wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Tatabahasa Menengah Rendah

Total questions: 57

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Kejadian _____________ gas itu telah disedari oleh ibu setelah terhidu bau yang menusuk hidung.

a)

kebocoran

b)

ketirisan

c)

ketumpahan

d)

kepancitan

2.

Kecantikan wajah Natalia semakin _____________ sejak menggunakan krim pencerah kulit.

a)

terserlah

b)

terpancar

c)

teranggun

d)

terpampang

3.

Syafiq baru _______________ dalam bidang perniagaan setelah mendapat pinjaman modal daripada bank.

a)

berura-ura

b)

bertatih-tatih

c)

beriya-iya

d)

berengsot-engsot

4.

Dengan suara yang ______________ Naqib menceritakan pengalamannya berhari raya kepada rakan-rakan sekelasnya.

a)

gagah

b)

gaduh

c)

gugup

d)

gagap

5.

Para penduduk ______________ pembinaan kilang papan berhampiran dengan petempatan mereka.

a)

memulau

b)

membantah

c)

memboikot

d)

menyangkal

6.

_______________ yang terdapat pada bumbung rumah Pak Busu telah reput dimakan anai-anai.

a)

Kisi-kisi

b)

Tupai-tupai

c)

Kuda-kuda

d)

Alang-alang

7.

Cara Owi menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh gurunya lain ____________ yang lain.

a)

dari

b)

demi

c)

daripada

d)

antara

8.

Walaupun Kamal sekeluarga hidup dalam kemiskinan namun begitu dia _____________ menghadapi dugaan.

a)

cekal

b)

reda

c)

tekun

d)

tulus

9.

Masalah kekurangan gula di dalam negara kita semakin _____________apabila terdapat penjual yang menyorokkannya.

a)

mendadak

b)

menjunam

c)

meruncing

d)

melambung

10.

Pasukan keselamatan akan menjalankan _____________ yang ketat terhadap setiap penumpang kapal terbang yang datang ke negara ini.

a)

penelitian

b)

pemerhatian

c)

pemeriksaan

d)

penyemakan

11.

Mutusamy berjanji akan datang ke rumah saya ______________ ada kelapangan masa.

a)

tatkala

b)

apabila

c)

sambil

d)

walaupun

12.

Ramesh terpaksa ______________ Raju yang tidak larat berjalan lagi setelah mereka berekspedisi sejauh tujuh kilometer.

a)

menandu

b)

mendukung

c)

mengendong

d)

memapah

13.

Janganlah kita suka memikirkan perkara yang _______________ kerana hal ini hanya membuang masa.

a)

bukan-bukan

b)

hidup-hidup

c)

elok-elok

d)

omong-omong

14.

Sultan dan _______________ telah berangkat ke majlis santapan diraja sempena hari keputeraan baginda.

a)

isteri

b)

sultanah

c)

maharani

d)

perempuan

15.

Setiap rakyat perlu berjati diri dan cintakan negara demi mewujudkan sebuah negara

a)

berjati diri

b)

cintakan

c)

mewujudkan

d)

Tiada kesalahan

16.

Pencapaian cemerlang Dato’ Lee Chong Wei dalam sukan badminton mendapat sanjungan daripada orang ramai semenjak dahulu lagi.

a)

dalam

b)

daripada

c)

semenjak

d)

Tiada kesalahan

17.

Patik berterima kasih kerana tuanku berkenan untuk mencemar duli melawat ke kampung kami.

a)

berterima kasih

b)

berkenan

c)

mencemar duli

d)

Tiada kesalahan.

18.

Emak membeli dua biji tomato dan empat rumpun serai serta lima helai daun limau purut untuk dibuat tomyam.

a)

biji

b)

rumpun

c)

helai

d)

Tiada kesalahan.

19.

Pelbagai ilmu telah ditimba oleh Sufian dalam kursus yang diberikan oleh beberapa fasilitator. selama tiga hari setengah itu.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Kerajaan telah memperindah kawasan-kawasan peranginan untuk menarik kemasukan pelancong dalam usaha meningkatkan pendapatan negara.

a)

memperindah

b)

menarik

c)

pendapatan

d)

tiada kesalahan

21.

Pasukan dari SMK Bukit Payong menjuarai dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Besut yang diadakan pada bulan Mac lalu. Tiada kesalahan.

a)

dari

b)

dalam

c)

pada

d)

Tiada kesalahan

22.

