wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TCH-F2-B5&6

Total questions: 100

Worksheet time: 57mins

Name
Class
Date
1.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun .....

a)

1100

b)

1200

c)

1300

d)

1400

2.

Sungai Bertam yang juga dikenali sebagai

a)

Sungai Nelayan

b)


Sungai Pinang

c)


Sungai Melaka

d)

Sungai Selat

3.

Pada asalnya, muara sungai ini merupakan sebuah perkampungan...............dan tempat berjual beli serta

pertukaran barang dagangan.

a)


Petani

b)

Pedagang

c)

Penglipur lara

d)

Nelayan

4.

Kedudukan Melaka di laluan

perdagangan utama antara timur

dengan barat membolehkannya.....

a)

mengenakan cukai jalan kepada kapal

b)

mengawal laluan kapal dagang

c)

mengelak lanun datang menyerang

d)

membuka jalan utara dan selatan

5.

Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau yang sesuai dijadikan......................................

a)

benteng pertahanan

b)

Pelabuhan

c)

Tempat penyebaran agama

d)


tarikan pelancong

6.

Pokok...........................yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh.

a)

Kepala

b)

Alur-alur

c)

Api-api

d)

Samak

7.

Pemerintah Melaka dikatakan bersusur galur dengan Iskandar Zulkarnain. Apakah kepentingan perkaitan tersebut terhadap Melaka?

a)

Tumpuan pedagang

b)

Terhindar dari musuh

c)

Menjamin taat setia rakyat

d)

Taraf kedudukan yang tinggi kepada pemerintah

8.

Pembesar Empat Lipatan juga dikenali sebagai...(ms. 77)

a)

Orang Kanan Berempat

b)

Orang Besar Berempat

c)

Orang Kaya Berempat

d)

Orang Penting Berempat

9.

" Pekerjaan yang dibuat tanpa sebarang upah". Maklumat tersebut merujuk kepada istilah...(ms.77)

a)

Pindah

b)

Paksa

c)

Serah

d)

Kerah

10.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka melakukan penaklukan wilayah? (ms. 80)

a)

Menjamin keselamatan dan kemakmuran kerajaan

b)

Menperkukuh kedudukan di Alam Melayu

c)

Menguasai laluan perdagangan di Alam Melayu

d)

Menguasai perdagangan rempah ratus yang menguntungkan

11.

Siapakah pemerintah Melaka yang menjadikan Melaka sebagai agama rasmi?(ms.82)

a)

Sultan Mansur Shah

b)

Sultan Iskandar Shah

c)

Sultan Muzaffar Syah

d)

Sultan Alauddin Riayat Syah

12.

Kerajaan awal yang menerima pengaruh Islam di Alam Melayu sebelum Melaka ialah...(ms.82)

a)

Demak

b)

Rokan

c)

Perlak

d)

Inderagiri

13.

"Barang siapa menguasai Melaka, ia boleh menggugat Venice". Siapakah yang melontarkan pernyataan tersebut? (ms. 85)

a)

Tom Pires

b)

Vasco Da Gama

c)

Christopher Colombus

d)

Alfonso de alburquerque

14.

Maklumat berikutan berkaitan dengan pendapat tokoh tempatan tentang kerajaan Alam Melayu.

~ Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta (Dr.) Ismail Hussien
~ Abdul Hadi Haji Hassan

Pandangan mereka hampir sama tentang kerajaan Alam Melayu dari aspek ........

a)

Tempat Tinggal

b)

Penduduk

c)

Geografi

d)

Bahasa

15.

Pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar berempat untuk ditadbir. Kawasan tersebut dikenali sebagai

a)

Kawasan Pegangan

b)

Kawasan pemakanan

c)

Kawasan Perlindungan

d)

Kawasan pungutan cukai

16.

Maklumat berikut menyenaraikan peranan Bendahara dalam pentadbiran KMM:


~ Ketua Hakim
~ Pemangku Sultan
~ X


Apakah X?

a)

Penasihat raja

b)

Pemungut hasil

c)

Penguasa bandar

d)

Pengawal peribadi raja

17.

Antara berikut, apakah tugas utama para pembesar dalam pentadbiran KMM?

a)

Menjaga kesihatan raja

b)

Membawa tenaga buruh dari luar

c)

Mengutip cukai melalui sistem serah

d)

Membekalkan tentera untuk tujuan peperangan

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka

~ Mengandungi 44 fasal

~ Berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar

Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Mansur Shah

d)

Sultan Muzaffar Shah

19.

