wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL PENGGUNA BIJAK

Total questions: 71

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

Apakah objektif Akta Timbang dan Sukat  1972

a)

Mengawal selia semua pembaik dan penjual alat-alat timbang dan

sukat melalui pelesenan sahaja

b)

Menentukan semua alat timbang dan sukat yang digunakan untuk

tujuan perdagangan menepati spesifikasi yang ditetapkan, ditentusahkan dan ditentusahkan semula oleh Inspektor Timbang dan Sukat

c)

Menentukan unit sukatan apa-apa sahaja boleh digunakan di negarai ini

2.

Pak Ahmad yang mengusahakan stesen minyak di Negeri Sembilan telah kehabisan stok diesel selama dua hari. Apakah akta yang berkaitan dengan kes Pak Ahmad?

a)

Akta Kawalan Bekalan 1961

b)

Akta Perihal Dagangan 2011

c)

Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993  

d)

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

3.

Cindy membeli barang di pasar raya tetapi didapati tiada tanda harga yang diletakkan. Dibawah Akta apakah tindakan boleh diambil berkaitan kes yang Cindy hadapi?

a)

Akta Perihal Dagangan 2011

b)

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

c)

Akta Perlindungan Pengguna 1999

d)

Akta Kawalan Bekalan 1961

4.

Ramesh telah membeli barangan online di laman web syarikat Sinar Sdn Bhd tetapi barangan tersebut tidak sampai. Dibawah Akta manakah tindakan boleh diambil kepada syarikat Sinar Sdn Bhd atas kesalahan tersebut?

a)

Akta Perlindungan Pengguna 1999

b)

Akta Perihal Dagangan 2011

c)

Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993   

d)

Akta Kawalan Bekalan 1961

5.

Apakah barangan berkaitan automotif yang tidak dikawal selia oleh KPDN berhubung pematuhan standard?

a)

Topi keledar motorsikal

b)

Kaca keselamtan kenderaan

c)

Beg udara

d)

Tayar pneumatic

6.

Kereta Shila telah ditarik setelah tiga (3) bulan tidak melunaskan bayaran bulanan. Akta manakah yang berkaitan dengan kes Puan Shila itu?

a)

Akta Perlindungan Pengguna 1999

b)

Akta Perihal Dagangan 2011

c)

Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993   

d)

Akta Sewa Beli 1967

7.

Produk yang tidak mempunyai logo Halal JAKIM tidak dibenarkan berada di pasaraya tempatan. Dibawah Akta manakah perkara tersebut dikuatkuasakan?

a)

Akta Kawalan Bekalan 1961

b)

Akta Perihal Dagangan 2011

c)

Akta Perlindungan Pengguna 1999

d)

Akta Persaingan 2010

8.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENCATUT?

a)

PENIAGA MENGAMBIL KEUNTUNGAN TINGGI YANG TAK MUNASABAH

b)

PENIAGA YANG TIDAK MENJUAL BARANG KAWALAN

c)

PEMBELI YANG MENGELAK MEMBAYAR CUKAI

d)

PEMBELI YANG MENAWARKAN DISKAUN TIDAK MUNASABAH

9.

PADA TAHUN BILAKAH MENU RAHMAH DIPERKENALKAN?

a)

2022

b)

2021

c)

2023

d)

2020

10.

BERAPAKAH HARGA SEPINGGAN MENU RAHMAH?

a)

RM5.00

b)

RM6.00

c)

RM7.00

d)

RM8.00

11.

Berikut dibawah merupakan bahagian atau agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa KITA GEMPUR. Kecuali  

a)

Sektor Barang Kawalan dan Subsidi

b)

Bahagian Penguatkuasaan

c)

My IPO

d)

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

12.

Bilakah tarikh pelancaran program KITA GEMPUR?

a)

19 September 2024

b)

10 November 2024

c)

15 Disember 2024

d)

19 Oktober 2024

13.

Berikut di bawah merupakan rakan strategik bagi pelaksanaan KITA GEMPUR. Kecuali

a)

Hero Pengguna

b)

  Syarikat-syarikat Minyak

c)

Pengedar/ Pemborong/ Peruncit

d)

  Gerakan Pengguna Siswa

14.