“Adakah kamu yakin bahawa pemuda yang terlibat dalam kemalangan itu ialah orang kampung kamu?” tanya pegawai polis kepada Ain.

a)

bahawa

b)

dalam

c)

ialah

d)

Tiada kesalahan

23.

Patik benar-benar memohon maaf daripada duli tuanku atas segala kesilapan yang dilakukan selama ini,” sembah Tun Fatimah. Tiada kesalahan.

a)

patik

b)

maaf

c)

tuanku

d)

Tiada kesalahan

24.

Sos cili memang enak dimakan dengan keropok goreng dan makanan-makanan lain ketika minum petang.

a)

sos cili

b)

keropok goreng

c)

makanan-makanan lain

d)

Tiada kesalahan

25.

Cikgu Mohaz amat tertarik oleh budi bicara dan sopan santun para pelajar semasa sesi soal jawab dengan penceramah berlangsung. Tiada kesalahan.

a)

budi bicara

b)

sopan santun

c)

soal jawab

d)

Tiada kesalahan

26.

Kerja-kerja pemetaan sedang dijalankan oleh para pekerja Jabatan Ukur Negeri Terengganu di kawasan petempatan baharu itu.

a)

pemetaan

b)

para

c)

penempatan

d)

Tiada kesalahan

27.

Para pengguna hendaklah dahulukan pembelian barangan keperluan dan tidak berhabis wang semasa berbelanja setelah mendapat durian runtuh.

a)

dahulukan

b)

berhabis

c)

berbelanja

d)

tiada kesalahan

28.

I Sesiapa yang ingin menjadi anggota tentera mestilah melepasi ujian ketahanan fizikal.

II Setiap orang mesti melalui pelbagai ujian sepanjang kehidupan mereka.

III Pelajar kelas Dua Zaaba sedang menjalankan ujian tindak balas kimia di makmal.

IV Tabung ujian itu pecah kerana dibakar dengan api yang terlalu panas.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

29.

I Pelari negara jauh tinggal di belakang dalam acara lumba lari 5000 meter.

II Keluarga Chua hanya tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran rumahnya.

III Keriangan menyambut hari lebaran tinggal kenangan indah kepada kami.

IV Tinggal lima hari lagi pelajar Tingkatan 2 akan menduduki peperiksaan akhir tahun.

a)

I dan III sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

30.

I Dunia yang kita diami hari ini sudah tua.

II Duduk di atas bantal merupakan pantang larang orang tua.

III Kelapa tua sememangnya banyak mempunyai santan.

IV Setiap yang hidup akan mengalami proses tua apabila tiba masanya.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

31.

I Kejadian itu berlaku pada musimnya masih muda.

II Musim tengkujuh dijangka melanda negara pada bulan Oktober.

III Pada musim cuti yang lalu, saya berkelah di Pantai Batu Buruk.

IV Kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada musim buah-buahan.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

32.

I Tugas ibu bapa adalah mengawal anak-anak supaya menjadi orang yang berguna.

II Kerjaya Nizam sebagai mengawal cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

III Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga gula di pasaran.

IV Pasukan polis telah diarahkan supaya mengawal bangkai kapal terbang yang terhempas itu.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

33.

Para tetamu dihidangkan berbagai jenis kuih-muih semasa majlis rumah terbuka sempena hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

a)

dihidangi pelbagai jenis kuih.

b)

dihidangkan pelbagai jenis kuih.

c)

dihidangi pelbagai jenis kuih-muih.

d)

dihidangkan pelbagai jenis kuih-muih.

34.

Pemain bola sepak T-Team itu berasa sangat letih sungguh selepas perlawanan akhir pada malam tadi.

a)

merasa letih sungguh

b)

berasa sangat letih

c)

merasa sungguh letih

d)

berasa letih sungguh

35.

Beribu-ribu orang penduduk-penduduk kampung terkorban dalam kejadian bencana alam.

a)

Ribuan penduduk

b)

Ribuan orang penduduk

c)

Beribu-ribuan orang penduduk

d)

Beribu-ribu orang penduduk-penduduk

36.

Demi memperolehi tempahan, ibu terpaksa mengeluarkan modal untuk menampung kos pengiklanan bagi mempromosikan kek keluaran syarikat mereka.

a)

Untuk memperolehi tempahan

b)

Demi untuk memperoleh tempahan

c)

Untuk memperoleh tempahan

d)

Demi memperolehi tempahan

37.