Apakah kepentingan Undang-undang Laut Melaka dalam aktiviti perdagangan di Melaka?

a)

Urus niaga berjalan dengan lancar

b)

Keselamatan rakyat jelata terpelihara

c)

Dasar monopoli perdagangan terjamin

d)

Pelbagai kemudahan disediakan di pelabuhan

20.

Bagaimanakah negeri-negeri beirkut diletakkan di bawah pengaruh KMM?

~ Patani
~ Kedah
~ Lingga

a)

Kerelaan

b)

Kejujuran

c)

Penaklukan

d)

Perkahwinan

21.

KMM berusaha untuk menyebarkan agama Islam di Alam Melayu. Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?

a)

Perkahwinan

b)

Perluasan Kuasa

c)

Pemberian ganjaran

d)

Pembinaan sekolah agama

22.

Pelabuhan Melaka dikunjungi oleh pelbagai jenis kapal besar dan kecil. Kapal kecil yang digunakan ialah

a)

Jong

b)

Baluk

c)

Lancang

d)

Bahtera

23.

Apakah tanggungjawab Syahbandar seperti yang termaktub dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Menjaga kebajikan penduduk tempatan

b)

Menjaga kebersihan kawasan pelabuhan

c)

Mengawal keluar masuk pedagang luar

d)

Memeriksa alat timbang di pelabuhan

24.

Apakah peranan Orang Laut dalam memajukan perdagangan di pelabuhan Melaka?

a)

Penunjuk arah kepada pedagang yang berdagang di Melaka

b)

Memunggah barang dagangan di pelabuhan

c)

Menyediakan khidmat membaiki kapal

d)

Memungut cukai di pelabuhan

25.

Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar Diplomatik dan perdagangan.

Apakah kesan hubungan baik tersebut?

a)

Menjamin keselamatan

b)

Mendapat perlindungan

c)

Menguasai jalan perdagangan

d)

memperoleh bekalan kayu jati

26.

Senarai berikut merupakan kurniaan kerajaan China kepada Parameswara.

~ Cap mohor
~ Payung Kuning

Apakah kepentingan kurniaan tersebut kepada Melaka?

a)

Mendapat pengiktirafan

b)

Meluaskan tanah jajahan

c)

Memajukan perdagangan

d)

menyeragamkan pentadbiran

27.

Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan KMM pada awal abad ke-16?

a)

Dasar perdagangan

b)

Masalah perpaduan

c)

Masalah kepimpinan

d)

Pemberontakan penduduk

28.

Tindakan berikut telah dilakukan oleh Protugis ke atas Sultan Mahmud Shah:

~ Pada 1526, Protugus telah memusnahkan pusat pemerintahan di Bentan. Akhirnya Sultan Mahmud berundur ke X dan mangkat pada 1528.

Apakah nama tempat X?

a)

Kampar

b)

Linggi

c)

Siak

d)

Pagoh

29.

Maklumat berikut berkaitan dengan keturunan pemerintah Melaka.

~ Pemerintah Melaka berasal daripada susur galur Iskandar Zulkarnian.

Apakah sumber sejarah yang mencatatkan susur galur keturunan raja Melaka tersebut?

a)

Suma Oriental

b)

Sulalatus Salatin

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Undang-undang laut Melaka

30.

Senarai berikut berkaitan dengan peranan pembesar berempat dalam KMM:

~ Pemungut hasil atau ufti
~ Ketua urus setia istana

Siapakah pembesar tersebut?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

31.

Berapakah kadar cukai yang dikenakan kepada pedagang dari Arab dan Siam yang berdagang di Pelabuhan Melaka?

a)

6 peratus

b)

5 peratus

c)

4 peratus

d)

3 peratus

32.

Apakah kemudahan yang disediakan di pelabuhan Melaka?

a)

Pengawal di pelabuhan

b)

Juru timbang di pelabuhan

c)

Khidmat membaiki kapal

d)

Gudang tempat menyimpan barang

33.

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa berikut?

