NEW
Font size
WorksheetsToolbox Talk Quiz - Electrical Safety
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Anda sedang memeriksa stor dan ternampak wayar extension cord yang sudah terbuka. Apa tindakan paling selamat?
Balut dengan pita pelekat biasa
Terus guna sebab masih berfungsi
Laporkan dan ganti dengan yang baharu
Sorokkan supaya tak nampak
Apabila berlaku kebakaran elektrik kecil, penggunaan air adalah kaedah terbaik untuk memadamkan api.
Betul
Salah
Seorang pekerja mengecas motorsikal elektrik di tapak pengecasan. Apa langkah paling penting?
Mengecas di kawasan berventilasi baik
Mengecas berhampiran tong minyak untuk mudah akses
Mengecas sambil menyentuh bahagian logam
Mengecas menggunakan sebarang jenis kabel
Jika suis utama dipadamkan, tidak perlu guna LOTOTO (Lock Out Tag Out Test Out) kerana sudah dikira selamat.
Betul
Salah
Seorang pekerja menggunakan dua extension cord disambung bersama kerana wayar tidak cukup panjang. Apa risikonya?
Lampu jadi malap
Overheating dan kebakaran
Arus elektrik lebih kuat
Alat lebih tahan lama
Apabila pekerja nampak percikan api keluar dari soket, tindakan segera ialah:
Sembur air
Cabut plug dengan cepat tanpa matikan suis
Matikan suis utama dan laporkan segera
Biarkan saja, percikan akan hilang
Anda jumpa kipas industri di kawasan pump house dengan wayar yang dililit pita pelekat lusuh. Apa tindakan terbaik?
Terus guna sebab kipas masih berpusing
Tambah pita pelekat lagi
Hantar untuk dibaiki atau ganti
Gunakan hanya pada waktu siang
Apabila hendak mengangkat peralatan elektrik yang rosak daripada kawasan kerja , apakah langkah yang pertama?
Cabut plug dengan tangan basah
Tutup suis dan pastikan plug ditanggalkan
Tarik wayar kuat-kuat
Simpan terus dalam stor
Extension cord boleh digunakan sebagai sambungan tetap untuk bekalkan elektrik sepanjang masa.
Betul
Salah
Semasa mengecas kenderaan elektrik, kabel boleh digulung untuk elak bersepah.
Betul
Salah