Semua murid sayang akan guru itu yang pandai mengambil hati.

a)

Semua murid-murid sayangkan guru

b)

Semua murid-murid sayang akan guru

c)

Semua murid sayangkan guru

d)

Semua murid sayang akan guru

38.

Goreng nasi dari Restoran Kasturi sangat enak dan terkenal di bandar ini.

a)

Nasi goreng di Restoran Kasturi

b)

Nasi goreng dari Restoran Kasturi

c)

Goreng nasi di Restoran Kasturi

d)

Goreng nasi dari Restoran Kasturi

39.

Kata-kata aluan telah pengetua berikan sebelum merasmikan Program Penyampaian Hadiah Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan.

a)

Kata alu-aluan telah pengetua berikan

b)

Kata alu-aluan telah diberikan pengetua

c)

Kata-kata aluan telah diberikan pengetua

d)

Kata-kata aluan telah pengetua berikan

40.

Secantik bunga akan lesu apabila tiba masanya walaupun dijaga dengan sempurna.

a)

Secantik-cantik bunga akan lesu

b)

Secantik-cantik bunga akan layu

c)

Secantik bunga akan layu

d)

Secantik bunga akan lesu

41.

Kerajaan telah menguatkuasakan kawalan harga bagi barang keperluan setiap kali waktu perayaan untuk mengurangkan beban rakyat.

a)

Harga barang keperluan telah diturunkan oleh kerajaan setiap kali waktu perayaan supaya beban rakyat dapat dikurangkan.

b)

Beban rakyat semakin berkurang pada setiap waktu perayaan setelah kerajaan menguatkuasakan kawalan harga bagi barangan keperluan.

c)

Pada setiap perayaan kerajaan telah mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan harga kawalan bagi barangan keperluan.

d)

Penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan oleh kerajaan pada waktu perayaan membebankan rakyat.

42.

Kamu hendaklah yakin dengan kebolehan diri sebelum kamu menyertai sayembara penulisan cerpen,” kata Cikgu Azlan kepada murid-muridnya.

a)

Cikgu Azlan berkata kepada murid-muridnya supaya yakin dengan kebolehan masing-masing semasa menyertai sayembara penulisan cerpen.

b)

Cikgu Azlan mengharapkan murid-muridnya yang menyertai sayembara penulisan cerpen yakin dengan kebolehan sendiri.

c)

Cikgu Azlan memuji murid-muridnya yang mempunyai keyakinan diri untuk menyertai sayembara penulisan cerpen.

d)

Cikgu Azlan berkata kepada murid-muridnya supaya menyertai sayembara penulisan cerpen dengan penuh keyakinan.

43.

Anak-anak yang menghormati ibu bapa akan melahirkan keluarga yang bahagia, masyarakat yang harmoni dan negara yang aman.

a)

Keamanan negara, keharmonian masyarakat dan kebahagiaan keluarga wujud daripada penghormatan ibu bapa terhadap anak-anak.

b)

Ibu bapa perlu dihormati untuk melahirkan keluarga bahagia, masyarakat yang harmoni dan negara yang aman.

c)

Kewujudan keluarga yang bahagia, masyarakat yang harmoni dan negara yang aman ekoran daripada anak-anak yang menghormati ibu bapa.

d)

Kebahagiaan anak-anak akan mewujudkan kebahagiaan ibu bapa dan keluarga seterusnya masyarakat dan negara.

44.

Sungai bukan sahaja sumber air tetapi berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan rehat dan kawasan rekreasi.

a)

Sungai berkeupayaan menjadi sember air bagi tempat untuk beristirahat dan beriadah.

b)

Kawasan rehat dan kawasan riadah dapat dibangunkan sekiranya terdapat sumber air dan sungai.

c)

Punca air, kawasan rehat dan riadah antara fungsi utama sungai yang boleh ditingkatkan.

d)

Sungai berkeupayaan untuk dimajukan sebagai kawasan rehat dan kawasan riadah selain menjadi punca air.

45.

Pemberian hadiah kepada atlet yang berprestasi tinggi merupakan penghargaan kerajaan kepada mereka.

a)

Penghormatan kerajaan kepada atlet yang berprestasi tinggi ialah pemberian ganjaran kepada mereka.

b)

Mereka yang berprestasi tinggi sepatutnya memberikan hadiah kepada atlet sebagai galakan oleh kerajaan.

c)

Insentif kepada mereka yang berprestasi tinggi ialah pemberian penghormatan oleh atlet kepada kerajaan.

d)

Pemberian hadiah oleh kerajaan merupakan insentif kepada pemain yang berkaliber.