~ Peristiwa pengakhiran kerajaan KMM perlu dijadikan pengajaran oleh generasi pada hari ini.

a)

Pemimpin haruslah barani

b)

Rakyat mestilah bersatu padu

c)

Kekuatan ketenteraan menjamin keselamatan rakyat

d)

Rakyat mestilah memilih pemimpin yang kuat

34.

KMM telah menjalin hubungan luar dengan kerajaan Alam Melayu yang lain seperti Pasai, Majapahit, Demak dan Makasar. Berikut merupakan jenis hubungan yang dijalinkan antara KMM dengan kerajaan Pasai, KECUALI.....

a)

Hubungan berlaku atas dasar

sama taraf

b)

Hubungan diplomatik terjalin

melalui perkahwinan

c)

Hubungan juga berlaku atas

dasar berkongsi pendapat

d)

Sultan Melaka menghantar bunga emas ke Pasai sebagai tanda persahabatan

e)

Membantu kemunculan Melaka

sebagai pusat penyebaran

Islam

35.

KMM telah menjalin hubungan luar dengan kerajaan Alam Melayu yang lain seperti Pasai, Majapahit, Demak dan Makasar.

Berikut merupakan jenis hubungan yang dijalinkan antara KMM dengan kerajaan Majapahit, KECUALI.....

a)

Wilayah Melaka menjadi

semakin luas

b)

Perkahwinan pemerintah

Melaka dengan Puteri

Majapahit

c)

Mengukuhkan lagi

persahabatan

d)

Membekalkan pokok api-api kepada Majapahit

36.

KMM telah menjalin hubungan luar dengan kerajaan Alam Melayu yang lain seperti Pasai, Majapahit, Demak dan Makasar.

Berikut merupakan jenis hubungan yang dijalinkan antara KMM dengan kerajaan Demak, KECUALI.....

a)

Berlaku dalam aspek

perdagangan, perkapalan,

Islam, kebudayaan dan

kesenian

b)

Berlaku atas dasar

kepentingan bersama dalam

penyebaran Islam

c)

Kerajaan Demak

membekalkan beras, bahan

makanan, rempah-ratus dan

tentera kepada Melaka

d)

Hubungan diplomatik terjalin

melalui perkahwinan

37.

KMM telah menjalin hubungan luar dengan kerajaan Alam Melayu yang lain seperti Pasai, Majapahit, Demak dan Makasar.

Berikut merupakan jenis hubungan yang dijalinkan antara KMM dengan kerajaan Makasar, KECUALI.....

a)

Melaka telah menghantar

utusan persahabatan ke

Makasar

b)

Pengiktirafan dan

perlindungan daripada Makasar

dapat mengelakkan

ancaman Siam

c)

Berlaku dalam aspek

perdagangan, perkapalan,

Islam, kebudayaan dan

kesenian

d)

Hubungan diplomatik terjalin

melalui perkahwinan

38.

KMM telah menjalin hubungan luar dengan kerajaan luar Alam Melayu, antaranya termasuklah...

a)

China

b)

Siam

c)

Gujerat

d)

Ryukyu

e)

Rom

39.

Berikut merupakan sumber pendapatan KMM.....

a)

Pengutipan cukai di pelabuhan

b)

Menjual makanan dan minuman kepada pedagang

c)

Mengutip duit persinggahan daripada pedagang jika mereka tinggal di Melaka

d)

Surat kebenaran bagi pedagang untuk berniaga di pelabuhan Melaka

40.

Pelabuhan Melaka dikunjungi oleh perlbagai jenis kapal besar dan kecil.

Berikut merupakan kapal kecil KECUALI......

a)

Sagur

b)

Lancang

c)

Jong

d)

Bahtera

41.

Berikut merupakan strategi Melaka menghadapi serangan Protugis, KECUALI....

a)

Menggunakan lancaran dan perahu berapi

b)

Tembakan Meriam bertalu-talu

c)

Menggunakan Kapal perang HMS Dido

d)

Pertahanan Melaku diperteguhkan di kawasan pantai

e)

Menggunakan tentera bergajah

42.

Pengakhiran KMM yang berpusat di Melaka disebabkan oleh faktor dalaman dan serangan Protugis.

