wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ EKONOMI MINGGU AKADEMIK TINGKATAN 4

Total questions: 60

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?

a)

Berlakunya bencana alam

b)

Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa

c)

Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi

d)

Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin

2.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.

a)

Puan Anis membeli baju kesukaan anaknya setelah menerima BSH sebanyak RM300

b)

Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan hasil yang diperoleh

c)

Cik Diyana dapat membeli semua barang dapur dengan pendapatan bulanannya

d)

Syarikat Jentera Hanafi Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua keluarannya kerana mempunyai sumber modal yang banyak

3.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kos lepas?

a)

Menyedut udara segar

b)

Menikmati pemandangan di tepi laut

c)

Mendengar ceramah motivasi selama dua jam

d)

Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga

4.

Yang manakah antara di bawah bukan merupakan faktor-faktor pengeluaran?

a)

Jentera

b)

Barang pengguna

c)

Sumber galian

d)

Pengurus cawangan

5.

Sebahagian besar tanah pertanian di kawasan luar bandar negeri Perak kini bertukar menjadi kawasan perumahan.

Apakah kos lepas masyarakat tempatan mengenai pertukaran ini?

a)

Pengurangan pengeluaran barang pertanian

b)

Peningkatan taraf hidup masyarakat

c)

Pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar

d)

Peningkatan bilangan rumah untuk dijual

6.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Titik kecekapan

b)

Titik ketidakcekapan

c)

Titik yang tidak akan dicapai

d)

Kombinasi output maksimum

7.

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Tingkat keluaran adalah cekap dan berpotensi dalam ekonomi

b)

Tingkat keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh

c)

Tingkat keluaran sebenar yang dapat dikeluarkan dengan penggunaan sumber ekonomi yang berkualiti

d)

Tingkat keluaran yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sumber ekonomi yang tidak terbatas

8.

Antara yang berikut, yang manakah diandaikan tetap apabila melukis suatu keluk kemungkinan pengeluaran?

a)

Tingkat harga umum dalam negara tersebut

b)

Jumlah import dan eksport

c)

Tingkat upah buruh

d)

Jumlah faktor pengeluaran yang digunakan

9.

Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas kerana

a)

Pilihan pengguna bebas

b)

Mengutamakan keuntungan yang maksimum

c)

Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan

d)

Campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi

10.

Masalah bagaimanakah barang hendak dikeluarkan akan diselesaikan dalam sistem ekonomi kapitalis melalui?

a)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi keperluan masyarakat

b)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi pilihan pengguna

c)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang mematuhi peraturan kerajaan

d)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos

11.

Manakah yang berkaitan dengan masalah bagaimana hendak dikeluarkan?

a)

Kerajaan mengenakan cukai

b)

Firma menambahkan pengeluaran barang

c)

Kerajaan memberi subsidi terhadap suatu barang

d)

Firma menggantikan pekerja asing dengan mesin

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Mengawal permintaan pengguna

b)

Mengutamakan kebajikan masyarakat

c)

Menggalakkan persaingan bebas antara pengeluar

d)

Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi

13.

Seorang penganggur telah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta. Kos lepas bagi keputusan tersebut adalah


a)

Latihan yang perlu dihadiri

b)

Masa lapang untuk aktiviti hiburan

c)

Perbelanjaan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja

d)

Pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut

14.

Rajah di atas ini menunjukkan AD ialah keluk kemungkinan Pengeluaran. Andaikan ekonomi sekarang berada pada titik C.Bagi mengekalkan penggunaan sumber ekonomi sekarang, titik C boleh bergerak ke…

a)

Titik E atau A

b)

Titik F atau B

c)

Titik F atau E

d)

Titik B atau A

15.

Sebuah universiti awam hanya mampu mengambil 2000 orang pelajar baharu walaupun pelajar yang layak ialah 7 000 orang.

Masalah ekonomi dalam situasi di atas ialah

a)

Pilihan

b)

Kekurangan

c)

Kehendak yang terhad

d)

Sumber ekonomi yang tidak terhad

16.

Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah asas ekonomi.