Berikut merupakan saluran aduan yang disediakan oleh KPDN untuk memudahkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat. Kecuali

a)

Whatsapp - 019 848 8000

b)

Talian ECC - 03 8882 6088

c)

Tiktok - KPDN

15.

Berapakah Akta yang terlibat di bawah penetapan dasar-dasar pelaksanaan KITA GEMPUR?

a)

10

b)

12

c)

21

d)

27

16.

Berikut di bawah merupakan elemen pelaksanaan KITA GEMPUR. Pilih jawapan yang betul

i. Ketirisan barang kawalan dan subsidi

ii. Tidak papar tanda harga

iii. Penipuan dalam perniagaan

iv. Kartel dan monopoli

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua skali

17.

Apa singkatan maksud yang betul bagi inisiatif program KITA GEMPUR?

a)

Gerakan Membanteras Penipuan Runcit

b)

Gerakan Manipulasi Duit Rakyat

c)

Gerakan Membanteras Manipulasi Dan Ketirisan

d)

Gerakan Membanteras Monopoli dan Kartel

18.

Berapakah harga terkini bagi (barangan harga terkawal) Gas Petroleum Cecair (LPG) 14kg?

a)

28.80

b)

29.60

c)

26.60

d)

30.90

19.

Berikut di bawah merupakan barang kawalan berjadual dan bersubsidi. Kecuali

a)

Minyak Masak Paket 1kg

b)

Tepung Gandum Kegunaan Am 1kg

c)

Gas Petroleum Cecair (LPG)

d)

Gula Putih Bertapis Halus 1kg

20.

Nyatakan Akta yang berkuatkuasa bagi mengawal Bekalan?

a)

Akta Bekalan 1961

b)

Akta Kawalan Bekalan 1961

c)

Akta Kawalan Bekalan 1963

d)

Akta Bekalan 1962

21.

Apakah barang kawalan yang dikawal oleh KPDN?

a)

Gula, Garam, Minyak Masak, Beras

b)

Gula, Minyak Masak, Tepung Gandum, Beras

c)

Ikan, Gula, Beras, Tepung

d)

Gula, Tepung Gandum, Minyak Masak, Gas LPG

22.

Pilih barangan pengguna yang perlu penandaan standard keselamatan?

a)

Topi keledar, tayar pneumatik, bateri primer, pelapik brek gantian, alat mainan

b)

Topi keledar, kasut, besi, tayar pneumatik, bateri

c)

Topi keledar, bateri primer, power bank, tayar pneumatik, alat mainan

d)

Topi keledar, pasir, bateri, alat mainan, pelapik brek gantian

23.

Inisiatif Prihatin KPDN dengan penawaran harga barangan 10% - 30% lebih murah.

a)

Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI)

b)

Jualan Rahmah

c)

Sambutan Hari Pengguna Sedunia

d)

Karnival Barangan Malaysia

24.

Ada Apa Dengan Tanda Harga Merah Jambu?

a)

Menarik pelanggan untuk membeli barangan tersebut

b)

Barangan yang mempunyai harga promosi

c)

Barangan yang dijual bakal tamat tempoh

d)

Barang tersebut dalam kategori barangan harga yang dikawal

25.

Bagaimana Menjadi Pengguna Yang Bijak?

a)

Membeli barangan berkualiti

b)

Memilih perkhidmatan terbaik

c)

Membeli tanpa mendapatkan maklumat

d)

Tidak membuat perancangan

e)

Membuat perbandingan harga

26.

Apakah BUKAN ciri-ciri barang tiruan?

a)

Tiada jaminan keselamatan

b)

Bahan berkualiti rendah

c)

Tidak tahan lama

d)

Tiada diskaun

27.

Kebaikan kad ini ialah:

-Tiada masalah hutang

-Perbelanjaan senang dikawal

-Sangat mudah untuk dimiliki. Hanya perlu ada akaun simpanan / semasa. Tiada semakan kredit.