Apakah faktor dalaman yang dinyatakan di atas?

a)

Kelemahan Sultan Mahmuh Shah dan Pembesar dengan amalan Pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam

pentadbiran

b)

Rakyat tidak bersatu padu

c)

Perbalahan sesame sendiri dalam kalangan

pembesar & berlaku persiangan kuasa antara pembesar Melaka

d)

Kedatangan Protugis ke Alam Melayu yang ingin mencapai matlamat kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran

e)

Askar upahan dari luar yang tidak taat setia kepada

Melaka

43.

Pengakhiran KMM yang berpusat di Melaka disebabkan oleh faktor dalaman dan serangan Protugis.

Apakah tujuan serangan Protugis yang dinyatakan di atas?

a)

Bersaingan kuasa dengan Belanda

b)

Kedatangan Portugis ke Alam Melayu kerana ingin

mencapai matlamat kekayaan, keagamaan dan

kemasyhuran

c)

Di Samping mengawal perdagangan rempah, Portugis

ingin menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan

penguasaan pedagang Islam

d)

Hubungan Melaka-Portugis bermula dengan

kedatangan Lopez de Sequeira dan kegagalan

rundingan menyebabkan Portugis menyerang Melaka

44.

Nyatakan jenis hubungan luar yang dijalinkan oleh KMM dengan kerajaan SIAM.

a)

Atas dasar diplomatik dan perdagangan

b)

Melaka menghantar utusan

Ke Siam

c)

Melaka memperoleh bekalan

kayu jati, beras dan bahan

makanan daripada Siam

d)

Melaka membekalkan gambir, Kapur barus dan sarang burung kepada Siam

45.

Pedagang alam melayu yang manakah merupakan pedagang yang paling ramai mengunjungi Melaka?

a)

Makasar

b)

Pasai

c)

Siam

d)

Jawa

46.

KMM muncul sebagai pusat perdagangan, pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang di rantau Melayu kerana mempunyai kedudukan yang strategik.

Antara berikut yang manakah merupakan barangan yang diedarkan kepada pedagang luar?

a)

Timah

b)

Benang emas

c)

Kapur barus

d)

Emas

e)

Rempah Ratus

47.

KMM muncul sebagai pusat perdagangan, pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang di rantau Melayu kerana mempunyai kedudukan yang strategik.

Antara berikut yang manakah merupakan barangan yang dibawa masuk ke Melaka oleh pedagang luar?

a)

Rempah ratus

b)

Kain pelikat

c)

Tembikar

d)

Batu delima

e)

Benang emas

48.

Sultan Mahmud Shah telah melakukan _______ kali serangan untuk mendapatkan semula Melaka tetapi gagal

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

49.

Undang-undang adat yang digunakan di KMM dikenali sebagai Adat Temenggung. Apakah yang terkandung dalam sistem perundangan ini?

a)

Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta,

perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan

b)

Berkaitan sistem penggantian sultanan & Mengamalkan sistem pemerintahan beraja

c)

Berkaitan dengan Hukum mengenai jenayah, urusan jual beli

dan kekeluargaan

d)

Membolehkan sistem perwarisan takhta berlaku secara

teratur

50.

Undang-undang Laut ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah. Berikut merupakan maklumat mengenai sistem perundangan ini, KECUALI......

a)

Bertujuan mementukan peraturan pelayaran dan

perdagangan

b)

Mengandungi 25 fasal berkaitan peraturan di laut,

tertib berniaga dan tatacara berjual beli

c)

Berkaitan dengan sistem perlantikan Laksamana & Syahbandar

d)

berkaitan tanggungjawab nahkota, anak kapal,

kiwi dan syahbandar

51.

Apakah faktor yang mendorong penggunaan bahasa Melayu di Alam Melayu

semakin meluas?

a)

Perluasan kuasa ke kawasan sekitar

b)

Menyebarkan pengaruh bahasa kepada pedagang

c)

Menyebarkan penggunaan bahasa ke negeri takluk

d)

Pelayaran orang Melayu ke semua kawasan Alam Melayu

52.

Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Johor Riau?

a)

Sultan Ibrahim

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah II

53.

Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-karya

persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa?

a)

Menggalakkan anak-anak membaca

b)

Mempamerkan dalam galeri sekolah

c)

Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah

d)

Menyiarkan dalam rancangan “History” peringkat global

54.

Apakah karya persuratan yang telah dihasilkan oleh tokoh berikut?

~ Raja Ali Haji

a)

Tajul Salatin

b)

Tuhfat al-Nafis

c)

Gurindam Dua Belas

d)

Hikayat Anak Panah Sedasa

55.

