak berada 3 cm dari bucu kanan.

- Puncak segi tiga berada di titik tengah pada sisi atas segi empat tepat.

Berapakah luas segi tiga tersebut?

a)

28 cm²

b)

24 cm²

c)

32 cm²

d)

30 cm²

40.

Sebuah kedai menawarkan diskaun 25% untuk semua barang. Harga asal sepasang kasut ialah RM160 dan sebuah beg ialah RM240. Ali membeli sepasang kasut dan sebuah beg. Berapakah jumlah wang yang perlu dibayar Ali selepas diskaun?

a)

RM280

b)

RM290

c)

RM300

d)

RM320

41.

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ini ialah hukum...

a)

Newton Kedua

b)

Boyle

c)

Keabadian tenaga

d)

Hukum Pascal

42.

Antara pernyataan berikut mengenai planet Musytari, yang manakah BENAR?

a)

Planet paling hampir dengan matahari

b)

Lebih kecil dari bumi tetapi lebih besar dari Marikh

c)

Mengambil masa 12 hari untuk mengelilingi matahari

d)

Mempunyai sistem cincin halus dan banyak bulan

43.

Bahagian tumbuhan yang membuat makanan ialah...

a)

Bunga

b)

Akar

c)

Daun

d)

Batang

44.

Dalam kitaran air, proses penyejatan berlaku apabila cahaya matahari memanaskan air di lautan, sungai atau tasik sehingga menjadi wap air. Selepas itu, wap air naik ke atmosfera dan bertukar menjadi titisan air kecil. Proses pertukaran wap air menjadi titisan air kecil ini dipanggil...

a)

Pendidihan

b)

Pemeluwapan

c)

Pembekuan

d)

Pencairan

45.

Simbol kimia bagi oksigen ialah...

a)

Ox

b)

O₂

c)

CO

d)

H₂O

46.

Choose the correct sentence:

a)

She don’t like ice-cream.

b)

She doesn’t likes ice-cream.

c)

She doesn’t like ice-cream.

d)

She not like ice-cream.

47.

Which is the antonym of “strong”?

a)

Bold

b)

Tough

c)

Weak

d)

Firm

48.

Complete the sentence: “They ___ playing football now.”

a)

is

b)

are

c)

am

d)

were

49.

Which of the following is an adjective?

a)

Running

b)

Happiness

c)

Beautiful

d)

Quickly

50.

Synonym for “difficult”:

a)

Easy

b)

Hard

c)

Fun

d)

Small

51.

2, 6, 12, 20, 30, ?

a)

36

b)

42

c)

48

d)

56

52.

Jika 3 buku berharga RM7.50, berapakah harga 8 buku selepas mendapat diskaun 10%?

a)

RM17.50

b)

RM18.50

c)

RM18.00

d)

RM21.60

53.

Jika jam 3:15, berapa sudut antara jarum jam dan minit?

a)

180°

b)

7.5°

c)

90°

d)

97.5°

54.

Berapakah nilai 2⁴ + 32?

a)

40

b)

48

c)

50

d)

60

55.

Ali mempunyai 12 liter air. Air itu dituangkan sama rata ke dalam 8 botol. Kemudian suku daripada isi setiap botol digunakan untuk menyiram pokok. Berapakah baki air dalam setiap botol?

a)

0.9 liter

b)

1.0 liter

c)

1.1 liter

d)

1.2 liter

56.

√81 + 2⁴ = ?

a)

23

b)

25

c)

27

d)

32

57.

Organ utama dalam sistem pencernaan ialah...

a)

Otak

b)

Jantung

c)

Usus

d)

Hati

58.

Fungsi paru-paru ialah...

a)

Menyerap makanan

b)

Menapis darah

c)

Menukarkan oksigen

d)

Mengepam darah

59.

Negara jiran Malaysia yang berada di utara ialah...

a)

Indonesia

b)

Thailand

c)

Filipina

d)

Singapura

60.