APAKAH KAD TERSEBUT?

a)

Kad Debit

b)

Kad Kredit

c)

Kad Ahli

d)

Kad Nama

28.

Kebelakangan ini, banyak produk kecantikan dan kesihatan diperkenalkan oleh pengasas kecantikan bagi menarik perhatian pengguna yang ingin kelihatan cantik. Setiap produk yang dikeluarkan mestilah mempunyai pelabelan yang betul dan mengikut standard serta menyediakan maklumat produk yang mencukupi bagi rujukan pengguna. Apakah hak pengguna yang boleh dikaitkan dengan situasi ini?

a)

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

b)

Hak untuk mendapatkan keselamatan

c)

Hak untuk membuat pilihan

d)

Hak untuk mendapatkan maklumat

29.

Sila tandakan jawapan betul bagi tujuan pengguna mendapatkan resit pembelian?

a)

Sebagai rekod perbelanjaan

b)

Mengesan perubahan harga dipamerkan dan perlu dibayar

c)

Dokumen untuk membuat tuntutan ganti rugi

d)

Kertas resit untuk dikitar semula.

e)

Sebagai cenderamata kepada pembeli

30.

Peniaga ____ agar memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada pihak berkuasa dan menggunakan logo yang sah

a)

Diwajibkan

b)

Dinasihatkan

c)

Dikehendaki

d)

Digalakkan

31.

KPDN telah menyediakan beberapa saluran aduan bagi membolehkan pengguna membuat aduan kecuali?

a)

Hadir sendiri ke pejabat kpdn yang berdekatan

b)

Viral dalam group whatsapp

c)

Ez adu kpdn (aplikasi telefon pintar)

d)

Whatsapp 019-8488000

32.

Berapakah jumlah had amaun yang boleh dituntut di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia?

a)

RM25,000

b)

RM20,000

c)

RM5,000

d)

RM50,000

e)

RM2,500

33.

Selain mendapatkan perbandingan harga, aplikasi ini juga menyediakan fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps.

a)

EZ ADU

b)

PRICE CATCHER

c)

PORTAL IHSAN

d)

MY SALES TRACKER

34.

Langkah strategik Kerajaan untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktivtiti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi

a)

KITA BERANI

b)

KITA TEMPUR

c)

KITA GEMPUR

d)

KITA LEBUR

35.

Hak Tebus Rugi ialah hak pengguna untuk mendapatkan ganti rugi pembelian barangan / perkhidmatan yang rosak, gagal berfungsi dan tidak memenuhi ciri-ciri barang / perkhidmatan seperti yang diiklankan.

a)

BETUL

b)

TIDAK

36.

Pilih jenis aduan yang boleh disalurkan ke KPDN

a)

Tiada tanda harga

b)

Iklan mengelirukan

c)

Penjual tidak mesra

d)

Alat timbang tidak ditentusahkan

e)

Premis perniagaan kotor

37.

Apakah itu pengguna?

a)

Orang yang membuat produk dan perkhidmatan

b)

Orang yang menggunakan produk atau perkhidmatan

c)

Orang yang menjual produk dan perkhidmatan

d)

Orang yang bekerja dalam sektor perkhidmatan

38.

Antara berikut, yang manakah barangan keperluan asas yang disubsidi kerajaan?

a)

Beras

b)

Maggi

c)

Gula

d)

Tepung gandum

e)

Garam

39.

Apakah yang perlu disemak sebelum membeli makanan dalam tin?

a)

Jenama dan iklan produk

b)

Harga di kedai berbeza

c)

Tarikh luput dan maklumat kandungan

d)

Pembungkusan dan warna tin

40.

Siapakah yang boleh membuat aduan pengguna?

a)

Sesiapa sahaja yang berurusan dengan produk atau perkhidmatan

b)

Hanya orang dewasa

c)

Pelajar yang membeli sahaja

d)

Pemilik kedai dan pengeluar sahaja

41.

Resit pembelian perlu disimpan untuk...?

a)

Menuntut pulangan atau menebus hadiah

b)

Menambah nilai kad keahlian

c)

Sebagai bukti pembelian jika perlu membuat aduan

d)

Mendapat diskaun pada pembelian seterusnya

42.