46.

Pelajar-pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum akan diberi keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan.

a)

Para penuntut yang maju dalam kegiatan kokurikulum akan diberi peluang untuk meneruskan pelajaran ke universiti di dalam negara.

b)

Penuntut-penuntut yang cergas dalam kegiatan kokurikulum akan diberi kelebihan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam negara.

47.

I Projek pertanian itu lahir dari perbincangan dengan penduduk kampung.

II Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani semalam.

III Mereka memulakan kerja pembersihan dari sudut kanan dewan itu.

IV Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

48.

I Novel yang saya hasilkan ini akan saya serahkan kepada penerbit minggu hadapan.

II Van yang mereka naiki itu terbabas lalu terhumban ke dalam gaung.

III Dalam keluarga Encik Ahmad, Rohanalah yang amat pandai sekali.

IV Budi pekertinya yang sungguh baik sekali itu menjadi sebutan penduduk.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

49.

I Beratus haiwan ternakan mati akibat ombak besar tsunami tersebut.

II Semua pelajar dikehendaki hadir ke sekolah pada hari Sabtu ini.

III Kelima-lima orang peserta sekolah kami telah layak ke pertandingan akhir.

IV Setiap anggota pasukan itu telah sampai di destinasi yang ditentukan.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

50.

I Datin Sarah menghadiahkan menantunya kain songket bersulamkan benang emas.

II Anak kecil itu mandi seorang diri sambil bernyanyi riang di dalam bilik air.

III Ulang kaji dan latihan intensif akan meningkatkan lagi penguasaan tatabahasa pelajar.

IV Mereka akan balik ke kampung untuk menziarahi sanak saudara dan kaum kerabat.

a)

I dan IV sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

51.

I Ayah sanggup bermandi keringat demi untuk menyara keluarga.

II Di dalam majlis pertunangan itu, Hajah Limah dilantik menjadi jurubicara.

III Rumahnya yang terletak sebaris dengan rumah kakaknya telah dinaiki pencuri.

IV Kuota jemaah haji bergantung kepada kelulusan kerajaan Arab Saudi.

a)

I dan III sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

52.

Loyrna Masuntang mempunyai ilmu dalam bidang perubatan tetapi sayangnya dia tidak memanfaatkan ilmu itu dengan sebaik-baiknya. Hal ini boleh dikaitkan dengan peribahasa

a)

laut ditimba akan kering

b)

menjerat leher sendiri

c)

laksana pohon kayu tiada berbuah

d)

manikam sudah menjadi sekam

53.

Berikan peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi berikut.

Encik Yezza : Kamu hendaklah menyimpan separuh daripada pendapatan kamu itu untuk persediaan menghadapi musibah. Yezzri : Terima kasih atas nasihat ayah, saya akan selalu beringat-ingat.

a)

Sediakan payung sebelum hujan

b)

Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis

c)

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

d)

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

54.

Antara peribahasa di bawah yang tidak berkaitan dengan nilai kasih sayang dan setia kawan adalah

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai dakwat dengan kertas

d)

bagai bulan dipagar bintang

55.

Apakah peribahasa yang sesuai dengan pernyataan ini?

Pelajar sangat segan untuk bertanya walaupun mereka tidak faham. Perasaan ini perlu dibuang jauh-jauh kerana tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada diri mereka.

a)

Malu tak bertempat.

b)

Malu bertanya sesat jalan.

c)

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

d)

Kalau hendak, semua jadi.

56.

Semua peribahasa di bawah dapat menjelaskan maksud pantun di atas kecuali

Air mengalir dalam terusan,

Mengairi sawah beratus relung,

Bekerjasama segala urusan,

Tanda bersatu bergotong-royong.

a)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

b)

bagai aur dengan tebing.

c)

cubit paha kanan, peha kiri terasa.

d)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

57.

Apakah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan sikap sahabat Sukimi?

“Saya semakin berasakan kalian terus mempermainkan saya. Seorang demi seorang datang dengan pelbagai rahsia, berpura-pura tidak tahu dan mencipta pelbagai cerita serta alasan untuk melepaskan diri”. Sukimi melahirkan senyuman hambar.

a)

Lontar batu, sembunyikan tangan.

b)

Berani kerana benar, takut kerana salah.

c)

Duri dalam daging.

d)

Gunting dalam lipatan.