Sebuah bot bergerak dari arah Tenggara ke arah bertentangan. Kemudian bot itu membelok 90° ke kanan. Apakah arah terakhir bot tersebut?

a)

Timur laut

b)

Timur

c)

Barat Daya

d)

Barat Laut

61.

Antara yang berikut, yang manakah bukan organ deria?

a)

Lidah

b)

Telinga

c)

Usus

d)

Kulit

62.

Air mendidih pada suhu...

a)

0°C

b)

50°C

c)

80°C

d)

100°C

63.

1 tan bersamaan dengan...

a)

100 kg

b)

1000 kg

c)

10 000 kg

d)

1 000 000 g

64.

Jika ⅖ daripada 60 pelajar hadir, berapa yang tidak hadir?

a)

24

b)

30

c)

36

d)

40

65.

Warna Jalur Gemilang yang melambangkan perpaduan ialah...

a)

Merah

b)

Putih

c)

Kuning

d)

Biru

66.

Sungai manakah yang mempunyai aliran air paling banyak di dunia, sehingga digelar “paru-paru bumi” kerana mengalir melalui hutan hujan tropika terbesar?

a)

Nil

b)

Mississippi

c)

Yangtze

d)

Amazon

67.

Proses perubahan gas kepada cecair dinamakan...

a)

Penyejatan

b)

Pembekuan

c)

Pemeluwapan

d)

Pendidihan

68.

Susun benua berikut mengikut keluasan dari terkecil hingga terbesar :

1. Australia 2. Eropah 3. Afrika 4. Asia

a)

1 - 2 - 3 - 4

b)

2 - 1 - 3 - 4

c)

1 - 3 - 2 - 4

d)

2 - 3 - 1 - 4

69.

Tindak balas antara asid dan alkali menghasilkan...

a)

Haba sahaja

b)

Air dan garam

c)

Karbon dioksida

d)

Oksigen

70.

Choose the correct sentence:

a)

He going to the shop yesterday.

b)

He gone to the shop yesterday.

c)

He went to the shop yesterday.

d)

He go to the shop yesterday.

71.

Which is the opposite of “generous”?

a)

Brave

b)

Kind

c)

Stingy

d)

Helpful

72.

“Barking up the wrong tree” means...

a)

Going to the wrong place

b)

Making a lot of noise

c)

Blaming the wrong person

d)

Looking for trees

73.

Choose the synonym for “polite”:

a)

Angry

b)

Rude

c)

Courteous

d)

Quiet

74.

Fill in the blank: “Neither Ali ___ Ahmad came to the class.”

a)
or
b)

and

c)

nor

d)

but

75.

Jepun menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Penentangan awal diketuai oleh...

a)

Dato’ Onn Jaafar

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Tun Hussein Onn

d)

Mat Kilau

76.

Antara berikut, yang manakah ciri biometrik dalam MyKad, selain dari foto pemilik?

a)

Tanda tangan digital

b)

Cap jari

c)

Nombor kad pengenalan

d)

Alamat rumah

77.

Perkataan “teknologi hijau” merujuk kepada...

a)

Teknologi mahal

b)

Teknologi masa hadapan

c)

Teknologi mesra alam

d)

Teknologi untuk tentera

78.

Negara yang terkenal dengan menara Eiffel ialah...

a)

Sepanyol

b)

Itali

c)

Perancis

d)

Belanda

79.

Sumber tenaga boleh diperbaharui ialah...

a)

Arang batu

b)

Gas asli

c)

Solar

d)

Diesel

80.

Anda mempunyai RM100. Anda membeli 3 buah buku pada harga RM25 setiap satu. Berapakah baki anda?

a)

RM10

b)

RM25

c)

RM15

d)

RM20

81.

Jika 5 orang boleh mengecat rumah dalam 6 jam, berapa jam diperlukan jika hanya 3 orang mengecat rumah yang sama?

a)

8

b)

9

c)

10

d)

12

82.