Pada tahun kewangan yang akan datang, syarikat akan mengeluarkan satu siri minyak wangi ‘Charming’ untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada golongan wanita korporat yang berpendapatan tinggi di kawasan bandar


Pilih masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat Davia Enterprise.

a)

Apa yang hendak dikeluarkan/Berapa yang hendak dikeluarkan

b)

Apa yang hendak dikeluarkan/Untuk siapa dikeluarkan

c)

Berapa yang hendak dikeluarkan/Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Bagaimana hendak dikeluarkan/Untuk siapa dikeluarkan

17.

Apakah penentu yang menyebabkan perubahan dalam kuantiit diminta?

a)

Perubahan citarasa

b)

Perubahan harga barang itu

c)

Perubahan pendapatan individu

d)

Perubahan harga barang penggenap

18.

Maksud kuantiti keseimbangan ialah

a)

Jualan purata firma untuk satu tahun

b)

Keluaran purata firma untuk satu tahun

c)

Satu keadaan dimana firma memperoleh keuntungan maksimum

d)

Tingkat pengeluaran di mana keluk permintaan dan keluk penawaran bersilang antara satu sama lain

19.

Apakah kepada pasaran sesuatu barang jika permintaannya bertambah tetapi penawarannya adalah tetap.

I Harga keseimbangan menurun

II Kuantiti keseimbangan menurun

III Harga keseimbangan meningkat

IV Kuantiti keseimbangan meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

1. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang.


Apakah kesan dalam pasaran pada tingkat harga RM6?

a)

Kuantiti diminta dan harga naik hingga tercapai keseimbangan

b)

Kuantiti ditawar jatuh dan harga naik hingga tercapai keseimbangan

c)

Kuantiti ditawar dan kuantiti diminta jatuh hingga tercapai keseimbangan

d)

Kuantiti ditawar jatuh sementara kuantiti diminta naik hingga tercapai keseimbangan

21.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah institusi kewangan di Malaysia.

· Ditubuhkan oleh pihak swasta

· Bertujuan mendapat keuntungan

· Memberikan perkhidmatan kepada orang ramai

Apakah fungsi institusi kewangan tersebut?

a)

Menstabilkan nilai mata wang negara

b)

Menjual sijil pelaburan

c)

Mengeluarkan wang kertas dan duit syiling

d)

Menerima deposit daripada orang ramai

22.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu.


En. Mohsin memberikan isterinya RM1000 setiap bulan untuk tujuan perbelanjaan keluarga


Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh isteri En Mohsin?

a)

Upah

b)

Faedah

c)

Bayaran pindahan

d)

Faedah sampingan

23.

1. Antara yang berikut, yang manakah dapat dilakukan oleh sebuah firma percetakan dalam pengeluaran jangka pendek?

I Menambah saiz kilang

II Menambah mesin percetakan

III Menambah jumlah stok kertas

IV Menambah bilangan buku yang dicetak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

1. Jadual dibawah menunjukkan butiran perbelanjaan Firma A.

Butiran RM

Kos bahan mentah 6 000

Kos buruh 2 000

Kos bahan api1 750

Bayaran sewa tapak tanah 3 000


Jika Firma A menghasilkan 20 000 unit barang dan dijual pada harga RM0.80 seunit, berapakah jumlah untung yang akan diperoleh oleh Firma A?

a)

RM3 250

b)

RM5 600

c)

RM8 260

d)

RM8 890

25.

Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat.


I Penjimatan masa dan tenaga

II Pencemaran alam sekitar

III Masalah kesesakan lalu lintas

IV Pembinaan kemudahan prasarana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Faktor yang mempengaruhi peningkatan dalam

a)

Inventori diuruskan secara santai

b)

Gaya kepimpinan pengurusan yang autokratik

c)

Pekerja ditempatkan mengikut keperluan firma

d)

Penyelenggaraan kelengkapan modal secara berjadua

27.

Antara berikut, manakah yang betul berkaitan kos?

a)

Kos berubah wujud pada output sifar

b)

Jumlah kos sama dengan kos tetap pada output sifar

c)

Kos tetap wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang

d)

Kos marginal diperoleh dengan membahagikan jumlah kos dengan output

28.

Antara berikut, manakah yang betul tentang firma?