Apakah maksud pengguna bijak?

a)

Membuat keputusan dengan merujuk kepada kualiti produk

b)

Membeli barang berdasarkan harga terendah sahaja

c)

Membeli produk yang paling popular di kalangan orang ramai

d)

Menggunakan maklumat dan menilai pilihan berdasarkan keperluan sebenar

43.

Logo SIRIM pada produk menunjukkan...

a)

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan

b)

Produk yang telah melalui ujian keselamatan dan kualiti

c)

Produk yang berkualiti tinggi

d)

Produk yang tidak mengandungi bahan kimia

44.

Di manakah pengguna boleh membuat aduan rasmi?

a)

Facebook dan media sosial

b)

Kedai yang menjual produk tersebut

c)

Jabatan Perkhidmatan Awam

d)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

45.

Apakah kesan membeli produk tiruan?

a)

Produk lebih murah dan lebih berkualiti

b)

Memberi peluang kepada pengguna membeli dengan lebih murah

c)

Mengancam keselamatan pengguna dan merosakkan ekonomi

d)

Menyebabkan populariti produk tersebut meningkat

46.

Antara berikut, yang manakah bukan cara pengguna bertanggungjawab?

a)

Membeli produk hanya kerana harga murah

b)

Membaca label dengan teliti

c)

Membandingkan harga sebelum membeli

d)

Menggunakan produk mengikut arahan

47.

Apakah maksud “pengiklanan mengelirukan”?

a)

Iklan yang menarik perhatian tetapi kosong

b)

Iklan yang hanya menunjukkan harga sahaja

c)

Iklan yang memberi janji yang tidak mungkin ditunaikan

d)

Maklumat palsu atau tidak tepat yang diberikan dalam iklan

48.

Simpanan resit penting untuk...?

a)

Mendaftarkan produk dalam talian

b)

Membuat tuntutan jaminan atau aduan terhadap produk rosak

c)

Mendapat pulangan wang tunai

d)

Mendapat tawaran diskaun di kedai yang sama

49.

Kenapa pengguna perlu menyokong produk mesra alam?

a)

Mengurangkan impak pencemaran dan melindungi alam sekitar

b)

Produk lebih murah dan berkualiti

c)

Menyokong produk tempatan

d)

Produk tersebut lebih popular di kalangan pengguna muda

50.

Apakah risiko jika pengguna tidak peka terhadap haknya?

a)

Mengalami kerugian wang atau produk

b)

Mudah ditipu oleh penjual dan berdepan dengan risiko keselamatan

c)

Mendapat hadiah menarik

d)

Tiada kesan langsung kepada pengguna

51.

Apakah ciri-ciri pengguna yang menyokong kelestarian?

a)

Membeli produk tempatan sahaja

b)

Membeli produk dengan harga terendah sahaja

c)

Mengabaikan kesan alam sekitar ketika membeli barang

d)

Memilih produk yang mesra alam dan menggunakan semula barang

52.

Pilih 3 tanggungjawab utama pengguna:

a)

Menggunakan produk tanpa membaca label

b)

Menggunakan produk dengan selamat

c)

Membuat pilihan berdasarkan maklumat yang tepat

d)

Melaporkan kesalahan yang berlaku dalam transaksi

e)

Memberitahu keburukan produk kepada pengguna lain melalui media sosial

53.

Pilih 3 cara menjadi pengguna bijak:

a)

Membandingkan harga di pelbagai tempat sebelum membeli

b)

Membeli produk berjenama tanpa pertimbangan harga

c)

Membeli produk yang sedang dipromosikan walaupun tidak diperlukan

d)

Menyemak kualiti produk melalui ulasan pengguna

e)

Menggunakan produk mengikut tujuan yang disyorkan

54.

Apakah nama penuh rasmi KPDN pada tahun 2025?

a)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

b)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan

c)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

d)

Kementerian Perdagangan Digital Nasional

55.