Gambar di bawah menunjukkan karya persuratan berikut amat dikenali

sehingga kini.

Apakah kandungan karya persuratan tersebut?

a)

Menceritakan adat istiadat kerajaan Johor

b)

Menceritakan asal usul keturunan raja Melaka

c)

Menceritakan sejarah Kesultanan Melayu Johor

d)

Menceritakan tentang asal usul kemerosotan Melaka

56.

Apakah sumbangan Tun Sri Lanang dalam bidang persuratan?

a)

Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin

b)

Menulis Hikayat Anak Panah Sedasa

c)

Menulis Gurindam Dua Belas

d)

Menulis Tuhfas al-Nafis

57.

Orang Laut menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Johor Riau.

Apakah tugas Orang laut?

a)

Pengawal Sultan

b)

Pengawal pelabuhan

c)

Penunda kapal dagang

d)

Pengawal di istana Kesultanan Johor Riau

58.

Penyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran dan pemerintahan yang diamalkan oleh Kesultanan Johor Riau.

~ X berperanan menetapkan ukuran barang

Siapakah pembesar X pada zaman Kesultanan Johor-Riau

a)

Bendahari

b)

Bendahara

c)

Syahbandar

d)

Temenggung

59.

Pada akhir abad ke-18, mata wang asing turut digunakan di pelabuhan

Kesultanan Johor Riau. Apakah nama mata wang asing tersebut?

a)

Dolar Portugis

b)

Dolar Bristish

c)

Dolar Amerika

d)

Dolar Sepanyol

60.

Gambar ini berkaitan mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli

pada zaman Kesultanan Johor Riau. Apakah nama mata wang tersebut?

a)

Wang emas

b)

Wang katun

c)

Wang kijang

d)

Wang kupang

61.

Apakah hasil dagangan pedagang Siam di Johor pada abad ke-16?

a)

Beras

b)

Rempah

c)

Kayu jati

d)

Lada hitam

62.

Maklumat berikut berkaitan dengan kota pertahanan di Johor.

~ Dibina semasa Sultan Alauddin Riayat Shah 1

~ Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki

Di manakah terletaknya kota pertahanan tersebut?

a)

Kota Lama

b)

Kota Kara

c)

Kota Seluyut

d)

Kota Batu Sawar

63.

Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran yang

mengugat kedaulatannya dengan menggunakan beberapa strategi. Antaranya ialah:

a)

Membina kota pertahanan

b)

Menjalinkan hubungan dengan Belanda

c)

Memperkenalkan sistem perudangan yang mantap

d)

Memperkenalkan sistem pembesar empat lipatan

64.

Mengapakah pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau sering berpindah?

a)

Kurang sumber makanan

b)

Ancaman kuasa Belanda

c)

Kedudukan tidak strategik

d)

Muslihat mempertahankan diri

65.

Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718. Mengapakah serangan

tersebut berlaku?

a)

Mengalahkan Portugis

b)

Menguasai perdagangan

c)

Menuntut takhta kerajaan

d)

Merampas kuasa kerajaan

66.

Bagaimanakah Kesultanan Johor dapat menamatkan ancaman Jambi yang

menggugat kedaulatannya?

a)

Meminta bantuan daripada askar upahan Bugis

b)

Menjalankan pemerintahan yang cekap

c)

Menyerang dan menewaskan Jambi

d)

Membuat pakatan dengan Belanda

67.

Kesultan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan

kedaultannya. Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor-Acheh-Portugis. Mengapakah Acheh menyerang Johor?

a)

Ingin merampas semula Melaka daripada Johor Riau

b)

Johor terlebih dahulu menyerang Acheh

c)

Perdagangan Acheh tergugat

d)

Ingin menguasai Johor Riau

68.

Apakah punca berlakunya Perang Seratus Tahun?

a)

Tindakan Acheh ingin menguasai Melaka

b)

Tindakan Portugis ingin menguasai Johor

c)

Tindakan ketiga-tiga kuasa ingin menguasai Selat Melaka

d)

Tindakan ketiga-tiga kuasa ingin menguasai Alam Melayu

69.

Pada tahun 1540, pemerintah Kesultanan Johor Riau telah memindahkan pusat

pemerintahan. Dimanakah pusat pemerintahan tersebut?

a)

Kota Batu

b)

Pekan Tua

c)

Kota Sayong

d)

Pekan Batu Sawar

70.

