Font size
WorksheetsPengurusan Aset & Pengurusan Kewangan
Total questions: 21
Worksheet time: 12mins
Siapakah individu yang dipertanggungjawab untuk mengurus aset?
Juruaudit
Bendahari
Pegawai Aset
Pengerusi
Penggunaan aset hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut
(Jawapan melebihi satu pilihan)
Bagi tujuan kegunaan masjid atau mana-mana kegunaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan
Mengikut fungsi sebenar berdasarkan manual penggunaan
Pergerakan dan peminjam aset hendaklah direkodkan
Pengguna dan peminjam hendaklah melaporkan kerosakan kepada Bendahari
Pengguna dan peminjam hendaklah bertanggungjawab menanggung kos baik pulih atau mengganti aset sekiranya aset rosak atau hilang semasa penggunaan
Membuat _______ _____ dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari waktu kehilangan diketahui.
(a)
Aset boleh dilupuskan atas sebab
(Jawapan melebihi satu (1) pilihan jawapan)
tidak diperlukan lagi
rosak
tidak ekonomik untuk diperbaiki
tidak berfungsi
sebab-sebab lain yang munasabah
Setiap aset hendaklah didaftarkan dalam Daftar Aset Alih dengan kadar yang segera atau tidak melebihi tempoh ?
satu (1) hari daripada tarikh pengesahan penerimaan
empat belas (14) hari daripada tarikh pengesahan penerimaan
empat belas (14) hari sebelum tarikh pengesahan penerimaan
tujuh (7) hari daripada tarikh pengesahan penerimaan
_________ aset hendaklah dibuat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun oleh Juruaudit Dalam.
Pemeriksaan
Pelupusan
Penggunaan
Penyelenggaraan
Kaedah pelupusan adalah seperti berikut :
(Jawapan melebihi satu (1) pilihan jawapan)
Jualan Terus
Tukar Barang
Tukar Beli
Hadiah
Musnah
Kuasa melulus pelupusan bagi aset tak alih berjumlah RM0.01 hingga RM20,000.00 ialah?
Pegawai Aset
Bendahari
Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Laporan pemeriksaan hendaklah dikemukakan kepada ____________ ___________ dalam tempoh empat belas (14) hari selepas pemeriksaan.
(a)
Semasa proses penerimaan aset Pegawai Aset hendaklah memeriksa dan memastikan aset yang diterima menepati spesifikasi seperti dalam perjanjian pembelian.
Ya
Tidak
Seksyen 57.-(2) Adalah menjadi tanggungjawab Lembaga Masjid-Masjid, untuk dan bagi pihak Majlis supaya –
(b) memastikan yang wang dan harta masjid diuruskan dengan sewajarnya;
Salah
Betul
Berapakah had kelulusan perbelanjaan maksimum yang boleh diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan tanpa perlu merujuk kepada Majlis Islam Sarawak?
RM20,000.00
RM1,000.00
RM20,00.01
RM5,000.00
Jawatankuasa Pengurusan ingin membuat pembayaran untuk baik pulih tandas bernilai RM4,500.00. Kelulusan perbelanjaan ini sepatutnya diperoleh daripada:
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Bendahari dan Juruaudit dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Majlis Islam Sarawak
Berapakah had maksimum wang tunai dalam tangan yang dibenarkan untuk disimpan oleh Bendahari bagi sebuah surau?
Tiada had ditetapkan
RM2,000.00
RM1,000.00
RM500.00
Pembelian terus bagi sejenis barang atau perkhidmatan boleh dibuat sekiranya melibatkan perbelanjaan tidak lebih daripada had Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00).
Betul
Salah
Sesuatu pembelian barangan atau perkhidmatan bernilai RM15,000.00 perlu diuruskan melalui kaedah?
(a)
Bagi pengeluaran wang dari akaun bank masjid berjumlah RM6,000.00, siapakah yang perlu meluluskan transaksi tersebut?
Bendahari dan Pengerusi sahaja
Bendahari seorang sahaja
Bendahari dan dua (2) orang penama Pengurusan Tertinggi Jawatankuasa yang lain
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Penerimaan setiap bayaran dan lain-lain penerimaan wang hendaklah dikeluarkan ?
(a)
Semua pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan ?
Borang permohonan tuntutan perbelanjaan
Baucar bayaran
Daftar pelaburan
Buku Tunai
Mana-mana ahli Jawatankuasa Pengurusan yang membuat perbelanjaan bagi tujuan melaksanakan tugas rasmi berkaitan hal ehwal masjid yang telah diarahkan atau diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan atau Pengerusi bersama Timbalan Pengerusi boleh membuat tuntutan perbelanjaan dan disokong oleh dokumen-dokumen yang benar dengan menggunakan?
Borang Permohonan Tuntutan Perbelanjaan
Baucar Bayaran
Borang Pengesahan Kutipan Sadak Jumaat/ Hari Raya
Borang Permohonan Pembelian Barangan/ Perkhidmatan
Menurut Perkara 55. Garis Panduan Pengurusan Masjid Dan Surau Sarawak 2024, Jawatankuasa Pengurusan tidak dibenarkan untuk melakukan perkara berikut:
Menerima derma daripada orang awam
Membuka akaun dompet elektronik untuk tujuan terimaan
Melaburan wang lebihan daripada keperluan semasa, melalui mana-mana skim pelaburan patuh syariah tempatan yang sah
Memberi pinjam wang atau meminjam wang