Bilakah Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia disambut?

a)

1 Mei

b)

12 Disember

c)

31 Ogos

d)

15 Mac

56.

Apakah tindakan bijak sebelum membuat pembelian secara digital (online)?

a)

Membeli jika harga kelihatan murah

b)

Memeriksa kredibiliti laman web dan membaca ulasan pengguna

c)

Menggunakan akaun orang lain untuk mendapatkan diskaun

d)

Mengabaikan keselamatan dalam transaksi

57.

Apakah nama penuh MyIPO?

a)

Persatuan Pengamal Harta Intelek Malaysia

b)

Permodalan Harta Intelek Malaysia

c)

Perbadanan Harta Intelek Malaysia

d)

Perbadanan Harta Intelek Seluruh Malaysia

58.

Bilakah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) diperbadankan?

a)

3 Mei 2012

b)

3 Mac 2003

c)

13 Mac 2013

d)

13 Mac 2003

59.

Berikut adalah komponen harta intelek kecuali:

a)

Reka cipta

b)

Cap Dagangan

c)

Paten

d)

Reka bentuk perindustrian

60.

Tempoh perlindungan CAP DAGANGAN adalah:

a)

5 tahun dan boleh diperbaharui

b)

10 tahun dan boleh diperbaharui

c)

10 tahun tidak boleh diperbaharui

d)

5 tahun tidak boleh diperbaharui

61.

Antara berikut, yang manakah TIDAK BOLEH dipatenkan?

a)

Kaedah perniagaan dan teori matematik

b)

Rekacipta baru di dunia

c)

Rekacipta yang menyelesaikan sesuatu masalah

d)

Rekacipta yang dapat digunakan di dalam industri

62.

Apakah alamat laman web MyIPO

a)

www.my-ipo.com.my

b)

www.myipo.gov.my

c)

www.myipo.com.my

d)

www.myipo.my

63.

Apakah 2 aplikasi utama Bahagian Harga Barangan Negara (BHBN)

a)

E-Aduan dan Price Catcher

b)

Bless dan Price Catcher

c)

Myharga dan Price catcher

d)

E-Harga dan Price Catcher

64.

Apakah nama penuh bagi BHBN

a)

Bahagian Harga Barangan Negara

b)

Bahagian Hak Barangan Negara

c)

Bahagian Harga Barang Negara

d)

Bahagian Hal Ehwal Barangan Negara

65.

Berikut Yang Manakah Barang Kawalan Yang Mula Diwartakan Pada 19 Januari 1972?

a)

Susu, Garam, Tepung

b)

Garam, Susu, Gula

c)

Simen, Gula, Tepung Gandum

d)

Tepung Gandum, Gula, Simen

66.

Apakah Barang Kawalan Yang Dikawal Harga Secara Pentadbiran?

a)

Minyak Masak Paket Dan Tepung Gandum Kegunaan Am

b)

Minyak Masak Paket Dan Gula

c)

Gula Dan Tepung Gandum

d)

Minyak Masak Botol Dan Tepung Gandum

67.

Berapakah Jumlah Barang Kawalan Berjadual?

a)

12

b)

13

c)

10

d)

11

68.

Berapakah Harga Borong Bagi Kit Ujian Pantas Antigen (RTK)?

a)

RM15.00

b)

RM16.00

c)

RM18.00

d)

RM21.00

69.

Berikut Merupakan Jenis Topeng Muka Perubatan Yang Dikawal Harga Kecuali

a)

Topeng Muka 1 Lapisan

b)

Topeng Muka N95

c)

Topeng Muka 3 Lapisan

d)

Topeng Muka Perubatan K94

70.

Apakah Maksud CSA?

a)

Control Of Supplies Act

b)

Control Of Schedule Act

c)

Controlled Schedule Article

d)

Certificate Schedule Article

71.

Penandaan Barang Kawalan Melibatkan Barang Kawalan Berjadual Berikut Kecuali

a)

Minyak Masak Botol 5kg

b)

Tepung Gandum Kegunaan Am 1kg

c)

Gula Putih Bertapis Kasar 1kg

d)

Gula Putih Bertapis Halus 5kg