Apakah keistimewaan pusat pemerintahan Kota Sayong?

a)

Mempunyai sungai yang lebar

b)

Mempunyai sungai yang dalam

c)

Mempunyai sungai yang sempit

d)

Mempunyai pokok api-api

71.

Apakah perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan Johor Riau kepada para pedagang?

a)

Pusat pengumpulan barang dagangan

b)

Membaiki dan mambina kapal

c)

Cukai yang perpatutan

d)

Bantuan Orang Laut

72.

Antara berikut, yang manakah jenis mata wang yang diperkenalkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I?

a)

Wang Katun

b)

Wang Kupang

c)

Dolar Maxico

d)

Dolar Sepanyol

73.

Pada pendapat anda, mengapakah pelabuhan Johor Riau berjaya menjadi sebuah pelabuhan yang unggul?

a)

Sistem Cukai

b)

Kestabilan Politik

c)

Kedudukan Strategik

d)

Keselamatan pedagang

74.

Mengapakah timbulnya persengketan antara Bendehara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil?

a)

Persiangan kuasa

b)

pengagihan cukai

c)

perpecahan kaum

d)

perebutan wilayah

75.

maklumat berikut berkaitan dengan pengasasan Kesultanan Johor Riau.

~ Pada tahun 1540, Sultan Alaudin Riayat Shah I telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Kota Batu, Johor Lama.

Mengapakan beliau berbuat demikian?

a)

mengelakkan banjir

b)

Mengelakkan ancaman musuh

c)

memajukan sistem pemerintahan

d)

strategi memajukan perdagangan

76.

Antara berikut, yang manakah cabaran yang terpaksa dilalui oleh kesultanan Johor-Riau dalam mengekalkan kedaulatannya?

a)

Perang Johor-Jambi

b)

Perang Johor-Acheh

c)

Persaingan Melaka-Portugis

d)

Persaingan Johor-Acheh-Portugis

77.

Apakah iktibar yang diperoleh melalui karya berikut?

~ Hikayat Hang Tuah merupakan epik kepahlawanan sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Sejarah Johor Riau

b)

Kehebatan pahlawan Melayu

c)

Kesetiaan rakyat kepada raja

d)

Asal usul keturunan Raja Melayu

78.

Sistem Naugan diamalkan dalam perdagangan di Johor Riau. Apakah yang diperolehi oleh pedagang melalui sistem ini? (ms. 106)

a)

Surat kebenaran

b)

Jaminan keselamatan

c)

Potongan cukai jualan

d)

Disediakan tempat tinggal

79.

Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Johor ketika membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka? (ms. 103)

a)

Membuat tapak meriam

b)

Memberikan peralatan perang

c)

Menyediakan tentera bantuan

d)

Membantu membina kubu pertahanan

80.

Perang antara Acheh, Johor dan Portugis berakhir apabila Johor meminta bantuan kuasa luar bagi mengalahkan Portugis. Siapakah kuasa luar tersebut? (ms. 100)

a)

Sepanyol

b)

Belanda

c)

Britain

d)

Perancis

81.

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris dari mana?

a)

Kesultanan Melayu Melaka

b)

Kerajaan Alam Melayu


c)

Kerajaan Siam

d)

Masyarakat Minangkabau

82.

Apakah ciri-ciri kota pertahanan yang dibina oleh Kesultanan Johor Riau? Pilih 2.

a)

Menggunakan askar gajah yang kuat

b)

Pagar dibuat dengan pancang kayu besar

c)


Diperkuatkan dengan bedil dan meriam

d)

Menanam paya bakau untuk pertahanan

83.

Mengapakah Kota Kara dipilih sebagai pusat pemerintahan?

a)

Berhampiran sungai yang lebar untuk memudahkan kapal keluar masuk

b)

Sungai yang mendalam memudahkan kapal besar berlabuh

c)


Berbukit-bukau sesuai menjadi benteng pertahanan

d)


Sumber makanan dan air yang banyak

84.

Pada akhirnya, pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di mana?

a)


Tanjung Batu

b)

Kota Sayong

c)

Kota Kara

d)

Kota Tinggi

85.