I Membayar ganjaran kepada pemilik faktor

II Mengoptimumkan penggunaan sumber ekonomi

III Bermatlamat memaksimumkan kepuasan pengguna

IV Mengutamakan pembangunan masyarakat dan ekonomi negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan yang diperolehi oleh Puan Fatimah.


Puan Fatimah seorang kerani menerima gaji sebanyak RM2 500 sebulan. Beliau juga menerima BRIM sebanyak RM1 200 dan menggunakannya sebagai modal perniagaan tudung. Kos pengeluaran tudung pada bulan tersebut ialah RM1 000 dengan margin keuntungan sebanyak 40%.


Berapakah jumlah pendapatan produktif beliau pada bulan tersebut?

a)

RM2 900

b)

RM3 100

c)

RM3 900

d)

RM4 100

30.

Apakah kemudahan bank perdagangan yang digunakan oleh majikan untuk membayar gaji

pekerja?

a)

Draf bank

b)

Cek Kembara

c)

Debit langsung

d)

Pindahan kredit

31.

Barang X dan Barang Y adalah barang pengganti. Kenaikan harga Barang X akan

menyebabkan

a)

pergerakan atas keluk permintaan

b)

perubahan dalam permintaan barang Y

c)

peralihan keluk permintaan Barang Y ke kiri

d)

peralihan keluk permintaan Barang Y ke kanan

32.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada masalah apa yang hendak dikeluarkan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi?

a)

jenis barang

b)

kuantiti barang

c)

tingkat keuntungan

d)

agihan barang

33.

Pernyataan manakah yang benar menurut hukum permintaan?

a)

Apabila harga naik, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta

b)

Apabila harga turun, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta

c)

Apabila harga turun, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta

d)

Apabila harga tetap, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta

34.

1. Maklumat yang berikut berkaitan dengan dua ciri sistem ekonomi.

Ciri

X Individu bebas memiliki harta

Y Kerajaan campur tangan jika ada penyelewengan


Pilih pasangan yang benar?

a)

X Kapitalis

y Campuran

b)

X Islam

Y Campuran

c)

X Campuran

Y Kapitalis

d)

X Perancangan pusat

Y campuran

35.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan Syarikat Sino.


Syarikat Sino telah mengupah agensi tertentu untuk mengenal pasti bilangan penduduk di Sabah yang berminat dengan produk baharunya yang bakal dijual pada bulan depan.

Tindakan ini berkaitan dengan penyelesaian masalah

a)

Apa yang hendak dikeluarkan

b)

Berapa yang hendak dikeluarkan

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Untuk siapa dikeluarkan

36.

Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Kestabilan penawaran

b)

Keadilan agihan pendapatan

c)

Tiada persaingan antara firma

d)

Keuntungan firma lebih tinggi

37.

6. Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri utama sebuah negara.


* Individu yang cukup syarat membayar zakat.

*Persaingan adil dan saksama dalam pasaran


Negara yang mengamalkan ciri utama ekonomi ini ialah

a)

Cuba

b)

Arab saudi

c)

Hong kong

d)

Korea Utara

38.

7. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan terhadap suatu barang.

Pernyataan manakah yang benar mengenai rajah di atas?

a)

Nilai keanjalan harga permintaan ialah 0.2

b)

Peratus kenaikan harga adalah sebanyak 60%

c)

Pengeluar akan menurunkan harga untuk memaksimumkan hasil jualan

d)

Peratus perubahan kuantiti diminta kurang daripada peratus harga.

39.

8. Antara yang berikut, yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap pakej pelancongan ke luar negara?


I. Kejatuhan pendapatan individu

II. Ketibaan cuti persekolahan

III. Penurunan kadar cukai pendapatan individu

IV. Tambang penerbangan dijangka akan menurun pada masa depan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Penawaran pasaran dapat diperolehi dengan menjumlahkan

a)

Secara mendatar kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu

b)

Semua kuantiti yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu

c)

Secara menegak semua kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pasa suatu tingkat harga tertentu.

d)

Semua kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada pelbagai tingkat harga berlainan

41.

Syarikat Menora Berhad bercadang untuk menambahkan penawaran air mineral sebanyak 40% untuk pasaran tempatan peningkatanpenawaran ini mungkin disebabkan oleh

a)

Penurunan kos upah

b)

Peningkatan sewa kilang

c)

Penurunan harga air mineral

d)

Peningkatan cukai ke atas bahan

42.

