NEW
Font size
WorksheetsIsu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Dan Falsafah
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah yang dimaksudkan dengan "Hegemoni Barat" dalam konteks pendidikan?
A. Kerjasama antara institusi pendidikan Barat dan Timur.
B. Dominasi pengaruh budaya, pemikiran, dan nilai dari dunia Barat dalam sistem pendidikan.
C. Bantuan kewangan yang diberikan oleh negara-rata Barat kepada sistem pendidikan tempatan.
D. Penggunaan teknologi Barat secara meluas di dalam bilik darjah.
Manakah antara berikut BUKAN cabaran utama yang dibawa oleh media dalam pendidikan?
A. Penyebaran berita palsu yang mudah diakses oleh pelajar.
B. Peningkatan kos langganan bahan media digital untuk sekolah.
C. Ancaman buli siber yang menjejaskan kesihatan mental pelajar.
D. Ketagihan digital yang mengurangkan interaksi sosial pelajar.
Ketidakpadanan kemahiran graduan dengan keperluan industri terkini adalah salah satu kesan daripada cabaran dalam bidang ___________.
A. Sosial
B. Politik
C. Ekonomi
D. Alam Sekitar
4. Apakah kesan utama "politisasi pendidikan"?
A. Peningkatan peruntukan kewangan untuk sektor pendidikan.
B. Dasar pendidikan menjadi lebih konsisten dan stabil.
C. Kualiti guru dan tenaga pengajar meningkat secara mendadak
D. Dasar pendidikan sering berubah-ubah mengikut pertukaran kerajaan.
Fahaman yang menekankan kepentingan diri sendiri sehingga melunturkan semangat kemasyarakatan dikenali sebagai...
A. Individualisme
B. Pluralisme
C. Liberalisme
D. Materialisme
Mengapakah Pendidikan Lestari penting untuk diterapkan dalam kurikulum sekolah?
A. Untuk melahirkan generasi yang mahir dalam teknologi hijau semata-mata.
B. Untuk memastikan pelajar mendapat markah tinggi dalam subjek Sains.
C. Untuk membentuk generasi yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.
D. Untuk menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kitar semula di luar sekolah.
Isu etika dalam sains dan teknologi timbul disebabkan oleh...
A. Perkembangan teknologi yang terlalu perlahan.
B. Kekurangan dana untuk penyelidikan sains.
C. Kemajuan pesat seperti AI dan bioteknologi yang menimbulkan persoalan moral.
D. Penolakan masyarakat terhadap sebarang bentuk kemajuan sains.
Fahaman yang menganggap semua agama adalah sama benar dan menuju kepada Tuhan yang sama dikenali sebagai...
A. Pluralisme Agama
B. Liberalisme
C. Sekularisme
D. Humanisme
Bagaimanakah isu-isu kontemporari boleh menjejaskan jati diri seseorang individu?
A. Menjadikan individu lebih patriotik dan cintakan negara.
B. Menyebabkan kekeliruan identiti akibat pengaruh budaya asing yang melulu.
C. Mengukuhkan pegangan terhadap nilai-nilai tradisi dan adat resam.
D. Mendorong individu untuk menguasai lebih banyak bahasa ibunda.
Apakah peranan utama pendidikan falsafah dalam mendepani cabaran kontemporari?
A. Menghafal teori-teori ahli falsafah Yunani kuno.
B. Menggalakkan pelajar menolak semua bentuk kemodenan.
C. Membina asas pemikiran yang kritis, berprinsip, dan seimbang.
D. Memastikan pelajar hanya mengikut arahan tanpa mempersoalkannya.
Apakah tujuan utama falsafah pendidikan kebangsaan?
A. Melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
B. Menekankan aspek akademik semata-mata
C. Menggalakkan persaingan global tanpa nilai
D. Menghapuskan budaya tempatan
Apakah maksud “isu kontemporari” dalam konteks pendidikan?
A. Isu yang sudah diselesaikan sepenuhnya
B. Isu yang hanya berlaku pada masa lampau
C. Isu yang masih relevan dan dibincangkan pada masa kini
D. Isu yang tiada kaitan dengan masyarakat
Apakah peranan falsafah dalam menangani isu pendidikan?
A. Menyediakan kemudahan fizikal sekolah
B. Menguruskan hal ehwal pentadbiran
C. Memberi panduan nilai dan pemikiran kritis
D. Menetapkan jadual waktu persekolahan
Pengaruh pascamodenisme dalam pendidikan menekankan —
D. Disiplin yang ketat dalam bilik darjah
A. Kebenaran tunggal dan mutlak
C. Pembelajaran berasaskan hafalan
B. Kepelbagaian pandangan dan tafsiran
Isu guru kurang motivasi boleh dikaitkan dengan aspek —
B. Falsafah politik dan ekonomi
A. Etika profesional dan kesejahteraan kerja
D. Hubungan antarabangsa
C. Inovasi teknologi