Mengapakah pemindahan pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau berlaku?

a)

Keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan


b)

Kekurangan sumber makanan dan air

c)

Mengelakkan diri daripada bencana alam

d)

Muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh

86.

Pada pendapat anda, apakah yang dapat anda pelajari daripada kejayaan Kesultanan Johor Riau?

a)


Mengeratkan hubungan silaturahim untuk keamanan

b)


Berfikiran kreatif dalam menghadapi cabaran

c)

Mencintai alam sekitar untuk generasi muda

d)

Kewibawaan dan kebijaksanaan pemerintah

87.

Apakah kepentingan karya agung kepada sebuah kerajaan

a)

Mencerminkan pemikiran sesuatu bangsa

b)

Menaikkan imej sesebuah kerajaan

c)

Menjamin Kedaulatan sesebuah kerajaan

d)

Memajukan sesuatu bangsa

88.

Antara yang berikut, yang manakan berkaitan rapat dengan kegiatan persuratan Kesultanan Johor-Riau

a)

Puteri Gunung Tahan

b)

Hikayat Johor Riau

c)

Sulalatus Salatin

d)

Tan Sri Lanang

89.

Apakah kesan hubungan persahabatan antara Kesultanan Johor-Riau dan Belanda

a)

Johor berjaya mengusir protugis

b)

Melaka berasa di bawah taklukan Belanda

c)

Belanda berjaya menguasai Kesultanan Johor Riau

d)

Protugis berjaya ditewaskan

90.

Apakah peranan orang laut kepada kegemilangan Kesultanan Johor-Riau

a)

Menjaga keamanan kerajaan

b)

Pengawal Pelabuhan

c)

Tentera angkatan laut

d)

Menjadi orang tengah dalam aktiviti perdagangan

91.

Apakah tujuan utama Kesultanan Johor Riau berbaik-baik dengan Belanda?

a)

Kepentingan perdagangan

b)

Mengelakkan Johor Riau diserang Belanda

c)

Mendapatkan naungan pihak Belanda

d)

Sebagai strategi menghadapi ancaman Protugis dan Acheh

92.

Antara faktor utama yang menjadikan pelabuhan Johor Riau sebagai pelabuhan entrepot ialah..

a)


Sistem kerah dan Serah

b)


Kemudahan membaiki dan membina kapal

c)

Kemudahan penginapan yang selesa

d)

Mempunyai bukit yang tinggi

93.

Mengapa Johor bertindak menyerang Portugis di Melaka?

a)


Balas dendam terhadap Portugis atas kematian Sultan Mahmud

b)

Merampas semula Melaka

c)


Hendak menguasai perdagangan Acheh

d)

Hendak wujud pertelingkahan antara Portugis dan Belanda

94.

Apakah yang dituntut oleh Johor daripada kerajaan Jambi?

a)

Wilayah Tingkil

b)


Wilayah Tungkal

c)

Wilayah Tangkul

d)

Wilayah Tanggul

95.

Krisis peperangan di antara Johor dan kerajaan Jambi berlaku selama...

a)

10 tahun

b)

15 tahun

c)

20 tahun

d)

25 tahun

96.

Apakah nama gelaran yang digunakan oleh Raja Kechil?

a)


Sultan Mahmud Shah

b)


Sultan Alaudin Riayat Shah

c)


Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah III

97.

Pada siapakah Raja Sulaiman meminta bantuan untuk mengusir Raja Kechil?

a)

Opu Bugis Lapan Bersaudara

b)

Opu Bugis Enam Bersaudara

c)


Opu Bugis Sembilan Bersaudara

d)

Opu Bugis Lima Bersaudara

98.

Pedagang X

Datang ke Johor kerana tidak mahu berdagang dengan Portugis di Melaka. X ialah pedagang________

a)

Siam

b)

Pasai

c)

Jawa

d)

Demak

99.

Antara berikut ,apakah barang tempatan yang boleh diperoleh di pelabuhan Johor Riau?

a)

Kelembak dan Damar

b)


Kelembak dan wangian

c)

Manik dan damar

d)

Damar dan wangian

100.

Senaraikan tiga karya yang dihasilkan dalam Kesultanan Johor Riau

a)

Tajul Salatin

b)

Syair Ungku Puteri

c)

Hikayat Anak Panah sedasa

d)

Kisah Puteri Saadong

e)

Tuhfat al-Nafis