Sebuah restoran menyediakan 200 hidangan. Jika 60% sudah habis dijual, berapa baki?

a)

80

b)

120

c)

60

d)

140

83.

Dalam satu pertandingan, hadiah pertama ialah RM300, kedua RM200, ketiga RM100. Selain itu terdapat 5 hadiah saguhati, setiap satu bernilai RM50. Berapakah jumlah keseluruhan hadiah?

a)

RM600

b)

RM850

c)

RM800

d)

RM900

84.

Jika anda tidur pukul 10 malam dan bangun pukul 6 pagi, berapa jam anda tidur?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

85.

Bila trafik sesak, apakah tindakan terbaik?

a)

Hon kuat-kuat

b)

Guna laluan kecemasan

c)

Bertenang dan ikut laluan biasa

d)

Terus ke tengah jalan

86.

Anda ternampak seekor kucing cedera di tepi jalan raya yang sibuk. Apakah tindakan paling sesuai dan selamat untuk dilakukan?

a)

Menyelamatkan kucing itu serta merta walaupun trafik sedang sibuk

b)

Biarkan sahaja kerana bukan tanggungjawab kita

c)

Hubungi pihak berkaitan atau bawa ke klinik haiwan jika keadaan selamat

d)

Letak di tempat lebih bahaya supaya cepat diambil orang

87.

Apakah kesan terlalu lama bermain gajet?

a)

Mata sihat

b)

Daya fokus meningkat

c)

Gangguan tidur

d)

Kecerdasan meningkat

88.

Simbol ‘⚠’ bermaksud...

a)

Amaran

b)

Selesai

c)

Selamat

d)

Hijau

89.

Suhu bilik biasanya sekitar...

a)

17°C

b)

25°C

c)

30°C

d)

33°C

90.

Kenyataan manakah yang tepat berkenaan “Negara Matahari Terbit”?

a)

Terletak di Asia Tenggara

b)

Berkongsi sempadan darat dengan China

c)

Menggunakan mata wang Yen

d)

Ibu negaranya ialah Osaka

91.

Sukan Olimpik diadakan setiap...

a)

2 tahun

b)

3 tahun

c)

4 tahun

d)

5 tahun

92.

Maksud ‘sumber semula jadi’ ialah...

a)

Barang dibuat di kilang

b)

Bahan dari alam semula jadi

c)

Produk pasaran

d)

Barang kitar semula

93.

Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan” Malaysia kerana jasanya memimpin perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Apakah sumbangan penting beliau?

a)

Menjadi tokoh utama rundingan kemerdekaan di London pada Tahun 1956

b)

Menjadi pengasas Dasar Ekonomi Baru selepas 1969

c)

Merangka Rukun Negara sebagai asas perpaduan rakyat

d)

Membawa Malaysia menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1957

94.

Simbol kimia bagi karbon dioksida ialah...

a)

H₂O

b)

CO₂

c)

C₂H₆

d)

CH₄

95.

Jika 1 Januari ialah hari Isnin, maka 1 Februari ialah hari...

a)

Jumaat

b)

Sabtu

c)

Khamis

d)

Ahad

96.

Tenaga boleh diperbaharui TIDAK termasuk...

a)

Angin

b)

Solar

c)

Arang batu

d)

Hidro

97.

Nama organ penapis utama dalam badan ialah...

a)

Hati

b)

Paru-paru

c)

Buah pinggang

d)

Usus besar

98.

Mengapakah matahari dianggap penting dalam kitaran hidup bumi?

a)

Menyebabkan permukaan bulan bercahaya pada waktu malam

b)

Memberikan cahaya dan haba untuk fotosintesis tumbuhan

c)

Menentukan arah kompas di bahagian kutub

d)

Menghasilkan angin monsun tanpa bantuan faktor lain

99.

Apakah kesan pembakaran terbuka?

a)

Menghasilkan oksigen

b)

Menyejukkan kawasan

c)

Mencemarkan udara

d)

Menghasilkan air hujan