Jadual berikut menunjukkan nilai keanjalan permintaan bagi empat jenis barang.


Jenis barang Ed

Garam 0.10

Minuman ringan 1.00

Komputer riba1.01

Kereta 2.10


Barang yang manakah akan mengalami peningkatan hasil jika harga naik sebanyak 20%

a)

Garam sahaja

b)

Kereta sahaja

c)

Garam dan minuman ringan

d)

Kereta dan komputer riba

43.

10. Gambar berikut menunjukkan satu institusi kewangan.


Antara yang berikut, yang manakah fungsi institusi kewangan di atas?

a)

Memberi pinjaman kad kredit

b)

Menjaga kestabilan nilai mata wang

c)

Menyediakan kemudahan akaun semasa

d)

Menyediakan kemudahan perbankan internet

44.

Maklumat berikut mengenai suatu fungsi bank perdagangan.


Boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.


Ciri di atas berkaitan dengan

a)

Akaun semasa dengan akaun tetap

b)

Akaun tetap dan akaun Wadiah

c)

Akaun simpanan dan akaun tetap

d)

Akaun simpanan dan akaun semasa

45.

Pernyataan manakah yang betul tentang pengeluaran?

a)

Membeli kek untuk hari jadi anak

b)

Tidak meningkatkan nilai ditambah

c)

Wujud pengeluaran jangka pendek sahaja

d)

Nilai ditambah sama dengan nilai barang akhir

46.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kos pengeluaran suatu barang.


l Kos berubah = RM 270

l Kos tetap = RM 90

l Kos purata = RM 15


Berapakah jumlah keluaran?

a)

RM 24.00

b)

RM 105.00

c)

RM360.00

d)

RM 375.00

47.

Apakah konsep perbankan islam yang sama dengan simpanan biasa dalam bank perdagangan ?

a)

bai bithaman ajil

b)

wadiah

c)

takjiri

48.

Aktiviti ekonomi pendidikan termasuk dalam sektor ............

a)

Utama

b)

ketiga

c)

kedua

49.

Sektor manakah yang melibatkan proses bahan mentah atau separuh siap ?

a)

Ketiga

b)

Kedua

50.

Di antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan ?

a)

ibubapa

b)

rakan -rakan

c)

lokasi tempat kerja

51.

Antara berikut ,yang manakah merupakan faedah sampingan yang diberikan di tempat kerja?

a)

cuti bersalin

b)

upah kepada anak

52.

Bagaimanakah pekerja akan memlih pekerjaan mengikut faktor lokasi tempat kerja ?

a)

jauh dari rumah

b)

1km dengan rumah

c)

dekat dengan rumah

53.

Apakah yang dimaksudkan dengan prospek pekerjaan ?

a)

cuti

b)

kenaikan pangkat

54.

Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan ...

a)

penawaran bertambah

b)

permintaan bertambah

c)

permintaan berkurang

d)

penawaran berkurang

55.

Pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak memberi sumbangan kepada proses pengeluaran.

a)

Potongan wajib

b)

Pendapatan boleh cukai

c)

Bayaran pindahan

56.

Pendapatan sebenar individu yang boleh dibelanjakan setelah ditolak semua potongan wajib dikenal.

a)

Pendapatan boleh guna individu

b)

Pendapatan boleh cukai

c)

Pelepasan cukai

57.

Bayaran yang ditetapkan oleh undang-undang atau yang diwajibkan dalam rukun islam

a)

Pendapatan boleh cukai

b)

Perbelanjaan penggunaan

c)

Potongan wajib

58.

Pendapatan tahunan ditolak semua pelepasan cukai yang layak diterima oleh individu berkenaan.

a)

Pelepasan cukai

b)

Pendapatan boleh cukai

c)

Potongan wajib

59.

Amaun pendapatan yang dibenarkan untuk dikecualikan daripada pengiraan cukai.

a)

Pelepasan cukai

b)

Bayaran secara tunai

c)

Bayaran secara kredit

60.

Perbelanjaan individu terhadap barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak.

a)

Perbelanjaan penggunaan

b)

Belanjawan peribadi

c)

Matlamat kewangan